Anda di halaman 1dari 77

MINGGU 8 & 9

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
(ROHANI,SOSIAL,EMOSI DAN MORAL)
DISEDIAKAN OLEH :
 SITI KHADIJAH MOHD ZAIN
 NOORAMINIE YAHYA
ERIK H-ERIKSON(1902-1994)
Lahir di Frankfurt
Bekerja dengan Sigmund Freud dalam kajian
kanak-kanak
Memperkenalkan Teori Perkembangan Psikososial
1994- pengiktirafan ebagai profesor Universiti
Harvard
Menekankan kepentingan hubungan sosial
dengan individu hubungan sosial dengan
individu di persekitaran.
Perkembangan psikososial ini membentuk
personaliti kanak-kanak
Teori Psikososial Erikson mempunyai 5 prinsip utama :
i. Setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama
ii. Pekembangan individu bergantung kepada
tindakbalas individu terhadap keperluan-keperluan
asasnya
iii. Perkembangan individu mengikut tahap-tahap
tertentu
iv. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti
diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik
v. Kegagalan mengatasi konflik pada seuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap berikutnya
LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON :
PERINGKAT TAHAP HURAIAN
UMUR

1. Asas kepercayaan Dari lahir Cabaran pertama


lawan asas hingga 1 –membina asas kepercayaan dengan
ketidakpercayaan persekitaran
•Asas kepercayaan timbul jika mendapat
jagaan yang sempurna secara tetap oleh
penjaganya.
•Mengikut kepercayaan Erikson, jika tidak
diberi penjagaan yang sepatutnya seperti
penyusuan tidak dijaga atau lampin tidak
bertukar, ketidakpercayaan kepada orang
lain timbul dalam diri bayi yang akan
menimbulkan ketakutan
dan berprasangka
LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON :

PERINGKAT TAHAP HURAIAN


UMUR

2. Autonomi lawan 1-3 tahun Perkembangan tertumpu kepada


keraguan perkembangan fizikal.Rasa percaya kepada
keupayaan diri timbul jika berjaya dan
menerima sokongan.Jika gagal mereka
akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri
 kanak-kanak cuba melakukan aktiviti
fizikal tanpa bantuan
Kanak –kanak yang diberi sokongan
untuk berdikari dan meneroka perlakuan
fizikal akan merasa mempunyai autonomi
Kanak-kanak yang tidak diberi peluang
akan merasa ragu terhadap keupayaan
sendiri
LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON :

PERINGKAT TAHAP HURAIAN


UMUR

3. Inisiatif lawan rasa 4-5 tahun Kanak-kanak cuba berdikari iaitu ada
bersalah inisiatif melakukan sesuatu sendiri-jika
gagal akan rasa bersalah.
Kanak-kanak akan cuba lebih berdikari
Mereka suka bertanya dan meminta
penjelasan untuk sesuatu situasi
Inisiatif dalam diri kanak-kanak
digalakkan dengan sokongandan peluang
Rasa bersalah terhadap diri sendiri akan
timbul apabila kanak-kanak dihukum dan
tidak diberi peluang mencuba sesuatu
kemahiran
LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON :

PERINGKAT TAHAP HURAIAN


UMUR

4. Industri lawan rasa 6-11 tahun Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-


rendah diri kemahiran tertentu di alam
persekolahan.Kegagalan akan memberi
impak merendh diri dan tiada keupayaan
Kanak-kanak yang gagal akan merendah
diri bukan sahaja terhadap pencapaian
akademik tetapi hubungan mereka dengan
individu di persekitaran mereka
LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON :

PERINGKAT TAHAP HURAIAN


UMUR

5. Identiti lawan 12-18 Golongan remaja mencari identiti


kekeliruan identiti tahun pekerjaan,kemahiran,jantina dan bersosial
Remaja mencari identiti dan membina
personaliti diri
Ingin memahami diri sendiri dan
bagaimana membezakan dengan orang
lain
Mencari-meniru identiti orang di
persekitaran
Gagal – kecelaruan identiti,rasa tidak
selamat,ragu-ragu akan mengalami
masalah di peringkat seterusnya.
LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON :

