Anda di halaman 1dari 35

Definisi

Moral Akhlak Etika


Moral berasal drpd perkataan Latin
“moralis”ertinya hubungan antara sesama
manusia.

Moral merujuk kepada:


• tingkah laku
• amalan
• perbuatan
• nilai-nilai yg baik @ buruk dalam sesuatu
masyarakat.
MORAL

TINGKAH
AMALAN PERBUATAN NILAI-NILAI
LAKU
• Seseorang yg tidak mempunyai rasa bermoral (no
moral sense) tidak dapat membezakan yg mana baik
@ buruk.
eg.
• Kanak-kanak yg baru lahir
• Orang gila

Persoalan moral adalah persoalan praktikal/ amalan


seharian seseorang manusia.
Ia membicarakan persoalan:

• Sama ada sesuatu perbuatan itu betul @ salah


• Apakah yg perlu dibuat oleh seseorang atau dalam
sesuatu masyarakat.
• Apa yg perlu ditinggalkan (atas sebab-sebab
tertentu)

eg.
• Rasuah
• Mencuri
• Tolong-menolong.
• Akhlak berasal drpd perkataan Bahasa Arab
“Khuluq“ bererti tabiat atau adat.

• Akhlak bermaksud keadaan kejiwaan (hati) yg


akan membentuk tingkah laku seseorang
manusia.

• Akhlak dalam Islam adalah satu ilmu yg


menyarankan cara-cara utk membersihkan hati
seseorang, menghiasnya dgn sifat-sifat yg baik
dan membersihkannya drpd sifat-sifat yg keji.
• Akhlak seseorang adalah lukisan jiwanya.

• Akhlak orang-orang Islam adalah berlandaskan


al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Kesimpulan:
• Ilmu akhlak – ilmu yg menentukan batas antara
perbuatan yang baik dan buruk, antara yang
terkeji dan tercela, tentang perkataan dan
perbuatan manusia zahir dan batin.
• Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
• “Agama itu adalah akhlak yang baik”
• “Sebaik-baik akhlak adalah akhlak Allah
yang Maha Agung”
• “Sesungguhnya orang yang paling baik
akhlaknya adalah orang yang paling baik
agamanya”
• “Islam itu adalah akhlak yang baik”
• Aisyah r.a memberitahu tentang akhlak
Rasulullah: “Akhlaknya adalah al-Quran”.
“Sebenarnya dalam jasad itu ada segumpal daging,
jika baik maka baiklah jasad dan jika rosak maka
rosaklah jasad.” al-Hadis
•Akhlak adalah adab dan tabiat yang
mencerminkan jiwa seseorang. Ia dilihat
daripada cara seseorang berinteraksi dalam
kehidupan seharian.
 
Akhlak merangkumi semua aspek
kehidupan iaitu berakhlak kepada:
i) Diri sendiri
ii) Keluarga
iii) Masyarakat
iv) Alam sekitar
v) Allah SWT.
Etika berasal drpd perkataan “Greek” ethos yg
merujuk kpd “perlakuan seseorang”

• Etika ertinya satu disiplin atau peraturan yg


menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu baik
@ buruk.

Kesimpulan:
• Etika – satu disiplin yg akan dapat memberi
maklumat kpd kita apakah sistem moral yg
diamalkan oleh satu-satu kelompok manusia
tertentu.
• Etika merupakan satu set peraturan yang tetap
yang diwujudkan sebagai panduan kepada
manusia untuk menjamin kehidupan yang aman
dan harmoni. Ia ditentukan oleh manusia
berdasarkan prinsip-prinsip moral. Etika boleh
dinyatakan dengan jelas melalui peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan oleh
manusia. Ada juga etika yang tidak bertulis tetapi
memang difahami oleh masyarakat seperti cara
pertuturan dan perlakuan yang baik.
• DEFINISI ETIKA
Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak
atau tingkah laku yang menjadi pegangan
seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip
moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh
dicapai oleh seseorang tanpa menjalin
perhubungan sosial dengan orang lain.

( Shukri Ahmad & Razali Mat Zin,


2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi )
• Menurut Webster International Encyclopedia: etika - salah satu
cabang ilmu falsafah yang membincangkan prinsip-prinsip
moral tentang perlakuan manusia dan organisasi sosial.

• Etika juga diertikan sebagai ilmu budi pekerti iaitu ilmu yang
memberikan pengertian tentang baik buruk, ilmu yang
mengatur pergaulan manusia sesama mereka dan ilmu yang
dapat menentukan tujuan terakhir dari seluruh usaha dan tujuan
mereka.

