Anda di halaman 1dari 8

INILAH HIKAYAT PERI

MENYATAKAN NABI
WAFAT
Kumpulan 4
 NURUL IZZATI
 MUHAMMAD USAID
 NUR FARAH
 ARIF DANIAL
Sinopsis
• Nabi Muhammad telah didatangi oleh dua orang malaikat iaitu Jibrail dan Malikul
Maut atas arahan Allah. Nabi bersedih kerana akan meninggalkan umatnya yang
dikasihi. Beliau telah berpesan kepada anak dan isterinya agar jangan bersedih dan
menerima hakikat takdir serta berjanji akan bertemu semula di hari akhirat kelak.
K e m u d i a n R a s u l u l l a h p u n p e rg i k e m a s j i d u n t u k s o l a t J u m a a t y a n g t e r a k h i r. B a g i n d a
telah membaca khutbah dan mengimamkan solat. Setelah itu Rasulullah pun membuat
pengumuman kepada sidang jumaat yang ingin menyelesaikan perkara-perkara
tertentu termasuk hutang sebelum beliau wafat supaya tidak menjadi beban di hari
akhirat kelak. Ada seorang sahabat bernama Akasyah, ingin menuntut hutang kerana
telah terpukul oleh cemeti Rasulullah ketika perang. Akasyah ingin membalas balik
ke atas Rasulullah sebagai syarat membayar balik hutang lama tersebut. Para sahabat
dan ahli keluarga baginda bersedih namun Akasyah tetap ingin meneruskan niatnya.
Rasulullah diminta membuka baju supaya Akasyah dapat memukul baginda dengan
cemeti. Sebaik sahaja baginda membuka baju, Akasyah terus mencium perut (pusat)
baginda kerana niat beliau bukan untuk memukul baginda tetapi ingin melihat
kelebihan yang ada pada badan baginda yang bercahaya. Setelah peristiwa tersebut,
b a g i n d a t e l a h m e n g u m u m k a n p e n g g a n t i i m a m d i m a s j i d i a l a h S a i d i n a A b u B a k a r.
Seterusnya baginda dibawa pulang oleh Saidina Ali. Setelah sampai waktunya,
Malikul Maut datang ke rumah Rasulullah dan memberi salam di luar rumah baginda.
Apabila Malikul Maut dibenarkan masuk maka dikahbarkan bahawa segala bidadari
dan malaikat sedang menunggu roh nabi. Setelah baginda mencium kepala  Fatimah,
nabi pun wafat.
Peristiwa penting
• Allah SWT menyuruh malaikat Jibrail a.s turun ke dunia bersama malikul maut untuk mengambil
nyawa Rasulullah SAW .
• Jibrail a.s menanyakan mengapa baginda menangis , lalu baginda menjawab hamba menangis bukan
kerana kasihkan dunia dan bukannya takut akan iqab Allah tetapi tangisan ini disebabkan hamba
mencintai umatku.
• Rasulullah pon menyuruh bilal bin malik untuk melaunkan azan di masjid setelah itu rasullah,abu
bakar,umar ,ali ,hasan dan husin mendirikan solat sunat.
• Rasulullah naik mimbar membaca selawat serta mmbaca khutbah
• Nabi saw mebuat mengumuman di sidang jumaah untuk membayar hutang kepada sesiapapun
jikalau baginda pernah berhutang.
• Rasullah membuka baju baginda untuk dipalu oleh akasyah, namun akasyah terus berlari kearah
rasullah lalu mencium pusat baginda maka muka akasyah pun bercahaya seperti bulan purnama dan
suaranya merdu seperti burung di syurga.
• rasulullah berkata kepada sidang jemaah, jika ingin melihat rupa orang didalam syurga, maka
lihatlah olehmu akasyah itu.
Persoalan
1. Persoalan menerima ketentuan takdir Ilahi.
• Setelah sudah Rasulullah bermohon itu maka malikul maut pun mengambil
nyawa Rasulullah. Maka Rasulullah pun pulanglah ke rahmatullah taala .
2. Persoalan berani mengakui kesilapan diri.
• Hai segala sidang jumaah, maka katakan pada hamba jikalau ada cela hamba
kepada tuan kerana hamba ini hampirkan pulang ke rahmatullah.
3. Persoalan saling nasihat menasihati di antara satu sama lain
• Setelah itu maka sabda Rasulullah kepada sidang jumaah, ‘hai kamu sekalian,
banyaklah membawa iman dalam islam dan janganlah kamu lupakan Allah
s.w.t dan hendaklah kamu sentiasa sembahyang lima waktu dan kamu kasihkan
anak-anak yatim supaya jangan kamu lupa pengajaran’
4. Persoalan menyayangi keluarga sendiri.
Hatta maka sabda Rasulullah kepada Siti Fatimah, ‘hai anakku, marilah ke
mari kepalamu ku cium’ .

5. Persoalan tanggungjawab membayar hutang.


Hai segala siding jumaah, maka katakana kepada hamba jikalau ada cela
hamba kepada tuan kerana hamba ini hampirkan pulang ke rahmatullah dan
jika ada hamba mengambil harta tuan sekalian, maka tuan hamba dan
jikalau ada hamba memukul tuan hamba katakanlah, maka palulah hamba
kembali kerana jangan kita berkira-kira pada hari kiamat di hadapan kadhi
Rabbul jalil kerana hamba hendak membayar hutang sekaranglah hamba
kira-kira.
TEMA : KEAGAMAAN
Hikayat ini bertemakan keagamaan kerana hikayat ini mengisahkan
tentang perintah allah swt kepada malaikat jibril dan malikul maut supaya
turun kebumi untuk mencabut nyawa nabi s.a.w.

UNSUR ESTETIKA / KEINDAHAN


• Imbas kembali
Akasyah berkata “ Ya Rasulullah, tatkala sekali persetua junjunganku pergi
berperang Sabilillah, maka Rasulullah naik ke atas kuda maka terpalulah hamba
dengan camti kuda tuanku.”
• Penggunaan Bahasa Asing
Innallahu wa inna ilaihi rajiun.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menerima ketentuan takdir Ilahi.
•Nabi adalah insan yang menerima takdir atau ketentuan Ilahi bahawa umurnya akan berakhir.

2. Kita hendaklah berani mengakui kesilapan diri.


•Nabi mengakui kesilapan perbuatannya ketika peperangan yang telah menyebabkan Akasyah terkena cemeti kudanya.

3. Kita hendaklah menyayangi keluarga sendiri.


•Nabi sangat menyayangi anaknya Fatimah. Begitulah sebaliknya, Fatimah sangat menyayangi baginda selaku bapanya.

4. Kita haruslah jadi insan yang pemaaf.


•Akasyah adalah insan yang pemaaf dan tidak berniat untuk menganiayai nabi Muhammad.

5. Kita perlu saling nasihat menasihati di antara satu sama lain.


•Nabi telah berkhutbah pada hari jumaat dengan menasihati para jemaah agar menjadi insan yang terbaik dan sentiasa saling
memaafi di antara satu sama lain.
Nilai
• Kasih sayang
Hatta maka sabda Rasulullah kepada Siti Fatimah, ‘hai anakku, marilah ke mari kepalamu ku
cium’ .

• Nasihat menasihati
Setelah itu maka sabda Rasulullah kepada sidang jumaah, ‘hai kamu sekalian, banyaklah
membawa iman dalam islam dan janganlah kamu lupakan Allah s.w.t dan hendaklah kamu
sentiasa sembahyang lima waktu dan kamu kasihkan anak-anak yatim supaya jangan kamu
lupa pengajaran’

• Berani
Hai segala sidang jumaah, maka katakan pada hamba jikalau ada cela hamba kepada tuan
kerana hamba ini hampirkan pulang ke rahmatullah.