Anda di halaman 1dari 19

GGGE6333 : LINGUISTIK TERAPAN DALAM PENGAJARN

BAHASA MELAYU

TUGASAN 1a
TAJUK PERIBAHASA :

“KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT


SAGUNYA”
Disediakan oleh :

Haizah binti Bukari (P105112)


Norzana binti Awang Kechik (P105656)
PENGENALAN
0 Peribahasa Melayu mempunyai kaitan yang rapat dengan
1 kehidupan dan .pemikiran bangsa Melayu. (Zaitul Azma , 2011).

Peribahasa merupakan salah satu daripada puisi tertua yang


0
memaparkan akal budi bangsa Melayu, penciptaan peribahasa
2
sangat terikat dengan adat istiadat Melayu lama.

Peribahasa Melayu yang telah dicipta berdasarkan pengalaman


0 hidup turut memancarkan nilai dan hati budi orang Melayu. Menurut
3
( Wilkinson, 1907) perwatakan serta sifat-sifat orang Melayu juga
dapat diketahui daripada peribahasa Melayu tersebut. Malah
peribahasa berperanan sebagai hukum adat dan nasihat moral
dalam mengawal tindak tanduk anggota masyarakatnya.

0 Penciptaannya yang berdasarkan fenomena sebenar kehidupan


4 masyarakat, (Hamilton, 1947) turut menyerlahkan pemikiran bangsa
Melayu tentang alam kehidupan yang mereka tempuhi
DEFINISI

“Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya”
Maksud :Setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlulah diiringi
dengan daya usaha. Kerana jika tiada usaha bagaimana hendak
mendapat kejayaan.

3
ASAL USUL PERIBAHASA :
Kalau tak dipecahkan ruyung , manakan
dapat sagunya.
• Ruyung sagu merupakan batang pokok sagu
dewasa yang dipotong-potong sekitar 1 meter
dengan kulitnya yang tebal dan keras.

• Sagu seperti mana yang disebut dalam


peribahasa di atas merupakan tepung kanji yang
didapati daripada tumbuhan tropika iaitu pokok
rumbia atau pokok ubi kayu.

• Ternyata ianya sesuai dijadikan bahan


peribahasa kerana proses untuk mendapatkan
sagu ini memerlukan usaha yang agak gigih.
Kajian Lepas Berkaitan Dengan Peribahasa Kalau Tak Di Pecahkan Ruyung
Manakan Dapat Sagunya
Kajian lepas banyak berfokus kepada unsur-unsur yang bertemakan tumbuh-
tumbuhan atau flora seperti tebu, asam kandis, asam gelugor, durian, timun,
padi, lalang dan pisang (Jalaluddin, 2014, 2015; Kasdan, 2015; Mansor &
Jalaluddin, 2016; Nopiah, Jalaluddin, & Kasdan, 2017, 2018).

Zaitul Azma dan Ahmad Fuad (2011) turut membincangkan tentang peribahasa
kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dengan mengaitkan
fenomena alam keliling dengan usaha, usia, kebendaan, dan kehidupan.

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji lepas adalah menganalisis mesej tersirat, bentuk
bahasa dan kaedah penyerapan bahasa beradat bagi adat Perpatih dan Temenggong.
Melalui adat yang dilaksanakan peribahasa dijadikan mesej penyampaian kepada
masyarakat bahawa setiap adat yang diamalkan perlu dipegang teguh seiring dengan
usaha yang dilakukan.
Perkaitan Antara Peribahasa KalauTak dipecahkan Ruyung
Manakan Dapat Sagunya dengan Penggunaan Bahasa Melayu

⊳ Penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang sering kali


menimbulkan konflik dalam kalangan masyarakat kerana berlakunya
persaingan dengan Bahasa Inggeris yang berkembang seiring dengan
teknologi maklumat pada era modenisasi ini. Dalam kajian ini
perbincangan dengan lebih mendalam akan dijalankan untuk merungkai
isu-isu penggunaan bahasa Melayu daripada pelbagai perspektif seperti
pendidikan, perundangan, kesusasteraan dan politik dan hubungannya
dengan peribahasa kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.

6
BIDANG

Perundangan
Pendidikan
.
Kesihatan .

