Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA / MPU3052


SUB TOPIK
1. Pengenalan Tamadun Islam (2/4 jam)

• Kelahiran dan Perkembangan awal


• Definisi
• Prinsip
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN
AWAL
 Tamadun Islam lahir di kawasan padang pasir yang kontang, berbeza dengan tamadun lain
yang bermula di lembah sungai.
 Manusia memainkan peranan yang penting dalam pembinaan tamadun Islam
 Justeru itu, pembentukan akhlak sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w. bagi membentuk
personaliti Islam yang unggul sebagai persediaan untuk
membina tamadun yang terbilang.
 Hasilnya wujud tamadun yang memberi fokas kepada aspek jasmani dan rohani berasaskan
kepada ajaran Islam.
PERKEMBANGAN TAMADUN
ISLAM
4 PERINGKAT

ZAMAN RASULULLAH DAN


KHULAFA’ AL-RASYIDIN
(610-661 M) KERAJAAN
UTHMANIYYAH
(1258-1924 M)
KERAJAAN
BANI UMAYYAH KERAJAAN
(661 – 750 M) BANI
ABBASIYYAH
(750 M-1258M)
KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN
AWAL TAMADUN ISLAM
 Kelahiran tamadun Islam berpunca dari penghijrahan orang Islam Mekah
ke Madinah yang dijadikan sebagai pusat pentadbiran negara Islam pada
masa itu
 Orang Islam Mekah (Muhajirin) dan orang Islam Madinah (Ansar) dapat hidup secara
harmoni di negara Islam Madinah di bawah pimpinan Nabi Muhammad sehingga menjadi
asas kepada pembentukan tamadun Islam.
 Semasa pemerinthan Rasulullah s.a.w. pengaruh Islam hanya meliputi
sebahagian sahaja Semenanjung tanah Arab
 Zaman Khulafa Al Rasyidin di bawah pemerintahan 4 orang khalifah, zaman kerajaan
Umaiyyah, Abassiyah dan Turki Uthmanniyah memperkukuhkan lagi tamadun Islam
melalui penyebaran pengaruh Islam ke wilayah-wilayah lain di Semenanjung Tanah Arab
dan di luar tanah Arab sehingga meliputi Afrika Utara, sebahagian dari China, Asia Tenggara
dan Eropah.
Khulafaurrasyidin

Khulafaurrasyidin atau Khulafa Arrasyidin


berasal dari dua akar kata, yaitu khalifah
atau khulafa' yang artinya pengganti atau
pemimpin dan kata ar-rasyid yaitu orang
yang mendapat petunjuk. Jadi menurut
bahasa, Khulafaurrasyidin yaitu orang yang
ditunjuk sebagai pengganti atau pemimpin
yang selalu mendapat petunjuk dari Allah
swt.
KHALIFAH ALRASYIDIN

Abu Bakar As-Sidiq r.a. Umar bin Khatab r.a. Utsman bin Affan r.a. Ali bin Abi Thalib r.a.

• Rendah hati
• Berhati tenang • Cerdas dan pandai
• Sederhana • Keberanian • Cerdas dan pandai
• Pemberani
• Penyabar • Suka bermusyawarah dan • Pemberani
bijaksana •Sabar • Sabar
• Adil dan suka musyawarah • Bersikap adil • Tabah dalam menghadapi • Tabah dalam menghadapi
• Dermawan • Bersikap toleran masalah masalah
• Penolong bagi kaum • Bersifat sederhana • Sebagai panglima perang
• Bersikap jujur pemberani dan gagah • Sebagai panglima perang
tertindas
• dan bijaksana perkasa. pemberani dan gagah
• Senantiasa membenarkan perkasa.
berita dari Rasulullah
AKTIVITI 1
SENARAIKAN SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DI ZAMAN-
ZAMAN BERIKUT :

A. ZAMAN NABI MUHAMMAD


B. ZAMAN KHALIFAH AL RASYIDIN
C. ZAMAN KERAJAAN UMAIYYAH
D. ZAMAN KERAJAAN BANI ABASSIYAH
E. ZAMAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
DEFINISI
 Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas, Tamadun Islam membawa satu takrif
  “ keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan
tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.”

 Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun Islam ini sebagai


  pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga
dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih
halus dan mempunyai nilai-nilai seni.
 Ahmed Essa dan Othman Ali (2010) dalam "Study in Islamic
Civilization: The Muslim Contribution and the Renaissance" menjelaskan
bahawa tamadun Islam didefinisikan sebagai peraturan keagamaan
yang melahirkan kebudayaan masyarakat yang berteraskan kepada
wahyu. Pedoman wahyu tersebut menjadi obor kepada seluruh bidang
keperluan manusia yang merentasi kehidupan dunia dan akhirat.
  Ali A.Alawi (2009) menerusi karyanya "The Crisis of Islamic
Civilization" berpendapat bahawa tamadun Islam memberi
maksud setiap perkara yang menyumbang kepada kebudayaan yang
memberi penekanan kepada aspek keseimbangan diantara fizikal dan
spiritual.
AL-SYIRAZI- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kekebatan, kemakmuran
dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjerus kepada perbahasan
mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan
ekonomi.

ABU BAKAR HAMZAH- sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama


dengan kehidupan manusia dan perkembangan-perkembangan yang lahir
daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun yang
berupa sekala material.

TEUKU ISKANDAR- keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau


didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yakni
sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi..
RUMUSAN

Pengertian yang lebih khusus kepada tamadun Islam


iaitu pencapaian manusia dalam pelbagai aspek
kehidupan yang diimbangi dengan neraca
kesepaduan wahyu yang holistik sifatnya.
Keseimbangan ini penting disebabkan matlamat
akhirnya ialah untuk mendapatkan kebaikan,
kejayaan "hasanah" di dunia dan akhirat.
PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM
a.)  Memelihara agama: Islam mendidik penganutnya supaya menjaga kesucian agama dengan tidak
melakukan sesuatu yamg boleh merosakkan agama Islam atau menjatuhkan aqidah Islam seperti amalan syirik (
menduakan Tuhan), khurafat (kepercayaan tahyul) dan murtad (keluar dari agama Islam. Penganut Islam juga
diwajibkan mempertahankan negara daripada sebarang bentuk pencerobohan.

b.)  Memelihara nyawa: Islam tidak membenarkan orang menyerang jiwa orang lain yang boleh menyebabkan
kematian atau kecederaan. Jika dia diserang, wajib ke atasnya mempertahankan diri hingga ke akhir hayatnya.
Jika dia mati kerana mempertahankan nyawanya, maka matinya bernilai di sisi Allah, iaitu mati syahid.
Pemeliharaan diri setiap manusia daripada sebarang bahaya sentiasa digalakkan oleh Allah dan sebarang
tindakan yang boleh mencederaan fizikal orang lain turut ditengah.
PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM
c.)  Memelihara akal: Akal yang sihat ialah anugerah Allah Yang Maha Penyanyang. Dengan itu, kita
wajib menjaganya dengan sebaik mungkin. Islam melarang melakukan sesuatu atau memakan atau
minum sesuatu yang boleh menyebabkan rosak akalnya sama ada mabuk, gila atau sebagainya.
Justeru itu meminum sesuatu yang memabukkan atau merosakkan akal adalah haram, kerana ia
boleh merosakkan akal manusia.

d.)  Memelihara maruah dan keturunan: Islam mengajar supaya umatnya menjaga maruah dengan baik
dengan tidak melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan nama baik diri dan keluarga seperti
kelakuan tidak senonoh atau percakapan yang tidak sopan (sumbang).
PRINSIP-PRINSIP TAMADUN ISLAM
e. Memelihara harta:
Harta adalah hikmat pemberian Allah kepada makhluknya. Kita disuruh
menjaganya dari kerosakan dan kehilangan termasuk pembaziran dan
perjudian. Islam tidak membenarkan pencerobohan ke atas harta benda
orang lain. Harta kekayaan yang dikumpul oleh seseorang yang
sememangnya digalakkan dalam Islam adalah dugaan dan percubaan
dari Allah SWT. Dugaan dalam erti kata bahawa Allah Swt akan
bertanyakan di akhirat kelak bagaimana harta kekayaan itu
dibelanjakan . Andainya cara diperolehi, barangan yang yang terlibat
dan cara dibelanjakan sejajar dengan kehendak Allah, kekayaan itu
membawa kebahagian dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai