Anda di halaman 1dari 8

TAJUK 10: Pengurusan

Penasihatan Murid
Bimbingan, penasihatan dan mentoring
PENGENALAN
 Pengurusan merupakan satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan
cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan
untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan
supaya objektif organisasi tercapai.
 Nasihat merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal
untuk membantu seseorang menentukan matlamat, merancang tindakan dan
memperbaiki sikap serta tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu.
 Di sekolah wujudnya pusat bimbingan dan kaunseling adalah mencuba untuk
membentuk kesihatan mental supaya pelajar berasa selesa dengan diri sendiri,
berfikiran positif terhadap orang lain dan keupayaan diri sendiri.
 Kaunseling penting bagi membantu seseorang itu dari segi motivasi dan juga
strategi yang betul dalam melakukan sesuatu.
ORGANISASI BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
PENASIHAT KAUNSELING
Fokus kepada Fokus kepada individu
permasalahan yang bermasalah
dihadapi

Boleh dilakukan oleh Dillaksanakan oleh individu


sesiapa yang telah dilatih khusus
dalam bidang kaunseling
Masa yang singkat Lebih banyak masa yang
diperlukan

Tindakan tidak dipantau Tindakan dipantau secara


oleh penasihat berterusan
PERANAN GURU DALAM MEMBIMBING PELAJAR
 1) PENASIHATAN

- Merupakan proses menasihati individu atau kumpulan. Ia merupakan satu proses yang
berfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi dalam diri individu yang bermasalah.
Keadah ini adalah kaedah yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu
meninggalkan kesan.
 2) BIMBINGAN
- Bimbingan merupakan satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila
masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang terbaik
dari segi peribadi, sosial, akademik dan kerjaya. Ia juga merupakan satu proses untuk
mebantu pelajar menentukan dan membuat sesuatu keputusan dalam hidup mereka. Di
sini peranan guru penting bagi meyakinkan pelajar dengan keputusan yang dibuat. Selain
itu, ia juga membimbing pelajar menghadapi kehidupan disekeliling dan hakikat kehidupan
dan berusaha mengharunginya.
 3) MENTORING

- Merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional
(terlatih dan beretika, berkemahiran dan sistematik) dalam menghadapi krisis hidup dan
pembangunan diri individu. Ianya melibatkan proses mentor dan mentee.
 Mentor

- Biasanya terdiri daripada orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi


pertolongan kepada mereka yang memerlukannya. Jelasnya, perkataan mentor
membawa maksud seorang rakan yang boleh dipercayai, kaunselor atau guru.
Tugasnya adalah memberi tunjuk ajar kepada mentee dalam sebarang perkara.

 Mentee

- Merupakan individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat


menolong, mentor yang berpengalaam dan berpengetahuan bertindak sebagai
pembimbing, rakan dan guru kepda mentee yang memerlukan bantuan untuk
menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam aspek akademik mahupun peribadi.
RUMUSAN
 Di sekolah, guru merupakan seorang yang penting dalam membentuk
seseorang pelajar yang berjaya. Guru membimbing pelajar untuk
menghadapi cabaran dan halangan hidup pada masa hadapan.
 Sesetengah pelajar juga sukar untuk membuat keputusan dalam
kehidupannya menyebabkan mereka salah dalam membuat pilihan. Ini
merupakan tugas seorang guru bagi memastikan pelajar membuat
keputusan yang terbaik buat diri mereka.
 Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam Unit Bimbingan dan
Kaunseling sebagai penasihatan, membimbing serta mentoring.
RUJUKAN
 Sapora Sipon. ( 2010). Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunselin
Sekolah. Dimuat turun daripada
http://
ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/2727/1/Pengurusan%20Perkhidm
atan%20Bimbingan%20dan%20Kaunseling%20Sekolah.pdf

Anda mungkin juga menyukai