PERINGKAT TAHAP HURAIAN


UMUR

6. Keintiman lawan Awal Membentuk keintiman dalam


berasingan dewasa hubungan,menuju perkahwinan dan
18-35 membina kerjaya.Jika gagal mereka akan
tahun rasa terasing dan tersisih
Individu peringkat ini sudah berupaya
menjaga dan melindungi orang lain
(suami/isteri dan anak)
Jika mereka tidak dapat membentuk
keintiman mereka kan rasa terasing dan
menghindari perhubungan dengan orang
lain
LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON :

PERINGKAT TAHAP HURAIAN


UMUR

7 .Generativiti Pertengahan Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang


lawan kekakuan dewasa 35 baik.Jika gagal makan ia mambawa kepada
-65 tahun perasaan mementingkan diri sendiri
Seorang yang kreatif dan produktif
Berjaya membina kerjaya yang mantap
di samping keluarga yang bahagia
Berupaya menjaga anak-anak dengan
baik dan membina hubungan mesra
dengan pasangan
Kehiduan menjadi lebih bermakna
sekiranya anak yang mereka didik berjaya
dan menghormati orang tua.
LAPAN PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON :

PERINGKAT TAHAP HURAIAN


UMUR

8.Integriti lawan Lanjut usia Kejayaan di dalam hidup dan


kekecewaan 65 tahun karier.kegagalan mungkin membawa
ke atas kepada kesedihan dan kekecewaan.

Jika individu berjaya melepasi segala krisi


perkembangan mereka akan bangga
dengan segala pencapaian dan kejayaan
yang diperolehi
Pada peringkat ini individu telah melalui
pelbagai cabaran dalam hidup
DEFINISI- Emosi
satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang
individu dalam sesuatukeadaan yang memberi makna
kepada dirinya.
 ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang
ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada
perasaanemosi.

DEFINISI - Sosioemosi dalam kalangan kanakkanak


Ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan
mengadaptasi diri dalam masyarakat
Kecerdasan emosi- meliputi cara seorang individu
mengendalikan emosi diri dan persekitaran

Daniel Goleman – menyatakan 80% kejayaan


seseorang bergantung kepada kecerdasan emosi
(EQ) manakala lebih kurang 20% disebabkan
kejayaan mental
Meyer dan Salovey (1993)- kepintaran emosi
membolehkan individu berfikiran lebih kreatif
dan dapat menggunakan emosi untuk
menyelesaikan masalah
5 elemen dalam kecerdasan emosi ( Goleman)

i. Memahami emosi kendiri


ii. Kebolehan mengendalikan emosi
iii. Memotivasikan diri
iv. Menyedari emosi orang lain
v. Mengendalikan hubungan dengan orang lain
Kemahiran personal dan sosial yang harus dipraktikkan -
Carolyn Saarni (Santrock,2007)
Kemahiran Contoh
1.Kesedaran emosi diri sendiri Boleh membezakan emosi diri dalam pelbagai
keadaan

2.Mengenalpasti emosi orang lain Memahami keadaan emosi orang lain

3.Menggunakan perkataan-perkataan yang Menggunakan perkataan yang menggambarkan


menggambarkan emosi yang releven dengan emosi dalam situasi tertentu dengan tepat dan
situasi yang dialami sesuai
4.Berempati dan simpati dengan keadaan yang Sensitif terhadap perasaan orang lain yang sedang
dialami oleh orang lain kecewa dan berduka

5. Menyedari bahawa emosi dalaman tidak Seseorang yang sedang marah tidak semestinya
semestinya diluah secara luaran menunjukkan kemarahan secara fizikal

6.Mengawal emosi negatif dengan Mengawal marah dengan meninggalkan situasi yang
meregulasikan emosi tersebut menyebabkan emosi tersebut atau fikirkan perkara-
perkara yang boleh meredakan perasaan marah
7.Sedar tentang keupayaan emosi yang dapat Menunjukkan kemarahan kepada seseorang rakan
mempengaruhi sesuatu hubungan mungkin boleh menjejaskan persahabatan
REGULASI EMOSI
Cara yang berkesan untuk mengawal ledakan
emosi supaya individu boleh mengawal diri dalam
sesuatu keadaan.

Cara-cara meregulasikan emosi :


1. Bermula dari punca luaran kepada punca
dalaman
Bayi bergantung kepada punca luaran seperti
ibu bapa dan penjaga untuk menenangkan
emosi mereka.Latihan berterusan harus
diberikan bagi anak-anak dapat meregulasikan
emosi mereka sendiri secara dalaman
2. Strategi kognitif
contohnya : anggap cabaran sebagai sesuatu
yang positif atau jangan fokuskan fikiran ke arah
situasi yang membangkitkan emosi negatif
3. Ledakan emosi
Individu akan melakukan perkara di luar
batasan.Dengan kematangan dan sokongan ibu
bapa dan guru kanak-kanak harus dibimbing
supaya dapat mengawal ledakan emosi
4. Memilih dan mengawal situasi dan perhubungan
semakin usia kanak-kanak meningkat seharusnya
mereka berupaya memilih situasi dan hubungan
yang boleh mengurangkan emosi
negatif.Bantularh untuk memilih situasi yang
mendatangkan faedah dan emosi yang positif
5. Menangani stress Kanak-
kanak patut didedahkan dengan strategi
mengawal dan menangani stress.Hal ini penting
bagi membantu anak-anak menyesuaikan diri
dengan persekitaran
PERKEMBANGAN
EMOSI
BAYI
Terdapat 2 kategori emosi pada bayi :
a) Emosi utama
bermula pada enam bulan pertama seorang
bayi .Antara emosi yang timbul
( terkejut,gembira,marah,sedih,takut,benci dan
berminat)
b) Emosi kesedaran kendiri
Emosi yang tercetus oleh sebab-sebab tertentu
seperti perasaan empati,malu dan (1 ½ tahun)
sperasaan bangga,bersalah ( 2 ½ tahun)
MENANGIS
Komunikasi utama bayi berhubung dengan
persekitaran

Tangisan pertama – paru-paru bayi sudah


dipenuhi udara

Ibu bapa dapat mengenal past tangisan


marah,lapar atau sakit
Perlukah bayi sedang menangis ditenangkan?
Behavioris John Watson – ibubapa yang
memberi respon kepada bayinya yang menangis
seolah-olah meneguh perbuatan itu menyebabkan
bayi kerap menangis
Mary Ainsworth-respon yang cepat dan
menenangkan bayi akan membina hubungan yang
lebih erat ibu bapa dengan bayinya (disokong
dengan pakar perkembangan kanak-kanak)
SENYUMAN
Terbahagi kepada 2 jenis :
i. Senyuman reflektif -tingkah laku secara
sendiri tanpa ransangan luar.(tersenyum
ketika tidur)
ii. Senyuman bersosial-tindak balas dari
ransangan luar yang bermula pada umur 2-3
bulan.John Bowlby menegaskan senyuman
sosial bayi menunjukkan rasa selesa,selamat
dan disayangi
KETAKUTAN
Melibatkan keresahan dan ketakutan bila
berdepan dengan orang yang tak dikenali
Ada juga bayi yang menunjukkan rasa kurang
takut sekiranya ketika itu ibubapa/penjaga
berda bersama mereka
PERKEMBANGAN
EMOSI
AWAL KANAK-
KANAK
Lebih kepada emosi yang berbentuk kesedaran
kendiri seperti rasa bangga,malu,dan bersalah
( bermula 2 ½ tahun)
i. Bangga : ekspresi kanak-kanak apabila berada
dalam keadaan gembira di atas kejayaan
melakukan sesuatu
ii. Malu : timbul apabila kanak-kanak merasakan
mereka tidak dapat mencapai
maklumat/kemahiran yang mereka inginkan
iii. Rasa bersalah : kanak-kanak mendapati apa
yang mereka lakukan berakhir dengan
kegagalan
Ciri-ciri kanak-kanak pada peringkat ini yang
mula memahami emosi :
i. Mempunyai peningkatan dalam
perbendaharaan emosi
ii. Boleh melabel emosi dengan tepat terhadap
dirinya dan emosi orang lain
iii. Boleh bercakap tentang akibat sesuatu
emosi dan boleh mengenal pasti kaitan
emosi dengan siatusi tertentu
iv. Menggunakan bahasa smosi semasa
bermain
PERKEMBANGAN
EMOSI
PERINGKAT
PERTENGAHAN DAN
AKHIR KANAK-KANAK
Perubahan-perubahan dan perkembangan emosi pada peringkat ini :
Lebih berkebolehan untuk memahami emosi-emosi yang kompleks
seperti bangga diri dan malu.Boleh megadaptasikan emosi-emosi pada
situasi yang relevan

Memahami bahawa lebih daripada satu emosi boleh timbul dalam


sesuatu keadaan

Lebih menitikberatkan situasi-situasi yang membangkitkan emosi

Lebih berjaya mengawal emosi-emosi negatif

Mempunyai initgiatif menukar emosi-emosi tententu kepada bentuk


yang lebih bermanfaat
Ciri-ciri kefahaman emosi pada peringkat ini :
a) Boleh berkomunikasi tentang emosi yang dialami
dan boleh memahami hubungan emosi dengan
situasi yang dialami
b) Memahami bahawa sesuatu situasi boleh
mengakibatkan emosi yang berlainan pada
individu yang berlainan
c) Menyedari bahawa emosi terhadap sesuatu
perkara boleh kekal lama spelas perkara itu
berlalu
d) Menunjukkan kesedaran tentang cara mengawal
dan mengurus emosi berdasarkan keperluan
sosial
PERKEMBANGAN
EMOSI
REMAJA
Terdedah dengan pergolakan emosi
Ketidakstabilan emosi meningkat di peringkat
remaja
Mereka selalu merajuk dan tidak tahu
bagaimana meluahkan emosi mereka
Selalunya mereka melpaskan emosi negatif
kepada ibubapa/ orang yang terdekat
Disebabkan perubahan hormon kematangan
Orang dewasa harus berbincang dengan remaja
cara yang digunakan untuk mengawal emosi dan
sentiasa meluangkan masa mendengar luahan
mereka
PERLEKATAN ‘ATTACHMENT’

 Perlekatan merupakan satu hubungan yang rapat dan


mesra dengan orang-orang istimewa dalam kehidupan
kita.
 John Bowlby(Berk, 2003), mengaplikasikan idea
hubungan antara bayi dengan penjaga. Bowlby
mendapati hubungan antara bayi dengan penjaga
mempunyai tarikan semulajadi.
 Terdapat implikasi yang jelas daripada hubungan ini
terhadap perasaan selamat dan kepercayaan seseorang
kanak-kanak.
 Perlekatan mempunyai empat fasa.

i. Fasa I (dari lahir hingga enam minggu)


 Bayi membina hubungan dengan senyuman, gapaian,
tangisan atau renungan kepada individu yang menjaga
atau yang berada dekat dengannya.
 Perlekatan masih belum terbentuk, oleh itu mereka
tidak kisah sekiranya ditinggalkan dengan orang yang
tidak dikenali.

ii. Fasa II (6 minggu hingga 6-8 bulan)


 Mula memberi tindakbalas yang berbeza terhadap
penjaga berbanding dengan orang yang tidak dikenali.
 Bayi masih tidak protes apabila dipisahkan daripada
penjaga.
iii. Fasa III (6-8 bulan hingga 18 bulan-2 tahun)
 Bayi menunjukkan kebimbangan apabila dipisahkan.
 Keresahan ini bergantung pada keadaan, tabiat dan
tingkahlaku orang di sekeliling.

iv. Fasa III (18 bulan-2 tahun ke atas)


 Penguasaan kemahiran berbahasa menolong kanak-kanak
memahami situasi antara mereka dengan penjaga.
 Mereka sudah pandai bertolak ansur dengan penjaga
apabila ingin ditinggalkan.

 Menurut John Bowlby, selepas melalui empat fasa ini,


kanak-kanak mula membentuk satu hubungan mesra
dengan penjaga.
 Hubungan ini memberi mereka asas perlindungan dan
harapan apabila ketiadaan penjaga tersebut.
Episod Situasi Perlakuan
‘attachment’ yang
diperhatikan

1 Pengkaji memperkenalkan penjaga dan


bayi kepada bilik permainan

2 Penjaga duduk dan membiarkan bayi Penjaga sebagai asas


bermain dengan alat permainan untuk berasa selamat

3 Orang yang tidak di kenali masuk,duduk Reaksi terhadap orang


dan bercakap dengan penjaga yang tidak dikenali
Episod Situasi Perlakuan
‘attachment’ yang
diperhatikan

