Anda di halaman 1dari 10

Faktor-faktor

Mempengaruhi Jarak Sosial

Ahli kumpulan: Jason Ngu Kie Jun


Gavid Lee Anak Chang
Tan Siew Joey
Wong Yu Yan
1. Darjah Keakraban
 Bermaksud rapat atau karib.
 Semakin rapat jarak sosial antara penutur dengan orang yang dilawan
bercakap, maka semakin kurang formaliti atau peraturan dalam pemilihan
perkataan dan perlakuan termasuklah cara menggunaan kata ganti nama
kedua.
 Menurut Teo Kok Seong (2003), penggunaan kata ganti nama orang kedua
amat bergantung pada dua kekangan, iaitu kekuasaan dan keakraban.
 Kekuasaan yang dimaksudkan merupakan pengaruh dari aspek status sosial
dan umur seseorang individu dalam sesebuah masyarakat. Orang berpangkat
lebih luas pengaruhnya berbanding dengan orang biasa dan orang yang lebih
tua pula akan lebih berpengaruh berbanding dengan orang-orang muda.
2. Pembezaan Status
 Bermaksud taraf atau kedudukan seseorang dalam masyarakat.
 Individu yang mempunyai status yang sama akan menjadikan jarak sosial lebih
dekat berbanding dengan orang-orang yang memiliki status yang berbeza.
 Sebagai contoh, anggota polis berpangkat sarjan akan lebih rapat jarak
sosialnya apabila bercakap dengan anggota polis yang juga berpangkat sarjan
berbanding dengan pegawai polis.
 Bukan itu sahaja,jarak sosial antara guru besar atau pengetua dengan guru
besar atau pengetua juga merupakan contohnya.
 Jarak sosial juga akan bertambah luas apabila usia bertambah tua. Semakin
besar jarak sosial, maka semakin besarlah usaha diperlukan untuk
memperkecil jarak tersebut agar isi kandungan percakapan tadi dapat dikelola
dengan baik dan berkesan.
3. Usia
 Usia seseorang juga boleh mempengaruhi jarak sosial semasa bercakap. Jarak
sosial menjadi lebih luas jika usia orang yang dilawan bercakap itu memiliki
usia yang lebih tua atau lebih muda daripadanya.
 Sebagai contoh,seorang pelajar lelaki semasa bercakap dengan pelajar lelaki
lain yang sebaya cenderung untuk menyapa dengan panggilan mengikut dialek
sahaja seperti "hang" (Kedah) "jang" (Negeri Sembilan), "yop" (Perak) dan
sebagainya.
 Malah, ada yang menggunakan panggilan "hoi", "hei", "oi"disebabkan hubungan
yang terlalu akrab. Walau bagaimanapun, ada penutur yang tidak
menggunakan panggilan dan terus mengujarkan perbualan.
4. Jantina
 Hal ini berbeza dengan orang lelaki yang apabila bercakap dengan orang lelaki
dan perempuan, didapati lebih bersifat terbuka dan tidak mahu terikat
dengan mana-mana situasi.
 Sebagai contoh,orang lelaki tidak gemar berada pada jarak intim semasa
bercakap. Sebaliknya, seseorang perempuan yang ingin bercakap dengan
lelaki atau perempuan, dialebih gemar berada pada jarak intim dengan suara
yang perlahan dan lebih sopan.
5. Tahap Pendidikan
 Bermaksud kelulusan akademik yang dimiliki oleh seseorang.
 Semakin tinggi kelulusan akademik yang dimiliki, maka semakin luaslah jarak
sosial yang terpaksa dihadapi.
 Hal ini diperkatakan demikian kerana seseorang yang memiliki tahap
akademik yang tinggi biasanya memegang jawatan tinggi dalam sesebuah
organisasi dan mempunyai lebih kuasa atau autority.
6. Jenis Pekerjaan
 Kehidupan bagi setiap orang yang bekerjaya sudah pastinya mempunyai ruang
lingkup tersendiri yang bercirikan beberapa perkara dalam sektor kerjayanya.
 Sebagai contoh, kerjaya sebagai jururawat melaksanakan tugas-tugas hampir
sama setiap hari seperti menerima arahan tugas daripada ketua jururawat,
mencatat ulasan doktor, bertegur sapa dengan jururawat pelatih serta menjaga
dan melayan kerenah pesakit.
 Oleh itu, 70% isi kandungan percakapan mereka adalah sama. Jadi tidak
hairanlah jika kita melihat sekumpulan jururawat berada di pusat-pusat
membeli-belah pada hari cuti umum atau lepas bekerja dalam kumpulan kecil.
 Keadaan ini dianggap normal kerana jarak sosial antara mereka terlalu intim dan
akrab, jika ada dalam kalangan orang asing yang berhasrat ingin menceroboh
jarak sosial yang telah ditetapkan ini, maka situasi tersebut akan menimbulkan
ketidakselesaan, malah menjadi satu perbuatan yang tiada kesantunan.
7. Etnik dan Bangsa
 Bermaksud sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam
daripada pelbagai sudut. Keseragaman yang dimaksudkan merangkumi pakaian,
bahasa, adat resam, budaya,kegiatan ekonomi dan sebagainya. Dalam masyarakat
Melayu, wujud beraneka dialek dituturkan oleh kelompok manusia yang tinggal di
kawasan-kawasan tertentu.
 Sebagai contoh, dialek utara yang dituturkan oleh penduduk negeri Kedah, Perlis
dan Pulau Pinang. Dialek Kelantan di Negeri Kelantan, dialek Terengganu di Negeri
Terengganu dan dialek Negeri Sembilan di Negeri Sembilan.
 Setiap dialek ini telah menyebabkan ruang lingkup penuturnya bersifat statik, iaitu
hanya difahami oleh penduduk dari negeri-negeri tertentu sahaja.
 Maka, tidak hairanlah sekiranya orang Kelantan memilih rakan sosial yang juga dari
negeri yang sama. Begitu jugalah hanya di Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang
dan Negeri Sembilan akan turut berbuat begitu yang akhirnya menyebabkan jarak
sosial mereka menjdi bertambah luas.
Rumusan
 Jarak sosial seseorang semasa bercakap juga dipengaruhi faktor darjah
keakraban, perbezaan status, usia, jantina, tahap pendidikan,kelas
pekerjaan, etnik dan sebagainya.
 Keadaan ini menyebabkan jarak sosial menjadi bertambah luas dan sukar
untuk dikecilkan jurangnya.Walau bagaimanapun, jika kita bersedia
mengaplikasikan kesantunan bahasa ini, maka jarak sosial yang luas boleh
dikecilkan kerana wujudnya kemesraan.
 Kesantunan bahasa dapat membantu untuk mewujudkan suasana dan
perhubungan yang mesra dalam suatu komunikasi dan tidak menimbulkan
konflik di samping sentiasa menjaga air muka orang yang dilawan bercakap
(Ahmad Khair Mohd. dan Rohaida Abdul Gani, 2005).
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai