Anda di halaman 1dari 35

UNIT 8 : KEGIATAN EKONOMI 

MALAYSIA

12.2.1 KEGIATAN EKONOMI UTAMA

SEBARANG KEGIATAN MANUSIA YANG MENDATANGKAN NILAI PENDAPATAN SEKALIGUS MEMBANTU MENJANA SUMBER KEWANGAN DAN MEMBUKA

PELUANG PEKERJAAN

JENIS KEGIATAN EKONOMI :


Primer
Sekunder
Tertier
PRIMER

 Kegiatan memperoleh hasil terus daripada sumber alam semula jadi seperti
tanih,mineral dan hutan
 Contoh sektor :
 Pertanian
 Perlombongan
 Pembalakan
 Perikanan
SEKUNDER

 Kegiatan menukar barangan yang siap diproses kepada pengguna


 Contoh sektor :
 Perindustrian
TERTIER

 Kegiatan ekonomi yang menyediakan perkhidmatan kepada pengguna


 Contoh sektor :
 Pelancongan
 Perniagaan
 Pengangkutan
12.2.2 PERTANIAN

 Pertanian merupakan pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,


penternakan, dan perhutanan.
 Kegiatan pertanian  :
 Pertanian pindah
 Pertanian kebun kecil (sara diri)
 Pertanian ladang
  
PETA KAWASAN PERTANIAN DI
MALAYSIA
PERTANIAN PINDAH

 Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan


Semenanjung Malaysia.
 Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek,
sayur-sayuran dan buah-buahan.
 Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif)
seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu.
 Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.
 Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
 Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di-
tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder)
PERTANIAN SARA DIRI

 Keluasan tapak 1- 2 hektar.


 Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.
 Kegiatan pertanian yang terpenting – paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.
 Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya
dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
 Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran
yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian
tradisional.
 Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung
(tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam
dan koko.
PERTANIAN LADANG

 Keluasannya melebihi 40 hektar.


 Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.
 Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh
 Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja
urea dan biji benih yang bermutu tinggi.
 Mengeluarkan hasil yang tinggi dan kebanyakannya diekspot.
  
SUMBANGAN PERTANIAN KOMERSIAL KEPADA
NEGARA

 Peningkatan KDNK & PendapatanNegara


 Produk pertanian dieksport ke luar negara contohnya : minyak kelapa sawit dan getah kebenua Eropah , U.S,
Jepun dan China
 Keuntungan diperoleh melalui pertukaran wang asing
 Permintaan tinggi daripada pasaran tempatan dan luar negara
 Menyediakan Peluang Pekerjaan
 Menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat dan secara tidak langsung mengurangkan kadar
pengangguran
 Meningkatkan pendapatan penduduk melalui pekerjaan sebagai buruh ladang, peneroka, pegawai pengurusan,
pengangkutan, R&D dan lain-lain
 Menggalakkan Perkembangan Teknologi dan R&D
 R&D dalam penghasilan baka atau benih, teknik atau kaedah pertanian dan input moden
 R&D juga giat dijalankan oleh GLC melalui kaedah bioteknologi
 Berlaku pengaliran teknologi dan input pertanian moden dari luar negara
PERLOMBONGAN
•Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada perlombongan bijih timah memandangkan hasil
perlombongan logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit.
•Aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan terutama oleh pembesar-pembesar Melayu.

Kapal korek
PEMBALAKAN
•Pembalakan adalah penebangan, seretan, pemprosesan dan memuatkan pokok atau balak di atas lori
•Kayu balak diproses menjadi berbagai-bagai produk yang mempunyai nilai yang tinggi
KEPENTINGAN PEMBALAKAN

 Membuka peluang pekerjaan


 Wujudnya peluang-peluang pekerjaan seperti kilang pemprosesan kayu balak, pekerja
kilang perabot dan pemandu di sektor pengangkutan dan sebagainya.peluang pekerjaan
dalam industri ini akan mengurangkan kadar pengangguran.
 Sumber bahan mentah
 Pembalakan membekalkan sumber bahan mentah kepada negara.Contohnya cengal,
meranti, seraya, balau dan akarsia.Kayu-kayu berharga ini digunakan oleh industri
sekunder untuk dijadikan perabot dan papan lapis yang bermutu tinggi.
 Pembangunan infrastruktur
  Aktiviti pembalakan membawa perkembangan kepada pembangunan
infrastruktur.Contohnya penebangan hutan dilakukan untuk pembinaan jalan raya, lebuh
raya Utara-Selatan, hospital,sekolah dan sebagainya.
12.2.3 PERINDUSTRIAN
•Kegiatan memproses bahan mentah menjadi barangan siap yang menghasilkan
produk yang mempunyai nilai pasaran dan menyediakan peluang pekerjaan
•Perindustrian
Berasaskan sumber
Tidak berasaskan sumber
INDUSTRI BERASASKAN SUMBER
•Industri yang menghasilkan barangan dengan menggunakan sumber kayu balak,
kelapa sawit, getah dan mineral
INDUSTRI TIDAK BERASASKAN SUMBER
•Industri yang tidak menggunakan sumber alam semula jadi dalam penghasilan sesuatu barangan

