dengan cara-cara menghasilkan produk multimedia bersifat pendidikan. Senaraikan sumber- sumber TEKS ANIMASI GRAFIK AUDIO VIDEO PERSEMBAHAN LINEAR SIMPLE BRANCHING CONDITIONAL BRANCHING IKON MASA Jenis-jenis fon yang digunakan dalam menghasilkan teks biasanya ialah yang terdapat dalam kebanyakan komputer pengguna supaya dapat menampung keperluan semasa penyebaran produksi multimedia kelak. Penggunaan teks adalah untuk menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. Selain itu teks juga kadangkala boleh berfungsi sebagai “hiperteks” ANIMASI Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan kepada suatu objek. Ia membolehkan suatu objek yang pegun dapat bergerak dan kelihatan hidup. Ini akan menjadikan suatu produksi multimedia kelihatan menarik dan lebih bermakna seterusnya mampu menghasilkan suatu kelainan. Ada perisian pengarangan yang dapat menghasilkan animasi yang mudah sahaja dan ada sesetengah perisian yang dapat menghasilkan animasi yang lebih kompleks.Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf. Grafik adalah elemen penting dalam penghasilan produksi multimedia yang dapat bertindak untuk menyampaikan maklumat kepada pengguna sama ada dalam bentuk lakaran, tulisan, lukisan atau grafik berbentuk 2D dan 3D. Ia boleh membantu menerangkan konsep disamping teks. Ia juga mestilah menarik dan mudah disampaikan dengan bermakna dan konsisten kepada semua pengguna.Grafik boleh diintegrasikan dalam produksi multimedia melalui pelbagai cara seperti pada latar belakang, antaramuka pengguna, imej, butang dan carta.Format penghasilan grafik adalah seperti bitmap, jpeg dan gif. Penggunaan audio adalah cara berkesan bagi menarik perhatian penggunaan terhadap suatu produksi multimedia di samping membantu menyampaikan isi kandungan. Ia mampu menjadikan produksi multimedia itu lebih berkesan dan meningkatkan minat pengguna. Ia biasa diintegrasikan ke dalam produksi multimedia sebagai muzik latar, kesan bunyi khas dan suara latar. Format penghasilan yang biasa digunakan ialah dalam bentuk wav, mid dan mp3. Video yang digunakan dalam produksi multimedia dapat bertindak sebagai satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat secara terus. Ia juga dapat berfungsi menyampaikan maklumat dengan tepat yang kadang kala gagal ditangani oleh media-media yang lain. Ia mampu membawa suasana sebenar kepada pengguna di samping dapat memberi kelainan yang lebih menarik. Format penghasilan bahan berbentuk video yang lazim digunakan ialah avi, mov dan mpeg. Persembahan berbentuk linear ialah persembahan yang menghubungkan paparan pertama dengan paparan seterusnya mengikut urutan dari mula hingga ke akhir.Contoh intraktiviti persembahan berbentuk linear. Perisian pengarangan yang berasaskan metafora ini menggunakan ikon-ikon yang disusun dalam suatu carta alir yang akan membentuk satu persembahan penuh. Pada setiap ikon ia adalah mewakili paparan yang menempatkan pelbagai isi kandungan dan arahan-arahan tertentu. Ia amat sesuai untuk produksi multimedia yang mempunyai aras intraktiviti yang tinggi kerana susunan dan aliran persembahan dapat dilihat dengan jelas dan mudah. Antara perisian pengarangan yang berasaskan ikon ialah Macromedia Authorware. Contoh susunan ikon-ikon yang terdapat dalam perisian pengarangan Macromedia Authoware MASA
Metafora perisian pengarangan ini juga biasa dikenali
sebagai perisian pengarangan berasaskan frame atau movie. Perisian ini diorganisasikan serta dikawal mengikut penggunaan masa dan frame. Susunan frame dibuat berdasarkan tempoh masa suatu objek yang hendak dipersembahkan. Ia amat sesuai untuk menghasilkan satu persembahan berbentuk animasi. Perisian pengarangan berasaskan masa adalah seperti Macromedia Director dan Macromedia Flash. Contoh susunan frame berasaskan masa yang terdapat dalam perisian pengarangan Macromedia Flash.