Anda di halaman 1dari 31

Permainan Bola Baling

SK St Mary Papar
Sejarah
• 1909 - Torball - Russia
• 1917 - Handball - Jerman
• 1926 - dunia - Amsterdam
• 1936 - olimpik - Berlin
• 1976 - Malaysia oleh Lim Hock (diperkenalkan)
• 1979 - peringkat kebangsaan
• 1985 - Pestarama Maktab
• 1987 - Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
• 1994 - komanwel (PBBM) @ tuan rumah
Padang & Gelanggang
• Dimainkan dalam atau luar dewan
• Dimainkan dalam dua pasukan
• Setiap pasukan ada tujuh pemain
• Dua orang pengadil
• Ukuran gelanggang – 40m panjang 20m lebar
• Tiang gol didirikan dalam kawasan gol yang
jejari 6m dari tepi tiang gol dan 7m dari
garisan penjaga gol (3m panjang 2m tinggi)
• Menggunakan bola kecil bersaiz 2 (wanita 14
ke atas ), saiz 3 (lelaki 16 ke atas) atau saiz
1(perempuan 8-14 /lelaki 8 - 16)
Kemahiran Asas
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menjaring gol
6. Mengelecek bola dengan tangan
7. Mengadang
8. Menjaga gol
Kemahiran Pertama:
Hantaran Bola