Kesusasteraan
Politik
BIDANG PENDIDIKAN
⊳ Isu :Isu pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa Covid -19
⊳ Guru menghadapi cabaran mengajar secara online akibat masalah
kekangan internet murid, masalah penguasaan teknologi
⊳ Perkaitan dengan Bahasa Melayu: Pendidik yang bergelumang
dengan ilmu perlu sentiasa berusaha berkongsi ilmu kepada anak-anak
didik dengan pelbagai kaedah dan inovasi serta kreativiti di sebalik
kekangan semasa iaitu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
akibat wabak COVID-19. Misalnya Guru Bahasa Melayu yang perlu
mempelbagaikan kaedah didik hibur yang menarik menggunakan
teknologi terkini bagi memastikan murid tidak ketinggalan mempelajari
pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.

8
BIDANG PENDIDIKAN

⊳ Isu: Guru bukan opsyen bahasa Melayu hadapi masalah mengajar subjek
Bahasa Melayu di bilik darjah
⊳ Guru yang bukan dari aliran pendidikan menghadapi masalah apabila mengajar
subjek Bahasa Melayu kerana kurangnya ilmu linguistik yang mantap berbanding
guru yang keluaran dari aliran pendidikan
⊳ Perkaitan dengan Bahasa Melayu: Guru Bahasa Melayu perlu berusaha
mempertingkatkan lagi kemahiran ilmu linguistik mereka, seperti mengikuti
kursus-kursus, bengkel-bengkel bahasa, menyambung dalam bidang bahasa
untuk memantapkan lagi ilmu linguistik bahasa mereka agar kaedah
pembelajaran mereka berkesan dan berjaya diterapkan kepada anak-anak murid.

9
BIDANG PENDIDIKAN

⊳ Isu: Isu Minat dan Penguasaan Murid terhadap Bahasa Melayu


⊳ Mengikut kajian Nora’Azian dan Fadzilah Abd. Rahman ( 2018) tahap
penguasaan kemahiran bertutur murid bukan penutur natif masih kurang lancar .
Manakala dalam dapatan kajian Nora’Azian (2020) pula mendapati tahap
penguasaan murid bukan penutur natif terhadap kemahiran menulis adalah tidak
⊳ Perkaitan dengan Bahasa Melayu: Guru-guru perlu melakukan inovasi dan
kajian demi kajian agar sikap dan minat murid-murid terhadap bahasa Melayu
dapat dipupuk sejak sekolah rendah . Guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam
memastikan matlamat meningkatkan penguasaan terhadap bahasa Melayu
tercapai

10
KONTEKS PENDIDIKAN

⊳ Isu: Isu guru bukan pengkhususan Bahasa Melayu


⊳ Guru yang bukan dari aliran pendidikan menghadapi masalah apabila mengajar
subjek Bahasa Melayu kerana kurangnya ilmu linguistik yang mantap berbanding
guru yang keluaran dari aliran pendidikan
⊳ Perkaitan dengan Bahasa Melayu: Guru Bahasa Melayu perlu berusaha
mempertingkatkan lagi kemahiran ilmu linguistik mereka, seperti mengikuti
kursus-kursus, bengkel-bengkel bahasa, menyambung dalam bidang bahasa
untuk memantapkan lagi ilmu linguistik bahasa mereka agar kaedah
pembelajaran mereka berkesan dan berjaya diterapkan kepada anak-anak murid.

11
BIDANG KESUSASTERAAN

⊳ Isu: Isu kesusasteraan ini banyak dibahasakan oleh pelbagai pihak namun ianya
dipandang sepi kerana tidak sepenting dalam bidang lain. Menurut Presiden
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad
menggesa kerajaan memartabatkan Dasar Sastera Kebangsaan (DSK) secara
perundangan bukan lagi kekal sebagai konsep longgar yang sentiasa terdedah
kepada cabaran ahli politik.
⊳ Perkaitan dengan Bahasa Melayu:.Dasar sastera kebangsaan tidak penting
bagi negara dan pemimpin yang bertukar ganti. Peruntukan seperti baucar untuk
buku dan e-buku semasa pandamik Covid-19 tidak dapat disediakan. Karyawan
sastera, dan guru-guru bahasa Melayu harus mengambil peluang untuk
mengembangkan bidang kesusasteraan dan membuka mata pelbagai pihak yang
terlibat.
12
BIDANG POLITIK

