Anda di halaman 1dari 24

PSS 3112

TUTORIAL MINGGU 15

 Daya Saing Sosial


 Peranan Badan Bukan Kerajaan Dalam Kebajikan
Masyrakat.
 Implikasi Dasar & Strategi Dalam Pembangunan Di
Malaysia

Disediakan Oleh ;
Zurehan Binti Md Dan
Nor Azurah Binti Kunjo Mohamad
DAYA SAING
SOSIAL
• Jaringan sosial pada amnya dapat dilihat dari 2
sudut :
i. Makro
Keseluruhan-kadar jenayah, penceraian, kes rogol,
rokok, ketagihan dadah dan alkohol

ii. Mikro
Kekerapan berinteraksi sosial, kekerapan berbual
dengan rakan sepejabat, kekerapan berbual
dengan saudara mara, kekerapan menghabiskan
masa dengan keluarga & kekerapan menghadiri
aktiviti keagamaan.
JARINGAN SOSIAL DALAM PEMBANGUNAN IKS

Jaringan sosial terbahagi kepada 2 :

i. Institusi formal (sah melalui undang-undang)


ii. Institusi tidak formal (budaya, hubungan peribadi
dan perhubungan keseluruhan)
JARINGAN SOSIAL SECARA FORMAL

 Berasaskan kepada kepentingan yang jelas sama.

 Individu – pekerja – syarikat


JARINGAN SOSIAL TIDAK FORMAL

 Pembentukan dan pelaksanaan sukar.

 Merangkumi :

i. Nilai-nilai budaya
ii. Sahsiah individu
iii. Norma-norma hidup suatu komuniti
iv. Pengaruh latar belakang keluarga
v. Pendidikan
vi. Agama
• Peningkatan dalam daya saing dalam kalangan
pengusaha IKS menunjukkan jaringan sosial wajar
diberi perhatian.

• Kajian terkini menunjukkan hubungan antara rakan


perniagaan sama ada antara rakan dalaman atau
pun di luar negara penting dalam menyokong suatu
perniagaan (Porter 1998; Adler & Kwon 2002)

• Corak hubungan yang terjalin lebih kepada


hubungan tidak formal.
• Jaringan sosial sangat penting dalam pengusaha IKS
terutamanya apabila dilanda masalah.

• Apabila perniagaan dilanda krisis, maka rakan-rakan


akan dapat menyokong dan membantu dalam
meringankan beban yang ditanggung.

• Hubungan lebih mudah dijalin apabila prinsip dan


nilai-nilai yang dipegang adalah sama (pupuk
kepercayaan)

• Kalau nilai berbeza, maka jaringan sukar dibina


(ambil masa lama).
DALAM KONTEKS MALAYSIA

• Malaysia adalah negara berbilang kaum.

• Wujud kepelbagaian nilai.

• Jaringan sosial sukar dibina.

• Boleh dibina melalui peringkat firma (amalan nilai


keperibadian mulia- tidak membezakan kaum dan
agama)
JEPUN

• Jaringan sosial yang positif.

• Terjalin melalui jaringan tidak formal.

• Penekanan kepada hubungan perniagaan antara firma, pengurusan


organisasi, pengurusan dan pembangunan sumber manusia.

• Amalan :

i. Prinsip kekeluargaan
ii. Kerja berpasukan
iii. Setia kepada organisasi
iv. Hubungan pekerja ‘senior’ dan ‘junior’.
PERANAN
PERTUBUHAN BUKAN
KERAJAAN (NGO)
DALAM KEBAJIKAN
MASYARAKAT
NGO?

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ialah pertubuhan


sukarela, agensi pembangunan sosial atau alternatif
kepada sokongan-sokongan profesional atau
kumpulan yang berorientasikan kepada unsur-unsur
bukan keuntungan.

Sebuah NGO ialah sebuah organisasi yang bukan


organisasi pemerintah, iaitu sama ada tidak
dibentuk oleh pemerintah atau bukan berada dalam
penguasaan pemerintah.
Sambungan…

NGO terlibat sepenuhnya dalam kerja dan usaha


pembangunan sosial.

Ditubuhkan untuk perkhidmatan sosioekonomi, sivik,


keagamaan, sukan, kebajikan sosial dan lain-lain.

Menurut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, sehingga


Disember 2009 terdapat 46 339 buah NGO yang
berdaftar mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan
1966.
NGO didaftar atas pelbagai fungsi/kategori :

1. Kebajikan (Rumah Kenangan)


2. Agama ( ISMA- Ikatan Muslimin Malaysia)
3. Sosial dan rekreasi (Rakan Muda)
4. Wanita (PUSPANITA)
5. Kebudayaan (Yayasan Warisan Johor)
6. Faedah bersama (gabungan dua fungsi)
7. Perdagangan ( Maybank)
8. Sukan (Persatuan Bola Sepak Negeri)
9. Belia (Belia 4B)
10. Pendidikan (UNESCO)
11. Politik ( SUARAM- Suara Rakyat Malaysia)
12. Pekerjaan (PERKESO)
13. Am
14. Lain-lain (SAM- Sahabat Alam Malaysia)
Antara peranan utama NGO dalam pembangunan
sosioekonomi termasuklah :

1. Pemangkin atau penggerak ke arah perubahan dan


pembangunan sosioekonomi melalui peningkatan
pengetahuan dan kesedaran, pengenalan kepada
teknologi baru dan sebagainya.

