Anda di halaman 1dari 30

NOTA KULIAH 12 & 13

PERKEMBANGAN KENDIRI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PERSONALITI

FAKTOR BAKA
Baka ibu bapa mempengaruhi bentuk tubuh badan,keadaan
fizikal,kecerdasan dan emosi anaknya
Mengikut Sheldon ciri personaliti seseorang adalah berkaitan rapat
dengan bentuk tubuh badannya.
Bentuk badan dikategorikan kepada tiga iaitu endomorf,mesomorf dan
ektomorf.
• Keadaan fizikal,khasnya penyakit spt cacat
pendengaran/penglihatan yang diwarisi
mempengaruhi personaliti seseorang.Mereka juga
berpeluang tinggi untuk mempunyai ciri
personaliti introvert dan bersifat pendiam dan
pemalu.
• Orang yang mempunyai darjah kecerdasan tinggi
biasanya menonjolkan ciri personaliti yang
berkeyakinan ,berbudi bicara,berwatak bijaksana
dan keberanian , tetapi mungkin bersifat angkuh.
• Emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi
personaliti seseorang.
• Emosi yang negatif akan menonjolkan ciri
personaliti yang agresif dan pemarah.
FAKTOR PERSEKITARAAN
• Faktor persekitaran mempengaruhi pembentukan
dan perkembangan personaliti seseorang.
• Perkembangan personaliti bermula dalam keluarga.
• Sekolah diberi tugas utk mendidik murid2 spy
menjadi insan yg berilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia.
• Guru yang bersifat penyayang dan dedikasi akan
menjadi role model murid dalam membentuk
personaliti mrk yg positif.
• Persepsi rakan sebaya dan individu yg
diterima dlm kumpulannya akan membentuk
ciri personaliti yang berkeyakinan.
• Iklim sekolah yg kondusif serta berpeluang
penglibatan murid scr aktif dlm kokurikulum
juga mempengaruhi perkembangan
personaliti positif.
• Nilai-nilai dan budaya msykt mempengaruhi
perkembangan personaliti seseorang.
• Mengikut Freud,pengalaman yg pahit dan
sedih membentuk personaliti:sifat menarik
diri,pemalu,penakut atau sakit jiwa.
MEKANISME HELAH DIRI
• Menurut davodoff(1976), helah belah diri
merujuk kepada cara atau taktik seseorang
mereka untuk memberi alasan tentang sesuatu
tindakanya , sedangkan alasan yang diberikan
itu bukan sebab yang sebenarnya.

• mekanisme helah bela diri , ini merupakan


perlindungan atau pembelaan diri terhadap
sesuatu perbuatan yang dilakukan.
JENIS-JENIS HELAH BELA DIRI

• Terdapat 2 kategori helah bela diri


1) Helah bela diri aktif
(a) Sublimasi- cara yang mana seseorang
menyalurkan kekecewaan, kekurangan, atau
atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti
yang lain yang sihat.
(b) Rasionalisasi- penjelasan yang diberi oleh
seseorang terhadap tingkah laku dengan tujuan
menyembunyikan tujuan yang sebenar
(c) Pemindahan- memindahkan perasaan yang
kurang manis daripada sesuatu objek kepada
objek yang boleh menerimanya.
(d) Projeksi- membalikkan konflik atau
kelemahan dalam dirinya kepada orang lain
(e) Introjeksi- menyerapkan kedalam jiwa
dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang
lain yang disukai atau disanjungi
(f) Pembentukan reaksi- menafikan sesuatu
keinginan diri yang telah disembunyikan
dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
(g) Kompensasi- melakukan sesuatu aktiviti
yang hampir sama dengan tujuan
menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak
berupaya melakukannya
(h) Fantasi- membentuk khayalan atau angan-
angan dengan tujuan mengurangkan perasaan
yang pahit atau tidak diingini
2. Helah Bela Diri Pasif
(a)Represi- mengalihkan kesedaraan sesuatu
ancaman dalam minda dengan cara
melupakannya
(b)Penafian- menyakinkan diri bahawa sesuatu
ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada.
(c)Agresi- tindakan mencederakan atau
merosakkan punca kekecewaan atau ancaman
(d)Regresi- pengunduran diri dengan
mengulangi tingkah laku yang kurang matang
seperti menangis.
TAJUK:
• KONSEP KENDIRI
 FAKTOR-FAKTOR YANG MEPENGARUHI
 IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 PERKEMBANGAN KENDIRI - PERSONALITI
KONSEP KENDIRI
• Konsep kendiri boleh diertikan sebagai penilaian, pandangan, anggapan,
kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

• Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga,guru,sekolah,rakan


sebaya,dan warga masyarakat,serta pengalaman dan penyesuaian diri
dengan persekitaran.

• Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku


seseorang individu. Cara interaksi seseorang individu dala persekitarannya
biasanya mencerminkan konsep kendirinya,yang merangkumi nilai positif
dan negatif dari persepsi penilaian dan harapan orang lain, terutamanya
ruang yang difikir penting.

• Maka, konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai persepsi diri dari segi
penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan
kelemahan diri sendiri.
JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI
• Konsep kendiri seseorang boleh digolongkan
dalam dua kategori yang utama, iaitu konsep
kendiri positif dan konsep kendiri negatif.
Konsep kendiri positif
Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi
cabaran.
Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan.

Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka.

Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri.

Berasa bangga diri sendiri dan berani mencuba.


 Mudah bersosialisasi dengan dengan orang lain.

 Mudah diterima oleh orang lain.

 Sedia menerima teguran, kritikan dan pandangan orang lain.

 Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri.

 Optimistik dan sentiasa riang dan gembira dalam apa-apa situasi.

 Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan


perhatian daripada keluarga, guru, rakan sebaya dan ahli
masyarakat.
2. Konsep kendiri negatif
a) sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks
rendah diri.

b) pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama


dengan orang lain.

c) kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak


berani mencuba.

d) mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak


percaya orang lain serta diri sendiri.
e) Sentiasa menunjuk wajah muram dan masam muka.

f) Terlalu sensatif terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain.

g) Bersifat penakut, pemalu dan tidak sudi bertanggungjawab.

h) Tidak suka bergaul dengan orang lain dan tidak diterima oleh rakan
sebaya

i) Mengalami lebih banyak kali kegagalan daripada kejayaan.

j) kadang-kadang dikritik dan dimarahi oleh ahli keluarga, guru, murid


sedarjah dan ahli masyarakat.

k) Tidak suka mendengar atau menerima pendapat orang lain.

l) Sukar bersosialisasi dengan orang lain dan sentiasa menjauhkan diri


daripada khalayak ramai.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI

Berdasarkan kepada persepsi-persepsi diri dan orang lain


terhadapnya.
Berkait rapat dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan
interaksi sosial seseorang individu.
• Faktor-faktor pembentukan konsep kendiri:-

 Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal dan kecerdasan

 Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah

 Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku

 Emosi mempengaruhi perasaan


 Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan

 Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan orang lain


terhadapnya
 Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan
aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya
 Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan konsep sendiri
seseorang.
PENGARUH KONSEP KENDIRI TERHADAP TINGKAH LAKU
INDIVDU

