Anda di halaman 1dari 8

TAJUK 9:

PENGURUSAN
TINGKAHLAKU
Peraturan dan Disiplin
PENGENALAN
 Pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan,
pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output
(perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
 Tingkah laku adalah perlakuan atau percakapan seseorang individu. Ia juga merupakan semua
tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan
sama ada secara sedar ataupun tidak sedar atau separa sedar.
 Tingkah laku positif merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana
dengan adanya tingkah laku ini, mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 Tingkah laku negatif pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka ini kebiasaannya suka
mengganggu rakan lain dan sering memberontak dalam kelas.
 Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah
laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
ISI PENTING: PERATURAN
 1.Tindakan yang betul

a) Diberitahu – kesalahan & hukuman


b) Keterangan bela diri
c) Kemuka Rayuan – didengari
d) Jatuh hukuman dengan adil.
 2.Rujuk – Buku Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah & Surat Pekeliling Ikhtisas
 3.Elak hukuman – tidak tepat, mendera menjatuhkan maruah & tidak ikut surat pekeliling ikhtisas
 ORDINAN PELAJARAN 1957 PERATURAN DISIPLIN 1959

- Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:


(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)
“Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah”
 Peraturan 7 : PERWAKILAN KUASA OLEH GURU BESAR
 Peraturan 9 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959: Kuasa pendaftar mengarahkan
pembuangan murid dari sekolah.
 Peraturan 10 : Rayuan
 PERATURAN 12 : Peraturan masuk balik sekolah
 PEKELILING IKTHISAS

- Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:


“tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara
kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:
“semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab
untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin
ditambah di sekolah-sekolah.” “….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan
membimbing murid-murid…”
DISIPLIN
 Disiplin adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait
rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Mengikut Kamus
Dewan, disiplin bererti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan
patuhkepada tatatertib.
 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Pelajar

Sikap pelajar-
Pengaruh Rakan Masalah
kurang ketahanan
Sebaya Keluarga
diri.

Suasana sekolah yang Guru tidak mahir


menggunakan dalam pengurusan
kekerasan dan emosi. murid
TEORI PUNCA SALAH LAKU PELAJAR

 TEORI PUNCA SALAH LAKU PELAJAR

1. Fungsi
Pelajar tidak mengetahui peranannya, iaitu, sebagai individu yang perlu menuntut ilmu. Oleh kerana itu,
mereka merasakan tidak mempunyai tanggungjawab sehingga melakukan perkara-perkara yang boleh
menjejaskan diri mereka. Teori fungsionalisme menganggap golongan ini adalah sebagai disfungsi pada
stuktur sosial.
2. Konflik
Masalah ini berlaku apabila golongan tertindas melakukan tindakan terhadap pihak minoriti yang menindas.
Di sekolah, keadaan ini selalu berlaku adalah disebabkan mangsa buli yang meyimpan dendam terhadap
golongan pembuli sehingga melakukan tindakan tidak terkawal.
3. Sonomi
Teori subbudaya dan deprivasi status pula berpendapat bahawa masalah disiplin disebabkan dari budaya
kumpulan yang berbeza dengan budaya masyarakat besar. Deprivasi (pencabutan,kehilangan) selalu berpunca
dari kekurangan dan kelemahan emosi. Sebagai contoh, pelajar yang gagal dalam sesuatu mata pelajaran yang
memberi tekanan kepada pelajar tersebut.
RUMUSAN
 Guru memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin dan tingkah laku
murid di sekolah.
 Oleh itu, setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku
kawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.
 Pengurusan masalah disiplin juga harus dilaksanakan dengan telus dan amanah
oleh pihak sekolah sesuai dengan apa yang terkandung dalam pekeliling
ikthisas dan peraturan sekolah.
RUJUKAN
 Noraini Zulkifli. (2010). Disiplin dan Pelajar. Dimuat turun daripada

https://www.researchgate.net/publication/326987996_Disiplin_dan_Pelajar

Anda mungkin juga menyukai