Anda di halaman 1dari 8

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM

NAMA AHLI: - Ainnur Raiha Dania Bt Rasman


- Putri Hidayah Bt Noor Abdillah
- Wong Shin Hui
- Kerthiga A/P Vijayan
- Divyaa A/P Balachantar

KELAS: 3 SIRIUS
NAMA GURU: PUAN AZIMAH
(1) PEMBAKARAN TERBUKA
PEMBAKARAN TERBUKA
MENYEBABKAN PELEPASAN GAS
KARBON MONOKSIDA
BERLAKUNYA PENCEMARAN
UDARA AKIBAT SIKAP KECUAIAN
MANUSIA YANG MEMBUANG
PUNTUNG ROKOK KE DALAM
HUTAN.
OXYGEN + HABA + BAHAN
BAKAR=PEMBAKARAN
(2) PELEPASAN GAS DARI KENDERAAN
PENGGUNAAN KENDERAAN BERMOTOR SEPERTI KERETA,MOTOSIKAL,LORI DAN
KAPAL TERBANG JUGA MERUPAKAN SALAH SATU DARI PENYUMBANG KEPADA
BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM SEKITAR SEPERTI PENCEMARAN UDARA DAN
PENCEMARAN BUNYI.HAL INI KERANA SETIAP KENDERAAN AKAN MELEPASKAN
ASAP KENDERAAN YANG MENGANDUNGI GAS YANG BERBAHAYA.JIKA
PENINGKATAN TARAF HIDUP MASYARAKAT TERUS MENINGKAT PADA ZAMAN
SEKARANG MAKA TAHAP PENCEMARAN JUGA AKAN TURUT MENINGKAT.
(3) PEMBUANGAN SAMPAH KE DALAM AIR
Air merupakan komponen yang utama dalam kehidupan seharian namun masih ramai lagi
yang”buta”terhadap kepentingan air tersebut.Antara pencemaran yang dilakukan terhadap
air ialah pembuangan sisa toksik,sampah sarap,barangan pepejal,dan sebagainya ke dalam
sungai-sungai yang berdekatan.Apabila pencemaran ini dilakukan terhadap sungai
tersebut,airnya akan bertukar warna menjadi warna cokelat ataupun merah hati.Selain
itu,pencemaran air laut pula seperti tumpahan minyak oleh kapal-kapal dagang.Sebagai
contoh di Selat Johor pelanggaran kapal di situ mengakibatkan minyak tertumpah.
(4) SIKAP TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
INDIVIDU & ORGANISASI
Aktiviti ekonomi seperti pembukaan kawasan perumahan dan perindustrian yang baru
tanpa memelihara ekosistem yang sudah sedia ada.

Penebangan hutan dan penarahan bukit tanpa ada tindakan pemuliharaan seperti
penanaman semula pokok telah menyebabkan flora dan fauna kehilangan habitat
mereka.

Hal ini mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat
kerana ketiadaaan pokok-pokok yang selama ini menjadi tunjang utama kekuatan tanah
di kawasan tersebut.

Justeru, kekayaan yang kian mengaburi mata-mata orang yang tidak prihatin akan alam
semula jadi ini harus dibukakan mata dan ditunjukkan kesan dan akibat sekiranya
pencemaran ini berlaku dan meninggallkan kesan terhadap diri mereka sendiri.
(5) PEMBUANGAN BAHAN KIMIA
Sampah yang mengandungi kimia atau bahan organik seperti sisa-sisa makanan dan
najis, jika dibuang secara berterusan ke dalam kawasan air boleh menyebabkan air di
kawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh
menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” di mana nutrien-nutrien tersebut
menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apa bila alga-alga itu mati, bakteria
yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah oksigen
yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup kerana
kekurangan oksigen.

Anda mungkin juga menyukai