Anda di halaman 1dari 20

TOKOH-TOKOH TAMADUN

JEPUN
IEYASU TOKUGAWA
BIOGRAFI IEYASU
BiografiTOKUGAWA
• Anak sulung Matsudaria Hirotada, Ieyasu Tokugawa lahir dengan
nama Matsudaira Takechiyo dan merupakan seorang daimyo dan
shogun di Jepun. Dilahirkan pada 31 Januari 1543, di Okazaki,
Jepun. – mati pada 1 Jun 1616, di Shizuoka, Jepun pada umur 73.
Merupakan pengasas dan shogun pertama kepada Keshogunan
Tokugawa yang memerintah Jepun setelah memenangi
Pertempuran Sekigahara dari tahun 1600 sehingga Pemulihan Meiji
pada 1868. Ieyasu merampas kuasa pada 1600, dilantik secara
rasmi sebagai shogun pada 1603, melepaskan kuasa secara rasmi
pada 1605, namun masih dalam kuasa sehingga kematian beliau
pada 1616. Bersama Oda Nobunaga dan Hideyoshi Toyotomi,
Ieyasu Tokugawa merupakan salah seorang daripada tiga yang
menyatukan Jepun.
KISAH HIDUP IEYASU
Kisah hidupTOKUGAWA
• Ieyasu Tokugawa dibesarkan dalam keadaan Jepun dalam huru-hara dengan
perselisihan tentera. Ieyasu telah diberikan kepada puak berjiran, iaitu puak Imagawa
sebagai tebusan. Semasa kanak-kanak Ieyasu menerima latihan dalam bidang politik
dan ketenteraan, lantas menjadi seorang pemimpin tentera yang berbakat.

• Dia membuat pakatan dengan Oda Nobunaga dan seterusnya Hideyoshi Toyotomi. Atas
cadangan Hideyoshi, Ieyasu membuat kubu besar beliau di kampung nelayan Edo.
Perubahan kuasa terjadi apabila Hideyoshi mati pada tahun 1598.

• Ieyasu, pada masa itu telah mengumpulkan kuasa tentera paling besar dan paling efektif
di Jepun, serta kemajuan yang paling pesat, telah berjaya memenangi pertempuran
Sekigahara pada tahun 1600.

• Pada tahun 1603, dia dijadikan shogun oleh Maharaja Go-Yozei. Pemerintahan beliau
membawa Jepun lebih aman dan stabil. Pada tahun 1605, dia menjadikan anaknya,
Hidetada sebagai bakal shogun, dan terus menguatkan lagi tampuk pemerintahan beliau
yang melibatkan menghalau pengaruh kuasa asing sehingga kematian beliau pada
tahun 1616.
SUMBANGAN IEYASU TOKUGAWA
Sumbangan
• Telah menyatukan Jepun dibawah satu
pemerintahan
• Menjadikan negara Jepun dalam keadaan
aman dan stabil
MAHARAJA MEIJI
BIOGRAFI MAHARAJA MEIJI
-Maharaja Meiji 明治天皇
-Nama diri baginda adalah Mutsuhito
-Lahir pada 3 November, 1852
-Mangkat pada 30 Julai, 1912
-Pemerintahan - 3 Februari 1867 hingga 30 Julai
1912
-Ayahanda - Maharaja Kōmei
-Bonda - Nakayama Yoshiko
• Maharaja Meiji ialah Maharaja Jepun yang ke-122 mengikut susunan
pewarisan takhta tradisional. Semasa keputeraan baginda pada 1852,
Jepun sebuah negara yang terpencil, belum berindustri dan
mengamalkan sistem feudal yang didominasi oleh Shogun Tokugawa
dan daimyo (tuan tanah) yangmemerintah lebih 250 kawasan di negara.

• Pada 11 November 1860 baginda secara rasminya telah disytiharkan


sebagai Putera Raja. Pada 2 September 1867, Baginda telah
mengahwini Masako (kemudiannya Haruko). Selepas kemangkatan
baginda bermulanya satu tradisi baru iaitu memberikan zaman
pemerintahan mendiang maharaja kepada baginda setelah mangkat.
Oleh sebab pemerintah ketika zaman Meiji (Pemerintahan Kesedaran),
baginda kini dikenali sebagai Maharaja Meiji.
• Maharaja Meiji adalah simbol kepimpinan dalam era Pemulihan Meiji di
mana pemerintahan Shogun Tokugawa digulingkan oleh tentera diraja
ketika Peperangan Boshin. Pengenalan kepada sistem baru dalam
Kerajaan Meiji telah menghapuskan sistem feudal dan mengisytiharkan
sistem pemerintahan demokratik untuk kerajaan Jepun.

• Kuasa telah diberikan oleh Tokugawa kepada tangan daimyo yang


mana telah membawa kepada Era Pemulihan Meiji. Jepun sebenarnya
dikawal oleh Genro, pemerintah oligarki yang mana mempunyai tentera,
kuasa politik dan kuasa ekonomi yang kukuh. Maharaja Meiji
menunjukkan kekuasaan politiknya yang lebih lama berbanding dengan
pemerintah sebelumnya kerana dia adalah monarki Jepun yang pertama
yang masih di atas takhta selepas 50 tahun semenjak pelepasan takhta
oleh Maharaja Ogimachi pada tahun 1586.
KISAH HIDUP MAHARAJA MEIJI
• Garis masa peristiwa-peristiwa sepanjang riwayat dan pemerintahan Maharaja Meiji

Riwayat dan pemerintahan Meiji mengundang banyak perubahan besar kepada


masyarakat feudal Jepun. Berikut adalah garis masa peristiwa-peristiwa utama:

* 3 November 1852: Meiji (ketika itu dikenali sebagai Sachinomiya) dilahirkan oleh gundik
diraja Nakayama Yoshiko bersama Maharaja Komei.

* 1853: Searmada kapal di bawah pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry tiba di
Jepun pada 8 Julai; dianggap sebagai "Pembukaan" Jepun.

* 1854–55: Penandatanganan perjanjian bersama Amerika Syarikat oleh Bakufu.

* Akhir 1850-an–1860-an: Gerakan "sonno-joi" menjadi giat sepenuhnya.

* 1858: Penandatanganan perjanjian bersama Belanda, Empayar Rusia dan Great Britain
oleh Bakufu.
* 1860:
- Mac: Tairo Ii Naosuke, dibunuh.
- 11 November: Sachinomiya secara rasminya diisytiharkan Putera Raja dan
dikurniakan nama diri Mutsuhito.

* 1862: Peristiwa Namamugi

* 1864–65: Serangan Shimonoseki oleh kapal-kapal British, Amerika, Perancis


dan Belanda; disusuli pertelingkahan antara pihak syogun dan Choshu.

* 1866: Kematian Syogun, Tokugawa Iemochi pada 29 Ogos; pelantikan


Tokugawa Yoshinobu sebagai Syogun.

* 1867:
- 4 Januari: Pemulihan rasmi pemerintahan diraja; tamatnya pemerintahan
shogun Tokugawa setelah 265 tahun
- 31 Januari: Kemangkatan Maharaja Komei pada umur 36 tahun akibat penyakit
cacar berdarah, penaikan takhta Mutsuhito secara tidak rasmi.
- 12 September: Pertabalan rasmi Maharaja Meiji.
- 23 Oktober: Nengo ditukar ke tahun pertama Meiji.
- 6 November: Ibu negara berpindah dari Kyoto ke Edo, dinamakan semula
sebagai Tokyo.
* 1869
- 11 Januari: Perkahwinan Meiji ke Ichijo Haruko yang mulai saat itu bergelar
Maharani Shoken.
- 4 September: Meiji menyambut Duke Edinburgh.

* 1871: Pemansuhan kawasan diisytiharkan.

* 1873: Istana Edo ranap akibat kebakaran; maharaja berpindah ke Istana


Akasaka. Putera-puteri sulung baginda lahir namun mati selepas bersalin.

* 1877: Pemberontakan Satsuma

* 1878: Pembunuhan Okubo Toshimichi.

* 31 Ogos 1879: Kelahiran Putera Yoshihito, putera tunggal Meiji yang bakal
menjadi Maharaja Taisho.
SUMBANGAN MAHARAJA MEIJI

• Maharaja Meiji merupakan pemerintah Jepun selepas


kejatuhan era kesyogunan dan Tokugawa. Pemerintahan
Jepun diambil alih oleh Maharaja meiji bermula pada tahun
1868 dan berakhir pada tahun 1912. Di bawah pemerintahan
Maharaja Meiji, Jepun telah mengalami perubahan atau
evolusi yang besar dalam sejarah negara itu sendiri. Banyak
perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan oleh beliau
sebagai ketua masyarakat Jepun, antara langkah yang paling
signifikan ialah dengan memindahkan ibu negara Jepun pada
masa itu, Kyoto ke Edo. Kemudiannya, pada tahun 1868, Edo
telah ditukarkan kepada Tokyo.
Sumb
Pemodenan
sistem
angan
angkatan
tentera dan
laut
Kemajuan Penghapusan
komunikasi sistem feudal

Pendidikan Perubahan
dan pelajaran ideologi dan
keagamaan

Kemajuan Undang-
ekonomi undang
PENGHAPUSAN SISTEM FEUDAL
• Seterusnya era pemerintahan Meiji juga menyaksikan penghapusan
sistem feudal lama yang dipraktikkan dalam sistem pemerintahan
Jepun sebelumnya. Oligarki Meiji telah mempengaruhi golongan-
golongan daimyo ataupun tuan tanah supaya menyerahkan tanah
secara sukarela kepada maharaja yang mana membawa kepada
penghapusan semua tanah feudal pada 29 Ogos 1871.