4 Penjaga keluar.Orang yang tidak Kebimbangan akibat


dikenali memberi respon kepada bayi ditinggalkan
dan cuba menenangkan jika perlu

5 Penjaga masuk,menyapa bayi dan Reaksi apabila penjaga


sekiranya perlu memujuk bayi.Orang masuk semula
yang tidak dikenali keluar

6 Penjaga keluar.Bayi ditinggalkan Kebimbangan akibat


bersendirian ditinggalkan
Episod Situasi Perlakuan
‘attachment’ yang
diperhatikan

7 Orang yang tidak dikenali masuk Kebolehan


untuk cuba memujuk. dipujuk/ditenangkan
oleh orang lain.

8 Penjaga masuk semula, menyapa bayi, Reaksi terhadap


menenangkan sekiranya perlu dan pertemuan semula
memujuk bayi untuk bermain semula. dengan penjaga.
 Tindakbalas daripada eksperimen ini menunjukkan empat
variasi perlekatan.

i. Perlekatan yang membawa kepada rasa


selamat dan yakin (secure attachment)
 Bayi menggunakan ibubapa/penjaga sebagai asas untuk
rasa selamat.
 Pilihan mereka lebih kepada penjaga berbanding dengan
orang yang tidak dikenali.
Jadual 2 : Ciri-ciri individu yang
mempunyai perlekatan selamat dan
yakin
Kanak-kanak Dewasa

Boleh dipisahkan daripada ibubapa. Berupaya menjalin hubungan yang


berkekalan dan boleh dipercayai.

Ibubapa sebagai asas untuk merasa Mempunyai konsep kendiri yang


selamat apabila melalui pengalaman baik.
yang menakutkan.

Menunjukkan emosi yang positif Boleh berkongsi perasaan dengan


apabila bertemu semula dengan teman dan rakan.
ibubapa.

Menunjukkan kecenderungan kepada Memerlukan sokongan sosial.


ibubapa berbanding dengan orang
luar.
ii. Perlekatan penghindaran (Avoidant
attachment)

 Bayi menunjukkan kurang tindakbalas dengan penjaga.

 Kelakuan ini berlaku mungkin disebabkan mereka diabaikan


atau ditinggalkan dalam dalam jangkamasa yang lama.

 Mereka tidak menunjukkan kecenderungan untuk bersama


dengan ibubapa atau orang luar.
Kanak-kanak Dewasa

Mungkin akan mengelak Akan mempunyai masalah dalam


daripada ibubapa. hubungan mesra.

Tidak cenderung untuk rapat Kurang menunjukkan perasaan


atau mesra dengan ibubapa. dalam hubungan sosial atau
hubungan intim.

Tidak membezakan antara orang Tidak boleh atau tidak mahu


luar dengan ibubapa. berkongsi perasaan dengan orang
lain.
iii. Perlekatan menolak (Resistant attachment)
Kanak-kanak mempunyai perasaan cemas yang sangat tinggi
terhadap orang luar.

Kanak-kanak Dewasa
Takut dengan orang luar Menolak untuk rapat dengan
orang lain
Menjadi sangat resah apabila Mempunyai perasaan bimbang
ditinggalkan dan takut tidak disayangi oleh
pasangan.
Sukar untuk dipujuk walaupun Menjadi sangat murung apabila
dengan kehadiran ibubapa sesuatu hubungan berakhir

Jadual 4: Ciri-ciri individu yang mempunyai perlekatan


menolak
iv. Perlekatan yang kucar-kacir (Disorganized
attachment)
 Kanak-kanak selalunya menunjukkan tingkahlaku
yang berbeza-beza.
 Tingkahlaku ini terhasil akibat daripada jagaan dan
tingkahlaku yang tidak konsisten yang ditunjukkan
oleh ibubapa.
Awal kanak-kanak Akhir kanak-kanak
Menunjukkan campuran antara Mengambil alih tugas ibubapa
tingkahlaku penolakan dan
penghindaran

Kelihatan keliru, cemas dan bingung Mereka yang menjaga ibubapa

Jadual 5 : Ciri-ciri individu yang mempunyai perlekatan kucar


kacir
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERLEKATAN

1. Peluang untuk perlekatan

o Kehadiran penjaga yang tetap dan memberi sepenuh perhatian

memberi kesan yang baik terhadap perlekatan.

