Anda di halaman 1dari 10

TAJUK 6:

PENGURUSAN
BILIK DARJAH
KEMAHIRAN MENGURUS BILIK DARJAH
PENGENALAN
 Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan,
kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif
organisasi atau kumpulan, gerak kerja termasuk proses merancang,
mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.
 Bilik darjah merupakan tempat berlakunya proses pengajaran dan
pembelajaran dan tempat yang terpenting di sekolah.
 Dalam maksud yang lebih jelas lagi, pengurusan bilik darjah adalah
proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah,
galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
ISI PENTING: AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN

 Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan pelajar untuk belajar


dalam kumpulan.
 Hal ini bertujuan bagi menggalakkan kerjasama antara murid dan
penglibatan mereka secara aktif dalam sesi pembelajaran. Guru juga
mudah membimbing apabila para pelajar di agihkan dalam kumpulan-
kumpulan kecil.
 Jenis kumpulan yang dibentuk adalah mengikut atau pelbagai kebolehan
serta minat.
 Corak interaksinya pula adalah hubungan sehala, dua hala dan dua hala
antara kumpulan.
PUSAT PEMBELAJARAN
 Pusat pembelajaran adalah ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan
sumber dan dibina mengikut kreativiti guru dan murid.
 Pusat pembelajaran juga adalah tempat pelajar dapat bekerja dalam kumpulan kecil
di dalam kelas. Di dalam ruang ini, pelajar bekerjasama dengan projek-projek yang
anda berikan, dengan matlamat untuk mencapainya dalam masa yang ditetapkan.
 Ianya berfungsi untuk melibatkan semua deria pelajar dalam sesi pembelajaran di
samping mempamerkan hasil kerja dan kreativiti para pelajar.
 Pembinaanpusat pembelajaran ini haruslah menepati ciri-ciri bilik darjah
KBSR/KBSM serta lengkap dengan pelbagai sumber dan bahan.
 Perlu diurus secara usahama antara guru dan murid
 Antara pusat pembelajaran adalah pusat kerohanian, pusat bahasa dan komunikasi
serta pusat kemanusiaan.
PENYEDIAAN BAHAN
 Bahan pengajaran yang merupakan semua benda yang digunakan oleh guru dalam
suatu sesi pengajaran untuk membantu mencapai objektif pengajaran tersebut.
 Ianya berfungsi untuk memudahkan sesi penyampaian guru sekali gus dapat
membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru.
 Contohnya, media komunikasi, rangsangan, penjelasan makna atau konsep,
penggerak penggunaan pelbagai deria dan lain-lain.
 Jenis bahan dan penghasilannya terbahagi kepada dua iaitu bahan hidup dan bahan
bukan hidup.
 Melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat pertama adalah rancangan pengajaran,
peringkat kedua adalah persediaan mengajar dan peringkat ketiga adalah tindakan
selepas pengajaran.
KESIMPULAN
 Secara rumusannya, bilik darjah merupakan medan perjuangan utama
seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggung jawab.
 Bilik darjah juga merupakan tempat paling berkesan dalam sesi
penyampaian ilmu.
 Oleh itu, pada masa kini konsep pembelajaran abad ke-21 menjadi
elemen utama dalam pengurusan bilik darjah.
 Hal ini bertujuan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan
dan dapat membantu guru serta pelajar.
RUJUKAN

 Janelle Cox. (2021).

https://ms.eferrit.com/bagaimana-menyediakan-pusat-pembelajaran-kelas/

 https://www.kaji.my/bahan-bahan-pengajaran/

 http://

pengurusanpembelajaran2018.blogspot.com/2018/11/tajuk-6-pengurusan-bilik-darjah.
html

Anda mungkin juga menyukai