Anda di halaman 1dari 20

SURUHANJAY

A
Malaysia mempunyai empat jenis
suruhanjaya iaitu:
a)Suruhanjaya Pilihan Raya
b)Suruhanjaya Perkidmatan
c)Suruhanjaya Hak Asasi
Manusia(SUHAKAM)
d)Suruhanjaya Khas
SURUHANJAYA PILIHAN
RAYA
Melalui Perkara 114,Perlembagaan Persekutuan
memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan
Raya untuk menyelaraskan hal-hal pilihan raya
denga adil dan saksama tanpa pengaruh politik
Ahli-ahli SPR dilantik oleh Yang Dipertuan
Agong(YDPA) atas nasihat Perdana Menteri
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Pemecatan ahli-ahlinya dilakukan oleh satu tribunal
yang ditubuhkan untuk menyiasat kesalahan ahli
berkenaan.
Ahli SPR terdiri daripada Pengerusi,Naib Pengerusi
dan tiga orang ahli lain.
SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN
• Suruhanjaya Perkhidmatan bersifat tetap
dan terdiri daripada suruhanjaya yang
berikut:
– Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
– Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman dan Undang-undang
– Suruhanjaya Pasukan Polis
– Majlis Angkatan Tentera

Ditubuhkan untuk memastikan kesaksamaan
dalam hal ehwal pentadbiran awam tanpa
pengaruh politik.
Semua ahli Suruhanjaya Perkhidmatan dilantik
oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Fungsi kelima-lima Suruhanjaya Perkhidmatan
adalah sama,cuma bidang kuasa setiap
suruhanjaya adalah khusus dalam bidangnya
yang tersendiri.

SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
• Perkara 139,Perlembagaan Persekutuan,
SPA dipertanggungjawabkan untuk:
– mengendalikan perlantikan
– pengesahan jawatan
– kenaikan pangkat
– pertukaran dan tindakan tatatertib anggota
perkhidmatan awam Persekutuan dan
Negeri

K E A H LIA N S U R U H A N JA YA
P E R K H ID M A TA N A W A M
Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

terdiri daripada:
Pengerusi
Naib Pengerusi
Antara empat hingga 30 orang ahli lain

SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(SPP)
vPerkara 141A,Perlembagaan Persekutuan,tatatertib
para pendidik tertakluk kepada kuasa
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.
vBertujuan memberikan perkhidmatan yang adil dan
berkesan bagi membantu melahirkan guru dan
anggota perkhidmatan pendidikan,selaras
dengan matlamat Dasar Pembangunan Nasional
amnya dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
khasnya.
vAhli-ahli SPP terdiri daripada:
ØPengerusi
ØNaib Pengerusi
ØAntara empat hingga lapan orang ahli lain.
Peranan SPP ialah:
Melantik guru dalam perkhidmatan pendidikan
Mengesahkan jawatan guru dalam perkhidmatan
pendidikan
Meletakkan guru dan anggota perkhidmatan
pendidikan pada taraf pencen bagi mereka yang
memilih untuk bersara
Menukarkan guru-guru ke daerah dan negeri
mengikut keperluan
Memastikan para guru dan anggota perkhidmatan
pendidikan mematuhi peraturan tatatertib dalam
perkhidmatan pendidikan

SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN KEHAKIMAN
DAN UNDANG-UNDANG
• Perkara 138,Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan kuasa kepada suruhanjaya ini
untuk mengawal tatatertib ahli-ahli dalam
perkhidmatan undang-undang.
• Ahli suruhanjaya ini terdiri daripada:
• Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
• Pendakwa Raya atau Peguam Negara
• Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan awam
• Beberapa orang ahli atau bekas hakim dalam bidang
kehakiman dan undang-undang

SURUHANJAYA PASUKAN
POLIS
qKuasa Suruhanjaya Pasukan Polis
diperuntukkan di bawah Perkara
140,Perlembagaan Persekutuan.
qAhli-ahli Suruhanjaya pPasukan
Polis terdiri daripada:
§ Pengerusi yang merupakan Menteri
Keselamatan Dalam Negeri
§ Pegawaipolis sebagai pemerintah umum
pasukan polis
§ Ketua Setiausaha Kementerian Dalam
Negeri
§ Wakil suruhanjaya Perkhidmatan Awam
§ Dua hingga enam orang ahli lain
Jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalannya
dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana
Menteri.
Tugas Suruhan Pasukan Polis adalah:
vMencadangkan perlantikan,kenaikan pangkat
dan pertukaran ahli-ahli pasukan polis
vMengesahkan jawatan pegawai polis dan
memasukkan mereka ke jawatan tetap
vMengawal tatatertib dan kelakuan pasukan
polis

MAJLIS ANGKATAN
TENTERA
ØPerkara137,Perlembagaan
Persekutuan memperuntukan
bahawa Majlis Angkatan
Tentera harus
bertanggungjawab atas
perintah,tatatertib dan
pentadbiran perkara-perkara
berhubung dengan Angkatan
Tentera Malaysia.
KEAHLIAN MAJLIS
ANGKATAN TENTERA
Ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera adalah:
ØMenteri Pertahanan selaku Pengerusi
ØWakil YDPA yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja
ØPanglima Angkatan Tentera Malaysia
ØDua orang pegawai kanan Angkatan Tentera
Persekutuan
ØSeorang pegawai kanan Tentera Laut Diraja
Malaysia
ØDuan orang ahli lain


P E R A N A N M A JLIS A N G K A TA N
TEN TER A

• Majlis Angkatan Tentera berperanan:


• Mengawasi tatatertib angkatan tentera
• Mengawasi pentadbiran angkatan
tentera


SURUHANJAYA HAK ASASI
MANUSIA (SUHAKAM)
• SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999
bertujuan memupuk kesedaran tentang hak
asasi manusia.
• SUHAKAM merupakan badan bebas yang
ditubuhkan oleh Parlimen dengan kuasa-
kuasa melindungi dan memperjuangkan hak
asasi rakyat Malaysia dari aspek yang berikut:
– Melindungi rakyat daripada pencabulan hak
asasi manusia
– Memajukan rakyat dari segi ekonomi
– Mewujudkan alam sekitar yang sihat

FUNGSI
SUHAKAM
SUHAKAM berfungsi seperti berikut:
o Menasihati kerajaan berhubung dengan
perundangan arahan dan tatacara
pentadbiran serta mengesyorkan tindakan-
tindakan untuk mengatasinya
o Mengesyorkan kerajaan menyertai triti
antarabangsa tentang isu hak asasi manusia
o Memupuk kesedaran dan menyediakan
pendidikan tentang hak asasi manusia untuk
masyarakat
o Menyiasat aduan berhubung dengan
perlanggaran hak asasi manusia
Bidang Kuasa
SUHAKAM
Menasihati kerajaan dan pihak berkuasa tentang
aduan dan mengesyorkan tindakan yang harus
diambil
Mengkaji dan menentukan kesalahan perlanggaran
hak asasi manusia menurut peruntukan akta
Mengeluarkan peryataan awam tentang hak asasi
manusia apabila perlu
Melakukan penyelidikan dan mengedarkan hasil
penyelidikan untuk memupuk kesedaran
masyarakat
Memastikan sebarang aktiviti yang berkaitan
dengan hak asasi manusia mematuhi undang-
undang bertulis yang berkuat kuasa
§
§
§ Keanggotaan SUHAKAM adalah tidak kurang daripada
20 anggota yang dilantik oleh YDPA atas syor Perdana
Menteri.
§ Anggota mesti terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama.
§ Anggota SUHAKAM boleh memegang jawatan selama
dua tahun dan boleh dilantik semula.
§ Pengerusi SUHAKAM dilantik oleh YDPA
§ Naib Pengerusi dipilih dari kalangan anggota
suruhanjaya sendiri
§ Suruhanjaya boleh melantik setiausaha dan pegawai-
pegawai lain untuk membantu pelaksanaan
suruhanjaya ini.
SURUHANJAYA KHAS
Suruhanjaya Khas diwujudkan secara
sementara (ad hoc) untuk membincangkan
dan mengkaji masalah-masalah yang timbul
serta mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah tersebut.
Ahli-ahli Suruhanjaya Khas terdiri daripada
Pengerusi dan dua orang ahli lain.
Suruhanjaya Khas yang pernah diwujudkan
adalah seperti yang berikut:
§ Suruhanjaya Gaji Aziz
§ Suruhanjaya Gaji Harun
§ Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat-
syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa
Tempatan dan Pihak Berkuasa
Perbadanan,1973

Anda mungkin juga menyukai