Contoh :Technology Park Malaysia


Technology Park Malaysia

1. Memperkembang perusahaan berasaskan pengetahuan melalui penyediaan kemudahan,


kelengkapan dan khidmat sokongan.

2. Memudahkan aktiviti R&D, inovasi dan komersil dengan menyediakan infrastuktur,


peralatan dan kemudahan yang maju.

3. Mempromosi dan merangsang komuniti yang intelek, kreatif dan inovatif untuk
pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan melalui pembinaan persekitaran taman
teknologi yang kondusif.

4. memudahkan usahasama sektor kerajaan dan swasta dalam pembangunan teknologi


dan mengkomersilkan hasil kajian.

5. Menyediakan platfom untuk mengukuhkan strategi perniagaan dan menghubungkan


teknologi dengan institut penyelidikan, akademi, komuniti kewangan dan industri
tempatan serta luar negara.

 
2. Penyelia atau pemantau kepada pelaksanaan
sistem sosial dan kesannya kepada masyarakat
seperti usaha mempertahankan kepentingan
pengguna, menjaga dan melindungi wanita dari
ketidakseimbangan dalam sistem dan menjaga
kepentingan alam sekitar.

Contoh :FOMCA
PUSPANITA
Pengguna –FOMCA (Federation of Malaysian
Consumer Associations)

Objektif :

 Untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia.

 Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak


pengguna.

 Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu


orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan
kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua.

 Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang


lain di Malaysia
Wanita – PUSPANITA (Persatuan Suri & Anggota
Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia)

Dasar :

1. Untuk meningkatkan keutuhan dan daya saing wanita untuk pembangunan


negara di era k-ekonomi dan globalisasi.

2. Untuk membantu meningkatkan prestasi dan imej perkhidmatan awam ke


arah menyokong pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.

3. Memupuk dan memantapkan nilai positif di kalangan wanita ke arah


pembangunan dan kecemerlangan diri.

4. Memupuk silaturrahim antara wanita diperingkat kebangsaan dan


antarabangsa.

5. Membantu memupuk hubungan kekeluargaan yang harmoni ke arah


membanteras gejala sosial.
3. Penyedia kepada pelbagai kemudahan dan
perkhidmatan (service provider) yang berbentuk
kemasyarakatan, kebajikan dan pembangunan
kepada golongan yang kurang bernasib baik.

Contoh :Pertubuhan Sukarela Kebajikan


4. Membantu kerajaan dalam mencapai dan
melaksanakan dasar serta hasrat kerajaan seperti
mewujudkan masyarakat penyayang.

Contoh :Pertubuhan Sukarela Kebajikan


• Aktiviti kebajikan di Malaysia adalah berlandaskan
Dasar Kebajikan Negara yang antara lainnya
memupuk satu masyarakat yang berdikari dan
mengamalkan budaya ikram.

• Selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara


untuk memupuk masyarakat penyayang, Jabatan
Kebajikan masyarakat menggalakkan penyertaan
dan penglibatan masyarakat bagi memberi
perkhidmatan kepada golongan bermasalah dan
yang kurang bernasib baik melalui Pertubuhan
Sukarela Kebajikan.
• Jabatan Kebajikan Masyarakat  (JKM) menyediakan
bantuan geran kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan
sebagai penghargaan kepada mereka yang menyokong
Kerajaan dalam memenuhi keperluan sosial negara
dengan penyediaan berbagai perkhidmatan dan
kemudahan untuk golongan masyarakat yang
memerlukan.

• Pemberian geran bertujuan untuk menggalakkan


penglibatan dan penyertaaan masyarakat dalam program
dan khidmat kebajikan supaya dapat menokok tambah
dan menampung perkhidmatan yang disediakan oleh
Kerajaan.
JENIS GERAN
1. Geran Pentadbiran
(a)Emolumen: bagi seorang Pegawai (N3) dan seorang Kerani (N9) di mana jumlah geran
berdasarkan Gred Skim Saraan Baru pada matagaji P1T1 iaitu RM1160.00 bagi N3 dan RM530.00
bagi N9.
(b)Sewaan Premis: di mana jumlah geran tidak melebihi RM500.00 sebulan.
(c)Kos Utiliti: di mana jumlah geran tidak melebihi RM100.00 sebulan.
(d) Yuran Tabungan: kepada Pertubuhan Antarabangsa.

2. Geran Penyenggaraan
(a)Rumah Orang Tua: RM8.00 sehari seorang
(b)Rumah Kanak-kanak, Orang Kurang Upaya, Juvana dan Wanita & Gadis: RM8.00 sehari
seorang
(c)Pusat Jagaan Harian: RM4.00 sehari seorang

3. Geran Perkapita/Emolumen Guru

4. Elaun Khas OKU ( RM 50.00 sebulan )

5. Geran Bantuan Khas Perbendaharaan

Anda mungkin juga menyukai