Anda di halaman 1dari 23

Pengurusan Bilik

Darjah Inklusif
Murid Berkeperluan Khas
• Masalah Pendengaran
• Masalah Pembelajaran
• Autistik
• Lewat Perkembangan
• Hiperaktif
• Pintar Cergas
Masalah Pendengaran

1. 2 jenis masalah pendengaran


a. Separa pekak
b. Pekak
2. Ciri-ciri yang ditunjukkan oleh murid yang mengalami masalah pendengaran:

a. Menghadapkan sebelah telinga ke arah pengucap


b. Gagal ikut arahan
c. Selalu minta pengucap mengulangi apa yang diucapkan
d. Pertuturan tidak lancar
e. Sebutan perkara baru tidak betul
f. Tidak berminat dalam aktiviti perbincangan
g. Bergantung kepada orang lain untuk arahan dan tugasan
h. Kelihatan keliru dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh pengucap jika
tidak dapat melihat wajahnya
Pengurusan BD:
1. Murid duduk di baris hadapan.
2. Guru pandang murid, bercakap dengan jelas, tidak membelakangkan kelas.
3. Guru mengajar dengan menggunakan bahan bantu visual.
4. Guru menulis maklumat penting pada papan putih.
5. Murid dilatih membaca ucapan (lip reading) & menggunakan bahasa isyarat.
6. Gunakan teknologi dalam PdP.
7. Adakan buddy system supaya murid dibantu oleh rakan kelas.
Masalah Pembelajaran
1. Jenis-jenis:
a. Masalah membaca (disleksia)
b. Masalah menulis (disgraphia)
c. Masalah mengira (discalculia)
d. Masalah komunikasi (dispraxia)
a) Masalah membaca (disleksia)
Ciri-ciri:
1. Membaca dengan perlahan
2. Sukar mempelajari dan mengingati huruf dan bunyi kepada huruf
3. Membuat banyak kesilapan semasa membaca dan perlu
mengulang/berhenti seketika
4. Menterbalikkan huruf
5. Sukar mengenal pasti idea utama, mengingat kembali fakta asas &
peristiwa dalam urutan yang betul
b) Masalah menulis (disgraphia)
Ciri-ciri:
1. Tulisan tidak kemas
2. Cara pegang pensel yang janggal
3. Sukar menjelaskan idea melalui penulisan
c) Masalah mengira (discalculia)
Ciri-ciri:

1. Keliru dengan simbol/operasi/konsep Matematik


2. Salah baca nombor
3. Sukar mengingati fakta Matematik (istilah, formula)
Ciri-ciri lain masalah pembelajaran:
1. Sukar memahami arahan
2. Masalah ingatan (sukar menyimpan maklumat yang dipelajari)
3. Mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan
4. Kesukaran dalam menyelesaikan masalah
5. Mudah mengalihkan perhatian
6. Konsep kendiri yang negatif
Autistik
1. Murid mengalami masalah dari segi:
-interaksi (sosial) -bahasa
-komunikasi -tingkah laku

2. Ciri-ciri:
i. Mengasingkan diri
ii. Enggan bercakap
iii. Kemahiran sosial & komunikasi yang lemah
iv. Pergerakan badan yang berulang
v. Tidak suka perubahan rutin
vi. Lewat perkembangan

3. Harus menjalani terapi dan intervensi tingkah laku untuk


mengurangkan simptom2 dan menjalani kehidupan yang lebih
normal.
Pengurusan BD
1. Guru menyediakan murid2 lain untuk menerima murid autistik dengan
menerangkan tingkah laku yang mungkin ditonjolkan oleh murid
autistik.
2. Guru mengetahui terlebih dahulu tentang tingkah laku, perkembangan &
rawatan murid autistik supaya dapat menyediakan progrom pendidikan
& persekitaran yang sesuai untuknya.
3. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur.
4. Tempat duduk murid autistik mesti bebas dari benda2 yang boleh digunakan
olehnya untuk mencederakan dirinya.
5. Strategi pengurusan tingkah laku dengan menyediakan peluang untuk murid
autistik mengecapi kejayaan dan memberikan ganjaran untuk tingkah laku yang
diingini.
6. Kaedah pengajaran kumpulan kecil atau individu.
7. Dapatkan nasihat dan bantuan pakar serta guru pendidikan khas.
Lewat Perkembangan

1. Perkembangan fizikal, emosi, sosial & kemahiran


komunikasi yang tidak mengikut norma seperti
kanak2 lain.
Hiperaktif (ADHD)
Ciri-ciri:
1. Kesukaran dalam mengekalkan perhatian dan tingkah laku yang hiperaktif dan
impulsif
2. Ciri2 kesukaran memberikan perhatian:
a. Mudah alih perhatian.
b. Sukar melaksanakan/memberi tumpuan kepada suatu tugasan untuk masa
yang lama.
c. Cepat berasa bosan dengan aktiviti yang sama.
d. Tidak memberi perhatian kepada butir2 khusus – sering membuat kesilapan.
e. Sukar melengkapkan tugasan, mengikuti arahan & memproses
maklumat.
f. Sering lupa, pemalu atau sentiasa berkhayal.

3. Ciri2 tingkah laku hiperaktif:


a. Sering meninggalkan tempat duduk/tidak boleh duduk diam.
g. Bercakap terlalu banyak.
h. Bergerak, menyentuh dan bermain dengan bahan2 dalam BD.
4. Ciri2 tingkah laku impulsif:

a. Tidak sabar.
b. Menyampuk perbualan orang lain.
c. Memberikan komen yang tidak sesuai.
d. Bertindak tanpa memikirkan kesannya.
Pengurusan BD:
1. Tempat duduk murid di tepi meja guru / tidak menghadap
murid2 lain / tidak banyak aktiviti2 yang boleh mengalih
perhatiannya.
2. Jelaskan peraturan & rutin BD kepadanya.
3. Berikan arahan & tugasan yang ringkas.
4. Berikan peluang kepada murid terlibat dalam aktiviti yang
aktif.
Pintar Cerdas

1. Keupayaan intelektual, kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah,


kepimpinan, kemahiran sosial atau kebolehan dalam bidang sukan yang
tinggi.
2. Ciri2:
i. Belajar sesuatu dengan cepat.
ii. Keinginan untuk mengetahui yang tinggi.
iii. Menetapkan matlamat yang tinggi.
iv. Motivasi yang tinggi.
v. Kemahiran bahasa, membaca & perbendaharaan kata yang
luas.
vi. Memberi pandangan / idea yang asli.
vii.Kebolehan memimpin.
viii.Kurang sabar.
ix. Sukar bekerjasama dengan orang lain.
x. Kelihatan seperti bersikap menunjuk-nunjuk.
Pengurusan BD
1. Program pengayaan
- di dalam dan luar kelas
- di dalam kelas: projek, simulasi, permainan, penyelesaian masalah,
pembelajaran kendiri
- di luar kelas: lawatan, menemuduga, menulis laporan untuk surat
khabar
2. Program ekspres (acceleration)

a. Murid dimasukkan ke kelas pada peringkat lebih tinggi (sesuai


dengan perkembangannya)
b. Murid disediakan dengan rancangan khas di dalam kelas yang
sama (belajar dengan lebih cepat)

3. Kaedah pengajaran guru yang menekankan pemikiran abstrak,


kreativiti dan pembacaan peringkat tinggi.

Anda mungkin juga menyukai