2. Kualiti asuhan

o Bayi yang dijaga oleh ibu yang prihatin, dengan jagaan yang

konsisten dan sesuai dengan keperluan bayi boleh membawa

kepada perasaan selamat dan yakin diri.


3. Kelakuan bayi
o Bayi pramatang, mempunyai masalah kesihatan dan

memerlukan penjagaan rapi boleh mengakibatkan


perlekatan sukar dijalinkan.

4. Situasi keluarga
o Keluarga yang berpendapatan rendah dan tertekan boleh
membawa kepada rasa tidak selamat bayi.
o Keluarga yang bermasalah akan memberi tekanan dan kesan
kepada bayi.
Mary Ainsworth(Berk, 2003) mendefinisikan perlekatan
sebagai kemesraan yang terjalin antara ibu atau penjaga
dengan bayi.

 Beliau telah merangka satu eksperimen yang digelar


‘Strange Situation’, bayi diletak dalam beberapa keadaan
yang boleh menimbulkan stress kepada bayi tersebut.
 Eksperimen ini sesuai untuk kanak-kanak yang berusia
antara 11 bulan hingga 2 tahun yang sudah memahami
tentang erti takut atau stress.
 Menurut beliau, sekiranya perkembangan perlekatan
berlaku dengan baik, bayi dan kanak-kanak akan
menjadikan ibubapa atau penjaganya sebagai asas
untuk merasa selamat dan yakin dalam sesuatu
situasi.
5. Pengalaman ibubapa

o Ibubapa yang mempunyai sejarah perkembangan


yang baik dengan ibubapa mereka akan memberi
layanan yang sama kepada bayi mereka.
Perkembangan moral

 Perkembangan moral melibatkan perubahan


pemikiran, perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai
kebenaran atau kesilapan.
 Pemikiran, tingkahlaku, perasaan dan personaliti
seseorang saling berkait dalam penilaian moral
seseorang individu.
Teori perkembangan moral piaget

Piaget merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama


pemikiran moral:
a) Umur 4 hingga 7 tahun – Peringkat moral Heteronomus.
 Kanak-kanak melihat peraturan sebagai sesuatu yang telah
ditetapkan dan tidak boleh diubah.
 Mereka menilai sesuatu tindakan melalui akibat.
 Contoh : Mereka mengemaskan barang permainan sebab takut
dimarahi.
b) Umur 7 hingga 10 tahun – Peringkat transisi
 Mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi sudah mula beralih
kepada ciri-ciri peringkat seterusnya.

c) 10 tahun ke atas – Peringkat moral Autonomus


 Mula sedar bahawa peraturan dan undang-undang dicipta oleh
manusia dan bukan sesuatu yang mutlak.
 Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan akibat.
 Boleh mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan
aspek-aspek lain seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.
Teori perkembangan moral lawrence kohlberg

 Kohlberg berpendapat penaakulan moral berkait dengan


perkembangan kognitif seseorang individu walaupun
kadang-kadang tahap pemikiran kognitif seseorang tidak
menjamin kepada peningkatan dalam tahap penaakulan
moral seseorang.
 Perkembangan moral oleh Kohlberg dikupas dengan lebih
terperinci dalam tiga tahap utama dan setiap tahap
mengandungi dua peringkat penaakulan moral.
Tahap 1 : Pra-Konvensional

o Tahap paling bawah dalam penaakulan moral.

o Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman

yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.

o Terdapat dua peringkat dalam tahap ini.


Peringkat 1 : Orientasi kepatuhan dan hukuman.

o Pemikiran moral kanak-kanak lebih berorientasikan

egosentrik yang mementingkan diri sendiri.

o Mereka lebih mementingkan kesan fizikal.

o Kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana

takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar

peraturan.
Peringkat 2 : Orientasi ganjaran peribadi.

o Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan


untuk mendapatkan balasan.
o Tingkahlaku didorong untuk memuaskan kehendak
sendiri.
o Kanak-kanak melakukan sesuatu kerana ganjaran
yang bakal diterima.
Tahap 2 : Konvensional
o Individu sudah mula mengaplikasi peraturan
berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh
ibubapa, guru dan komuniti.
o Dua peringkat dalam tahap ini :
Peringkat 3 : Orientasi perlakuan baik.

