Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Mengulas
Merancang Mengajar
semula semula
George Brown
Model Pengajaran Mikro
Pengenalan
Perancangan
Di peringkat perkembangan
kemahiran menyoal adalah untuk memastikan
sama ada murid dapat mengikuti pengajaran anda
atau tidak.
• Di peringkat penutup
1 Perancangan pendahuluan
Penentuan topik
Kebolehan sedia ada murid-murid
Objektif/hasil pembelajaran
• 2 Perancangan penyampaian
Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
Penentuan masa
Pemeringkatan isI
Pemilihan sumber
• 3 Perancangan penilaian
Pencapaian
Penganalisisan maklum balas
Pengubahsuaian
Semasa Pengajaran (Pelaksanaan
Pengajaran)
• Semasa hendak melaksanakan pengajaran makro ini
guru pelatih perlulah merancang set induksi
pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta
minat murid kepada pengajaran yang hendak
disampaikan dan dapat menggalakkan
pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi
mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan
pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang
baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima
minit.
• Seterusnya, perkembangan pengajaran yang
merujuk kepada langkah-langkah mengajar
yang disusun berperingkat-peringkat
berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru
pelatih juga perlu merancang langkah-langkah
pengajaran yang berturutan, disusun dengan
baik dan mencatat anggaran masa yang
sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada
kaitannya dengan objektif khusus yang sudah
dicatatkan.
• Guru pelatih juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran
yang hendak disampaikan. Ia perlulah sesuai dengan
kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran tersebut perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya
situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan. Ketika
melakukan pemeringkatan isi, guru pelatih hendaklah
menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian
fikirkan sub topik atau isi yang manakah yang perlu diawalkan
dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk itu guru pelatih
perlulah melihat prinsip-prinsip berikut:
Dari yang susah diketahui kepada belum diketahui
Dari mudah kepada kompleks
Dari konkrit kepada abstrak
Dari dekat kepada jauh
Dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
• Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan,
guru pelatih hendaklah memikirkan strategi yang akan
digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan
menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian
sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan
sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan
akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna
serta menyeronokkan murid-murid.
• Selain itu, guru pelatih juga harus menjalankan aktiviti
untuk mengukur sejauh mana objektif pengajaran dan
pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh
dijalankan secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan,
pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau
tulisan. Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran
penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat
pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya.
• Bahagian penutup yang merupakan bahagian terakhir dalam satu-satu
pengajaran dan pembelajaran di mana guru membantu murid
menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting serta
memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada murid-murid.
Penutup kognitif biasanya digunakan apabila guru menyenaraikan isi-isi
penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah
dipelajari. Manakala penutup sosial pula bertujuan memberikan suatu
perasaan pencapaian kepada murid-murid di hujung pengajaran satu-
satu topik.