Anda di halaman 1dari 31

CERPEN

TALIA DAN RAKSASA QADQAD

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 1


SINOPSIS
 Talia dan keluarganya merupakan masyarakat orang asli yang tinggal jauh di
kawasan pedalaman bersama-sama dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu
Talia sedang bermain-main di sempadan huma, berdekatan dengan hutan di
lereng Bukit Ungu, Talia telah bertemu dengan seekor katak raksasa yang telah
tercedera di bahagian tepi kepalanya. Luka itu kelihatan seperti dilibas gergaji.
Oleh sebab timbul rasa kasihan, Talia telah merawat katak raksasa tersebut
dengan menggunakan pucuk daun dalut. Dengan bantuan Talia, raksasa tersebut
telah pulih dan terus menghilang di dalam hutan. Talia bercerita tentang katak
raksasa itu kepada ibunya. Bapa Talia, Dodo menganggap bahawa cerita tersebut
sebagai khayalan Talia sahaja. Namun begitu, tanggapan ibu dan ayah Talia
berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah ahli-ahli suku berselisih dengan
sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh Talia di denai yang sama heboh
diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak raksasa tersebut sebagai
Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan oleh katak tersebut.
Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah lagi kerana mereka
semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 2


SINOPSIS
 Pada suatu hari, adik Talia, Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat
bahawa Jini perlu dibawa ke hospital. Dodo mencadangkan agar mereka
menumpang kereta api. Dodo mengajak isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke
bandar. Talia sekeluarga segera meninggalkan rumah mereka. Dodo
mendukung Talia. lsterinya, Misa pula membawa Jini di dalam bakul sandang.
 Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api, mereka dijerkah oleh
seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih yang disorong
keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo memberitahu
lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke
bandar. Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar
memandang mereka dengan kehairanan. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek
memberitahu lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang keadaan di
kern balak timur yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada
serangan kumpulan katak raksasa. Tujuh orang meninggal dunia manakala
dua puluh orang lagi cedera.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 3


SINOPSIS
 Pada hari sebelum pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah
menimpa sarang katak raksasa. Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu
terperangkap. Mandur kem balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa
yang terperangkap itu. Tindakan tersebut membawa padah kepada pembalak-
pembalak di kern berkenaan.
 Sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari
bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja
termasuk Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat
dengan keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan
itu cuma berkelip-kelip memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti
bekas luka dilibas gergaji. Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan katak
raksasa yang lain mengikuti jejak Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan
apabila melihat keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa
tersebut. Dia melihat ada tanah berwarna ungu pada tangan, kuku, kaki, dan
rambut Talia. Dia membuat rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah
berwarna ungu. Akhirnya, keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut
untuk ke bandar.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 4


SINOPSIS
 Tiga hari kemudian, Sidek datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan pula,
adik Talia, Jini sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang
hasrat Binjah yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah
mengarahkan seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung
itu. Sidek membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara
yang berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan
menaiki sebuah kenderaan.
 Mereka tiba di kawasan perkampungan orang asli tersebut. Mereka mendengar suara
Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya membawa jentera berat
untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah menyuruh samseng
upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo dan Sidek menjerit
meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng upahannya membakar
pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng tersebut.
Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya menembusi
lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad. Beratus-ratus ekor katak
raksasa tersebut muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad itu menyerang
Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya terus melarikan diri dari
tempat tersebut.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 5


SINOPSIS

 Akhirnya, keadaan di kampung Talia tenang


semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah
pondok musnah terbakar. Puluhan mayat
manusia dan bangkai Qadqad
bergelimpangan. Selepas peristiwa itu,
Raksasa Qadqad terus lenyap.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 6


TEMA

 Tema cerpen ini ialah konflik antara manusia


dengan alam semula jadi.
 Manusia bandar yang rakus dan tamak telah
memusnahkan alam semula jadi demi mengaut
keuntungan semata-mata. Hutan belantara
ditarah untuk pembalakan manakala bukit
diruntuhkan untuk dijadikan kawasan
perlombongan sehingga memusnahkan habitat
flora dan fauna. Kehidupan orang ash yang
aman dan harmoni turut terancam.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 7
PERSOALAN

 Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.


 Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak Raksasa
Qadqad yang tercedera, akhirnya telah diselamatkan oleh raksasa
tersebut sewaktu perkampungan mereka hendak dimusnahkan
oleh Binjah..
 Kasih sayang terhadap keluarga.
 Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya dan
sanggup ditembak oleh Binjah semata-mata untuk
menyelamatkan anggota keluarganya.
 Sikap tamak segelintir manusia.
 Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak
melombong di perkampungan orang asli tetapi akhirnya
terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 8
PERSOALAN

 Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal


di kawasan pedalaman.
 Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen
kereta untuk mendapatkan rawatan anaknya, Jini
yang sedang sakit di bandar.
 Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
 Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat
seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera telah
menyebabkan haiwan tersebut membantu
kampungnya daripada dimusnahkan oleh Binjah.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 9
PLOT

 PERMULAAN
 Talia telah bertembung dengan seekor Raksasa
Qadqad sewaktu bermain di pinggir huma
berhampiran dengan hutan di lereng Bukit Ungu.
Talia terlihat seekor binatang aneh yang
menyerupai seekor katak tercedera. Dia telah
mengambil pucuk daun dalut untuk merawat
binatang tersebut. Binatang aneh tersebut diberi
nama Qadqad oleh penduduk kampung kerana
bunyinya yang menyerupai bunyi seekor katak.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 10


PLOT

 PERKEMBANGAN
 Peristiwa Dodo bersama-sama dengan isterinya, Misa dan anak-
anaknya, Talia dan Jini pergi ke stesen kereta api untuk merawat Jini
yang sedang demam di bandar. Di pertengahan jalan, mereka telah
bertembung dengan Sidek, pemandu kereta api dan Binjah yang
bertugas mengawas bijih yang disorong keluar dari bangunan untuk
dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Mereka telah digertak
oleh Binjah kerana cuba menaiki kereta api tersebut secara
percuma. Secara tiba-tiba, Binjah dan pekerja lombong telah
diserang oleh Raksasa Qadqad. Binjah berasa hairan kerana Talia
dan keluarganya terselamat daripada serangan tersebut. Sidek
telah menemani Dodo mendapatkan rawatan untuk Jini di hospital.
Kemudian, mereka membuat laporan di balai polis tentang Binjah
dai pengikutnya yang menyerang kampung mereka.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 11


PLOT

 KLIMAKS
 Binjah dan para pengikutnya telah membawa jentera berat
unto memusnahkan perkampungan orang ash tersebut kerana
ingin mengaut hasil buminya. Dodo yang cuba
mempertahankan kampung tersebut telah terkena tembakan
pada lengan kirinya yang dilepaskan oleh Binjah.
 PELERAIAN
 Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan'i
dan telah menyerang Binjah dan para pengikutnya. Banyak
pengikutnya yang telah terkorban termasuk Binjah sendiri.
Akhirnya, penduduk di perkampungan orang ash itu
terselamat. Selepas peristiwa itu, Raksasa Qadqad terus
lenyap.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 12
TEKNIK PLOT

 DIALOG
 "Ini bukan demam biasa," kata Dodo. "Kita
perlu bawa ke hospital." [hlm. 61]
 "Tentulah tanah ungu. Serangan Qadqad
sekarang berleluasa di hutan di seluruh negeri.
Kata Tuan Binjah, sesiapa yang dapat
mengawal tanah ungu, pasti kaya-raya!" [hlm.
64]

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 13


TEKNIK PLOT

 PEMERIAN
 Makhluk itu mengerang, mempamerkan taring.
Cecair hijau likat meleleh dari lekuk tajam di
bahagian sisi kepalanya, persis luka akibat dilibas
gergaj

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 14


TEKNIK PLOT

 IMBAS KEMBALI
 Berdasarkan cerita salah seorang pembalak yang
terselamat, pada hari yang sebelumnya, sebatang
balak menimpa sarang makhluk itu. Biarpun tidak
cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap.
Namun, entah apa-apa alasannya, mandur kem
balak menetak mati kesemua yang terperangkap
itu. Tindakannya itulah yang menjerut manusia
lain dengan hukuman mati. [hlm. 62]

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 15


LATAR TEMPAT
(a) Kawasan Bukit  Tempat tinggal Talia dan keluarganya serta ahli sukunya.
Ungu.
(b) ) Kawasan Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad
hutan
berhampiran
dengan lereng
Bukit Ungu
bersempadan
huma
( c ) Rumah Dodo. Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa untuk
membawa anak mereka, Jini yang sedang demam ke hospital.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 16


LATAR TEMPAT

(d) Stesen kereta Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh Binjah
api.
(e) Kawasan Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa
perlombongan. Qadqad
( f ) Hospital. Tempat Dodo membawa anaknya, Jini mendapatkan rawatan dan
tempat pekerja lombong yang cedera mendapatkan rawatan.