INDUSTRI AUTOMOTIF
•Industri automotif merangkumi apa-apa bidang yang berkaitan kenderaan bermotor, dan
ia merupakan sektor ekonomi terpenting dalam hasil pendapatan.
•Namun istilah industri automotif selalunya tidak termasuk industri lain yang berkaitan
kenderaan selepas kenderaan bermotor dihatar kepada pengguna seperti bengekl kereta
dan stesen minyak.
SUMBANGAN INDUSTRI AUTOMOTIF
•Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di
Asia Tenggara
Munculnya jenama automotif yang setanding
dengan negara lain
Contoh :
HICOM
Perodua
Proton
•Mendapat kepercayaan untuk menguruskan jenama
industri automotif yang terkenal
Terdapat kilang pemasangan syarikat Honda di
Malaysia
INDUSTRI PETROLEUM

 Petroleum (secara harfiah minyak batu, daripada bahasa inggeris petroleum.


 Merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam.
Istilah “petroleum” pertama kali digunakan dalam karya bertajuk De Natura Fossilium.
SUMBANGAN INDUSTRI PETROLEUM DI MALAYSIA

 Sumber pendapatan negara


 Eksport petroleum mentah pada tahun 2000 menyumbang kira-kira RM14.2 bilion,
gas asli (RM11.3 bilion)
 Membiayai projek-projek pembangunan negara seperti pembinaan Menara
Berkembar KLCC, lapangan terbang Kerteh dan lain-lain.
 Menyediakan peluang pekerjaan
  mengurangkan kadar pengangguran penduduk
 meningkatkan pendapatan / taraf hidup penduduk. Contoh: tahun 2000 – peluang
pekerjaan sebanyak 39 900 diwujudkan dalam sektor perlombongan petroleum.
 Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran melalui pelbagai projek
 Usaha penyelidikan dan pembangunan (R & D) sentiasa dijalankan oleh
PETRONAS dalam konteks teknik baru mengesan dan mengeluarkan sumber serta
teknik baru menghasilkan pelbagai produk berkualiti.
 Misalnya teknologi seismik dan satelit digunakan dalam mengesan lokasi medan
petroleum.
 Memajukan kilang industri yang berkaitan
 Industri berasaskan sumber petroleum dan gas asli
 Kilang menapis petroleum di Lutong di Miri
 Kerteh di Terengganu
 Kilang mencairkan gas asli di Bintulu.
 Mewujudkan rangkaian sistem pengangkutan
 Kewujudan kemudahan pengangkutan ini bertujuan untuk mempercepatkan
penghantaran petroleum dan gas asli ke kilang memproses dan kawasan pasaran
serta mengangkut tenaga pekerja dan membawa masuk pelabur asing.
•Contoh tempat pelancongan :
Cameron Highland, Pahang
Pulau Langkawi, Kedah
Kota a Famosa, Melaka

Tanah Tinggi Cameron


•Ekopelancongan
Ekopelancongan atau pelancongan ekologi ialah aktiviti yang melibatkan lawatan ke tempat-tempat yang mempunyai keindahan alam semula jadi.
•Agropelancongan
Pelancongan tani atau “agropelancongan” ialah gaya atau aktiviti pelancongan yang berasaskan kegiatan pertanian, perikanan dan penternakan.
•Pendidikan
Melawat sesebuah negara bagi mengikuti kursus pengajian jangka pendek mahupun kursus pengajian jangka panjang.

LIMKOKWING UNIVERSITY

UIAM
•Kesihatan
Seseorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain bagi mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan.
•Budaya dan warisan
Untuk melihat budaya, warisan dan kesenian yang terdapat dalam sesebuah masyarakat.