o Kanak-kanak atau remaja mengaplikasi ukuran moral


yang telah ditetapkan oleh ibubapa, guru atau orang
di persekitaran.
o Mereka menghargai nilai kepercayaan dan kepatuhan
terhadap peraturan yang ditetapkan dan ingin dilihat
sebagai ‘anak yang baik’ dan mengikut arahan.
Peringkat 4 : Akur kepada sistem sosial dan
etika peraturan.
o Perlakuan/penaakulan moral berdasarkan peraturan,
undang-undang dan ketetapan yang telah ditetapkan
masyarakat.
o Individu percaya terhadap keutuhan undang-undang.
o Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi untuk
menjaga kesejahteraan komuniti.
Tahap 3 : Pos-Konvensional
o Individu mula meneroka pilihan, memilih alternatif-
alternatif lain dalam penaakulan moral.
o Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang
tersendiri.
o Terdapat dua peringkat dalam tahap ini.
Peringkat 5 : Etika kontrak sosial dan hak individu.

o Individu berhujah menggunakan nilai, hak dan prinsip.


o Mereka menilai undang-undang yang ditetapkan berdasarkan
hak individu.
o Pemikiran moral berkaitan dengan usaha untuk
mempertahankan hak asasi dan nilai-nilai dalam sesebuah
masyarakat.
o Mereka melihat undang-undang sebagai sesuatu yang fleksibel
dan mempunyai alternatif.
Peringkat 6 : Etika prinsip sejagat.

o Melibatkan soal falsafah tentang moral seseorang.


o Individu telah mempunyai kod moral dan etika
tersendiri yang menepati hak-hak individu
sejagat.
o Mereka mementingkan kesamaan hak kepada
semua individu dan menghormati maruah dan
prinsip individu lain.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI
PERKEMBANGAN MORAL
Institusi kekeluargaan
• Ibubapa bertanggungjawab memberi asuhan yang
baik dan membimbing anak-anak untuk menjadi
individu yang harmonis.
• Kanak-kanak bertanggungjawab mematuhi nilai-nilai
baik yang diajar oleh ibubapa serta menjalin
hubungan yang positif dengan ibubapa.
• Cara ibubapa mendisiplinkan anak-anak juga
memainkan peranan penting dalam perkembangan
moral kanak-kanak.
Corak mendisiplinkan anak-anak
i. Menjarakkan kasih sayang
- Menjarakkan perhatian terhadap anak seperti tidak
bercakap atau menyatakan rasa tidak suka terhadap
perbuatannya.
ii. Menunjukkan kuasa

- Mengawal perlakuan dan mengambil


tindakan ke atas perlakuan anaknya.

iii. Dorongan
- Ibubapa mendorong kanak-kanak memikirkan sebab
dan menerangkan akibat dari perbuatannya.
Sekolah

a) Kurikulum tersembunyi.

- Kurikulum persekolahan kebangsaan (KBSR dan


KBSM) mengaplikasikan penarapan nilai-nilai
murni merentasi kurikulum.
b) Pembinaan Modal Insan.
- Banyak aktiviti yang diimplementasikan di sekolah
untuk pembinaan modal insan selain daripada
melengkapi kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan
seperti ko-kurikulum, khemah-khemah ibadat dan
motivasi, bulan moral dan nilai murni.
c) Sekolah penyayang
- Kesemua murid sekolah adalah penting dan diberi
layanan samarata.
- Hubungan guru-murid bukan setakat pemberi ilmu
tetapi mengambil peranan ibubapa, memberi nasihat
dan mengatur strategi yang sesuai apabila berhadapan
dengan murid yang bermasalah.
d) Iklim sekolah

- Amalan demokrasi – murid perlu diberi peluang


menerangkan sebab salahlaku.
- Persekitaran sekolah yang tenang tanpa ugutan boleh
membangkitkan rasa selamat dalam kalangan murid-
murid.
e) Khidmat sukarela

- Peranan khidmat secara sukarela membantu pelajar


supaya tidak mementingkan diri sendiri dan memberi
kesedaran kepada mereka bahawa ramai lagi
golongan yang tidak bernasib baik yang memerlukan
bantuan.

Anda mungkin juga menyukai