Anda di halaman 1dari 25

KONSEP

KECERGASAN
Apa dia Kecergasan Fizikal?
Kecergasan fizikal adalah kemampuan
dan kebolehan seseorang melakukan
aktiviti seharian tanpa merasa letih serta
masih mempunyai tenaga untuk
melakukan aktiviti kesenggangan.
Definisi kecergasan fizikal:
•Falls (1980)
•"Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-
aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan
psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu
perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit
hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit
jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot
dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk
kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu
yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti
sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan,
daya tahan, kemahiran dan sebagainya"
•Program kecergasan fizikal yang seimbang
terdiri dari gabungan senaman yang boleh
meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan
otot, ketahanan dan kelenturan.
•Terdapat dua komponen utama kecergasan
iaitu :
A) Komponen Kecergasan Kesihatan
B) Komponen Kecergasan Perlakuan Motor
Komponen Kecergasan Kesihatan
Komponen kecergasan kesihatan
melibatkan kecergasan kardiovaskular
atau daya tahan aerobik, kekuatan dan
daya tahan otot kelenturan serta
komposisi badan
Komponen Kecergasan Perlakuan Motor

Komponen kecergasan perlakuan motor


melibatkan kelajuan, keseimbangan,
koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang
diklasfikasikan sebagai kecergasan
motor
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan
•Terdapat situasi di mana seseorang itu mungkin
boleh bekerja keras tetapi ia tidak boleh bekerja
untuk masa panjang. Ini disebabkan ia tidak dapat
bekalan tenaga yang cukup. Jantung, darah dan
paru-parunya tidak efisen. Sekiranya darahnya dapat
dibekal dengan oksigen dengan sempurna dan
jantung kuat untuk mengepam darah itu ke seluruh
badan, maka dikatakan individu itu mempunyai
kecergasan dan dayatahan kardiovaskular.
•Dayatahan kardiovaskular merupakan
bentuk dayatahan otot khas tertinggi yang
melibatkan terutamanya jantung, saluran
darah dan paru-paru. Keupayaan sistem
pernafasan dan sistem pengaliran darah
membekalkan sel-sel badan dan organ-
organ di dalamnya dengan keperluan-
keperluan oksigen bagi melakukan kerja
untuk jangkamasa panjang.
• Daya kadiovaskular juga dikenali
sebagai kecergasan aerobik, kuasa
aerobik atau dayatahan aerobik kerana
komponen kecergasan jasmani ini
melibatkan sistem tenaga aerobik.
Kecergasan karsdiovaskular dapat
mengawal penyakit jantung dan
kegemukan. Oleh itu pencapaian tahap
kecergasan kardiovaskular yang tinggi
adalah amat penting kerana gaya hidup
masyarakat Malaysia ini kian bertambah
sedenteri.
•Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik seseorang
ialah dengan mengambil kadar nadi rehat. Nadi rehat
yang rendah menandakan kecergasan jantung yang
baik. Jadual di bawah digunakan untuk mengetahui taraf
kecergasan jantung anda.
• Sangat cergas...................... .bawah 50 denyutan
seminit.
• Cergas.................................51 - 69 denyutan
seminit.
• Sederhana............................70 - 80 denyutan
seminit.
• Tidak Cergas..................... .lebih dari 80
denyutan seminit.
KECERGASAN OTOT
• a) Kekuatan Otot- Manusia hidup bergerak. Pergerakan
adalah hasil kucupan otot. Bila otot kuat, maka tarikan
dari kucupannya adalah kuat dan mampulah otot itu
mengatasi rintangan atau beban yang dikenakan
keatasnya. Kekuatan otot membolehkan manusia
mengerjakan berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti ini
dapat dilakukan dengan senang.
• - Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot
mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).
• - Kuasa kontraksi otot yang maksima.
• - Dinometer atau tensiometer dapat menentukan
daya yang dikeluarkan oleh kumpulan otot.
DAYA TAHAN OTOT
•b) Daya Tahan Otot- Daya tahan otot ialah keupayaan
seseorang melakukan kegiatan-kegiatan yang
membebankan anggota-anggota badan secara
berterusan. Contohnya, pukulan badminton atau
tenis yang berulang-ulang kali memerlukan daya
tahan otot tangan.
• - Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-
otot menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu
jangkamasa tertentu atau otot-otot menguncup untuk
satu masa.
KUASA OTOT
•c) Kuasa Otot - Kemampuan otot
mengeluarkan daya yang maksima dalam
keadaan eksplosif dalam jangkamasa
yang terpendek sekali.
KELENTURAN DAN KELONGGARAN
•Kelembutan dan Kelenturan tubuh badan adalah satu komponen
kecergasan jasmani yang penting. Kelenturan tubuh badan dicapai
dengan meregangkan otot dan sendi tertentu.
• Kelenturan otot dan anggota badan meningkat apabila suhu
badan dinaikkan sedikit. Apabila suhu badan menurun kemungkinan
