Anda di halaman 1dari 9

TAJUK 2 :

INTERAKSI DAN
PEMBELAJARAN
PENGENALAN

Interaksi merupakan tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain. Interaksi dalam
pembelajaran pula adalah penyebaran idea, fikiran, emosi, pengetahuan atau proses yang melibatkan
sekurang-kurangnya dua orang, dimana seorang pelajar dan guru berinteraksi di antara satu sama lain.
Interaksi yang berkesan adalah salah satu komponen pedagogi yang baik untuk dilakukan semasa
dalam proses pembelajaran. Terdapat tiga jenis interaksi dalam pembelajaran iaitu bentuk kumpulan,
corak interaksi dan pengurusan fizikal kelas.
ISI PENTING : JENIS INTERAKSI
 Jenis interaksi dalam pembelajaran yang pertama adalah bentuk kumpulan. Dalam
konteks ini, kumpulan pelajar yang dibentuk oleh guru ketika dalam proses
pembelajaran haruslah dibentuk mengikut beberapa kumpulan.
 Pertama, kumpulan yang dibentuk haruslah mengikut kebolehan yang sama. Para
pelajar ini haruslah dikelaskan mengikut tahap iaitu tahap cerdas, sederhana dan
lemah supaya dapat memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam
sesuatu mata pelajaran.
 Kedua adalah mengikut pelbagai kebolehan yang pelajar-pelajarnya terdiri daripada
pelajar yang cerdas, sederhana dan lemah. Hal ini bagi membolehkan murid yang
cerdas membantu murid yang lemah. Kumpulan yang dibentuk ini juga haruslah
berdasarkan tugasan yang diberikan.
 Seterusnya adalah mengikut minat para pelajar iaitu berdasarkan kesegaraman minat
dan bakat murid.
BENTUK ATAU CORAK INTERAKSI
 Jenis kedua adalah bentuk atau corak interaksi. Bentuk atau corak interaksi ini
mempunyai beberapa hubungan interaksi iaitu pertama adalah hubungan interaksi
secara sehala. Dalam konteks ini, pelajar dipaksa untuk menerima apa sahaja ilmu
pengetahuan yang diberikan oleh guru sama ada secara arahan atau penerangan
tanpa ada sebarang bantahan. Guru juga mengamalkan pendekatan jenis autoritarian
dimana pelajar tidak mempunyai kuasa atau peluang untuk berinteraksi dengan
pelajar lain. Bentuk interaksi ini mempunyai ciri – ciri seperti berpusatkan guru, tiada
interaksi antara murid dan aktiviti pembelajaran pasif.
 Hubungan interaksi kedua adalah secara dua hala. Ianya menjadi dua hala apabila
guru bertanya kepada pelajar dan pelajar menjawab ataupun pelajar bertanya kepada
guru dan guru menjawab. Guru banyak mendorong pelajarnya untuk aktif dengan
cara menyoal dan menggalakkan pelajar untuk mengeluarkan pendapat.
 Seterusnya adalah interaksi dua hala antara kumpulan. Ianya berlaku apabila
beberapa kumpulan kecil berinteraksi antara mereka. Guru akan melantik sorang
ketua bagi memberi arahan dan melicinkan aktiviti berkumpulan.
PENGURUSAN FIZIKAL KELAS
 Jenis seterusnya adalah pengurusan fizikal kelas. Antara perkara yang termasuk

dalam pengurusan fizikal ini adalah bilik darjah KBSR yang menekankan pendekatan
pengajaran berpusatkan murid seperti susunan saiz meja dan kerusi haruslah sesuai
dengan ketinggian murid.

 Seterusnya adalah bilik darjah KBSM dengan melakukan penyusunan meja dan

kerusi berbentuk kumpulan. Hal ini dapat memudahkan guru membantu murid dalam
pelajaran.
RUMUSAN
 Secara rumusannya, interaksi dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru

dalam bilik darjah. Perhubungan yang baik dan mesra antara guru dan murid dapat
memudahkan sesi penyampaian ilmu dan pembelajaran akan lebih berkesan. Hal ini
dapat menjadi pemangkin kejayaan serta peningkatan prestasi murid, guru dan
sekolah.
RUJUKAN
 Siti Mastura Baharudin. (2015). Interaksi Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah Secara
Kolaboratif Menerusi Talian Dan Kesannya Terhadap Pemikiran Kritis Pelajar. Ijazah
Doktor Falsafah (Teknologi Pendidikan). Universiti Teknologi Malaysia.
• bentuk kumpulan

RINGKASAN
kumpulan pelajar penyebaran idea,
fikiran, emosi,
yang dibentuk oleh
pengetahuan atau
guru ketika dalam proses yang
proses pembelajaran melibatkan
iaitu mengikut sekurang-kurangnya
kebolehan yang dua orang, dimana
sama, pelbagai seorang pelajar dan
guru berinteraksi di
kebolehan dan minat.
JENIS antara satu sama
Maksud lain.
INTERAKSI
interaksi dalam
pembelajaran

INTERAKSI DAN
1. Hubungan interaksi PEMBELAJARAN
sehala
- Pembelajaran
berpusatkan guru -bilik darjah
2. Secara dua hala
- guru bertanya kepada Pengurusan KBSR
pelajar dan pelajar BENTUK
menjawab ataupun
fizikal kelas -bilik darjah
ATAU CORAK
pelajar bertanya kepada
INTERAKSI
KBSM
guru dan guru menjawab
3. Dua hala antara
kumpulan
- berlaku apabila beberapa
kumpulan kecil berinteraksi
antara mereka

Anda mungkin juga menyukai