Anda di halaman 1dari 30

KELAS DALAM TALIAN

BAHASA MELAYU
NORHAIRIE NORDIN
• P E R H AT I A N P E N T I N G

• Sila muat turun (download) nota yang saya sediakan


setiap kali sebelum kelas bermula.
• Nota akan tersedia sehari sebelum kelas dan boleh
didapati pada laman sesawang saya.
• Laman sesawang :
https://hairiebmtutor.wordpress.com/

RUJUK PADA NOTA DISEDIAKAN


hairiebmtutor 2
PANTUN

• PANTUN ialah karangan berangkap yang menggunakan


bahasa-bahasa indah.
• Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari
segi maknanya.
• Pantun merupakan puisi tradisional kerana terikat dengan
bentuk tertentu.
• Bilangan baris dalam rangkap (bilangan genap) akan
menentukan jenis keratnya.
• (contoh) Pantun 2 baris dalam satu rangkap disebut 2 kerat,
begitulah jua dengan bilangan lain.
KEISTIMEWAAN PANTUN

• Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu


bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud.
• Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah
pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
• Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang
dan baris kedua adalah maksud.
RIMA AKHIR SEIMBANG

• Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar atau


seimbang.
• Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
• Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.
CONTOH RIMA AKHIR

• Contoh pantun dua kerat :


• Gendang gendut tali kecapi, (a)
• Kenyang perut suka hati. (a)

• Contoh pantun empat kerat :


• Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
• Gunung Daik bercabang tiga, (b)
• Hancur badan dikandung tanah, (a)
• Budi yang baik dikenang juga. (b)
PERHATIAN

• Setiap baris dalam pantun biasanya mempunyai 3 hingga 6


perkataan.
• Gendang gendut tali kecapi,
• Kenyang perut suka hati.
• Setiap baris dalam pantun juga mempunyai 8 hingga 12 suku
kata.
• Gen/dang gen/dut ta/li ke/ca/pi, 9 suku kata
• Ke/nyang pe/rut su/ka ha/ti.
8 suku kata
PEMBACAAN

• Apabila membacakan pantun, terdapat satu teknik yang perlu


diketahui
• Teknik tersebut dipanggil JEDA, berhenti seketika di tengah-
tengah rangkai kata.
• Contoh :
• Gendang gendut / tali kecapi,
• Kenyang perut / suka hati.
PUISI TRADITIONAL:  PANTUN
NASIHAT (BERSATU HATI)

Gunung Tahan sama didaki, Jika setiap orang (dalam


Sungai Pahang sama kumpulan / organisasi /
direnang; masyarakat) sepakat, seia
Jikalau semua bersatu sekata, maka sebarang
hati, tugas yang mungkin
bersifat berat dan sukar
Kerja yang payah
akan menjadi ringan dan
menjadi senang.
mudah untuk
disempurnakan.
MOTIF RANGKAP 1
RANGKAP 2

Melangir keris pusaka Gadis muda remaja mestilah


hikmat, sentiasa menjaga maruah
Keris sejarah sejak diri. Seseorang gadis yang
bahari; berakhlak luhur dan mulia
tidak akan mudah diperdaya
Kalau gadis ingin
atau cepat lemah terhadap
selamat,
godaan.
Jangan murah menjual
diri.
SESAL DAHULU PENDAPATAN SESAL
KEMUDIAN TIDAK BERGUNA
RANGKAP 3

Menanam bunga di dalam Pesanan seterusnya ialah


pasu, tentang bahaya menurut
Bunga melati, bunga kehendak (atau hasutan)
pandan; hawa nafsu yang boleh
Jangan ikut hawa nafsu, menjerumuskan
seseorang ke arah
Kelak nanti binasa
kebinasaan.
badan.
JENAYAH MEMBAWA PADAH
RANGKAP 4

Nyiur muda dibuat Nasihat juga ditujukan


pengat, kepada lelaki muda lela
Mari dimakan bulan (remaja dan muda).
puasa; Mereka diberi peringatan
Wahai pemuda agar menjaga tutur kata
hendaklah ingat, dan ucapan
Kerana mulut badan
binasa.
KERANA PULUT SANTAN BINASA,
KERANA MULUT BADAN BINASA
RANGKAP 5

Orang berkelah di Bagi memperoleh ilmu dan


Tanjung Rhu, mengukuhkan kefahaman
Sambil memanggang si tentang banyak perkara,
ikan sepat; seseorang itu hendaklah
Hendaklah banyak berguru, iaitu mendapat
menghadap guru, bimbingan (dan ijazah)
daripada guru-guru yang
Supaya terang jalan
dalam ilmunya dan tajam
makrifat.
pemikirannya.
RANGKAP 6

Rendang sungguh pohon Berkenalan dan menjadi


ara, lebih mesra tidaklah menjadi
Tumbuh subur tepi telaga; masalah. Syaratnya
Tidak salah berkenal perkenalan itu mestilah
mesra, berlandaskan tatasusila,
iaitu adab dan etika yang
Tatasusila perlu dijaga
luhur.
BERAKHLAK MULIA
TEMA

Definisi : (téma) subjek yg menjadi dasar sesuatu pembicaraan,


wacana, karangan, cerita, dsb, tajuk, pokok: jiwa perempuan
memang telah banyak dijadikan ~ dlm kesusasteraan;
bertemakan memakai sesuatu sbg tema, berdasarkan tema (yg
tertentu): kebanyakan karyanya ~ percintaan. (Kamus Dewan
Edisi Keempat)

• Nasihat kepada golongan muda mudi tentang akhlak mulia 


dan adab pergaulan.
PERSOALAN

1. Kesepakatan dan permuafakatan dalam kerja kegiatan


2. Jati diri dan ketegasan dalam menjaga maruah diri
3. Kesederhanaan dalam perbuatan, tindakan dan
membuat keputusan
4. Berbudi bahasa, kesopanan, ketelitian dalam komunikasi
5. Kerajinan dan rendah diri dalam menuntut ilmu
6. Persaudaraan yang ikhlas
BENTUK

• Bentuk terikat.
• Mempunyai 6 rangkap.
• Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap
• Baris 1 dan 2 merupakan pembayang
dan baris 3 dan 4 merupakan maksud.
BENTUK

• Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan.


• Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan – rangkap 3)
• Contoh : Kerja yang payah menjadi senang (5 perkataan – rangkap
1)
• Suku kata antara 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.
• Contoh : ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata - rangkap 3)
• Contoh : ji/ka/lau se/mua ber/sa/tu ha/ti (11 suku kata - rangkap 1)
GAYA BAHASA

Gaya Bahasa Contoh


1)   Asonansi  - Nyiur muda dibuat pengat
(Pengulangan vokal u)

2)   Aliterasi - Sungai Pahang sama direnang


(Pengulangan konsonan g)

3)   Peribahasa kerana mulut badan binasa.


4)   Repitisi bunga melati bunga pandan.
5)   Unsur alam nyiur muda, bunga, sungai
NILAI MURNI

Nilai murni Contoh


1)   Bekerjasama Jikalau semua bersatu hati,
Kerja yang payah menjadi senang.

2)   Kebijaksanaan Jangan ikut hawa nafsu,


Kelak nanti binasa badan.

3)   Berbudi pekerti Tidak salah bergaul mesra,


  Tatasusila perlu dijaga.
.
PENGAJARAN

1)    Kita hendaklah bermuafakat dalam sesuatu pekerjaan.


2)    Kita perlulah memiliki jati diri dan ketegasan dalam menjaga
maruah diri.
3)    Kita mestilah bersifat sederhana dan mengamalkan
kesederhanaan dalam perbuatan,  tindakan dan membuat
keputusan.
4)    Kita haruslah berbudi bahasa, sopan, dan teliti dalam
berkomunikasi.
5)    Kita wajarlah rajin dan merendah diri dalam menuntut ilmu.
6)    Kita seyogianya menjaga keikhlasan dalam pergaulan.
HUBUNGI SAYA!

•Blog saya :
http://hairiebmtutor.wordpress.com/

•Group : Kelab Bahasa Melayu – Hairie

Norhairie Nordin

012-3387287
 

Cikgu Norhairie Nordin


Pelakon
Norhairie Nordin sebagai Penceramah
Norhairie Nordin sebagai Watak A
Norhairie Nordin sebagai Watak B

Penulis Skrip
Norhairie Nordin la

Pelakon layar/Seni Khas


Norhairie Nordin lagi

Editor
Norhairie Nordin jer

Pengarah
Dah tentu Norhairie Nordin
Cikgu Norhairie Nordin

Anda mungkin juga menyukai