Anda di halaman 1dari 18

BAHAN PDPC

TATABAHASA
( KATA HUBUNG)

OLEH :
NORLAILI BT MUHAMMAD
SK BANDAR TASIK SELATAN
Langkah 1-
Jelaskan kepada murid apa itu kata Hubung

Kata dengan kata

Digunakan untuk Frasa dengan


menghubungkan frasa

Ayat dengan ayat


Langkah 2- Perjelaskan kepada murid

Kata hubung ialah :



menghubungkan

perkataan

Frasa

ayat
Langkah 3 –Nyatakan kata hubung dan
fungsi kegunaannya

Tetapi
Digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan atau
bertentangan.

Contoh :
1. Budak itu pandai tetapi malas.
2. Anita suka membaca tetapi dia benci menulis
karangan.
atau

1. Digunakan untuk menyatakan sesuatu itu sama
dengan yang lain.
Contoh : Adakah itu binatang atau haiwan?

2. Menyatakan yang mana di antara dua .


Contoh : Kamu hendak tinggal di sini atau ikut kami?

3. Menyatakan lawan bagi sesuatu kata.


Contoh : Miskin atau kaya semuanya bergembira di
Hari Raya Aidilfitri.
apabila
1. Menunjukkan ketika
Contoh :

Apabila sampai di rumah, barulah ia makan makanan itu.

2. Semasa
Contoh :
Adik gembira apabila melihat ayah pulang ke rumah.

3. Sewaktu
Contoh :
Dia semakin bimbang apabila melihat keadaan ibunya
yang semakin tenat.
walaupun

Digunakan untuk biarpun , meskipun

Contoh :
1 . Walaupun sudah larut malam, dia masih menonton
televisyen.

2. Aina gemar membaca walaupun kawan-kawannya


lebih suka bermain.
kalau

Dalam situasi menyatakan syarat , jika

Contoh :
1. Kalau tidak ada halangan , saya akan datang petang
ini.
2. Kita akan dapat mencipta sesuatu kalau kita kreatif.
3. Anak itu akan berhenti menangis kalau diberi susu.
supaya

Agar, mudah-mudahan tercapai

Contoh :
1. Belajarlah kamu sebelum tua supaya kamu tidak
kecewa.
2. Kawasan sungai itu telah dibersihkan supaya
kelihatan bersih.
3. Kita harus memupuk sikap bertolak ansur supaya
hidup kita aman damai.
sementara

Situasi pada ketika itu

Contoh :
1 Murid-murid perlu membaca buku di dewan
sementara menanti hujan reda.
2. Saya mencuci pinggan sementara ibu mengemas
rumah.
3. Adik menyiapkan kerja sekolah sementara
menunggu ayah datang.
kerana
 sesuatu kejadian
-Menerangkan sebab berlakunya

Contoh :
Pencemaran alam berlaku kerana sikap manusia yang
tidak bertanggungjawab.

- Oleh sebab

Contoh :
Dia gagal dalam peperiksaan kerana malas belajar.
sambil

Sedang melakukan sesuatu,melakukan yang
lain .( buat dua kerja dalam satu masa )

Contoh:
1 Hafiz menonton televisyen sambil mendengar radio.

2. Dia bersembang sambil minum air kopi itu.


lalu

Situasi selepas itu

Contoh :
1. Bayi itu diberi susu lalu ditidurkan.
2. Ayam itu dipanggang lalu dimakan.
serta

Digunakan untuk menunjukkan situasi bersama
dengan / dan juga

Contoh :
1. Aiman serta ibunya telah berlepas ke Bangkok
semalam.
2. Beliau memang baik hati serta jujur.
Dan

Menghubungkan dua perkataan

Contoh :
1. Ada orang yang sedang menyanyi dan ada pula
yang menari.
2. Ibu membeli susu dan sabun.
3. Dia suka makan nasi ayam dan laksa.
Latihan 1
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang betul.
1. ________ tiba di sekolah, Najwa terus berjumpa
dengan Cikgu Nabilah.
2. Izuddin _____________Hafiz sedang bermain bola
sepak di padang.

3. _____________ Encik Azhar seorang yang kaya, dia


seorang pemurah.

4. Aiman tidak tahu jika bas yang dinaikinya itu


betul____________ salah.

atau Walaupun dan Apabila tetapi


Latihan 2
Suaikan kata hubung yang betul

1 Adik Zakiah sedang bernyanyi
___________ menari di ruang tamu. sementara
2. Fatin sedang mencuci pakaian
________ kakaknya asyik mendengar sambil
radio.

3. Zaini makan nasi goreng


___________ Fadil makan mee rebus. lalu
4. Lokman menanggalkan kasutnya
_________ naik ke rumah Pak Mat. tetapi
Sumber rujukan

 www.slideshare.net/mobile/azifahnoor/kata
hubung

 https//sites.google.com>kata

 cikgusurayabukhari.blogsport.com

Anda mungkin juga menyukai