Anda di halaman 1dari 21

SUMBER HUKUM

“Petunjuk yang digunakan oleh ulama untuk menetapkan hukum


terhadap perbuatan mukalaf. Erti kata lain, dalil hukum ialah sumber
untuk menetapkan hukum serta tempat pengambilan hukum syarak.”
SKOP 1: DALIL
DISEPAKATI
1.Dalil Qat’i ialah dalil yang disepakati oleh ulama.

2.Dalil yang disepakati dapat dibahagikan kepada 4 bahagian


berikut:
- Al - Quran
- Al-Sunnah
- Ijmak
- Qias
BAB 1: AL-
QURAN
Al-Quran merupakan kitab suci yang mengandungi berbagai jenis ilmu pengetahuan,
hukum syarak, adab, berita alam ghaib, berita telah berlaku, sekarang dan akan datang.
( PENGERTIAN AL-QURAN )

UNIT 1: BAHASA
Al-Qur'an sudut bahasa bererti:

1. Al-Qur'an berasal qira'ah, kata masdar dari kata qara ', bererti: Membaca, mengumpul dan menghimpun huruf-huruf
dan kata-kata satu dengan yang lain-lain dalam ucapan yang tersusun rapi.

2. Quraanah bererti: Bacaannya atau cara membacanya. Kemudian ia akhirnya menjadi nama kepada kitab yang mulia.

3. Maqru bererti: Apa yang dibaca. Dimana diberi nama Al-Qur'an atau bacaan, pena maful dengan masdar. Oleh itu, jika
kita mendengar orang membaca ayat Al-Quran kita boleh mengatakan bahawa dia sedang membaca Al-Qur'an.

UNIT 2 ISTILAH
Pengertian Al-Qur'an menurut istilah antaranya:
Al Quran ialah lafaz berbahasa Arab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Ia
menjadi mukjizat kepada Baginda SAW dan dipindahkan kepada umatnya secara mutawatir serta dikira beribadat apabila
membacanya.
Diturunkan
kepada
Rasulullah
SAW.

Diturunkan
Wahyu yang dalam
bermukjizat Bahasa
Arab.
HURAIAN
PENGERTIAN
AL-QUR’AN

Menjadi
Dipindahka ibadat
n secara dengan
mutawatir. membacany
a.
KEHUJAHAN AL-QURAN

SUMBER HUKUM ISLAM YANG PERTAMA ADALAH AL-QURAN DAN KEDUA ADALAH HADITH:.

1. Al –Quran diterima dari Nabi dengan jalan qat’i atau pasti.

2. Para sahabat mengumpulkan Al-Quran dalam satu mushaf dan memindahkan teks atau nasnya pula
kepada umat dalam keadaan aslinya.

3. Semua ayat Al-Quran Mutawatir.

4. Al-Quran merupakan sumber asal atau pokok yang memuat prinsip dasar.
( USLUB AL-QURAN DALAM MENERANGKAN HUKUM )

UNIT 1: AMR
Lafaz Amr atau melakukan dengan lafaz berikut:
1. Lafaz Amr Soreh.
2. Lafaz Fe’el Amr
3. Lafaz Fe’el Amr disertai Lam al-Amr
4. Menceritakan sesuatu perbuatan itu termaktub serta difardukan.
5. Menceritakan sesuatu perbuatan itu baik dan membawa kebaikan.
6. Fe’el Jawab Syarat
7. Perbuatan membawa kebaikan dunia dan akhirat.

UNIT 2: NAHY
Al-Quran menuntut meninggalkan sesuatu dengan lafaz tegahan berikut:
8. Lafaz Nahi Soreh atau Tahrim.
9. Lafaz Nahi atau perintah meninggalkan.
10. Menceritakan sesuatu perbuatan itu buruk atau jahat.
11. Perbuatan yang disertai janji tidak baik.
12. Lafaz Nafi sesuatu perbuatan atau nafi halal melakukannya.
( USLUB AL-QURAN DALAM MENERANGKAN HUKUM )

UNIT 1: AMR

Lafaz Amr atau tuntutan melakukan dengan lafaz berikut:

1. Lafaz Amr Soreh. Firman Allah SWT:

Terjemahan: Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah. (Surah al-Nisa’ 4:36)

2. Lafaz Fe’el Amr. Firman Allah SWT:

Terjemahan: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; ( Surah al-Taghabun 64:16)
( USLUB AL-QURAN DALAM MENERANGKAN HUKUM )

3. Lafaz Fe’el Amr disertai Lam al-Amr. Firman Allah SWT:

Terjemahan: Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-
nazarnya,
( Surah al-Hajj 22:29 )

4. Menceritakan sesuatu perbuatan itu termaktub serta difardukan. Firman Allah SWT:

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisas" (balasan yang
seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh ( Surah al-Baqarah 2:178 )
UNIT 3: TAKHYIR
1. Lafaz menunjukkan harus dan mengingkarkan mereka yang mengharamkan.
2. Lafaz yang menunjukkan pilihan membolehkan dan lafaz halal.
3. Lafaz-lafaz Nafi Ithm, Nafi Junah, Nafi Haraj
4. Lafaz menunjukkan sesuatu itu dijadikan untuk manusia.

( DALALAH AL-QUR'AN DALAM MENERANGKAN HUKUM )

Sesungguhnya Al-Qur'an merupakan asas kepada hukum-hukum syarak, namun majoritinya ia hanya mengandungi hukum-
hukum secara Kulli dan Ijmali (umum dan ringkas) sedangkan perincian kebanyakan hukum diserahkan kepada al-Sunnah
kemudian ulama mujtahid, antaranya:
5. Kita diperintah oleh Allah supaya mentaati rasul-Nya
6. Terdapat ayat yang menunjukkan perlunya merujuk kepada ulama bagi memahami hukum-hukum syarak.
7. Allah juga telah menunjukkan kepada keperluan Ijtihad dan Qiyas.
UNIT 1: HUKUM SECARA QAT'I

“Ayat yang bersifat qat'i adalah lafaz-lafaz yang mengandungi pengertian tunggal dan tidak boleh difahami makna lain
darinya.”

UNIT 2: HUKUM SECARA ZANNI

“Ayat yang mengandungi hukum zanni adalah lafaz-lafaz yang ada dalam Al-Quran mengandungi pengertian lebih dari satu
dan memungkinkan untuk dita’wilkan.”
“ al-Sunnah ialah perkara yang lahir daripada
Nabi, sama ada berupa perkataan, perbuatan,
sifat fizikal dan rohani atau pengakuan.”

BAB 2: AS-
PENGERTIAN AL-SUNNAH

1. Perkara yang lahir daripada Nabi SAW selain daripada Al-Quran sama ada berbentuk: Ucapan,
perbuatan, sifat dan pengakuan.

2. Segala apa yang disandarkan kepada Nabi dari segi perkataan,perbuatan,sifat, tingkah laku,
perjalanan hidup dan pengakuan atau taqrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepas
Baginda dibangkitkan.
BAHAGIAN AL-SUNNAH SUDUT KEKUATAN SUMBER
HUKUM
UNIT 1: AL-SUNNAH SUDUT BILANGAN PERAWI

1. HADITH MUTAWATIR

PENGERTIAN:
Hadith yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang ramai bilangannya, musustahil pada adat dan akal waras bahawa
semua perawi dalam setiap tabaqah bersepakat berdusta terhadap hadith Nabi SAW.

