Anda di halaman 1dari 56

PUSAT PEMIKIRAN DAN

KEFAHAMAN ISLAM,
UiTM Pulau Pinang

CTU 101
PRINSIP-PRINSIP ASAS
ISLAM
OBJEKTIF
LO4, CS4,LL3, EM3

© CTU UiTM Penang_SS2012


FOKUS UTAMA BAB 2- AKIDAH ISLAM

2. Akidah Islam

2.1 Pengertian Akidah


2.2 Makrifatullah
2.2.1 Dalil naqli
2.2.2 Dalil aqli
2.3 Konsep Syahadatain
2.3.1 Pengertian syahadah
2.3.2 Tuntutan syahadatain
2.4 Perkara yang merosakkan akidah
2. Akidah Islam

2.5 Nubuwwah
2.5.1 Perutusan para rasul
2.5.2 Penurunan wahyu
2.5.3 Signifikan perutusan rasul
2. Akidah Islam

2.6 Ghaibiyyah
2.6.1 Beriman kepada malaikat
2.6.2 Beriman kepada Hari Kiamat

2.6.3 Alamat Hari Kiamat


2.6.4 Ramalan Hari Kiamat
2.7 Beriman kepada qada dan qadar
2.7.1 Ibtila'
2.7.2 Ikhtiar dan tawakal
2.7.3 Signifikan beriman kepada qada dan qadar
2.1 PENGERTIAN
AKIDAH
Bahasa : Simpulan iman, pegangan yang kuat
Istilah : Keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh
mana-mana pengaruh.

IMAN
Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lidah dan
beramal dengan ajaran Allah SWT

TAUHID
Mengesakan Allah SWT iaitu mengakui hanya Allah SWT wajib
disembah. Melakukan segala arahan dan tinggalkan semua
larangannya
© CTU UiTM Penang_SS2012
PEMBAHAGIAN TAUHID

© CTU UiTM Penang_SS2012


2.2 PERKAITAN ANTARA
AKIDAH, IMAN DAN TAUHID
Aqidah merupakan satu
pegangan dan dalam
pegangan terdapat
keImanan.
Hasil daripada keimanan
akan wujud Tauhid
kepada Allah SWT
semata-mata.

© CTU UiTM Penang_SS2012


AKIDAH ISLAM
(Konsep Syahadatain)
Kalimah Syahadatain

Maksudnya:
“Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang
disembah dengan sebenar-benarnya melainkan
Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi
Muhammad itu Pesuruh Allah”

Kalimah ini juga disebut sebagai Kalimah Tauhid.


Mengucap 2 Kalimah Syahadah ini memberi erti bahawa seorang itu menjadi
Muslim dan sekaligus difardhukan ke atas dirinya segala hukum Islam.
Kalimah ini memberi erti juga bahawa seseorang itu melakukan hijrah dari
alam kekufuran ke dalam alam Islam.
Pengertian Syahadatain (penyaksian)

“ Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah”

 Menetapkan bahawa Allah SWT sahaja yang berhak disembah


 Menafikan hak penyembahan dari selain Allah SWT

“ Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah”

 Mengakui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Nabi dan Rasulullah


untuk seluruh manusia hingga ke akhir zaman
 Mengakui bahawa Nabi Muhammad itu adalah Nabi dan Rasulullah yang
terakhir
Tuntutan syahadah pertama:

1. Menuturkan kalimah Tauhid tersebut dalam keadaan


mengetahui dan memahami maksudnya.
2. Beramal dengan maksud kandungan kalimah Tauhid
itu.
3. Menyerah diri dan menggantung harapan sepenuhnya
kepada Allah SWT.
4. Membenarkan segala yang datang daripada Allah SWT.
5. Ikhlas dalam melakukan pengabdian dan melepaskan
diri daripada sebarang bentuk syirik kepadaNya.
6. Mencintai Allah SWT melebihi dari segala yang lain.
Tuntutan syahadah kedua:

1. Meyakini bahawa Nabi Muhammad seorang Rasul dan


utusan Allah SWT.
2. Yakin bahawa Nabi Muhammad adalah Rasul yang
terakhir.
3. Yakin tentang segala ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad adalah benar.
4. Yakin bahawa syariah yang dibawa oleh Nabi
Muhammad adalah lengkap dan sempurna.
5. Menerima dan mengamalkan syariah atau ajaran yang
dibawa oleh Nabi Muhammad.
6. Memberi taat setia dan menghormati Nabi Muhammad
semasa hayat baginda juga setelah wafatnya.
2.3 ASAS-ASAS AKIDAH

© CTU UiTM Penang_SS2012


1. Beriman Kepada Allah SWT
• Konsep beriman meliputi :
– Kepercayaan bahawa Allah SWT itu esa
– Percaya pada sifat kesempurnaanNya
– Dialah yang menghidupkan dan mematikan
– Semua makhluk itu adalah milikNya
– Semua kegiatan dilakukan berpandukan kepada
peraturan Allah SWT.

© CTU UiTM Penang_SS2012


MAKRIFATULLAH

• Bukti kewujudan Allah s.w.t

Dalil Naqli
Dalil aqli
Bukti Kewujudan Allah SWT
Dalil Naqli dan dalil Aqli

Cara Mengenal Allah SWT


Ayat Maktubah Ayat Maftuhah

© CTU UiTM Penang_SS2012


2. Beriman kepada Malaikat
“Dijadikan malaikat daripada cahaya, jin
diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan
dari apa yang diterangkan padamu
semua”(Riwayat Muslim)

Tugas-tugas Malaikat
1. Membawa wahyu
2. Bertasbih, patuh serta sujud pada Allah SWT
3. Menangguh ‘arash Allah SWT
4. Mencatatkan amalan manusia
© CTU UiTM Penang_SS2012
3. Beriman
kepada Kitab-kitab
1. Kitab Allah SWT mengandungi segala pengajaran Allah
SWT yang disampaikan oleh para nabi dan rasul sama
ada perintah, larangan, panduan, nasihat, peringatan,
petunjuk dan sebagainya kepada umat mereka.

2. Kitab terbahagi kepada dua:


Suhuf – pedoman yang tidak begitu lengkap. Hanya
menjelaskan hukum-hukum dasar.
Kitab – Peraturan yang lengkap dan dasar ketuhanan
baik yang dihubungkan dengan dunia dan akhirat,
zahir dan batin. Terdapat 4 kitab iaitu al-Quran, Zabur,
Taurat dan Injil.

© CTU UiTM Penang_SS2012


Persamaan dan Perbezaan
al-Quran dengan Kitab lain

© CTU UiTM Penang_SS2012


4. Beriman kepada Para Rasul
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“dan kami telah mengutuskan kepada ummah seorang rasul untuk


mengajak manusia meyembah Allah SWT dan menjauhi taghut”
(an-Nahl, 16:36)

“(Nikmat berkiblatkan kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu),


samalah seperti (nikmat Kami) mengutuskan kepada kamu seorang
rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan
ayat-ayat Kami kepada kamu dan membersihkan kamu (dari
amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu
kandungan kitab (al-Quran) serta hikmah kebijaksanaan dan
mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui”
(al-Baqarah, 1:151)

© CTU UiTM Penang_SS2012


Signifikan Perutusan Para Rasul
I. Mengajar manusia mengenal Tuhannya
II. Mengajar manusia tentang akidah,syariah,ibadat dan
akhlak
III.Memandu kehidupan manusia. Agar menjadi insan
kamil

Kebenaran Rasul
I. Dikurniakan mukjizat

Nabi Muhammad rasul terakhir

© CTU UiTM Penang_SS2012


5. Beriman Kepada Hari Akhirat
1. Segala perbuatan baik dan buruk akan diterima di hari
Akhirat.
2. Mati dari perspektif Islam ialah perpindahan dari alam
dunia ke alam akhirat.

3. Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan
kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara
yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-
peristiwa yang mengerikan itu), tiap-tiap ibu yang
menyusukan akan melupakan anak yang disusukan, dari
tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak
yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia
mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi
Azab Allah SWT amatlah berat”
(al-Hajj, 22:1-2) © CTU UiTM Penang_SS2012
Peringkat-Peringkat di Hari Akhirat

© CTU UiTM Penang_SS2012


Firman Allah SWT yang bermaksud:

“dan tiada seorang pun di antara kamu melainkan akan


sampai kepadanya; (yang demikian) adalah satu
perkara yang mesti (berlaku) yang telah ditetapkan
oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan
orang-orang yang bertakwa dan Kami akan biarkan
orang-orang yang zalim (dengan kekufurannya dan
maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka itu”

(Maryam, 19:71-72)
© CTU UiTM Penang_SS2012
6. Beriman kepada Qada
dan Qadar
• Mempercayai bahawa segala sesuatu yang terjadi dan
peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah ketentuan
Allah SWT

• Firman Allah SWT yang bermaksud:


“dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancang
berlakunya, dan Dialah juga yang memilih (satu-satu
dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan
dan kemuliaan), tidaklah layak dan tidaklah berhak
bagi sesiapapun memilih (selain daripada pilihan Allah
SWT). Maha suci dan maha tinggi Allah keadaannya
dari apa yang mereka sekutukan denganNya”.
(al-Qasas, 28:68) © CTU UiTM Penang_SS2012
Ketentuan Allah SWT (Takdir/Qada)ke atas
manusia terbahagi kepada dua

© CTU UiTM Penang_SS2012


Sikap Orang Islam dalam Menerima
Takdir Allah SWT

Menerima dengan reda


Mestilah bersabar
Bersyukur dengan setiap ketentuanNya
Sentiasa berusaha dan berwaspada dalam
kehidupan
Sentiasa berdoa agar Allah SWT selamatkan kita di
dunia dan akhirat

© CTU UiTM Penang_SS2012


KONSEP IBTILA’ (UJIAN)
 Al-Ibtila’ bermaksud cubaan, ujian dan dugaan.

 Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 124 yang


bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim diuji
oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah
(suruhan dan larangan), maka Nabi
Ibrahim menyempurnakannya…”.

 Al-Sha‘rawi mentafsirkan ayat di atas sebagai apa jua yang


menimpa seorang Muslim merupakan ujian yang termasuk
dalam ketentuan Allah dan daripada ujian tersebut dia akan
mendapat pahala sekiranya bersabar.
KONSEP IBTILA’ (UJIAN)…samb
 Setiap manusia tidak akan sunyi daripada perasaan suka dan duka,
susah dan senang, sihat dan sakit….Kehidupan yang ditempuhi pasti
mempunyai liku-liku dan cabaran yang tersendiri.

 Ujian/ibtila’ yang diberikan adalah sebagai satu parameter untuk


menilai tahap keimanan seseorang hambaNya. Namun ujian itu
bukanlah sebagai satu penghinaan tetapi ia adalah sebagai tarbiyah
(didikan) dari Allah untuk kita menjadi manusia yang lebih sempurna.

 Ujian juga dapat menentukan kualiti diri sama ada iman seseorang itu
kukuh atau sebaliknya serta seterusnya untuk mengetahui sejauh
mana nilai-nilai positif yang telah menghiasi diri seseorang itu.

 Dunia sebagai tempat beribadah dan tempat Allah menguji dengan


pelbagai ujian.

 Sementara akhirat sebagai negeri pembalasan segala amalan manusia


di dunia. Tiada satu pun amalan anak adam yang tidak akan dihisab.
KONSEP IKHTIAR
 Menurut bahasa Arab, ikhtiar bererti memilih.

 Ikhtiar juga bermaksud berusaha melakukan segala daya dan


upaya untuk mencapai sesuatu sesuai dengan yang dikehendaki.

 Dua pengertian yang berbeda itu tetap mempunyai hubungan


yang erat dan merupakan mata rantai yang tidak dapat
dipisahkan.

 Sebagai contoh, setiap orang mempunyai kebebasan memilih


untuk memenuhi keperluan hidupnya. Ada yang mencari nafkah
dengan berbisnes, bertani, mengajar, berjuang di medan perang
dan sebagainya.
Ikhtiar….Samb

 Segala sesuatu yang terjadi ke atas diri seseorang hamba itu


adalah merupakan qada’ dan qadar Allah. Namun, manusia
juga diberi ruang dan peluang untuk mengubah keadaan dan
nasibnya.

 Firman Allah SWT dlm surah al-Ra’du, ayat 11 yg bermaksud:


 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
suatu kaum, sehingga mereka (berusaha)
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

 Manusia bukan sekadar menunggu ketentuan daripada Allah


tetapi ia juga diberi kebebasan bahkan diharuskan untuk
berikhtiar. Meskipun dalam berikhtiar, ia memilih jalan yang
baik atau jahat, semua itu pada akhirnya tetap dalam takdir
Alllah SWT jua.
KONSEP TAWAKAL
 Setelah manusia berikhtiar di dalam usahanya, maka sikap
seterusnya ialah hendaklah dia bertawakal kepada Allah SWT.

 Dalam bahasa Arab, tawakal bererti `mewakilkan', iaitu


mewakilkan kepada Allah untuk menentukan berhasil atau
tidaknya suatu urusan.

 Tawakal bermaksud menyerahkan segala urusannya kepada Allah.

Firman Allah dalam surah Ali Imran, ayat 159 yang bermaksud:
“…Apabaila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat untuk melakukan sesuatu),
maka bertawakallah kepada Allah…”.
KONSEP TAWAKAL…samb

 Konsep tawakal menanamkan kesan bahawa manusia hanya memiliki


hak dan berusaha, sedangkan ketentuan terakhir tetap daripada Allah
SWT.

 Sekiranya usahanya berjaya, dia bersikap tidak lupa diri dan apabila
mengalami kegagalan, dia tidak akan berputus asa.

 Tawakal adalah pintu yang menghubungkan seorang hamba kepada


Allah SWT.

 Dengan bertawakallah seseorang itu akan sentiasa mengharapkan


rahmat, kasih-sayang dan pertolongan Tuhannya. Kerana itu, tawakal
adalah tanda seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah.
KONSEP REDA
 Reda dari segi bahasa: menerima dengan senang hati.

 Reda dari segi istilah: menerima dengan rasa senang, ikhlas dan
menerima dengan penuh ketaatan dengan apa yang diberikan oleh
Allah SWT baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu
ketentuan daripada Allah SWT.

 Setiap Muslim wajib reda dengan qada' Allah SWT sebagai bukti
pengabdian penuh hamba kepada-Nya. Reda itu merupakan salah satu
sifat yang mulia.

 Orang yang reda akan menerima seadanya segala ketentuan Allah ke


atas dirinya, bahkan tidak pula merungut apa yang dia terima. Dia tidak
akan berputus asa, sebaliknya mempertingkatkan usaha terus menerus
melakukan sesuatu perkara itu sehingga berjaya. Setelah itu, dia
menyandarkan pergantungannya hanya kepada Allah setelah berusaha
bersungguh-sungguh.
KORELASI ANTARA IKHTIAR, TAWAKAL DAN
REDA
• Qada’ dan qadar adalah ketetapan Allah SWT ke atas hidup setiap hambaNya.
Namun begitu, setiap hamba diminta untuk berikhtiar. Islam mengajar bahawa apa
yang ditakdirkan itu berlaku melalui proses sebab dan akibat.

• Sebagai contoh, tabiat belajar ialah berjaya apabila berusaha bersungguh-sungguh.


Berusaha bersungguh-sungguh dikatakan sebagai sebab dan berjaya dikatakan
sebagai akibat. Sekiranya seseorang pelajar itu malas belajar, nescaya akibatnya ia
tidak akan beroleh kejayaan.

• Peribahasa juga ada mengatakan bahawa kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya dan terdapat pantun yang berbunyi berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

• Justeru, contoh, peribahasa dan pantun di atas selari dengan apa yang diajar oleh
Islam iaitu menyuruh manusia supaya berusaha dan berikhtiar, bukan semata-mata
menanti ketentuan yang mendatang. Ini adalah kerana takdir dan ikhtiar tidak boleh
dipisahkan.
KORELASI ANTARA IKHTIAR, TAWAKAL DAN REDA…samb

• Setelah berikhtiar dengan bersungguh-sungguh, baru lah


seseorang itu boleh bersikap tawakal/berserah kepada
Allah bagi memperoleh hasilnya.

• Hasil yang didapati sama ada baik atau sebaliknya


merupakan ketentuan Allah kepada hambanya. Justeru,
seseorang hamba itu seharusnya reda dan berlapang dada
menerima segala qada’ dan qadar daripada Allah SWT
kerana itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

• Perancangan Allah adalah yang lebih sempurna jika


dibandingkan dengan perancangan manusia.
Signifikan / Kepentingan Beriman dengan
Qada’ dan Qadar
I. Memperoleh kehidupan yang bahagia kerana bersedia
menerima segala ketentuan dengan lapang dada dan hati
yang terbuka

II. Tidak mudah berputus asa, mengalah atau kecewa kerana


sedar bahawa dugaan itu merupakan ujian menguji
keimanannya

III.Percaya qada dan qadar Allah SWT pasti ada hikmahnya.


Oleh itu hidup akan lebih tenang dan damai. Cemerlang
dan bahagia di dunia ini.
© CTU UiTM Penang_SS2012
Salah Faham Dalam Menghayati
Takdir
• Bincangkan kekeliruan yang sering berlaku
dalam memahami konsep takdir, serta sikap
sebenar seseorang mukmin dalam menerima
takdir Allah SWT. (pg.107-109)
Skema Markah

     
a) Kekeliruan yang sering berlaku:  
       
  i Meletakkan kesalahan yang dilakukan kepada kehendak /  
ketentuan Allah + huraian
    (Huraian: Allah tlh turunkan Al-Quran,dan utus Rasul  
Sbg petunjuk dan pembimbing, dikurniakan akal utk
memikir...)
b) Sikap sebenar seseorang mukmin:  
     
  i Menerima dengan redha + huraian  
  ii Bersabar di atas sesuatu musibah + huraian  
  iii Bersyukur di atas nikmat yang diperolehi + huraian  
  iv Sentiasa berusaha + huraian  
  v Sentiasa berdoa untuk kebaikan + huraian  
       
    Jumlah  
2.4 PEMBINAAN DAN
PENGUKUHAN AKIDAH
(1) Faham Konsep Islam dan Aqidah
Secara Khusus
•Teguh Jiwa, Iman tidak mudah goyah
•Laksanakan ibadat dengan ikhlas dan redha
•Faham & amal (kandungan al-Quran & hadis)
•Penguasaan ilmu yg mendalam akan menjadikan
seseorang itu bertaqwa dan arif dlm persoalan
keimanan.
•Hidup tanpa ilmu yg benar & mantap = kesesatan
•Ilmu akidah adalah teras bagi orang mukmin. Ia
berasaskan dalil naqli dan aqli.
© CTU UiTM Penang_SS2012
(2) Membersihkan Hati
•Meninggalkan dosa dan
melakukan perkara
yang disuruh
•Memperbanyakkan
tazkiyyah al-Nafs
(penyucian jiwa) dengan
zikir-zikir, amalan sunat
& sebagainya.
•Ibadah yang telus diberi
ganjaran & hidup
diberkati © CTU UiTM Penang_SS2012
(3) Jihad Lawan Hawa Nafsu dan Syaitan
•Musuh manusia paling utama
•Mujahadah & Iltizam dengan Islam
- Perbanyakkan ibadah
- Elak maksiat dan tinggalkan perkara haram
yang morosakkan hati manusia

© CTU UiTM Penang_SS2012


ADA EMPAT TAHAP VIRUS DOSA MEROSAKKAN HATI
MANUSIA

© CTU UiTM Penang_SS2012


MENGESAN HATI YANG
SAKIT
Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata
katanya:
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak
berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan,
juga tidak menyesal jika buat sesuatu dosa”.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:


“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan
merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka
dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).

© CTU UiTM Penang_SS2012


(4) Sentiasa Bergaul
dengan Orang yang
Soleh
Orang soleh atau para
ulama adalah waris nabi
Akan terkesan dan
mengikut jejak langkah

© CTU UiTM Penang_SS2012


(5) Waspada dengan Perkara yang Mungkar dan
Segera Taubat
•Amalan-amalan jahiliah spt penyembahan
berhala, pembunuhan kanak-kanak perempuan
hidup-hidup, wanita sbg pemuas nafsu, judi dan
arak berleluasa, golongan lemah ditindas dan
golongan kuat berkuasa.

•Tujuan Nabi s.a.w diutuskan adalah utk


menyelamatkan manusia dari belenggu jahiliah.

© CTU UiTM Penang_SS2012


• Perlu bertaubat dan berdoa dengan segera.

• Iaitu Taubat Nasuha (Taubat sungguh2)


1. Menyesali perbuatan dosa
2. Jangan ulangi lagi kesalahan
3. Benci kepada kesalahan tersebut
4. Mohon maaf dan halal jika berkait dgn hak
manusia
© CTU UiTM Penang_SS2012
2.5 FAKTOR
PEMBATALAN AKIDAH

© CTU UiTM Penang_SS2012


Hati yang tidak yakin/ ragu-
ragu terhadap apa yang
HATI terdapat dalam al-Quran dan
Sunah

Contoh :
Meyakini bahawa dirinya atau
orang mempunyai sifat
kesempurnaan
© CTU UiTM Penang_SS2012
Mengeluarkan kata-kata
yang bertentangan dengan
konsep Islam LISAN

Contoh:
Bersumpah dengan agama
yang lain daripada Islam
Membenci Rasulullah SAW

© CTU UiTM Penang_SS2012


Perbuatan yang dilakukan untuk membelakangi
Allah SWT walaupun gurauan
Seperti:
Menyembah patung dan kubur
Lempar atau memijak al-Quran
PERBUATAN
Berdoa dan memohon kepada
sesuatu yang selain Allah SWT.

© CTU UiTM Penang_SS2012


2.6 PERANAN AKIDAH DALAM
PEMBANGUNAN UMMAH

© CTU UiTM Penang_SS2012


Contoh Soalan

1)Jelaskan 3 Faktor yang membatalkan akidah


2)Huraikan 3 peranan akidah dalam pembangunan ummah
3)Maksud beriman dengan qada dan qadar
4)Jelaskan 3 hujah yang bersesuaian bagi menyelesaikan salah
faham terhadap qada dan qadar
5)Huraikan 3 cara untuk memelihara akidah dengan baik
6)Jelaskan 4 strategi musuh Islam untuk melemahkan akidah
ummah
7)Nyatakan bagaimana akidah boleh rosak melalui keyakinan,
perkataan dan perbuatan

© CTU UiTM Penang_SS2012


PROF. DR. YUSUF AL-QARADAWI
“ Kegagalan terakhir yang
dideritai oleh umat ini adalah
kegagalan dalam pendidikan
keimanan dan pendidikan
akhlak sehingga muncul di
tengah-tengah ummah
tindakan-tindakan yang
menyimpang dari nilai-nilai
yang menjadikan umat Islam
sebagai umat yang terbaik”

© CTU UiTM Penang_SS2012

Anda mungkin juga menyukai