Balai polis Tempat Sidek membawa Dodo membuat laporan tentang


rancangan Binjah untuk melombong di Bukit Ungu.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 17


LATAR MASA
a) Waktu siang. Contohnya, Talia berjumpa dengan anak Raksasa
Qadqad yang tercedera pada waktu siang

. (b) Waktu Contohnya, penduduk orang asli di Bukit Ungu dapat


tengah hari. mendengar bunyi kereta api datang dan pergi untuk
mengangkut bijih ke bandar.

(c) Tiga hari. Contohnya, Jini mendapat rawatan di hospital selama


tiga hari.

(d) Waktu Contohnya, Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki ke


matahari kawasan Bukit Ungu untuk memastikan bahawa
tergelincir. keadaan di situ sudah selamat.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 18


LATAR MASYARAKAT
(a) Masyarakat orang asli Contohnya, anggota keluarga Talia dan sukunya
merupakan masyarakat orang asli yang
berpindah-randah, bertani, dan tinggal di
kawasan hutan.

(b) Masyarakat bandar Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam


yang tamak dan kejam. dengan menghalau orang asli untuk
mendapatkan kawasan lombong di Bukit Ungu.

(c) Masyarakat yang Contohnya, Binjah telah menebang balak


berkonflik dengan alam dengan sesuka hati dan ingin melakukan kerja
semula jadi. perlombongan di Bukit Ungu sehingga
mendorong Raksasa Qadqad menyerang
mereka.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 19


LATAR MASYARAKAT
(d) Masyarakat yang Contohnya, Dodo amat menyayangi anak-anak
penyayang. dan isterinya sehingga sanggup menerima
tembakan untuk menyelamatkan tempat tinggal
mereka.

(e) Masyarakat yang Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam


kejam dan zalim. dengan membakar pondok orang asli yang
terletak berhampiran dengan Bukit Ungu.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 20


WATAK DAN PERWATAKAN

 Talia
 Seorang budak perempuan kecil keturunan orang
asli.
 Anak kepada Dodo dan Misa.
 Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
 Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
 Seorang yang berani kerana merawat anak
Raksasa Qadqad yang tercedera.
 Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
 Menghormati ibu dan bapanya.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 21
WATAK DAN PERWATAKAN

 Raksasa Qadqad
 Menyerupai seekor katak tetapi lebih besar.
 Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala.
 Mempunyai taring.
 Mampu meloncat tinggi.
 Mempunyai sepasang mata berwarna kuning beriris hijau.
 Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
 Menyelamatkan orang ash sewaktu Binjah ingin
memusnahkan kampung mereka.
 Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan
keluarganya.
 Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 22


WATAK DAN PERWATAKAN

 Dodo
 Ayah kepada Talia dan Jini.
 Isterinya bernama Misa.
 Seorang yang penyayang kerana sanggup
mempertahankan keluarga dan kampungnya
daripada diancam oleh Binjah dan pengikutnya.
 Bertanggungjawab kerana bersusah payah membawa
anaknya yang sedang demam untuk mendapatkan
rawatan di hospital.
 Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan
anggota keluarganya.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 23
WATAK DAN PERWATAKAN

 Binjah
 Seorang saudagar yang tamak kerana cuba
memusnahkan kampung orang asli untuk
mendapatkan hasil buminya.
 Kejam dan tidak bertimbang rasa kerana sanggup
menyerang dan membakar rumah orang asli.
 Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa
memikirkan kepentingan alam semula jadi.
 Terkorban bersama-sama dengan pengikutnya
sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.
Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 24
WATAK DAN PERWATAKAN

 Sidek
 Bekerja dengan Binjah.
 Membantu Dodo membawa anaknya yang sakit
ke hospital.
 Membuat aduan di balai polis berkaitan dengan
rancangan Binjah yang mahu memusnahkan
kampung orang asli di sekitar Bukit Ungu.
 Menyebelahi puak orang asli sewaktu Binjah cuba
memusnahkan kampung mereka.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 25


WATAK DAN PERWATAKAN

 Tok Sibat
 Ketua suku kaum orang asli.
 Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup
menentang Binjah yang ingin memusnahkan
kampungnya.
 Berani menentang Binjah dan pengikutnya
sewaktu mereka datang mengganggu tempat
tinggal sukunya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 26


GAYA BAHASA
Pengarang menggunakan Contohnya, • "Kita ke bandar" ujar Dodo.
ayat pendek. • "Nak ke mana?"

Ayat panjang. Contohnya, • Talia sedang bermain sendirian di


sempadan huma, berdekatan dengan hutan di
lereng Bukit Ungu apabila dia terdengar rengekan
ganjil. [hlm. 58]
• Walaupun belum semusim berkampung di situ,
semua orang dapat melihat betapa gemuknya padi
mereka, seolah-olah buminya berkhasiat ajaib.
[hlm. 60]

Kata Ganda Contohnya,


• "Apa tumpang-tumpang? Kau fakir kereta api ni
untuk bersuka ria?" [hlm. 62]
• ... Jentera-jentera berat yang menumbangkan
pokok-pokok ceruyu tampak kecil di hujung jalan.
[hlm. 65]

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 27


GAYA BAHASA
Personifikasi Contohnya,
• ... lingkaran reben hijau kuning itu kembali
ditelan hutan belantara. [hlm. 63]
• Matahari mula tergelincir tatkala Tuk Sibat
menghantar dua orang lelaki [hlm. 67]

Inversi • Lewat petang hari yang sama, sampailah


mereka ke destinasi. [hlm. 61]
• ... Di bandar, Sidek menguruskan perjalanan
mereka ke hospital bersama-sama dengan
pekerja lombong yang cedera. [hlm. 64]

Sinkope • Contohnya, • "Kami ada padi saja." • "Kalau


begitu, melombong di pinggir hutan saja
tanahnya ungu juga," saran Dodo. [hlm. 64]
• "... Tapi tentulah Tuk Sibat tak mahu terima
arahan itu," ujar Sidek, menyambung cerita.
[hlm. 64] •

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 28


GAYA BAHASA
(g)Repetisi • "Ini, di tangan, di kuku, di kaki, di rambut ..."
 • "Tanah. Talia main tanah tadi," sambut Dodo,
bingung.

Simile Contohnya, • "Gempal macam disumbat air"... • ...


bagaikan cincin melingkari gunung

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 29


NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai Pengajaran Contoh
Baik hati Kita haruslah bersimpati Contohnya, Talia menolong dan
dengan semua makhluk yang merawat anak Raksasa Qadqad
berada di sekeliling kita. yang tercedera pada bahagian
kepalanya.

Kasih sayang Kita mestilah menyayangi Contohnya, Dodo amat


anggota keluarga supaya menyayangi keluarganya. Dia
mereka dapat hidup dengan sanggup bersusah payah
selamat dan selesa. menghantar anaknya, Jini ke
hospital yang terletak di bandar
untuk mendapatkan rawatan.

Keberanian. Kita harus berani Contohnya, Dodo berani


mempertahankan hak kita menentang kekejaman Binjah
walaupun terpaksa yang ingin merampas kawasan
mengorbankan diri. tempat tinggal sukunya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 30


NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai Pengajaran Contoh
(d) Sebagai ketua yang Contohnya, Tuk Sibat gigih
Kegigihan. bertanggungjawab, kita berusaha untuk
mestilah mempertahankan mempertahankan
hak anak-anak buah kita perkampungan sukunya
daripada dirampas oleh pihak daripada dirampas oleh Binjah.
luar

( e ) Tolong- Kita haruslah memberikan Tolong-menolong. Contohnya,


menolong. pertolongan kepada orang Sidek memberikan pertolongan
yang sedang berada dalam kepada keluarga Dodo dengan
kesusahan. menumpangkan mereka pulang
dari bandar menggunakan
kereta api yang dipandunya.

Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 04/28/2021 31

Anda mungkin juga menyukai