Anda di halaman 1dari 9

Kemahiran

Belajar
GKB1053

Nama Pesnyarah: Cik Chin Jun Na

BY:
 MATTHAIZ RISOB ANAK JEFFREY

 AUBRY ANAK ALEXANDER

 VALENTINE JANA ANAK WILFRED GELUNGAN


ELEMEN-ELEMEN PEMBELAJARAN REGULASI
KENDIRI MENGIKUT TEORI SOSIAL DAN KOGNITIF

 MOTIVASI KENDIRI

 PERANCANGAN MASA

 PENGAWALAN TUMPUAN

 APLIKASI STRATEGI PEMBELAJARAN

 MENETAPKAN MATLAMAT

 PEMANTAUAN KENDIRI

 PENILAIAN KENDIRI
Motivasi Kendiri

 Seseorang pelajar haruslah mempunyai semangat untuk menyiapkan tugasan pembelajaran dengan
cekap dan berkesan.
 Motivasi kendiri merupakan satu keperluan kerana dapat memastikan pelajar belajar secara
berkesan.
 Jika pelajar mempunyai kualiti kualiti kendiri (self-efficacy)yang tinggi berhubung dengan
kebolehan mereka menyudahkan tugasan pembelajaran dengan jayanya, mereka akan mempunyai
motivasi kendiri yang tinggi.
 Saya dapat mengaplikasikan elemen ini dalam kehidupan seharian saya di IPG dengan melihat
video-video tentang kisah inspirasi mereka yang telah berjaya di Youtube. Mendengar kisah mereka
mengatasi cabaran dan akhirnya menemui kejayaan akan memberi motivasi kepada diri saya.
.
Perancangan Masa

 Perancangan masa yang baik akan membantu pelajar untuk menggunakan masa
yang ada untuk tugasan pembelajaran dengan efisien.
 Seseorang pelajar haruslah membuat perancangan awal berkaitan dengan
tugasan yang diamanahkan agar tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam
tempoh yang ditetapkan.
 Saya mengaplikasikan elemen ini dalam kehidupan harian saya di IPG dengan
mengatur aktiviti seharian saya dengan waktu kuliah melalui perencanaan jadual
waktu yang seimbang.
Pengawalan Tumpuan

 Pengawalan tumpuan amatlah penting bagi seorang pelajar agar dapat melakukan suatu
tugasan pembelajaran.

 Segala gangguan fikiran dan emosi hendaklah disisihkan supaya dapat fokuskan tumpuan
pada isi-isi pelajaran yang diperolehi.

 Saya mengaplikasikan pengawalan tumpuan di IPG dengan mengurangkan tumpuan


terhadap kehidupan bercinta dan memaksimumkan fokus terhadap pembelajaran agar
cemerlang dalam pencapaian di IPG.

 Oleh itu, seorang pelajar hendaklah sentiasa fokus dalam pelajaran supaya dapat
memahami tugasan dengan lebih mendalam.
Aplikasi Strategi Pembelajaran

 Strategi pembelajaran yang efisien juga signifikan bagi memudahkan seseorang pelajar
memproses bahan yang diperolehi.

 Pemilihan strategi belajar adalah berbeza bergantung pada matlamat spesifik yang ingin
dicapai. Sebagai contoh, belajar dalam keadaan yang senyap ataupun belajar secara
perbincangan dalam kumpulan.

 Saya boleh mengaplikasikan elemen ini di IPG dengan memilih kaedah pembelajaran
yang sesuai seperti dalam keadaan yang senyap apabila perlu mendalami maksud bahan
pelajaran yang diberikan agar dapat memahaminya dengan lebih mendalam.

 Justeru, aplikasi strategi pembelajaran hendaklah sesuai supaya bahan pelajaran dapat
diproses secara menyeluruh bagi pemahaman yang lebih baik.
MENETAPKAN MATLAMAT

Seseorang pelajar harus mempunyai matlamat yang jelas tentang apa yag diingininya.
Dengan adanya matlamat yang jelas, ia akan membolehkan seorang pelajar itu untuk lebih
fokus dan spesifik dalam melakukan sesuatu tugas.
Misalnya, sekiranya mempunyai ujian Bahasa Inggeris pada keesokan hari,seseorang
pelajar itu haruslah mempunyai matlamat yang jelas semasa ulangkaji bagi
membolehkannya belajar dengan lebih efisien tanpa menyimpang ke topik lain yang tidak
berkaitan

– Semasa di IPG, saya mula belajar menerapkan amalan ini dengan menetapkan hala tuju
pembelajaran saya pada sesuatu hari dan juga menyediakan rangka ringkas ttg rancangan
saya untuk mencapai matlamat tersebut.
PEMANTAUAN KENDIRI

Untuk melihat sama ada berlakunya perkembangan oleh seseorang pelajar dalam
mencapai sesuatu matlamat, pemantauan diri haruslah dilakukan dari semasa ke semasa.
Pelajar haruslah sentiasa memantau perkembangan mereka sepanjang sesi pembelajaran
dan mengubahsuai strategi pembelajaran jika perlu.
Semasa di IPG, saya mengaplikasikan elemen pemantauan diri dengan mengenalpasti
keupayaan, kemahiran dan pengetahuan asas yang sedia ada pada diri saya dan
memikirkan cara untuk meningkatkan dan memperkukuhkan kualiti- kualiti tersebut.
PENILAIAN KENDIRI

Penilaian kendiri secara ringkasnya ialah menilai kebolehan diri berdasarkan sesuatu
topik yang telah dipelajari.
Penilaian kendiri dilakukan oleh seseorang pelajar itu sendiri dan bukkannya oleh guru
ataupun orang lain.
Penilaian kendiri dilakukan dengan menilai hasil akhir daripada aktiviti pembelajaran

– Semasa di IPG, saya juga telah mengaplikasikan kemahiran penilaian kendiri. Selepas
selesainya sesi pembelajaran,saya akan merumuskan apa yang saya dapati semasa belajar
pada hari tersebut dan mencuba untuk memperbaiki di mana kelemahan saya dengan
melakukan ulangkaji kendiri

Anda mungkin juga menyukai