Anda di halaman 1dari 18

PdPR

(Bahasa Melayu)
Minggu 25
Oleh : Cikgu Amey
Ringkasan

01 02
Imbas kembali Format soalan dan
jawapan ringkasan
Apakah format dan teknik
menjawab ringkasan? Skema pemarkahan

03 04
Langkah menjawab Latihan
ringkasan
Imbas Kembali
Apakah yang anda ingat mengenai
soalan ringkasan?
1) Kertas 1 atau Kertas 2?
2) Berapakah jumlah markah
untuk soalan ringkasan?
3) Berapakah jumlah patah
perkataan bagi jawapan
ringkasan anda?
4) Berapakah jumlah perenggan
untuk jawapan ringkasan anda?
Imbas Kembali
Apakah yang anda ingat mengenai
soalan ringkasan?
6) Berapakah jumlah isi yang perlu
ada dalam jawapan ringkasan
anda?
7) Bolehkah anda menyalin ayat
dari petikan atau anda perlu
membina ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal
petikan?
8) Adakah ringkasan perlu ada
pendahuluan dan kesimpulan?
Format soalan dan
jawapan Ringkasan
1) Kertas 1 atau Kertas 2?
2) Berapakah jumlah markah untuk soalan
ringkasan? - 15 markah
3) Berapakah jumlah patah perkataan bagi
jawapan ringkasan anda?
- 80 sehingga 100 patah perkataan
4) Berapakah jumlah perenggan untuk jawapan
ringkasan anda?
- satu perenggan sahaja
Format soalan dan
jawapan Ringkasan
6) Berapakah jumlah isi yang perlu ada dalam
jawapan ringkasan anda?
- Minima lima isi. Sekiranya jawapan
terlalu pendek, boleh tulis enam isi.
7) Bolehkah anda menyalin ayat dari petikan
atau anda perlu membina ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan?
8) Adakah ringkasan perlu ada pendahuluan
dan kesimpulan?
- TIDAK PERLU
Skema Pemarkahan Ringkasan
Isi
10 markah
- (1 isi x 2 markah = 2 markah)
** Calon digalakkan memberikan 5
isi x 2 m = 10 markah

Bahasa
5 markah
Kriteria Pemarkahan Bahasa
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 4-5 ❖ Bahasa baik dan lancar
❖ Ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat
gramatis
❖ Penanda wacana sesuai
❖ Ejaan dan tanda baca yang betul dan tepat
Baik 2-3 ❖ Bahasa masih baik
❖ Masih menggunakan ayat sendiri,
pemilihan kata masih tepat, ayat masih
gramatis
❖ Penanda wacana masih sesuai
❖ Ejaan dan tanda baca yang masih betul
Memuaskan 1 ❖ Bahasa kurang lancar
❖ Terdapat kesalahan dalam penggunaan
ayat, pemilihan kata kurang tepat, ayat
kurang gramatis
❖ Penanda wacana kurang sesuai
❖ Ejaan dan tanda baca yang kurang tepat
❖ Menyalin petikan secara terpilih
Langkah menjawab
Ringkasan
LANGKAH 1 LANGKAH 2
Kenal pasti kehendak
Baca petikan dan cari isi
soalan

LANGKAH 3
Pilih isi dan cuba bina ayat
yang sendiri tanpa
mengubah maksud asal
setiap isi.
Langkah menjawab
Ringkasan
LANGKAH 4
Tulis jawapan dan tambah
penanda wacana

( Tajuk ) ialah/adalah ( Isi 1 ). Selain itu, ( Isi 2 ).


Seterusnya, ( Isi 3 ). Tambahan pula, ( Isi 4 ).
Selanjutnya, ( Isi 5 ). Akhir sekali, ( Isi 6 ).
Langkah menjawab
Ringkasan
LANGKAH 5 LANGKAH 6
Baca semula jawapan dan
betulkan sebarang Kira jumlah patah
kesalahan perkataan dan tulis di
sebelah kanan bawah
jawapan anda. Pastikan
dalam kurungan.
Latihan
Arahan :

Sediakan kertas / buku


Tuliskan kehendak soalan
Salin isi-isi penting
Tulis jawapan di ruangan chat /
kertas / buku
Saya akan memanggil beberapa
nama dan anda diminta untuk
membaca jawapan anda
Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai
kebaikan belajar secara berkumpulan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group,
study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan
suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar
pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut.
Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara
berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah
untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita
mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak
dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita
miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki
itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu
memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama
mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang
yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini
demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan
pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan
demikian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk
menjayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu
perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak
memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.
Kesimpulan

LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3


Baca soalan Cari isi Tukar ayat

LANGKAH 4 LANGKAH 5 LANGKAH 6


Tulis jumlah patah
Tulis jawapan Semak dan edit
perkataan
Siapkan latihan di Google
Classroom
Terima
kasih
CREDITS: This presentation template
was created by Slidesgo, including
icons by Flaticon, and infographics &
images by Freepik

Anda mungkin juga menyukai