 Konsep kendiri mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah


penyesuaian sendiri, iatu : -

a) penerimaan atau penolakan diri

b) penghargaan kendiri
 Seseorang yang dapat menyesuaikan diri ke arah penerimaan
kendiri biasanya berperasaan kasih sayang dengan keluarga,
kawan ataupun gurunya di sekolah.
 Perasaan dirasainya iaitu bahawa dia telah diterima dan dihargai
oleh orang-orang yang berinteraksi dengannya.
 Perasaan ini membawa kepada : menerima dan menghargai diri.
• Sebaliknya, jika seseorang individu berasa kurang mendapat
penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia
akan bersikap penolakan diri.
• Sikap ini akan membawa kesan negatif dalam usahanya mengatasi
masalah hidup yang dihadapi.
PENGHARGAAN KENDIRI
 Timbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri
sendiri.
 Boleh dibahagikan kepada tiga kategori :
a) penghargaan kendiri tinggi
b) penghargaan kendiri sederhana
c) penghargaan kendiri rendah
 Orang yang mempunyai penghargaan kendiri :
- bersikap positif
- sanggup berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya mencapai
yang diharapkan.
- percaya dan yakin terhadap diri sendiri yang berbakat dan
berkebolehan.
 Orang yang mempunyai penghargaan kendiri sederhana :

- berasa kurang yakin sendiri

- sentiasa berasa konflik dalam kehidupan dan ragu-ragu mengambil

keputusan dengan tepat.

 Orang yang mempunyai penghargaan kendiri rendah :

- bersikap negatif

- kurang yakin diri sendiri

- ragu tentang kebolehan sendiri

- sering berusaha melepaskan diri apabila menghadapi masalah.


 C.Rogers ( 1980 ) memandang struktur personaliti serupa sama dengan
konsep kendiri.
 Beliau menegaskan bahawa konsep kendiri seseorang mungkin tidak
sepadan dengan pengalamannya yang sebenar . Rajah 1 dan Rajah 2
berikut mengilustrasikan keadaan sepadan dan tidak sepadan di antara
konsep kendiri dengan pengalaman sebenar.
Pengalaman
sebenar
Pengalaman
sebenar

Konsep Konsep kendiri


kendiri
( Rajah 1) ( Rajah 2 )
 Mengikut Rogers, apabila konsep kendiri seseorang telah dibentuk,
dia akan mempertahankannya jika terdapat realiti bertentang
dengan konsep kendirinya.
 Maka apabila orang itu di bawah keadaan tak sepadan ( Rajah 2 :
keadaan tak sepadan ) , dia akan berasa gelisah dan berusaha
memutarbelitkan realiti supaya menjadi sepadan dengan
menggunakan konsep kendirinya.
 Akibatnya menghasilkan tingkah laku negatif seperti menggunakan
mekanisme helah bela diri.
RUMUSAN TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS
• Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi
beberapa ciri yang berkaitan dengan konsep kendiri dirumuskan
seperti berikut:

1. Pengalaman setiap individu adalah fenomena –logikal, iaitu


pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri shj.

2. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk


mencapai kesempurnaan kendiri.

3. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem


nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.
• Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras
dengan konsep kendiri dan kepercayaannya.

• Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi


melalui proses komunikasi.

• Kesimpulannya, mengikut Rogers pengalaman peribadi setiap


individu adalah unik dan tersendiri serta berbeza dengan
individu yang lain dan juga banyak dipengaruhi oleh
persekitarannya.
Menurut kajian pakar-pakar pendidikan, Konsep kendiri dan nilai-nilai
diri merupakan faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan
dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Seorang murid yang mempunyai persepsi kendiri yang positif,
menikmati penerimaan daripada ibubapa, rakan sebaya dan gurunya
serta memperolehi perasaan penghargaan diri yang tinggi, yang akan
melibatkan dirinya secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti
pembelajaran.
Murid-murid sekolah haruslah diberi peluang untuk membentuk
konsep kendiri yang positif serta memupuk nilai-nilai diri yang tinggi
supaya membolehkan mereka mencapai objektif pelajaran yang
Guru memainkan peranan yang penting untuk membimbing murid-
muridnya membentuk konsep kendiri yang positif dan memupuk nilai-
nilainya yang tinggi seperti :
a) Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha
pembelajarannya.
b) Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid
dalam proses pembelajaran.
c) Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka supaya mereka
sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan
perasaan penghargaan diri dan keyakinan.
d) Menerima murid-murid sebagai dirinya.
e) Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.
f) Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
g) Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.