Anda di halaman 1dari 9

BMMB 3033

AHMAD FIRDAUS BIN SHAMSUDDIN


JAYASREE A/P SARAVANAN
HASYA ADLAH BINTI HUDALLAH
FUNGSI-FUNGSI
KRITIKAN SASTERA
MAKSUD KRITIKAN SASTERA
• Hashim Awang (1985), kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang
dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik.

• Kritikan sastera merupakan apresiasi terhadap hasil genre kreatif yang lain, seperti
puisi, novel, cerpen dan drama. 

• Oleh yang demikian, kritikan dihubungkaitkan dengan biodata pengarang sesuatu


karya yang merangkumi pendidikan, profesion, ideologi, agama dan budaya serta
pengaruh persekitaran.
FUNGSI KRITIKAN SASTERA
1. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak.
• Pengkritik harus bersikap adil dan saksama terhadap sesebuah karya semasa melakukan
kritikan sesebuah karya.
• Pembacaan secara berulang kali terhadap sesebuah karya sastera perlu dilakukan oleh
pengkritik bagi membolehkan seseorang pengkritik itu memahami makna tersirat dan tersurat
yang terkandung dalam sesebuah karya sastera.
• Oleh yang demikian, pengkritik seharusnya memberikan hujah dan contoh yang konkrit untuk
membuktikan bahawa sesebuah karya sastera itu bermutu tinggi dalam pelbagai aspek.
• Sekiranya pengkritik menyatakan bahawa karya sastera tersebut tidak bermutu tinggi, pengkritik
perlu menunjukkan kelemahan, kekurangan, kerendahan pencapaian mutu seni karya sastera
tersebut.
2. Membudayakan amalan membaca dengan mencetuskan pemikiran baharu dan
percambahan minda dalam kalangan anggota masyarakat.

• Adakalanya pemikiran pengkritik itu diterima atau ditolak, pembaca atau penulis boleh mengemukakan
idea baharu untuk menyanggah atau memperkembangkan idea asal pengkritik.

- Sama ada idea atau pemikiran pengkritik itu diterima atau ditolak, pembaca atau penulis boleh
mengemukakan idea baharu untuk menyanggah atau memperkembangkan idea asal pengkritik.
- Adakalanya pula, penulis atau pengkritik lain akan mempertahankan idea penulis berkenaan
menyebabkan berlakunya polemik. Polemik adalah penting dalam kegiatan kesusasteraan.
- Ia membantu merancakkanperkembangan kesusasteraan dan ilmu. Dari polemik itu akan
mencetus pemikiran baharu.
- Misalnya, pihak yang tidak bersetuju dengan Teori Formalistik akan mengemukakan idea baharu
untukmenggantikannya.
3. Membolehkan para pembaca memahami sesuatu karya sastera menerusi
penerangan tentang karya tersebut beserta pengarangnya dengan jelas.

• Pengarang mempunyai motif tertentu dalam menghasilkan karya. Pengarang ingin


mengutarakan pelbagai idea menerusi karyanya untuk dikritik atau dikongsi bersama
pengkritik dan pembaca.

• Dalam mengutarakan buah fikirannya, pengarang menggunakan kaedahnya yang


tersendiri. Misalnya, pengarang akan memilih tema atau isu tertentu untuk
dibahaskan.

• Pengkritik yang peka terhadap karya sastera sudah tentu berupayah untuk mengenal
pasti mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang untuk membolehkan para
pembaca memahami karya sastera tersebut.
4. Memperjelaskan aspek-aspek penting dalam binaan sesebuah karya.

• penjelasan aspek-aspek penting dalam karya menjadi sebagai bukti hujahan


terhadap penerimaan dan penolakan.

• Apabila pengkritik membicarakan aspek-aspek yang membina karya, secara tidak


langsung telah memperkenalkan aspek-aspek kesusasteraan itu sendiri.

• Sebagai contohnya, gaya bahasa, jenis metafora, personifikasi, plot bentuk


kronologi atau teknik naratif, imbas kembali dan sebagainya.
5. Merancakkan kegiatan kesusasteraan.

• Dengan adanya kritikan terhadap sesebuah karya secara tidak langsung telah
mewarnai dan memperkembangkan kegiatan kesusasteraan di tanah air.

• Penulis, pelajar dan masyarakat dapat mencari nilai-nilai di dalam kritikan tersebut
melalui saranan-saranan yang dikemukakan.

• Organisasi berkaitan seperti universiti, jabatan-jabatan kebudayaan, Dewan


Bahasa dan Pustaka dan persatuan penulis dapat turut sama merancakkan
kegiatan kritikan melalui penganjuran seminar, bengkel dan pertemuan penulis.

• Aktiviti seperti ini dapat mencetuskan motivasi dalam kalangan pembaca,


mengeratkan hubungan kalangan penulis dengan khalayak, meningkatkan
semangat perpaduan antara kaum serta menjadi salah satu sumber tarikan dalam
industri pelancongan negara.
SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai