Anda di halaman 1dari 18

Tema 2 : Pembangunan dan penerokaan

2.1 : Ekonomi
Konsep dan sistem dan
Ekonomi islam
Definisi Ekonomi Islam:
Ekonomi Islam adalah ilmu yang
mengkaji kegiatan manusia yang
selaras dengan kehendak syariat dari
segi mendapatkan, mengguna atau
mengurus sumber-sumber alam secara
kebendaan dan kerohanian untuk
kebaikan semua pihak demi mendapat
keredhaan Allah S.W.T.
Ekonomi Islam adalah berteraskan syariah
bagi melindungi ketidakadilan dalam
pemerolehan dan penggunaan sumber
alam dengan memenuhi kepuasan
manusia untuk melaksanakan
tanggungjawab terhadap Alllah S.W.T. dan
masyarakat seluruhnya.
Konsep

 Konsep ekonomi Islam adalah bersandarkan kepada


pegangan dan keyakinan bahawa rezeki yang
dikurniakan oleh Allah S.W.T. di muka bumi ini adalah
cukup untuk seluruh makhluk-Nya.
 Oleh itu, sifat tamak atau mementingkan diri tidak
perlu wujud pada diri seseorang.
Asas Ekonomi Islam

Berasaskan pegangan pada ajaran-ajaran Islam dan


boleh dilihat dari :

sudut tauhid,
rububiyyah,
tazkiyyah,
manusia sebagai khalifah
Persaudaraan antara manusia.
Tauhid

 Tauhid adalah perkara asas dalam falsafah ekonomi


Islam melibatkan hubungan antara manusia dengan
dengan tuhan dan manusia dengan manusia, serta
hubungan manusia dengan alam sekeliling.
Rububiyyah

 Rububiyyah adalah konsep yang menekankan Allah


S.W.T. sebagai penguasa yang membuat peraturan-
peraturan yang bertujuan untuk menjaga dan
menampung kehidupan makhluk demi kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Tazkiyyah

 Tazkiyyah ialah konsep kesucian jiwa dan ketinggian


akhlak. Jiwa yang bersih dan akhlak yang mulia akan
menghindari perkara-perkara tidak baik dalam aktiviti
ekonomi.
Manusia sebagai khalifah

 Umat Islam perlu percaya bahawa manusia dicipta


oleh S.W.T. untuk dijdikan sebagai khalifah di muka
bumi ini. Melalui kesedaran ini, manusia akan
menjalankan amanah dan peranan untuk
memakmurkan bumi sesuai dengan peranan mereka
sebagai khalifah Allah S.W.T
Persaudaraan Sejagat

 Konsep persaudaraan sejagat tanpa batasan


keturunan atau warna kulit ini akan mewujudkan
suasana kehidupan yang lebih harmoni tanpa
sebarang bentuk pemerasan, eksploitasi, penindasan
atau penyelewengan.
Matlamat

 Memenuhi keperluan asas setiap manusia. Keperluan


asas ini termasuklah mempunyai pakaian yang sesuai,
tempat tinggal yang selesa, makanan yang mencukupi
dan keperluan perubatan.
 Mencapai penggunaan sumber yang optimum, cekap,
berkesan dan tidak membazir.
 Melaksanakan pengagihan kekayaan yang saksama
dan adil. Kekayaan yang dimaksudkan ini termasuklah
dari segi pendapatan, harta benda dan pembangunan.
 Menjamin hak dan peluang yang sama untuk semua
orang tanpa mengira keturunan, bangsa atau warna
kulit.
Pemilikan harta

 Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah


 Diberikan milik sementara kepada manusia.
Agihan kekayaan

 Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan


untuk individu semata-mata,malah dikenakan zakat
bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Kebebasan mencari rezeki

 Masyarakat Islam bebas mencari rezeki


 Kerajaan berhak campur tangan bagi menjaga
kepentingan umum
Kawalan pihak berkuasa:

1. mewujudkan keseimbangan dan keadilan antara majikan


pekerja/pengguna
2. Mengelakkkan permusuhan majikan / pekerja / pengguna
3. Mengelakkkan perbezaan
4. Membuka peluang kepada semua pihak
5. Pihak berkuasa camputangan dalam urusan pasaran utk elak
penyelewengan
6. Melindungi dan membela hak asasi pekerja
7. Mengharamkan ekonomi yang dilatrang spt riba, judi dll
Ekonomi yang dilarang

 Ekonomi yang memudaratkan awam


 Ekonomi yang diharamkan seperti :
judi,
arak,
pelacur,
riba
Ekonomi Yang diharuskan
 Barangan keluaran: Bersih, suci, berguna dan tidak
mudarat
 Proses pengeluaran: tiada penipuan, jujur, menjaga hak
dan kebajikan pekerja, kualiti pengeluaran
 Proses penggunaan : elakkan sifat boros, membazir dan
bakhil

Anda mungkin juga menyukai