Anda di halaman 1dari 23

KEELEKTRO

MAGNETAN

1
Keelektromagnetan

 Pengenalan
 Arus elektrik dan kemagnetan mempunyai
perhubungan yang rapat, dimana - Pengaliran
arus elektrik akan menghasilkan medan magnet
dan medan magnet boleh menghasilkan
pengaliran arus.

 ( Pengaliran arus adalah sebenarnya pengaliran elektron


yang bersistematik dan ianya akan mewujudkan
keelektromagnetan di sekeliling pengalir yang membawa
arus )

2
Faktor-faktor kekuatan keelektromagnetan

 Diantara faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan


keelektromagnetan ialah:
(a). Bilangan lilitan – dalam gelung.
(b). Jumlah Arus
(c). Jenis Teras.
(d). Jarak antara lilitan.

3
Penggunaan Keelektromagnetan

 Kebanyakkan peralatan elektrik dan elektronik


menggunakan keelektromagnetan untuk berfungsi.
Diantara alat-alat tersebut ialah:

(a). Penjana elektrik.


(b). Geganti.
(c). Motor AT.
(d). Meter Pengukur.
(e). Pembesar suara dll

4
Daya Gerak Elektrik ( d.g.e )

 Daya Gerak Elektrik teraruh adalah hasil dari pergerakan


pengalir memotong medan magnet atau medan magnet
memotong pengalir.
 Daya gerak elektrik wujud apabila berlakunya
pergerakkan, sama ada:
i). Magnet bergerak dan Pengalir pegun,
Ii). Pengalir bergerak dan Magnet pegun,
Iii). Kedua-duanya bergerak dalam arah bertentangan .

5
Daya Gerak Elektrik ( sambungan )

 Arah D.g.e Teraruh.


 Kekutupan D.g.e teraruh boleh
ditentukan dengan
menggunakan – Aturan
Tangan Kanan,
 Dimana:
 Ibu Jari – Arah gerakan
pengalir
 Jari Telunjuk – arah fluks
magnet ( Medan magnet )
 Jari Hantu – arah pengaliran
arus.

6
Daya Gerak Elektrik ( sambungan )

 Hukum berkaitan dengan D.g.e –teraruh:


 Hukum Faraday.
 Hukum Faraday menyatakan bahawa daya gerak elektrik (d.g.e )
akan teraruh / terjana apabila gegelung memotong atau dipotong
oleh urat daya magnet.
 Hukum Lenz.
 Hukum Keelektromagnetan Lenz menyatakan bahawa daya gerak
elektrik teraruh ( d.g.e. teraruh ) dan arus aruhan adalah
bertentangan dengan voltan / arus yang menghasilkannya.
 Hukum Corkskru Maxwell
 Hukum ini digunakan untuk mengetahui arah medan magnet
disekeliling pengalir yang membawa arus elektrik ( Cara ini serupa
dengan aturan tangan kanan ).

7
Faktor-faktor yang menentukan Daya Gerak Elektrik
(dge) Teraruh.

 Jumlah daya gerak elektrik teraruh yang dihasilkan di


dalam sesuatu pengalir bergantung kepada empat
faktor yang berikut:
(a). Kekuatan Medan Magnet
(b). Kelajuan Pemotongan.
(c). Sudut Pemotongan
(d). Panjang Pengalir di dalam Medan

8
Faktor-faktor yang menentukan Daya Gerak Elektrik
Teraruh (sambungan)

 (1). Kekuatan Medan magnet.


 Penghasilan d.g.e teraruh akan bergantung
kepada kekuatan medan magnet. Lebih kuat
medan magnet maka lebih banyak d.g.e
teraruh dihasilkan.

9
Faktor-faktor yang menentukan Daya Gerak Elektrik
Teraruh (sambungan)

 (2). Kelajuan Pemotongan.


 Sekiranya kelajuan pemotongan medan magnet
ditambah maka lebih banyak d.g.e teraruh
dihasilkan.

10
Faktor-faktor yang menentukan Daya Gerak Elektrik
Teraruh (sambungan)

 (3). Panjang Pengalir.


 Jika pengalir yang digunakan lebih panjang
maka lebih banyak d.g.e teraruh dapat
dihasilkan.

11
Faktor-faktor yang menentukan Daya Gerak Elektrik
Teraruh (sambungan)

 (4). Sudut Pemotongan.


 Voltan maksima akan diaruh apabila pengalir
digerakkan pada kedudukan 90º dari satah
neutral. Apabila sudut pemotongan berada pada
sudut 0º dari satah neutral dan selari dengan
garisan fluks magnet, voltan yang dihasilkan
adalah rendah dan sifar.

12
Aruhan

 Aruhan adalah kesan yang diberi daripada satu badan ke


satu badan lain tanpa penyentuhan fizikal di antaranya.
 Keadaan ini terjadi disebabkan oleh medan elektrostatik
yang mengelilingi setiap cas badan. Medan yang
dihasilkannya memberi kesan kepada badan lain tanpa
berlakunya sentuhan dari kedua-dua badan – Kesan
Elektrostatik.

13
Aruhan ( sambungan )

 (a). Aruhan Magnet.


 Aruhan Magnet - ialah kesan yang berlaku
apabila magnet kekal dapat mewujudkan
medan magnet ke bahan feromagnet
walaupun tanpa sentuhan terus.

14
Aruhan ( sambungan )

 (b). Aruhan Elektromagnet.


 Aruhan Elektromagnet - adalah tindakan
yang menyebabkan elektron mengalir di
dalam suatu pengalir apabila pengalir
tersebut bergerak merentasi medan
magnet.

15
Aruhan ( sambungan )

 (c ). Aruhan Saling.
 Proses dimana satu pearuh mengaruhkan
voltannya di dalam pearuh yang lain.
 Contoh penggunaan aruhan saling – Pengubah.
 Simbol bagi aruhan saling = L
 Unitnya = Henry

16
Aruhan ( sambungan )

 (d). Aruhan Diri.


 Aruhan diri ialah penghasilan satu daya gerak elektrik
yang terhasil dalam litar yang disebabkan oleh urat daya
dari arus litar itu sendiri.
 Aruhan ini terjadi kerana berlakunya perubahan nilai
arus menyebabkan berlakunya perubahan pada medan
magnet dan garisan fluks di sekeliling pengalir akan
mengembang atau menyusut ).
 Pearuh adalah contoh di mana aruhan diri berlaku.

17
Istilah-istilah Berkaitan ( Kuantiti Magnet )

 1. Daya Gerak Magnet.


 Daya yang menghasilkan fluks di dalam satu
gegelung atau elektromagnet.
 Unit bagi d.g.m = ampere-lilit

18
Istilah-istilah Berkaitan ( Kuantiti Magnet )

 2. Fluks Magnet.
 Fluks ( medan magnet ) ialah jumlah garisan
daya kemagnetan yang mengalir dari kutub
utara ke kutub selatan.
 Fluks diukur dalam garisan.
 Simbol bagi fluks = Ф

19
Kuantiti Magnet ( sambungan )

 3. Ketumpatan Fluks.
 Ketumpatan fluks ialah jumlah garisan fluks yang
mengalir dalam satu keluasan bahan pengalir.
 Simbol bagi ketumpatan fluks = B

20
Kuantiti Magnet ( sambungan )

 4. Kebolehtelapan.
 Kebolehtelapan ialah kebolehan atau keupayaan
sesuatu bahan magnet menerima fluks magnet.
 Simbol kebolehtelapan = M

21
Kuantiti Magnet ( sambungan )

 5. Keengganan.
 Keengganan merupakan tentangan terhadap urat daya
magnet ( fluks ).
 Simbol keengganan = R

 6. Ketepuan Magnet
 Ketepuan magnet ialah keadaan di mana kekuatan
magnet itu telah mencapai takat maksimanya.

22
Kuantiti Magnet ( sambungan )

 7. Arus Pusar.
 Ialah arus yang terbentuk dan mengalir pada teras di
mana terdapatnya pengalir yang dililit pada teras itu.

 8. Domain.
 Kumpulan fluks magnet.

23

Anda mungkin juga menyukai