Anda di halaman 1dari 4

Bina ayat

siapa,buat apa, bagaimana, di mana/ bila


1. Melintas 越过
Ali melintas jalan raya dengan berhati-hati semasa pulang dari sekolah.
2. Memanjat
Jiet Hong memanjat pokok kelapa yang tinggi untuk memetik buah kelapa.
3. Memijak
Adik memijak belon yang besar semasa majlis hari jadinya.
4. Mencakar
Ayam mencakar tanah di ladang.
5. Mendaki bukit
Encik Tan mendaki bukit yang tinggi dengan ahli keluarganya pada minggu yang
lalu.
Bina ayat
siapa,buat apa, bagaimana, di mana/ bila
6. Menendang
Helmi menendang bola dengan kuat di padang.
7. Mengejar
Adik mengejar abang ketika bermain dengan gembira di halaman rumah.
8. Menyeberang
Jian Hong menyeberang sungai dengan berhati-hati supaya dapat berjumpa
dengan ayahnya.
9. Melihat
Kakak melihat sebatang pokok yang akan tumbang di hadapan rumahnya.
10. Memeriksa
Hua Keat memeriksa kerja sekolahnya dengan teliti di biliknya.
Bina ayat
siapa,buat apa, bagaimana, di mana/ bila
11. Menangis
Adik menangis kerana terjatuh di atas lantai yang basah.
12. Meneliti
Amir meneliti notis itu dengan menggunakan kanta pembesar di sekolah.
13. Menemui
Abang menemui sebiji epal yang besar dan merah di belakang kotak.
14. Mengantuk
Mei Ling mengantuk di bilik darjah semasa guru sedang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu.
15. Mengawasi
Cikgu Tan mengawasi murid-murid yang sedang menduduki peperiksaan di dewan
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai