Anda di halaman 1dari 9

 Oleh kerana murid-murid di dalam kelas

mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang


berbeza, ini bermakna kesediaan belajar
mereka juga berbeza. Perkara ini perlu
diberi
pertimbangan oleh guru, terutama murid-
murid yang lambat. Sekiranya guru
mengabaikan mereka, mereka akan terus
ketinggalan dan berkemungkinan akan
menjadi murid tercicir.
 Dalam merangka objektif pengajaran dan
pembelajaran, guru harus mengambil
objektif yang
sesuai dengan murid. Guru juga harus
menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai
dengan
kumpulan yang berbeza keupayaan supaya
murid yang lambat tidak terus tertinggal dan
murid
yang pandai tidak merasa bosan.
 Murid-murid yang bermasalah dalam
pembelajaran sering mempamerkan
tingkahlaku
yang akan mengganggu perhatian orang lain
semasa P&P. Contohnya bising,
agresif,vandalisme dan lain-lain.
 Ada juga murid yang proaktif seperti ingin
membuat sesuatu yang belum disuruh,
suka bertanya mengenai sesuatu yang belum
diajar dan lain-lain.Ini dipanggil mengganggu
yang
positif.
 Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya
murid-murid belajar. Ada yang suka belajar
secara sambil mendengar muzik , ada yang
suka visual, ada yang suka belajar secara
individu dan ada juga secara berkumpulan.
 Hasil pembelajaran hendaklah berasaskan
keupayaan dan kemampuan murid.
 hasil pembelajaran bagi murid yang cerdas
perlu lebih tinggi arasnya berbanding
kumpulan yang lemah.
 guru boleh menyediakan tugasan murid yang
pelbagai aras bagi memastikan murid
mendapat manfaat.
 Seseorang guru perlu mempunyai kekuatan
melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kerana
tahap kesediaan muridnya yang berbeza.
 Guru yang kreatif sentiasa menyediakan pelbagai
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran
bagi memastikan murid mencapai hasil
pembelajaran masing-masing.
 guru boleh mendorong pembelajaran aktif
dengan menggunakan audio visual yang
menarik.
 guru boleh mewujudkan pusat pembelajaran
di satu sudut diluar bilik darjah.
 guru wajar menjadikan diri mereka sebagai
seorang penghibur yang berbakat.
 guru haruslah mampu mempelbagaikan
penyampaiannya.

Anda mungkin juga menyukai