MUZIUM NEGERI TERENGGANU

MUZIUM MELAKA
 
•Sukan dan rekreasi
Melancong ke sesebuah negara bagi menyertai acara sukan mahupun bagi menyaksikan acara sukan.
12.2.5 KEPENTINGAN MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA

Maksud kedaulatan
Kedaulatan ialah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat, atau diri sendiri.

Langkah mengekalkan kedaulatan negara

Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat

 Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalkan keamanan dan
kesejahteraan negara.
 Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik.
Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati

 Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci dan rakyat tidak harus
membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang
bendera tertinggi di dunia.
 Ketika menyanyikan lagi Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu tersebut dengan penuh semangat cinta akan negara.
Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.

 Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
 Kita harus  mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan
maruah dan kemerdekaan negara.
Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.

 Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat
berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.
 Sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak
mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain.
Bersifat produktif untuk memajukan negara

 Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat
berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.
 Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan
negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi
cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.
KEPENTINGAN MENGEKALKAN KEAMANAN NEGARA
•Keharmonian dan Kedamaian
Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan
masyarakat Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap
toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan rakyat
Malaysia.
•Perpaduan Masyarakat
Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada
berbilang kaum dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai
warga Malaysia. Tanpa perpaduan kaum, kita tidak dapat membawa
negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu, Wawasan
2020 akan tercapai dengan keamanan negara Malaysia.
 
12.2.6 ALAM SEKITAR

 Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi,
atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar boleh dipanggil FLORA dan FAUNA. Alam sekitar meliputi beberapa
komponen utama:
 Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-
tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena alam semula jadi yang berlaku.
 Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air,
dan iklim, serta tenaga, cas, elektrik dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia.
•KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR
Mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.
Manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat
kepada kita.Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan
tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan
flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai.
Mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global.
Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.
12.6.7 KEMPEN BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
 Kempen Beli Barangan Malaysia dilancarkan semula pada 2010. Ia merupakan susulan dan
penjenamaan semula daripada Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia yang telah
dilancarkan pada tahun 1998.
 Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob mahu rakyat Malaysia mengutamakan barangan Malaysia dalam mendepani
lambakan barangan asing.
 Kepentingan menggunakan barangan buatan Malaysia :
 Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
 sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna yang tidak terhad.
 Mempelbagaikan pilihan pengguna.
 Setiap pengguna mempunyai cita rasa yang berbeza.
 Pilihan pengguna tidak lagi terhad kerana banyak jenis barangan di pasaran.
 Kewujudan barang berkualiti pada harga rendah.
 Pasaran yang lebih luas membolehkan pengkhususan diamalkan dan
pengeluaran skala besar dijalankan.
 Kos pengeluaran diminimumkan dan harga lebih rendah.
 Barangan import lebih bermutu dipasarkan yang mendorong pengeluar  
tempatan.
 meningkatkan mutu keluarannya untuk bersaing.
 Meningkatkan taraf hidup.
 dapat memenuhi kehendak pengguna
 mempelbagaikan pilihan pengguna
 menikmati barang berkualiti pada harga rendah
 
 
SUMBANGAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA KEMAKMURAN NEGARA

 PENGALIRAN WANG ASING


 Dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke
negara di mana pelancong dari luar negara akan menukar mata wang negara mereka
kepada mata wang Ringgit Malaysia.
 DAPAT MEMAJUKAN BIDANG PERNIAGAAN DI MALAYSIA
 Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort
atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong
asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat
termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya.
 MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN YANG LEBIH LUAS
 Perkembangan yang mampan dalam industry pelancongan ini juga akan membawa
kepada kewujudan lebih banyak penginapan, restoran atau gerai-gerai makanan,
perkhidmatan pemandu pelancong dan banyak lagi yang membawa kepada
lambakan peluang pekerjaan untuk masyarakat.
 PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN
 Malaysia sudah mempunyai beberapa syarikat penerbangan murah yang turut
membantu mempromosikan pelancongan negara seperti syarikat penerbangan
Firefly, Air Asia, MAS dan Rayani Air yang menawarkan perkhidmatan tambang
murah.
KEPENTINGAN KEGIATAN EKONOMI

 Menyediakan peluang pekerjaan yang luas


 Menjana pendapatan negara
 Mengurangkan kebergantungan terhadap barang import
 Meningkatkan taraf hidup penduduk
 Memajukan infrasturktur
 Mempengaruhi perkembangan sesuatu pertempatan

Anda mungkin juga menyukai