• LP Pojman - etika sebagai satu percubaan yang bersistematik


dalam memahami konsep-konsep moral, mengetahui prinsip-
prinsip moral dan teori-teori moral.
• ETIKA PERKHIDMATAN AWAM

1 . BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM


2 . BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB
3 . BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI
4 . BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN
KEMESRAAN
5 . BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT
DAN PEMBANGUNAN
NEGARA
6 . BEKERJASAMA DALAM MEMBENTERAS KELEMAHAN
DAN MUSUH NEGARA
7 . BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA
Pembahagian
Etika:

1. Etika Deskriptif
2. Etika Normatif
ETIKA

DESKRIPTIF NORMATIF
1. Etika Deskriptif

• Satu disiplin yg membicarakan sejarah sistem


moral.
• Ia memberi maklumat kpd kita apakah sistem
moral yg dianuti oleh seseorang individu @
sekelompok masyarakat tertentu.
- Etika Deskriptif akan menyedarkan kita bahawa
di dunia ini terdapat berbagai-bagai sistem moral
yg relatif (tidak sama).
eg.
• Etika Kristian
• Etika Buddha
• Etika Yahudi
• Etika Islam
• Etika Barat
Kesimpulan:
• Etika Deskriptif menyatukan apakah
bentuk @ karektor sebenar satu-satu
sistem moral yg ada sekarang.
• Ia juga tidak akan membuat penilaian,
pengadilan dan keputusan terhadap
sistem tersebut.
2. Etika Normatif

• Ia akan menilai, mengkritik dan membuat


keputusan terhadap sistem moral yg ada.

• Ia menyedarkan kita bahawa nilai-nilai moral


tidak semuanya berubah mengikut perubahan
budaya manusia tetapi ada juga nilai-nilai
moral yg tetap/ tidak berubah.
• Ia biasanya disebut nilai yg mutlak yg
biasanya dikaitkan dengan ajaran agama.

eg. Agama Islam – membunuh diri adalah


perbuatan yg tidak baik dan berdosa besar.
-Pengguguran anak adalah perbuatan yang tidak
bermoral
-Penyalahgunaan dadah adalah satu perbuatan yang
tidak bermoral
-Melahirkan anak luar nikah adalah tidak bermoral
-Mengamalkan kejujuran dan amanah adalah perbuatan
yang bermoral
Perbezaan antara Moral, Etika
dan Akhlak

Moral – dari perspektif Barat Ketiga-tiga istilah ini berbeza


Akhlak – dari perspektif Islam tetapi mempunyai hubungan
Etika – set peraturan dalam sesuatu
yang sangat rapat
masyarakat.

Moral lebih menjurus kepada amalan dan perlakuan luaran yang


dizahirkan oleh seseorang.
Fokus Akhlak menjurus kepada keadaan dalaman (hati) seseorang yang
akan membentuk tabiat luaran menerusi perbuatan.
Etika adalah satu set peraturan yang berkait rapat dengan nilai-nilai
moral serta norma (kebiasaan) sesuatu masyarakat.

Moral diperolehi menerusi pengamatan atau


Sumber pengalaman individu/ sesuatu kelompok masyarakat.
Akhlak bersumberkan al-Quran dan Sunnah Nabi
Muhammad saw.

Moral- sentiasa berkembang dan berubah mengikut situasi dan


Ciri-ciri / Nilai masa, berbentuk duniawi, menggunakan logik akal tanpa asas
agama yang konkrit. Ia boleh menyebabkan peningkatan kes
jenayah / masalah moral seperti bersekedudukan, melakukan
seks bebas.
Akhlak- tetap dan tidak berubah.
• Kesimpulannya, definisi moral, akhlak atau
etika merujuk kepada perbuatan, tabiat dan
adab yang dilakukan oleh seseorang insan.
Tanpa moral, akhlak atau etika, manusia akan
hidup tanpa haluan dan bertuhankan hawa
nafsu.
MORAL

PERIBADI SEJAGAT MUTLAK


1. Kemoralan Peribadi

• Merupakan satu usaha memikirkan


dengan teliti segala akibat yg dijangkakan
drpd sesuatu perbuatan atau tindakan yg
dilakukan sama ada baik @ buruk.
• Tidak semua akibat yg akan berlaku itu
dapat dijangka.
• Utk memudahkan kita, satu peraturan
umum perlu ada sebagai panduan khasnya
utk menghindarkan akibat buruk kpd
masyarakat.
Peraturan ini mesti mempunyai 2 ciri iaitu:
1. Menghalang dari mengalami akibat buruk
2. Mengingatkan supaya melakukan sesuatu yg
baik utk kepuasan jangka masa panjang.

•Peraturan inilah yg memandu setiap individu


untuk kebaikannya.
2. Kemoralan Sejagat
• Moral jenis ini dijangka dapat membawa
kebahagiaan kepada semua orang yg
mematuhinya.
• Ia merupakan satu peraturan umum yg ditentukan
dan dapat diterima oleh masyarakat sejagat.
• eg. Mencuri adalah perbuatan yg salah.

• Jika semua orang tahu mencuri itu adalah


satu perbuatan yg salah sudah tentu
masyarakat dapat hidup aman, damai dan
bahagia kerana tiada orang yg mahu
melakukan perrbuatan mencuri tersebut.
3. Kemoralan Mutlak
• Merupakan satu set peraturan yg mesti
diikuti walaupun terpaksa mengorbankan
soal kebahagiaan seseorang itu.
Ciri-ciri:
• Ia datang drpd satu kuasa luar yg lebih
berautoriti drpd seseorang itu.
• Ia mewajibkan setiap individu bermoral tanpa
memikirkan akibat yg terjadi pada seseorang
itu.
• Apa yg dikata benar itu adalah lebih penting
drpd kebahagiaan yg cuba dicapai oleh
seseorang.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai