4 khalifah : Syaidina Abu Bakar Syaidina Umar Umar Bin Abdul Aziz Haruan Al Rasyid Abu Bakar Al Siddiq
Bagaimana perlantikan beliau ?
Apakah jasa-jasa dan sumbangan beliau ? Apakah cabaran beliau ? Proses perlantikan Nabi S,A.W tidak meninggalkan sebarang wasiat siapa bakal pengganti baginda. Isyarat umum deberi oleh baginda dalam sebuah hadisnya iaitu iman-iman khalifah hendaklah di kalangan quraisy. Melahirkan 3 aliran pemikiran mengenai perjawatan khlaifah: penyokong ali dari bani hasyim(syiah) suku-suku quraisy bukan bani hasyim golongan ansar. SAQIFAH BANI SAIDAH Peristiwa di saqifah bani saidah:Berita kewafatan Nabi Muhammad S.A.W dihebahkan. Puak ansar pilih calon Khalifah Sa`d Bin Ulbadah dari suku khazraj Tidak diketahui kaum keluarga nabi yang berada di rumah sayidah aisyah. Abu Bakar Dan Umar Al-khatab diberitahu tentang perlantikan itu oleh Uwaim Bin Saidah dan Man Bin Adi Abu Bakar cadang khalifah dipilih daripada golongan muhajirin Cadangan Hubab Al-mundhir (khazraj) melantik dua orang ketua iaitu seorang muhajirin dan seorang ansar ditolak oleh umar. Tiba-tiba umar mengangkat tanagan abu bakar dan membaiahnya diikuti oleh orang-orang lain di Saqifah Bani Saidah-membaiah Abu Bakar Ali Bin Abi Talib baiah abu bakar sebaik sahaja diberitahu. Cabaran Syaidina Abu Bakar 1.Menangani masalah Al Riddah iaitu kemunculan Nabi Palsu spt Musailamah Al Khazab 2.Memerangi golongan yang enggan membayar zakat 3.Memerangi golongan murtad 4.Mengumpul ayat ayat aklquran Jasa abu bakar as-siddiq • Menghapuskan golongan murtad, nabi palsu, dan golongan yang enggan membayar zakat
• Membebaskan negeri-negeri yang berada di
bawah cengkaman Rom dan Parsi
• Mengumpul tulisan-tulisan Al-Quran supaya tidak
dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Umar Al Khatab Latar belakang saidina Umar Al-khattab
a.Khalifah ke-2 zaman khulafa Al- Rashidin
b.terkenal seorang yang berani, warak, dan mempunyai siasah politik yang baik. Dikenali sebagai Al-Farouk/Amir al-Mukminin .Sahabat baik Nabi Muhammad s.a.w. c.Memerintah selama 10 tahun dari 13- 23H. d.Perlantikan sebagai khalifah telah dicalonkan oleh Abu Bakar dan dipersetujui oleh umat Islam. e.Melakukan banyak pembaharuan dalam pentadbiran Islam dan perluasan wilayah Islam serta mengembangkan dakwah Islamiah. f. Zamannya berlaku kegemilangan Islam ( Dalam bidang politik, ekonomi , sosial dan Agama g.Meninggal dunia pada 23H. Jasa / Sumbangan Khalifah Umar
a. Sistem Syura.