a. Hantaran bahu
b. Hantaran lantun
c. Hantaran aras dada
d. Hantaran lompat
e. Hantaran sisi
Hantaran Bahu
Cara menghantar bola yang sering digunakan oleh
pemain dalam permainan Bola Baling. Biasanya,
cara ini dilakukan semasa membuat hantaran jauh.
Kelebihan cara ini ialah persediaan hantaran ini
boleh mengelirukan pihak lawan. Dari keadaan
bersedia, pemain boleh terus mengelecek,
menjaring, menukar hala hantaran atau
memusingkan badannya.
Hantaran Lantun
Dilakukan apabila membuat hantaran secara
mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat
disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas
pantas. Hantaran ini biasanya dilakukan dengan
sebelah tangan.
Hantaran Aras Dada
Berasal daripada kemahiran yang sama dalam
permainan bola keranjang. Sesuai untuk hantaran
jarak dekat di aras dada. Pergerakan bola itu
adalah hasil tolakan dari jari-jari tangan. Tangan
hendaklah ikut lajak di akhir tolakan.
Hantaran Lompat
Ini adalah satu lagi gerak keliru yang berasal dari
permainan bola keranjang. Biasanya apabila
seorang penyerang melompat untuk menjaring
tidak berpeluang membuat demikian, ia akan
membuat hantaran terus kepada kawannya supaya
bola tidak terlepas kepada pihak lawan
Hantaran Sisi
Cara hantaran sisi juga digunakan bila membuat
hantaran jarak dekat dan pantas. Pemain tidak
perlu memusingkan badannya untuk menghadap
ke arah penerima hantarannya apabila hantaran
sisi dilakukan. Hantaran cara ini banyak melibatkan
pergerakan pergelangan tangan dan memang
sesuai bagi pemain yang mempunyai tapak tangan
yang besar.
Kemahiran Kedua:
Menangkap Bola
• Prinsip utama dalam menangkap bola ialah
mengawal, mematikan kelajuan bola,
memegangnya dengan baik dan terus
mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua
belah tangan yang berkedudukan relaks.
• Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan
dengan paling penting ialah setiap tangkapan
hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa
mengira kelajuan atau jenis hantaran yang
dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan
yang tepat dan betul bermula daripada lontaran
atau hantaran yang tepat atau sempurna.
Cara Menangkap Bola
• Dengan kedua belah tangan – bola aras muka
Apabila hendak menangkap bola setinggi aras
muka, pemain seboleh-bolehnya hendaklah
berada di belakang hala pergerakan bola itu.
Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke
hadapan untuk menangkap bola. Sebaik sahaja
ditangkap bola hendaklah dibawa dekat badan
untuk kawalan yang lebih baik.
Cara Menangkap Bola
• Dengan kedua belah tangan – bola rendah
Untuk menangkap bola rendah pemain perlu
merendahkan badannya dan kedua-dua belah
tangan dihulur untuk menerima bola yang menuju
kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa
menangkap bola.
Cara Menangkap Bola
• Dengan sebelah tangan
Cara ini hanya dapat dilakukan dalam situasi
apabila penerima bola tidak menghadapi tekanan
atau gangguan daripada pihak lawan semasa
hantaran dibuat. Penerima hendaklah
memerhatikan bola sehingga dapat ditangkapnya.
Untuk kawalan bola yang kemas, keseluruhan
tapak tangan yang menangkap bola hendaklah
berada di belakang bola.
Cara Menangkap Bola
• Menangkap Bola Tinggi
Jika perlu pemain hendaklah melompat untuk
menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang
sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan
hendaklah dibuat pada masa yang tepat. Kedua-
dua belah tangan dihulur ke atas untuk
menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola
hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat
mengawalnya dengan lebih kemas.
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan dari atas kepala
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.
2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri
sambil kaki kanan membengkok.
3. Tangan pemain yang memegang bola
dibengkokkan sedikit dan dibawa ke belakang
kepala pada aras bahu.
4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil
tangan yang memegang bola diluruskan ke atas
kepala dan membalingnya kuat ke arah
sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah
mengikut lajak selepas membuat hantaran.
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan dari bawa lengan
1. Pemain mengambil satu langkah ke depan
dengan kaki kiri. Kaki kanan dibengkokkan
sambil bola dibawa ke belakang bawah aras
bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola
diluruskan sambil kaki kanannya melangkah ke
depan dan seterusnya bola dilontar dengan
kuat ke sasaran.
3. Kaki kiri pemain dilajakkan ke belakang dan
tangan kanan dilepaskan.
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan Lompat
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah
ke garisan gol. Ketika ini pemain memegang
bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak
tinggi ke kawasan gol sambil membuat jaringan
dengan menggunakan sebelah tangan seperti
cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju
ialah satu daripada empat penjuru gol pihak
lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol
selepas bola dilontarkan.
4. Tangan dan badan pemain hendaklah
mengikut lajak.
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan pada aras paha
Pemain yang menerima bola, memegangnya pada
kedudukan aras paha, dan dengan serta-merta
terus membuat jaringan. Gerakan dalam jaringan
ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada
jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga
gol atau pemain pertahanan.
Cara jaringannya ialah pemain berlari pantas ke
kawasan gol dan membengkokkan lututnya
sehingga bola berada di bawah lengan lawan.
Dengan pantas, pemain ini membuat jaringan yang
ditujukan ke sebarang bahagian di bawah palang
pintu gol pihak lawan.
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan sisi
Pemain tangan kanan berpura-pura membuat
jaringan pada arah kiri pemain lawan. Secara tiba-
tiba , dia akan mengangkat kaki kanannya,
menggerakkan badannya ke kiri dan berdiri pada
kaki kiri. Apabila mendarat di sisi, pemain
berkenaan memusingkan sedikit badan dan
bahunya, membawa bola lebih rendah lalu
membuat jaringan di bawah lengan pemain lawan.
Jaringan ini lebih berkesan jika dilakukan secara
mengejut
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan junam dan jaringan jatuh
1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain
melonjakkan badannya ke udara menuju ke
kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan
ke sasaran, iaitu jaringan dibuat semasa
berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan
badan menggunakan tangan atau
menggulingkan tangan.
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan penalti
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-
sama dengan bola. Pandangan hendaklah
fokus pada penjaga gol untuk memerhatikan
kemungkinan pergerakan yang bakal dilakukan.
2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang
sudut gol pihak lawan.
3. Jika penjaga gol ke depan, pemain
menggunakan teknik membuat jaringan
melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk
menewaskan penjaga gol yang telah bergerak ke
depan golnya. Umumnya, terdapat 3 situasi
berlakunya keadaan begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan
golnya dengan tujuan mengecilkan sudut
pemain lawan daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk
menandingi pemain lawan yang memperoleh
bola untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan
sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi
serangan pantas.
Kemahiran Ketiga:
Menjaring Bola
• Jaringan voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti
berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain
melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola
dengan kedua-dua belah tangan.
3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.
Aksi-aksi permainan bola baling
Aksi-aksi permainan bola baling
Aksi-aksi permainan bola baling
Aksi-aksi permainan bola baling
Aksi-aksi permainan bola baling
Aksi-aksi permainan bola baling
Semoga menjadi JOHAN
dalam permainan bola
baling
• Gambar pemain bola baling pasukan lelaki & pasukan
perempuan SK St Mary Papar

• Gambar semasa pertandingan peringkat daerah

• Gambar semasa aktiviti 1M1S