• Sistem hierarki sosial yang diamalkan dahulu juga dihapuskan, dan


golongan samurai juga telah kehilangan hak istimewa dan hak
mereka menggunakan pedang di tempat-tempat awam.Pada
September 1871 samurai secara rasminya diharamkan
menggunakan pedang dan juga hilang status sebagai pahlawan.
PEMODENAN SISTEM ANGKATAN
TENTERA DAN LAUT
• Selain melaksanakan evolusi dalam sistem pemerintahan Jepun, beliau juga
telah memodenkan angkatan tentera darat dan juga tentera laut. Sesuai dengan
doktrin sebuah negara kaya dan tentera yang kuat, bercontohkan negara dari
barat, kerajaan Jepun yang dipimpin oleh Meiji telah memperkenalkan sistem
ketenteraan moden yang terdiri dari rakyat biasa( helmin ) yang mana berusia
20 tahun ke atas, dan sistem ini telah diperkenalkan pada Disember 1872.

• Sebagai menteri pertahanan dan peperangan , Yamagato Aritomo telah


menyusundan memperkemas semula pentadbiran tentera Jepun ala angkatan
tentera Jerman yang mana askar-askar Jepun diwajibkan berkhidmat dalam
angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun ( 3 tahun dalam angkatan tetap
dan 9 tahun dalam angkatan simpanan ). Dengan cara ini, bilangan askar akan
dapat ditingkatkan, seiring dengan penggunaan alat peperangan yang canggih
dan berteknologi tinggi.
KEMAJUAN KOMUNIKASI
• Di bawah pemerintahan Meiji juga telah berlaku pemodenan sistem
komunikasi yang mana telah mempengaruhi kecekapan tentera,
pemusatan pentadbiran dan juga pembangunan ekonomi negara.
Padatahun 1872, Tokyo dan Yokohama telahpun dihubungkan oelh
landasan kereta api, seterusnya, tahun 1874, Kobe dan Osaka pula
telah telah mempunyai landasan kereta api, dan pada tahun 1877 ,
Kobe, Osaka, dan Kyoto telah dihubungkandan akhirnya menjelang
1881,kerajaan Jepun mempunyai 26 landasan kereta api.

• Seiring dengan perkembangan kominikasi darat, kemajuan


komunikasi melalui telegraf juga semakin berkembang dan pesat
dan pada tahun 1880, hampir kesemua bandar utama di Jepun
dihubungkan oleh ibu sawat telegraf. Jumlah berita kawat yang
dihantar bertambah dari 19 448 pada tahun 1871 kepada 1.27 juta
dalam tahun 1878 dan mencapai angka 2.7 juta pada tahun 1884.
PERUBAHAN IDEOLOGI DAN
KEAGAMAAN
• Dalam usaha Maharaja Meiji bagi membentuk
negara Jepun yang baru. Idealogi negara
sangat penting dan ianya berperanan meninggikan
semangat cintakan negara atau
nasionalisme. Meiji telah memperkenalkan idealogi
kokutai yang mana prinsip ini
menekankan keunggulan kerohanian masyarakat
jepun . Rakyat juga diseru supaya menunjukkan taat
setia sepenuhnya kepada raja dan negara dan
agama Shinto telah dijadikan agama rasmi di Jepun.
PENDIDIKAN DAN PELAJARAN
• Aspek pendidikan juga tidak dilupakan dalam melaksanakan evolusi dalam
memperbaharui negara Jepun dan Maharaja Meiji sendiri sedar pendidikan
merupakan asas terpenting dalam usaha untuk menjadi sebuah kuasa ekonomi
dan militari yang moden dan sistematik. Beliau juga berpendapat bahawa
pendidkan merupakan asas yang paling penting sekali dalam usaha untuk
membina sebuah negara yang kukuh, dan berlandaskan pandangan beliau,
pelbagai usahayang dilaksanakanbagi memastikan aspek pendidikan tidak
diabaikan dikalangan rakyat Jepun.

• Beratus-ratus penuntut Jepun telah dihantar ke luar negeri bagi mempelajari


sains, pentadbiran, dan juga teknik perindustrian barat, manakla pakar-pakar,
golongan professional, serta pakar teknologi barat telah digaji oleh kerajaan
Jepun untuk mengajar berbagai kemahiran kepada rakyat-rakyat Jepun . pada
tahun 1871, kementerian Pelajaran Jepun telah ditubuhkan dan pada tahun
1872 pula, Jepun telah dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dimana setiap
kawasan akan mempunyai sebuah universiti, 32 buah sekolah menengah dan
210 buah sekolah rendah. 
UNDANG-UNDANG
• Dalam sistem perundangan pula, sistem perundangan yang moden telah
dibentuk bagi mengkaji semula perjanjian yang dianggap tidak adil antara Jepun
dengan kuasa barat yang ditandatangani antara tahun 1850-1860-an. Gustave
Roissonade de Fontorabe dilantik sebagai penasihat Kementerian Keadilan
Jepun pada tahun 1873 dan beliau ditugaskan untuk menggubal undang-undang
jenayah moden yang dikuatkuasakan pada tahun 1882. Manakala, undang-
undang sivil dan perdagangan yang telah digubal, telahpun diluluskan pada
tahun 1888-1889.Dan denganmemodenkan sistem perundangan, Maharaja Meiji
telah pun berjaya mengatasi masalah-masalah yang timbul berikutan perjanjian
berat sebelah dengan negara-negara barat.

Anda mungkin juga menyukai