Anda di halaman 1dari 26

Analisis kajian kes

the
mascot
by cathy anderson
SINOPSIS

• Cathy Anderson merupakan guru pelatih yang


mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13
tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem.
• Permasalahan berlaku apabila cara Mrs Clem
memperkenalkan Cathy kepada murid-
muridnya menyebabkan dirinya seperti mascot.
• Mrs Clem keberatan untuk membenarkan Cathy
mengajar sehinggalah minggu ketiga daipada
8 minggu tempoh praktikalnya.

• Masalah lain timbul apabila Mrs. Clem meminta
Cathy membincangkan pelbagai isu mengenai
St. Patrick’s Day. Malah, mengganggunya
dengan maklumat yang salah tentang cara
penyebaran Aids.
• Cathy juga merancang pengajarannya untuk
menggunakan ‘Science Kit’ sebagai bahan bantu
mengajar. Namun, masalah timbul daripada
pihak Mrs. Clem dan murid – muridnya.
• Cathy telah mengingatkan Mrs. Clem untuk
membawa ‘Science Kit’ tersebut. Apabila Cathy
bertanya, dia mengatakan bahawa “Science kit’
itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil
tetapi Mrs. Clem tidak membenarkannya.
• Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati
‘Science Kit’ yang diinginkan tiada di
tempatnya. Cathy meminta sekali lagi kepada
Mrs. Clem. Cathy meminta Tai mengikutnya
mengambil ‘Science Kit’ tersebut tetapi Mrs.
Clem mahu Jabar yang mengambilnya.

• Sekembalinya Jabar, Cathy meneruskan


pengajarannya. Namun, Jabar tidak
memberikan perhatian dengan mengganggu
rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan
tindakan drastik Jabar ialah keluar dari kelas
dengan bersahaja. Mrs Clem berkata tindakan
itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid.


• Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy
mendenda Jabar dengan menahannya keluar
rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem
membenarkan Jabar keluar rehat sebelum
waktunya. Tindakan ini dikesali Cathy. Cathy
mengambil keputusan untuk berjumpa Jabar dan
bertanya mengapa Jabar berkelakuan nakal.
Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak
menyukainya.

• Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai


kaedah dan pendekatan untuk mengatasi
masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan
yang kurang mesra dan tiada persefahaman
antara Mrs Clem banyak mempengaruhi tingkah
laku murid dan mengganggu kelancaran proses
pengajaran dan pembelajaran.

• FAKTA, TEORI, PRINSIP


DAN MODEL BERKAITAN


Model Disiplin Asertif Canter
Model ini melatih murid untuk menerima kesan bagi tindakan
mereka setelah diberitahu peraturan dan ditegur.

Konsep asas:
ØKedua-dua ganjaran dan hukuman adalah
berkesan.
ØGuru dan murid mempunyai hak masing-
masing.
ØGuru dan murid mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan optimum.
ØGuru membimbing murid untuk menunjukkan
tingkah laku yang diingini.
Daripada petikan dan
kaitannya

Cathy telah cuba menggunakan pendekatan model


disiplin Canter dengan cara menegur dan
menasihati secara berhemah agar Jabar kembali
membuat tugasan yang diberi dan tidak
mengganggu rakan lain.
Sebagai guru baru, Cathy telah menunjukkan
respon tidak menyukai tindakan Jabar kepada
murid – murid lain. Hal ini sekaligus secara tidak
langsung telah menjadikannya satu peraturan
kelas iaitu tidak boleh mengganggu murid lain dan
tugasan hendaklah disiapkan.
• Cathy terus memantau Jabar dari semasa ke
semasa dengan tegas dan konsisten. Ini
merupakan salah satu ciri – ciri guru asertif.
• Kesannya, Jabar meminta maaf.
• Selepas itu, Jabar mula menunjukkan respon
yang negatif kepada Cathy iaitu dengan nada
memberontak.
• Asertif sememangnya mempunyai kesan yang
pantas dan efektif untuk membentuk tingkah
laku yang diingini.
• Pendekatan Hierarki Tindakan Pembetulan Canter
diaplikasikan Cathy iaitu dengan membiarkan
sahaja tingkah laku Jabar yang tidak
mengendahkan kehadirannya.
• Cathy juga sengaja berlaku dingin dengan Jabar
agar Jabar menyedari kesalahannya dan
meminta maaf kepadanya.
• Matlamat Cathy agar Jabar kembali membuat
tugasannya.
Hierarki Tindakan Pembetulan
Canter
• Teori Pilihan : kasih sayang
• Tingkah laku Jabar didorong oleh firasatnya
yang menyangka Cathy tidak menyukainya.
• Situasi ini menyebabkan Jabar cenderung
untuk bertingkah laku negatif ketika di dalam
kelas.
• Teori Pilihan yang berkaitan dengan keperluan
asas Jabar ialah kasih sayang. Dia ingin
mendapatkan perhatian Cathy melalui
tingkah lakunya.
• Teori Pilihan : mempunyai kuasa dan kawalan
• Berlaku pada Jabar ketika Mrs. Clem memilihnya
untuk mengangkat ‘science kit’ dan Tai apabila
Cathy memilihnya.
• Jabar dan Tai mempunyai kuasa untuk memilih aktiviti
( angkat ‘science kit’) yang bersesuaian dengan
minat dan kecenderungan mereka. Contohnya, Juny
akur apabila Mrs. Clem tidak bersetju dengan
pendapat Cathy yang mencadangkannya
mengambil ‘scinece kit’.
• Keperluan asas ini mempunyai kaitan dengan
kesedaran terhadap kepentingan di dalam
pengurusan bilik darjah.
Model terapi realiti
• Mempunyai kaitan rapat dengan teori pilihan
untuk memenuhi keperluan seperti kasih
sayang, keseronokan, kebebasan dan kuasa.
• Model ini menekankan kepada tanggungjawab
atas tingkah laku sendiri.
• Situasinya: Jabar tidak memberi perhatian dan
terus bercakap walaupun telah diminta oleh
Cathy untuk diam. Apabila Cathy
memberitahu Jabar bahawa dia kecewa
dengan sikap Jabar, Jabar terus keluar kelas
tetapi kembali membuat bising apabila
pulang ke kelas semula. Apabila Cathy
menegur sekali lagi, maka Jabar keluar kelas
dan diikuti Juny.
• Kaitannya, apabila keperluan seperti
kebebasan dan kasih sayang terganggu
(ditegur Cathy) mempengaruhi Jabar, dia
akan bertindak untuk keluar dari kelas.
• Tindakannya memilih untuk keluar kelas
menjurus kepada tanggugjawabnya terhadap
tingkah lakunya sendiri.
Pengurusan tingkah laku yang diambil
Cathy
Model Pengurusan Kelompok
Kounin
Menekankan kepada kesedaran dan kepekaan
pengawasan dan penyeliaan yang teliti dalam
pengurusan bilik darjah.
Guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya
mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti
bilik darjah dalam satu masa.
Kebolehan ini dikenali sebagai pertindanan
(overlapping).
Teguran yang guru berikan mesti jelas, tepat dan
tegas.
• Menurut Kounin, guru boleh memberikan
arahan atau teguran terhadap salah laku
tersebut dalam arahan.
• Apabila memberi arahan, guru harus
menyatakan dengan spesifik akan akibat
daripada tingkah laku yang dilakukan.
• Contohnya, Cathy mengarahkan Jabar agar
pulang ke kelas atau dia akan kehilangan 20
minit masa rehatnya.
• Kesannya, Jabar kembali ke kelas.

• Malah, pendekatan yang digunakan Kounin juga
lebih terarah kepada ketegasan guru dan nada
serius yang digunakan ketika arahan diberi.


• Kounin juga mencadangkan kelancaran dan


pelaksanaan aktiviti dalam bilik darjah amat
penting untuk mengawal salah laku murid.
• Campur tangan Mrs. Clem telah menjejaskan
kelancaran pengajaran Cathy apabila Mrs.
Clem menyuruh Jabar menyediakan ‘
science kit’ tanpa arahan daripada Cathy.
• Keadaan ini telah membuatkan persekitaran
kelas kucar kacir.

MODEL MODIFIKASI TINGKAH
LAKU B.F. SKINNER

- Guna teknik modifikasi tingkah laku


- Guru rancang untuk ubah tingkah laku
bermasalah kepada satu matlamat yang telah
ditetapkan dengan teknik atau kaedah yang
sesuai.
- Guna peneguhan positif, negatif dan dendaan.
• ‘Good work tickets’ adalah satu
pendekatan yang digunakan untuk
menaikkan semangat murid untuk
menyiapkan kerja.
• Ianya merupakan peneguhan positif.
• Rangsangan melalui ‘good work tickets’
ini dapat meningkatkan tingkah laku
yang diingini iaitu menyiapkan kerja
dengan lebih awal.
• Dendaan juga merupakan salah satu
pendekatan yang digunakan oleh Cathy
untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak
diingini dalam diri Jabar.

Rumusan

• Guru perlu merancang satu bentuk pengurusan


disiplin bilik darjah yang berkesan iaitu
sesuai dengan persekitaran bilik darjah
masing – masing.
• Cathy perlu merangka semula dan menyusun
kembali pengurusan bilik darjahnya agar dia
tidak lagi dilayan sebagai mascot oleh Mrs.
Clem dan Jabar yang kurang
menghormatinya sebagai guru.
• Apa yang penting, sesuatu pengurusan bilik
darjah yang berkesan tidak semestinya
sesuai untuk semua situasi.