Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
(CERPEN)
USIA EMAS
SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan Cikgu Baharum yang berusia 80 tahun yang
diangkat menjadi tokoh warga emas di daerahnya.CikguBaharum mengisi dengan baik
usia emasnya yang dipanjangkan Allah.
Beliau pernah menjadi penulis dan tulisan beliau disiarkan di dalam Warta Malaya (sejenis
akhbar yang popular di Tanah Melayu suatu ketika dahulu).
Pada masa tuanya,beliau memenuhi kehidupan dengan bangun pagi dan bersenam.Sebagai
seorang bekas guru,beliau lebih banyak mengimbau kisah hidupnya ketika bergelar
guru.Jasa dan sumbangan Cikgu Baharun kepada masyarakat tidak boleh
dipertikaikan.Masa tuanya,beliau banyak menghabiskan masa dengan melakukan amalan
ibadah.
Penulis juga turut mengingati semula perwatakan Cikgu Baharum ketika waktu mudanya dahulu dan
bagaimana dia berkenalan dengan Cikgu Baharum.Keakraban hubungan antara Cikgu Baharum dan
penulis digambarkan apabila mereka saling berutus-utuskan poskad dan akhirnya mereka sudah menjadi
seperti saudara sehingga beranak dan bercucu.
Penulis mengutuskan poskad mengucapkan tahniah di atas penganugerahan tokoh warga emas kepada
Cikgu Baharum membawa penulis terkenang semula rahsia awet muda yang turut disiarkan dalam
rencana yang ditulis oleh wartawan yang menemuramahnya.
Penulis dan Cikgu Baharum saling ziarah menziarahi antara satu sma lain untuk bertukar tukar ilmu
pengetahuan kerana Cikgu Baharum seorang yang banyak ilmu pengetahuan.
Penulis akhirnya mendapat juga jawapan bagi persoalan yang sengaja dibiarkan oleh Cikgu Baharum
untuknya berfikir iaitu tentang usia emas dan dia merumuskan tentang kewajipan anak untuk berbuat
kebaikan kepada kedua ibu bapa apabila mereka menginjak usia emas.
Penulis bermimpi melihat Cikgu Baharum turun dari rumahnya dengan memakai jubah
putih,kepalanya tidak tertutup dan dia melambaikan tangan tanpa suara ke arah
penulis.Selepas selesai mendirikan solat sunat Tajajud dan berzikir,isteri penulis menjawab
panggilan telefon yang membawa khabar tentang kematian Cikgu Baharum.Penulis pasrah
dan redha dengan pemergiannya.
Cikgu Baharum meninggal dunia dengan meninggalkan banyak kenangan hidupnya
sebagai seorang guru.
TEMA
PERWATAAN
>Seorang yang berterus terang
>Seorang yang mengutamakan kesihatan
>Seorang yang bertanggungjawab
>Seorang yang mementingkan ilmu pengetahuan
>Seorang yang mementingkan disiplin diri
PENULIS
Latar Belakang
•Watak ‘Saya’ mewakili diri penulis.Berusia 80 tahun dan memiliki seorang isteri.
Perwatakan
>Seorang yang mempunyai semangat setia kawan yang tinggi dalam diri
>Mempunyai sikap ingin tahu
>Seorang yang kuat beribadat
>Seorang yang merendah diri
>Seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agama yang luas
PLOT
PERMULAAN
> ‘Saya’ mempunyai seorang kawan lama yang bernama Cikgu Baharum.Dalam usia 80 tahun,Cikgu Baharum telah
diangkat selaku tokoh warha emas di daerahnya.Namun anugerah tersebut tidak memberikan sebarang perasaan
bangga kepada Cikgu Baharum.
PERKEMBANGAN
> ‘Saya’ teringat kembali semasa dia mula mula mengenali Cikgu Baharum yang hanya mengirimkan poskad
kepadanya dan meminta mahu berkenalan.Cikgu Baharum berkongsi petua petua dengan wartawan yang menemu
ramahnya.
PERUMITAN
>Cikgu Baharum membicarakan sesuatu perkara dengan merujuk al-Quran dan hadis.’Saya’ membacanya berulang
ulang kali untuk mencari hikmah yang tersirat yang ada kaitan dengan umur tua dan anugerah yang diterimanya.
PUNCAK
‘Saya’ sudah mendapar jawapan terhadap persoalan yang bermain di kepalanya.Anugerah usia
emas dianggap tidak relevan dengan kehidupan kita sebagai umat islam.Anak anak perlu
memberikan kasih sayang kepada ibu bapa mereka.
PELERAIAN
> ‘Saya’ mendapat panggilan telefon pada pagi itu yang menyatakan Cikgu Baharum telah tiada.Air
mata ‘Saya’ terus mengalir dan teringat bahawa semua perkara di dalam alam ini adalah milim Allah
Subahanahu Wa Taala.
LATAR
LATAR TEMPAT
Singapura >> Latar singapura dijelmakan dalam cerpen ini bagi menggambarkan unsur unsur
moden khususnya gambaran kota atau bandar yang maju ketika itu.
LATAR MASA
Selepas penjajahan Jepun >> Cikgu Baharum teringat kembali senaman ringan orang Jepun
yang
di lakukan oleh mereka kerana dia berada pada zaman
tersebut.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang terpengaruh dengan budaya luar
Penulis menyatakan bahawa kita terlalu terpengaruh dengan budaya luar dan meniru bulat bulat
perkara yang dibuat oleh budaya luar tanpa mengukur dengan budaya kita sendiri.
Masyarakat yang yang sudah tua sesang melalui kehidupan tua denamgan pelbagau
kenangan manis dan pahit
Cikgu Baharum dipaparkan sebagai orang tua yang terpaksa berhadapan dengan cabaran masa depan
iaitu meneruskan kehidupan dalam zaman yang sangat mencabar dirinya.
KEPENTINGAN DALAM KONTEKS
SARWAJAGAT
1. Memberi nasihat kepada manusia supaya sentiasa berpegang teguh kepada agama.
2. Memberi kesedaran kepada anak anak supaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak
terhadap orang tua.
3. Menjelaskan bahawa,apabila usia sudah tua haruslah perbanyakkan melakukan amalan ibadat.
4. Membantu mempertingkatkan disiplin masyarakat.
5. Memberi mesej kepada masyarakat supaya menjaga kesihatan diri sebaik mungkin.
NILAI DAN
PENGAJARAN
PENGAJARAN
Kita hendaklah menjaga dan menyayangi kedua
NILAI
ibu bapa kita apabila mereka sudah tua.
Kasih sayang Kita seharusnya sentiasa menjaga kesihatan dari
Setiakawan aspek pemakanan dan juga senaman.