Anda di halaman 1dari 21

Minggu 3

Tajuk tugasan:
Mengakses maklumat daripada
internet dan sumber rujukan
tentang teori hubungan
antarabangsa.

1
Apa itu teori?
Mengapa kita perlukan teori untuk
mempelajari Hubungan Antarabangsa
dan menganalisakan sesuatu isu
perdebatan dunia?
Hujahan anda mestilah bersandarkan
andaian realisme/liberalisme/
konstructivisme. Berikan contoh-
contoh empirik.

2
Isi Kndungan
Definisi Teori
Kepentingan Teori
Teori dalam Hubungan Antarabangsa
Realisme
Liberalisme
Konstruktivisme
Kesimpulan

3
Definisi Teori
Satu kenyataan yang mengandungi konsep-
konsep dan perkaitan di antaranya yang
membolehkan seseorang memahami,
menjelas, menerang, menilai, membuat
ramalan, dan membuat kawalan terhadap
fenomena (Caragan & Shields, 1998).
Satu percubaan untuk menerang atau
menjelaskan satu pengalaman atau satu idea
tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku
(Littlejohn, 1996).
4
Teori adalah peta tentang kebenaran, teori
adalah jawapan sementara yang dibentuk bagi
persoalan yang timbul tentang sesuatu
fenomena (Griffin, 1997)
Teori dalam ilmu pengetahuan - model atau
kerangka pemikiran yang menjelaskan fenomena
alam atau fenomena sosial tertentu.
Teori juga merupakan satu rumusan daripada
pengetahuan sedia ada yang memberi panduan
untuk menjalankan penyelidikan dan
mendapatkan maklumat baru.
5
Teori dirumuskan sebagai:
Kenyataan/penerangan yang dibentuk bagi
menerangkan sesuatu fenomena/situasi.
Bersifat sementara.

Kajian sistematik perlu bagi menyokong bukti


penerangan dan penjelasan.
Teori boleh diterima, ditolak dan diubahsuai
berdasarkan hasil kajian sistematik.
Bukan satu keputusan tetapi prasyarat terhadap
segala kemungkinan dalam pengetahuan empirikal.
6
Kepentingan Teori
 Sebagai panduan dalam membuat keputusan
dan mengambil tindakan.
 Membantu mengenalpasti pola peristiwa di
persekitaran agar jangkaan dapat dibuat
mengenai sesuatu fenomena.
 Membolehkan keputusan dibuat berdasarkan
kepentingan yang disejajarkan dengan ramalan
dan jangkaan.
 Membantu seseorang untuk menjadi lebih cekap
dan berkemampuan menyesuaikan diri dengan
orang lain atau situasi yang berubah-ubah. 7
 Memboleh seseorang menyesuaikan diri dengan
keadaan yang kompleks.
 Membantu individu manusia untuk menghadapi
situasi kehidupan yang sukar secara proaktif.
 Membolehkan individu mentafsir peristiwa
secara lebih fleksibel dan seimbang.
 Membantu individu melihat atau mentafsir
sesuatu perkara dengan perspektif baru.
 Membantu individu untuk meluaskan tanggapan
dan bersedia untuk menghadapi situasi yang
sentiasa berubah.
8
Teori dalam Hubungan Antarabangsa
Sangat perlu dan penting bagi menerangkan dan
meramal masa depan Hubungan Antarabangsa.
Untuk lebih memahami dunia yang sentiasa berubah-
ubah.
Berfikir secara teori bagi menjelaskan proses sesuatu
polisi antarabangsa dgn melakukan kajian atau m’buat
ramalan utk mengenalpasti setiap fenomena yg berlaku
di global.
Membantu negara meneliti setiap polisi antarabangsa,
keselamatan nasional dan analisis perisikan.
9
Menguji setiap maklumat yang diperoleh
betul atau salah
Merumuskan segala sebab dan akibat setiap
fenomena
Sebagai rujukan kepada pembuat polisi bagi
mengemukakan idea mereka tentang
fenomena perubahan dunia
Tanpa konsep dan teori yang disertakan
dengan contoh yang empirik, sukar untuk
mengetahui sesuatu perkara dengan lebih
jelas. 10
Realisme
Golongan realis beranggapan bahawa manusia pada hakikatnya
dan semulajadinya Cuma mementingkan diri sendiri serta
tamak. Oleh itu pergelutan untuk mendapatkan kuasa menjadi
fokus interaksi manusia dan seterusnya negara, Tradisi
pemikiran ini boleh dikesan Sun Tzu dan Thucydides yang
menasihati para pemerintah di wilayah masing-masing tentang
cara menggunakan kuasa untuk mengukuhkan kedudukan serta
mempertahankan kepentingan negara. Sun Tzu menekankan
kepentingan strategi kepimpinan dalam teks yang berjudul The
Art Of War.

Unit analisis adalah negara.

Sistem antarabangsa bersifat anarki


11
Penepian unsur-unsur nilai

Tingkah laku negara adalah rasional

Konsep-konsep asas dalam realism


1)Keseimbangan kuasa.
2)Konsep kuasa
3)Anarki

Antara tokoh-tokoh realis ialah Sun Tzu, Thucydides,


Machiaveli, Thomas Hobbes, Von Clausewitz, Hans Morgenthau.

Bukti empirik PD 2 dan serangan Amerika ke atas afghanistan


dan Iraq.
12
Liberalisme
Sejarah Pendekatan atau teori liberalisme telah mula
berkembang semenjak zaman peradaban Greek dan
latin lagi.

Berasal daripada istilah Libertas, yang bermaksud


kebebasan.

Liberalisme merangkumi pemikiran dan falsafah


tentang hal yang berkait kebebasan maksimum
individu daripada sebarang kawalan kerajaan.

13
Liberalisme dalam Hubungan Antarabangsa
Liberalisme dihuraikan dalam hasil penulisan tentang
hubungan Antarabangsa sebagai satu tradisi pemikiran
yang sarat dengan optimisme.

Pendekatan liberalisme yang berteraskan kepercayaan


bahawa manusia pada hakikatnya adalah baik. Manusia
yang berlimu beradap dan diberi persekitaran yang sesuai
boleh hidup dengan aman dan dapat bekerjasama dalam
sebuah masyarakat yang berpegang kepada undang-
undang dan peraturan yang dipersetujui oleh masyarakat.
Bagi pendukung teori ini isu moral perlu diberi perhatian.

14
Selain itu pekara-pekara yang ditekankan ialah undang-
undang antarabangsa , organisasi antarabangsa selain
pengunaan kuasa semata-mata. Pemikiran liberalis ini
ketara sekali kehadiranya pada era diantara dua perang
dunia pada tahun 1920 hingga 1930an, satu eksperimen
yang diharapkan boleh membawa keamanan sejagat ialah
penubuhan liga Bangsa-Bangsa. (Rashila Ramli 2002).
Antara tokoh liberalisme ialah Immanuel Kant, Mo Ti
dan Woodrow Wilson.
Para sarjana liberal dan pemimpin negara liberal telah
memhaskan bahawa kerjasama antarabangsa dan
mengelakkan keganasan adalah paling baik untuk negara
sendiri dan lebih rasional untuk dicari.
Pandangan aktor adalah tidak bersifat unitari.
15
Prinsip asas liberalisme :
1)moral
2)undang-undang Antarabangsa
3) organisasi antarabangsa

Konsep kerasionalan liberal dalam perspektif


antarabangsa merujuk kepada kesanggupan aktor
rasional untuk mengetepikan kepentingan jangka
pendek mereka demi mengekalkan kebahagian dan
kesejahteraan jangka panjang komuniti yang mereka
anggotai.

Bukti empirik: institusi antarabangsa PBB

16
Konstruktivisme
Merupakan teori Alternatif kepada liberalisme
dan realisme. Mengekalkan kritikal skeptisisme
Pascamoden terhadap asumsi atau andaian realis
dan liberalis.
Mengfokuskan kepada pembanggunan teori di
mana kepentingan negara identitinya berasal.
Mengandaikan bahawa budaya yang kompleks
membentuk kelakuan atau perwatakan sesebuah
negara berdasarkan keselamatan antarabangsa dan
kekuatan ketenteraan.
17
Konstruktivis cuba untuk mengantikan realism dengan
oversimplified tanggapan tentang kepentingan negara
dengan menekankan unsur budaya kompleks dan model
linguistic (bahasa).

Mempercayai bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik


(tabula rasa), tetapi boleh dipengaruhi atau di konstrak
oleh persekitaran sosial.

Michael Barnett menggambarkan hubungan antarabangsa


teori konstruktivis sebagai idea-idea tentang bagaimana
menentukan struktur antarabangsa, bagaimana struktur ini
mendefinisikan kepentingan dan identiti negara-negara dan
bagaimana negara-negara dan aktor bukan-negara
menghasilkan (reproduce) semula struktur ini
18
Prinsip utama dari Konstruktivisme adalah keyakinan
bahawa "politik Antarabangsa dibentuk oleh idea-idea
persuasif, nilai-nilai kolektif, budaya, dan sosial identiti
". Konstruktivisme berpendapat bahawa realiti
antarabangsa secara sosial dikonstruksi oleh struktur
kognitif yang memberi makna terhadap dunia material.

Contoh Empirik: hagemoni midia, hiburan misalnya


Hollywood secara persuasif cuba membentuk nilai-
nilai masyarakat amerika dan dunia melalui filem-filem
yang ditayangkan dengan menekankan unsur budaya
dan sosial ala Amerika Syarikat untuk mempengaruhi
masyrakat dan pembuat dasar.
19
Kesimpulan
Dalam mengkaji Hubungan Antarabangsa, perlunya
teori bagi memahami fenomena dunia dengan jelas.

Teori amat penting dalam proses membuat polisi


antarabangsa bagi sesuatu negara.

Antara pendekatan utama yang digunakan dalam


bidang Hubungan Antarabangsa ialah Realisme,
Liberalisme dan Konstruktivisme. Teori ini mempunyai
andaian dan konsep tersendiri dalam menterjemah
corak tingkah laku aktor-aktor peringkat antarabangsa.
20
Kepelbagaian pendekatan ini menggambarkan sifat
ilmu sains sosial yang fleksibel dan akur kepada
persepsi pemikiran yang tertentu.

Berasaskan kunci yang dipegang oleh teori-teori di


atas, membolehkan kita menilai kelebihan dan
kekurangan yang ada dalam pemikiran masing-
masing.

21

Anda mungkin juga menyukai