besar tubuh badan akan kehilangan sehingga 20 peratus
kelenturannya.
• Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik kepada otot
dan sendi tertentu, otot dan sendi-sendi untuk membenarkan
pergerakan yang licin tanpa menghadapi rintangan. Hasil pergerakan
biasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot, ligamen, tendon-
tendon dan struktur sendi-sendi seseorang itu.
•Secara ringkas boleh dikatakan sebagai kemampuan sendi-sendi
tubuh badan bergerak melalui jarak yang sejauh mungkin.Contoh:
Menyentuh jari ke lantai tanpa membengkokkan lutut.
KOMPOSISI LEMAK BADAN
•Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah lemak,
otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi kandungan badan
menunjukkan peratusan (%) lemak badan yang dibandingkan
dengan isi kandungan otot-otot dan tulang-tulang. Lebihan
peratusan lemak dalam badan akan menimbulkan masalah
kegemukan.
• Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah satu
simpton bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan satu
keadaan di mana lemak badan seseorang lelaki itu berjumlah 20
peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badannya. Bagi
seorang wanita pula, apabila lemak badannya berjumlah lebih 30
peratus atau lebih daripada keseluruhan berat badannya.
•Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan
daripada lelaki. Bagi wanita, peratus lemak badan
yang tinggi sedikit daripada lelaki adalah untuk
meseimbangkannya dengan kadar metabolisma basal
yang lebih rendah. Wanita juga memerlukan kurang
kalori daripada lelaki. Purata kadar lemak badan
seseorang lelaki kira-kira 12 - 15 peratus sahaja.
Bagi wanita pula ialah kira-kira 22 - 23 peratus.
• Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri
daripada sebab biologi, emosi, persekitaran, malas
melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain.
KECERGASAN FIZIKAL BERASASKAN LAKUAN
MOTOR
•Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai perlakuan yang
berkaitan dengan sistem saraf, iaitu keadaan bagaimana
sistem saraf berfungsi setelah dirangsangkan. Hasil dari
lakuan ini dapat menjadikan pelakunya berkemahiran.
Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu dalam
keadaan tepat dan sebenar. Bagi seseorang atlit kecergasan
lakuan motor bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai
'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga yang minima
bagi menghasilkan daya (kerja) tetapi hasilnya maksima.
•PANCAINDERA kpd SARAF kpd OTAK kpd NEORON
MOTOR
Terdapat beberapa
komponen lakuan
motor yang penting
antaranya:
i- KUASA
• Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan
otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu
melakukan suatu pergerakan pantas (mengecut /
explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang
singkat dengan kecepatan yang tinggi. Ia adalah
hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa
yang singkat ianya merupakan gabungan antara
kekuatan otot dan kepantasan kucupan otot.
ii- KETANGKASAN
• Ialah kebolehan seseorang melakukan
pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu
arah yang berbeza seberapa cekap dan
pantas yang boleh. Kebolehan menukar
kedudukan di ruang tertentu secara kemas
dan mudah.
iii- KELAJUAN KEPANTASAN
• Adalah kebolehan individu melakukan
pergerakan berturut-turut dengan pantas
dalam masa yang singkat mengikut arah.
Kelajuan individu berkait rapat dengan masa
tindakbalas dan masa bergerak. Kelajuan
ditentukan dari hasil jarak langkah dan
kekerapan melangkah.
•iv- KOORDINASI
• Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam
pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan
penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan.
• - merupakan paduan di antara berbagai-bgai kebolehan
yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin.
• - kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera
bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam
pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki .
• - paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu
kerja / lakuan itu lancar / licin atau keupayaan menyesuaikan
deria dengan otot-otot supaya memperoleh suatu lakuan yang
licin, kemas dan tepat.
v.- MASA TINDAKBALAS
• Merupakan jangkamasa yang diambil
untuk bergerak atau bertindak dalam suatu
gerakan bagi menghasilkan perbuatan
(kerja) yang menguntungkan.
vi- IMBANGAN
• Kebolehan untuk mengekalkan keseimgangan
apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak)
menyokong diubah.
• a) Imbangan Statik - ialah kebolehan
mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya
berada setempat.
• b)Imbangan Dinamik - ialah kebolehan
mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah.
Juga kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam
keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau
dalam keadaan diam.
SEKIAN, TERIMA
KASIH