Anda di halaman 1dari 14

ISU ETIKA DALAM SAINS DAN

TEKNOLOGI
Sekularisme
 menjelaskan bahawa sekular bermaksud "not
connected with or controlled by a church or other
religious authority" atau tidak mempunyai kaitan
atau tidak dikawal oleh gereja atau pihak berkuasa
agama.
 satu sistem organisasi sosial yang menolak
sebarang bentuk pengaruh agama atau keagamaan
 sekularisme adalah satu sistem etika yang
diasaskan di atas prinsip-prinsip moral yang sejagat
dan bebas daripada pengaruh agama-agama langit
atau kepercayaan kepada animisme.
 Sekular dalam bahasa Arab adalah al-‘almaniyah,
manakala bahasa Inggeris secularism dan bahasa
Perancis sevularite atau laique
 perkataan sekular ialah berkaitan dengan
keduniaan, bersifat duniawi dan tidak berkaitan
dengan keagamaan. Sekularisme pula bermaksud
fahaman (doktrin, pendirian dan sebagainya) yang
menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan
sosial manusia. Manakala isme ialah kepercayaan,
gerakan politik atau keagamaan, sikap serta
perlakuan
 secularism sebagai satu gerakan sosial yang
bermatlamat membawa manusia dan mengarahkan
mereka daripada mementingkan akhirat kepada
mementingkan dunia sahaja
 kalimah secularism sebagai semangat keduniaan
atau aliran keduniaan.
 Ensiklopedia Oxford menterjemahkan kalimah
secularism sebagai keduniaan atau materialis,
bukannya keagamaan atau spiritual,
 Sesungguhnya sains materialis, kemanusiaan,
aliran tabie dan aliran ciptaan semuanya adalah
bentuk-bentuk bagi perkara tanpa agama.
 sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan
kehidupan dunia dengan akhirat dalam semua aspek
termasuklah urusan agama, pendidikan, politik, sosial
dan sebagainya. Selain itu, sekularisme juga
memperjuangkan hak untuk bebas dari peraturan dan
ajaran agama dan juga tidak memberi keistimewaan
terhadap mana-mana agama. Dengan kata lain,
sekularisme merujuk kepada kepercayaan bahawa
kegiatan dan keputusan yang dibuat oleh manusia,
terutamanya yang berkaitan politik, harus berdasarkan
bukti dan fakta bukannya pengaruh agama.
 Sekularisme mula diasaskan sebagai satu sistem
falsafah oleh George J. Holyoake pada kira-kira
tahun 1846 di England
 gereja Barat yang menguasai masyarakat
cenderung ke arah melahirkan seorang manusia
yang “beragama” yang menumpukan kehidupannya
beribadat kepada Tuhan dan memikirkan kehidupan
selepas mati sahaja. Dalam masa yang sama
mengabaikan urusan kehidupan manusia di dunia.
Darwinisme

 Ideologi dan pemikiran Darwinisme mula


diperkenalkan oleh Charles Robert Darwin, seorang
pengkaji biologi berbangsa Inggeris. Beliau
mengasaskan teori yang dinamakan sebagai Teori
Evolusi. Berasaskan teori ini, makhluk yang paling
kuat akan kekal wujud dan makhluk yang lemah
akan mengalami kepupusan (the survival of the
fittest - the strongest will survive in nature while the
weak will be wiped out). Proses ini dinamakan
sebagai "pemilihan alami" atau "natural selection".
Psikoanalisis
 Ahli psikologi dan pengasas psikoanalisis Sigmund Freud
dilahirkan pada 6 Mei 1856 di Austria dan meninggal dunia
pada 23 September 1939 di London. Beliau merupakan
pengasas psikoanalisis yang amat berpengaruh dalam bidang
psikologi dan psikaitri. Karya beliau yang terkenal dalam
bahasa Jerman ialah Totem und Tabu (Totem and Taboo)
(1913) dan Das Unbehagen in der Kultur (1930)
(Encyclopedia of Britannica, 2002). Sumbangan terbesar
Freud dalam psikoanalisis ialah mengasaskan teori "Oedipus
Complex". Teori ini menerima kritikan hebat kerana dirujuk
kepada kehendak yang bertentangan dengan nilai moral asasi
manusia iaitu "manusia hidup kerana seks".
Pengklonan
 Amalan pengklonan mula dilakukan sejak tahun
1964 apabila John B. Gurdon melakukan satu
eksperimen mengekstrak sel daripada seekor katak
dan menyuntiknya kepada telur yang belum
disenyawakan. Pada tahun 1997, usaha pengklonan
mamalia telah berjaya dilakukan oleh beberapa
orang saintis Scotland sehingga berjaya
menghasilkan seekor kambing biri-biri yang
dinamakan Dolly.
Pengubahsuaian Genetik Organisma (GMO)

 Pengubahsuaian Genetik Organisma atau GMO dilakukan


melalui amalan kejuruteraan genetik dengan memanipulasikan
struktur baka bagi melahirkan kod baka baharu untuk
kegunaan tertentu. Amalan ini kebiasaannya dilakukan
terhadap tanaman dengan mengubah struktur asal baka bagi
mendapatkan satu bentuk baka tanaman baharu yang
berbentuk berdaya tahan. Amalan ini juga dibuat terhadap
binatang ternakan bagi mendapatkan baka terbaik yang
mempunyai daya tahan yang tinggi kepada sebarang penyakit.
Isu moral dan etika yang timbul di sini ialah teknologi GMO
berkemungkinan akan memberi kesan kepada kitaran alam
sekitar, binatang dan manusia.
Biosentrisme (Biocentrism) dan
Anthroposentrisme (Anthropocentrism)

 Satu ideologi yang umumnya ditakrifkan sebagai


kepercayaan bahawa semua bentuk hidupan adalah
mempunyai nilai yang setara dan manusia bukan
titik pusat kepada kewujudan
 Teori Biosentrisme dikemukakan oleh Robert Lanza
yang mengasaskannya berdasarkan teori kuantum fizik
yang meletakkan semua hidupan pada tempat yang
setara. Implikasi moral daripada teori ini ialah setiap
hidupan adalah mempunyai hak yang sama rata dan
bertentangan dengan manusia. Oleh itu manusia tidak
boleh mengutamakan kehendaknya semata-mata dan
dalam keadaan tertentu kepentingan makhluk lain akan
lebih diberi perhatian. Manusia diletakkan sebagai entiti
yang bertentangan dengan hidupan lain dalam alam tabi'i
ini,

Anda mungkin juga menyukai