CIRI-CIRI HADITH MUTAWATIR:


2. Diriwayatkan sejumlah orang perawi
3. Diterima ramai orang
4. Mustahil bersepakat bohong
5. Sandaran berita pada pancaindera

KATEGORI HADITH MUTAWATIR:


6. Mutawatir Lafzi
7. Mutawatir Maknawi

KEHUJAHAN HADITH MUTAWATIR:


Jumhur ulama sepakat bahawa Hadith Mutawatir menduduki tempat kedua selepas Al-Quran.
BAHAGIAN AL-SUNNAH SUDUT KEKUATAN SUMBER
HUKUM
2. HADITH AHAD

PENGERTIAN:
Hadith yang terbatas jalan-jalan riwayatnyadan tidak sampai ke peringkat Hadith Mutawatir atau bilangan perawi
Hadith Ahad tidak sampai ke bilangan Hadith Mutawatir.

CIRI-CIR HADITH AHAD:


1. Mempunyai jalan-jalan riwayat yang berbagai hingga sampai kepada Rasulullah SAW.
2. Sanadnya diriwayatkan melalui pelbagai peringkat rawi.
3. Jumlah rawinya tidak mencapai jumlah rawi hadith Mutawatir.
4. Sesetengah tabaqah sampai ke bilangan Mutawatir dan sesetengahnya tidak.

KATEGORI HADITH AHAD:


5. Hadith Masyhur
6. Hadith ‘Aziz
7. Hadith Gharib

KEHUJAHAN HADITH AHAD:


Hukum yang diambil daripada Hadith Ahad adalah zanni, tetapi wajib beramal dengannya jika cukup syaratnya sebagai
hujah syarak.
BAHAGIAN AL-SUNNAH SUDUT KEKUATAN SUMBER
HUKUM
UNIT 2: AL-SUNNAH SUDUT KESAHIHANNYA

1. HADITH SAHIH

PENGERTIAN:
Hadith yang muttasil atau bersambung rantaian sanadnya, diriwayatkan perawi yang adil, dobit (kuat daya ingatan),
tiada sebarang kejanggalan atau syaz dan selamat daripada sebarang kecacatan atau ‘illah.

CIRI-CIRI HADITH SAHIH:


2. Sanad Bersambung
3. Perawi Bersifat Adil
4. Perawi Bersifat Dobit
5. Tiada Syaz
6. Tiada Cacat

JENIS HADIS SAHIH:


7. Sahih Li Zatih
8. Sahih Li Ghairih
BAHAGIAN AL-SUNNAH SUDUT KEKUATAN SUMBER
HUKUM
KEHUJAHAN DAN MARTABATHADITH SAHIH:
Hadith yang telah memenuhi persyaratan Hadith Sahih wajib diamalkan sebagai hujah atau dalil syarak selaras pendapat
ulama hadith dan sebahagian ulama Usul dan Fiqh.
Martabat atau tingkatan Hadith Sahih:
1. Asahah al-Asanid
2. Ahsan al-Asanid
3. Ad’af al-Asanid

2. HADITH HASAN

PENGERTIAN:
Hadith yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya bersifat adil dan tidak terdapat kecacatan serta
tidak syaz, iaitu tidak janggal dari sudut matan dan sanadnya, hanya ia kurang sifat kedobitannya.

CIRI-CIRI HADITH HASAN:


4. Perawi mestilah bersifat adil.
5. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat.
6. Perawinya bersifat dobit tetapi tidak sampai taraf dobit.
7. Sanad dan matan hadith terhindar daripada kejanggalan.
8. Tidak ada sebarang ‘illah padanya (tidak cacat).
BAHAGIAN AL-SUNNAH SUDUT KEKUATAN SUMBER
HUKUM
JENIS HADIS HASAN:
1. Sahih Li Zatih
2. Sahih Li Ghairih

KEHUJAHAN HADITH HASAN:


3. Menurut pendapat majoriti Ahli Hadith,wajib beramal dengan Hadith Hasan.
4. Menurut pendapat minoriti Ahli Hadith, kedudukan Hadith Hasan adalah setaraf dengan Hadith Sahih.

3. HADITH DA’IF

PENGERTIAN:
Hadith yang tidak menepati syarat-syarat Hadith Sahih juga Hadith Hasan. Ia adalah hadith yang gugur satu atau lebih
syarat-syarat maqbul.

CIRI-CIRI HADITH DA’IF:


5. Perawinya seorang pendusta atau tertuduh pendusta.
6. Nama perawi tidak disebut.
7. Perawi tidak bersifat adil, sering melakukan maksiat atau fasiq.
8. Sanad gugur seorang atau lebih.
9. Melakukan bid’ah bidang aqidah.
BAHAGIAN AL-SUNNAH SUDUT KEKUATAN SUMBER
HUKUM
KEHUJAHAN HADITH DA’IF:
Ulama berselisih pendapat dalam menerima Hadith Da’if sebagai hujah, khususnya berdasarkan kategorinya.
1. Pendapat Pertama: Imam al-Bukhari, Muslim, Ibn Hazm dan Abu Bakar Ibn al-Arabi: Hadith Da’if tidak boleh
diamalkan atau dijadikan hujah.
2. Pendapat Kedua: Imam Ahmad Ibn Hanbal, Abd Rahman bin Mahdi dan Ibn Hajar al-Asqalani: Hadith Da’if boleh
dijadikan hujah atau diamalkan hanya untuk perkara sunat atau fada’il al-a’mal.
KEDUDUKAN & KEHUJAHAN AL-SUNNAH DALAM
PERUNDANGAN ISLAM

UNIT 1: DALIL AL-QURAN


Al-Quran menyarankan supaya muslimin mentaati Rasulullah SAW, mematuhi perintah Baginda juga sentiasa merujuk
kepada hadith.

UNIT 2: DALIL HADITH


Hadith adalah sumber hukum kedua selepas Al-Quran.

UNIT 3: DALIL IJMAK


Ijmak ulama menjelaskan seluruh umat Islam digesa supaya merujuk kepada hadith Baginda SAW dalam apa jua
keadaan.

UNIT 4: DALIL LOGIK


Dalil yang menjelaskan umat Islam digesa supaya merujuk kepada hadith, khususnya dalam perkara-perkara berkaitan
perundangan dan syariat.
PERANAN AL-SUNNAH DALAM PENENTUAN HUKUM
UNIT 1: AL-SUNNAH SEBAGAI PENGUKUH HUKUM
1. Dimana dalam Al-Quran terdapat ayat yang menyuruh umat Islam supaya mendirikan sembahyang lima waktu serta
mengeluarkan zakat (Surah Al-Baqarah, ayat 83), hukum yang berkaitan dengan kewajipan tersebut disokong oleh
hadith.
2. Terdapat dalam Al-Quran ayat yang menyatakan seluruh umat Islam bersaudara, (Surah al-Hujurat, ayat 10) dan ayat
tersebut disokong oleh hadith.

UNIT 2: AL-SUNNAH SEBAGAI PENJELAS AL-QUR’AN


3. Al-sunnah menjelaskan Nas Al-Quran berbentuk Mujmal
4. Al-sunnah mengkhususkan Nas Al-Quran berbentuk umum.
5. Al-Sunnah membataskan Nas Al-Quran berbentuk Mutlak.

UNIT 3: AL-SUNNAH SEBAGAI PENENTU HUKUM BAHARU


Iaitu al-sunnah pembawa hukum baharu yang tidak dinyatakan dalam Al-Quran.
6. Haram menghimpunkan seseorang dengan emak saudaranya sebagai isteri dalam satu masa.
7. Antara lain, contoh al-Sunnah berperanan menambahkan hukum-hukum yang tidak terdapat di dalam Al-Quran
secara zahir,namun sekadar disebut secara asas sahaja: Hadith yang mengharamkan memakan burung yang berkuku
panjang juga binatang buas yang mempunyai taring.

Anda mungkin juga menyukai