Majlis syura berperanan sebagai tempat perbincangan
masalah yang berhubung dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta masalah dalaman/ luar Negara. Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri daripada para sahabat. Membahagikan majlis syura kepada 2 jenis, iaitu Majlis Syura Tinggi dan Majlis Syura Am. Bagi hal-hal yang kurang penting khalifah Umar mengadakan perbincangan di Masjid b. Perluasan wilayah Islam Islam berkembang melalui proses penaklukan / perluasan kuasa. Kawasan pengaruh Islam meliputi Hijaz, Syria, Iran, Iraq, Mesir, Palestin. Bagi memudahkan pengawasan, pentadbiran wilayah diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan. Contoh Mekah, Damsyik, dan Kufah. Kota Madinah dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah Islam c. Perlantikan pegawai wilayah. Memperkenalkan jawatan Wali/ Gabenor sebagai ketua pemerintah peringkat wilayah dan bertindak sebagai panglima tentera. Melantik Sahib Bait-Al-Mal yang bertanggung jawab atas perbendaharaan wilayah. Sahib Al-Kharaj berperanan memungut hasil percukaian wilayah Islam. Ketua polis (Sahib Al-Ahdath) untuk mengawasi keamanan. Jawatan Kadi diwujudkan untuk melicinkan sistem kehakiman. Khalifah telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak memegang jawatan di wilayah. Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab yang wajib dipatuhi. Setiap Wali/ gabenor wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di wilayah setiap tahun selepas musim haji. Rakyat diberi penerangan tentang tanggungjawab pegawai yang dilantik, dan berhak untuk membuat pengaduan kepada khalifah. Khalifah berhak melantik dan memecat pegawai yang tidak amanah/ tidak cekap melaksanakan tugas. d. Pengurusan Tanah
Setiap wilayah Islam diperkenalkan undang-undang pengurusan tanah tersendiri, - Di Iraq tanah menjadi hak milik kerajaan contoh: Tanah yang asalnya dimiliki oleh pemerintahan Parsi. Tanah yang tiada waris. Tanah yang pemiliknya melarikan diri apabila kawasannya ditakluk oleh tentera Islam. Hasil pungutan tanah digunakan oleh pemerintah Islam untuk membangunkan wilayah masing-masing. Undang-undanh pengurusan tanah di Syria dan Mesir memperuntukkan tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah Rom diserahkan kepada petani. Tentera Islam dan orang Islam tidak dibenarkan mengambil tanah di wilayah Islam ini kecuali jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru ditakluki. d.Sistem percukaian tanah dan tanaman Memperkenalkan sistem percukaian tanah berdasarkan jenis tanaman. Contoh: Gandum dikenakan cukai= 2 dirham, Barli=1dirham, Anggur =10 dirham. Tanah yang subur dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan tanah yang kurang subur f. Memajukan sektor pertanian
Memperkenalkan peraturan yang membenarkan
rakyat memiliki tanah sekiranya mereka meneroka tanah baru untuk tujuan pertanian. Tanah yang dibiarkan tanpa diusahakan dalam tempoh 3 tahun akan menjadi milik kerajaan semula. Bagi menggalakkan pertanian sistem pengairan dan terusan telah dibina –dikenali terusan Amirul- Mukminin di Mesir dan empangan Abu Musa. g. Struktur pentadbiran ketenteraan. Memperkenalkan pasukan tentera tetap dan sukarela. Pasukan tentera tetap dibayar gaji- Mereka tidak dibenarkan melibatkan diri dalam kegiatan sampingan seperti bertani bagi mengelakkan gangguan tumpuan terhadap tugas. Tentera tetap diberi latihan intensif. Contoh-Berjalan tanpa pengalas kaki, menunggang kuda dan memanah. Setiap tentera direkodkan nama dan nombor pendaftaran. Pusat ketenteraan ditubuhkan, di Bandar-bandar utama seperti Madinah, Kufah, Basrah, Fustat dan Hims. Membina kubu-kubu pertahananan sebagai langkah berjaga-jaga. h. Kehakiman Menetapkan syarat-syarat perlantikan kadi atau hakim yang ketat. Seperti berilmu, berperibadi tinggi, dikenali oleh masyarakat. Jabatan kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari Jabatan lain untuk menjamin keadilan. Prinsip kehakiman berlandaskan syariat Islam. Gaji Kadi/ hakim dibayar tinggi (500 dirham sebulan) untuk mengelakkan berlaku tidak adil. Kadi/ hakim tidak digalakkan untuk terdedah kepada umum seperti di pasar atau tempat tumpuan ramai bagi menjamin keadilan perundangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz 1.Kerajaan Bani Umaiyyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Suffian berikutan Saidina Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepadanya demi perpaduan umat Islam. 