• Isu: Ahli politik tidak mahir dalam bahasa Melayu


• Ahli politik yang tidak mahir berbahasa Melayu ketika ucapan rasmi dalam dewan
parlimen dikritik oleh sebahagian masyarakat.
• Perkaitan dengan Bahasa Melayu :
• Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil alih masalah penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan ahli Parlimen ini.
• Program Audit Bahasa Melayu telah dijalankan sejak 2012 oleh DBP untuk
memastikan penggunaan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi seperti mesyuarat, surat
rasmi, pekeliling, minit mesyuarat, laporan dan peragaan di premis kementerian,
jabatan dan agensi kerajaan.

13
BIDANG KESIHATAN

⊳ Isu: Peningkatan istilah-istilah kesihatan semasa Covid- 19


⊳ Masyarakat keliru dengan beberapa penggunaan istilah yang
betul serta maksudnya yang kurang jelas
⊳ Perkaitan dengan Bahasa Melayu :
⊳ memperkenalkan istilah baharu seperti istilah dalam bidang
khusus dan saintifik. Bidang santifik yang dilaksanakan adalah
istilah dalam kesihatan awam
⊳ Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengambil langkah dengan
menghasilkan maksud-maksud perbendaharaan istilah kesihatan
semasa pandemik Covid-19.

14
BIDANG PERUNDANGAN
⊳ Isu: Penggunaan Bahasa Melayu di mahkhamah masih lagi asing
⊳ Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim
pernah menyatakan bahawa penggunaan bahasa di mahkamah tidak
sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa
Inggeris
⊳ Perkaitan dengan Bahasa Melayu: Jabatan Kehakiman negara juga
telah memulakan langkah awal bagi menerapkan nilai utiliti bahasa Melayu
dalam sistem perundangan negara menerusi arahan penggunaan bahasa
Kebangsaan dalam urusan kehakiman di Mahkamah Rendah dan
Mahkamah Tinggi disamping usaha penubuhan Biro Terjemahan untuk
menterjemah keputusan-keputusan mahkamah ke dalam bahasa Melayu.,

15
IMPLIKASI POSITIF
Meningkatkan Martabat
Meningkatkan Profesionalisme 02 Kedudukan Bahasa Melayu
Guru Bahasa Melayu 01
Seperti yang kita ketahui bahasa
Guru hendaklah meningkatkan Melayu merupakan bahasa
profesionalisme selaras dengan kebangsaan yang termaktub dalam
hasarat Falsafah Pendidikan Perkara 152 Perlembagaan
Negara Guru.Kerana guru adalah Malaysia dan sewajarnya semua
role model yang paling dekat . pihak bekerjasama memartabatkan
dengan murid. bahasa Melayu.
Cadangan Penambahbaikan amalan Jika tak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya terhadap penggunaan Bahasa Melayu

Sikap guru, ibu bapa terhadap murid-


murid dalam penggunaan bahasa
Melayu perlu dipertingkatkan Peranan pihak berkuasa seperti
kerajaan, pakar bahasa DBP
Guru-guru hendaklah mengubah sikap
mengajar dan menetapkan matlamat DBP perlu sentiasa mengambil tindakan yang
dalam sesuatu pengajaran. Dalam proaktif dalam setiap bidang. Cabaran dalam
pengajaran bahasa Melayu, guru-guru setiap bidang juga adalah berbeza-beza .
tidak seharusnya mudah berputus asa Hal ini memerlukan pemantauan yang kerap
jika terdapat dalam kalangan murid- dan tegas oleh pihak DBP.
murid tidak berjaya mencapai tahap
penguasaan bahasa Melayu dengan
baik.
Kesimpulan
Peribahasa Melayu merupakan susunan
0
bahasa yang menarik, indah dan berlapik dan
1 memiliki ciri kehalusan budi pekerti pencipta
dan penuturnya. Semua Pihak memainkan
peranan yang penting dalam memartabatkan
bahasa Melayu dari pelbagai aspek. Bagi
mencapai sesuatu kejayaan , walaupun sulit
dan banyak cabaran, masyarakat pelbagai
perlu bersatu padu dan berusaha untuk
mencapai keharmonian bersama. Bak kata
pepatah “ Kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya”.

SEKIAN,
TERIMA KASIH

19

Anda mungkin juga menyukai