2.Kerajaan ini memerintah hampir satu abad.telah melahirkan beberapa pemimpin seperti Muawiyah, Abdul Malik bin Marwan. Al Walid bin Abdul Malik dan Umar bin Abdul Aziz. 3.Khalifah Umar Abdul Aziz merupakan Khalifah ke 8, dari keturunan Umar Al Khattab. Pemerintahan Berdasarkan Al Quran
1.Khalifah Umar menjalankan polisi
pemerintahan berdasarkan Al Quran dan Hadis.Baginda menghidudkan semula konsep musyawarah dalam membuat segala keputusan khasnya hal-hal yang menyentuh dasar-dasar Negara serta perkara yang berkaitan kepentingan rakyat. Mengubah Dasar Luar Negara
Baginda mengubah dasar luar
Negara,sebelum baginda kerajaan bani Umaiyyah kerap mngadakan eskpedisi ketenteran baginda mean untuk meluaskan empayar dan meluaskan Islam,semasa zaman baginda,menggunakan kaedah diplomasi unruk meluaskan pengaruh kerajaan Islam Menghapuskan Jawatan Pegawai Peribadi Beliau menghapuskan jawatan pegawai peribadi Khalifah yang diperkenalkan oleh Muawiyah,kerana baginda menganggap jawatan ini menyukarkan rakyat untuk menemuinya dan membuat sebarang aduan dan mengemukakan pendapat mereka Hapuskan Cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib
Cacian terhadap Khalifah Ali bin Abi Talib dan
kaum kelauarganya iaitu bani Hashim di Mimbar- mimbar jumaat telah dihapuskan. Kerana tindakan ini mencemarkan maruah seseorang dan mendedahkan kelemahan Umat Islam yang berbalah sesama sendiri.Cacian digantikan dengan seruan agar umat Islam berbaik antara satu sama lain dengan itu dapat menghidupkan semula roh ukhuah Islamiyah yang diasaskan oleh Rasulullah. Menggalakan Perkembangan Ilmu
Beliau menggalakan perkembangan ilmu.
Khususnya ilmu-ilmu keagamaan,masjid menjadi pusat perkembangan ilmu,ilmu dunia tidak diabaikan asalkan tidak bertentangan dengan Syarak.Zaman ini telah melahirkan tokoh-tokoh ulama seperti Imam Maliki dan Imam Haniffa Memulihkan Institusi Baitulmal
Dalam bidang ekonomi baginda telah
memulihkan institusi baitulmal.Baginda mengambil balik harta rampasan perang yeng dimiliki oleh keluarga bani Umaiyyah dan diletakkan semula dalam baitulmal.Sistem pemungutan cukai dikemaskinikan dengan tujuan menghapuskan kegelisahan dan penindasan yang dihadapi oleh rakyat tanpa mengira agama.Cukai Jizyah ke atas golongan Mawali di hapuskan.Kadar Cukai Kharaj diturunkan. Menjaga Kebajikan Rakyat
Untuk menjaga kebajikan rakyat,baginda
telah berusaha membaiki taraf kedudukan dan pendapatan bertujuan untuk menghapuskan jurang social ekonomi di kalangan rakyat.,menaikkan gaji golongan buruh,sehingga tidak ada rakyat yang layak menerima zakat.melaksanakan kemudahan social iaitu hospital,rumah tumpangan,biasiswa untuk pelajar,sistem pengairan untuk pertanian. Khalifah Harun Al rasyid • Harun Ar-Rasyid lahir di Rayy pada tahun 766 dan wafat pada tanggal 24 Maret 809, di Thus, Khurasan. • Harun Ar-Rasyid adalah khalifah kelima dari kekalifahan Abbasiyah dan memerintah antara tahun 786 hingga 803. • Era pemerintahan Harun dikenali The Golden Age of Islam iaitu Baghdad menjadi salah satu pusat ilmu pengetahuan dunia. Jasa dan sumbangan * Mewujudkan keamanan, kedamaian serta kesejahteraan rakyat. * Membangun kota Baghdad dengan bangunan-bangunan megah. * Membangun tempat-tempat peribadatan. * Membangun sarana pendidikan, kesehatan, dan perdagangan. * Mendirikan Baitul Hikmah, sebagai lembaga penerjemah yang berfungsi sebagai perguruan tinggi, perpustakaan, dan penelitian. * Membangun majlis Al-Muzakarah, yakni lembaga pengkajian masalah-masalah keagamaan yang diselenggarakan di rumah- rumah, mesjid-mesjid, dan istana.