Anda di halaman 1dari 20

Nama ahli kumpulan:

Amalina binti Othman


Nazurah binti Anuar
Norazlina binti Muhamad
Siti Rozawati binti Mohd Nawawi

Kod matapelajaran: EDU 3103

Tarikh: 06/07/10 Selasa


PERMAINAN KETINGTING
PENGENALAN

Permainan ketingting yang juga dikenali sebagai permainan ‘buat rumah


batu’ , ‘tinting’ dan ‘ciak tingting’ merupakan salah satu warisan kebudayaan
Melayu yang masih popular hingga ke hari ini. Walaupun pengaruh permainan
moden seperti ‘video game’ dan ‘monopoli’ memberi ancaman kuat kepada
permainan tradisional, permainan ketingting masih menjadi aktiviti
Ketingting merupakan sebuah permainan kanak-kanak yang bukan sahaja
memberi hiburan, malah bermanfaat terhadap rohani dan jasmani seseorang
pemain. Permainan ini yang dimainkan oleh kanak-kanak di seluruh dunia dengan
istilah yang berbeza merupakan asas kepada acara lompat jauh yang bertaraf
sukan antarabangsa. Skil melompat dalam permainan ketingting yang memberikan
pengalaman dan latihan asas kepada pemain untuk menceburi sukan yang lebih
tinggi kemahirannya.
Permainan ketingting yang tidak lenyap akibat arus pemodenan ini telah
diamalkan khususnya oleh masyarakat luar bandar yang masih memelihara warisan
nenek moyang mereka. Di samping itu informasi mengenai ketingting boleh didapati di
mana sahaja termasuklah buku-buku, muzium dan internet. Melalui sumber-sumber
tersebut masyarakat di serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri
permainan ketingting dan sekaligus mengenali warisan kebudayaan masyarakat
Melayu.
Mengikut kajian Sejarah, permainan ketingting bermula semasa Empayar Rom. Luas petak
ketingting pada ketika itu dikatakan berukuran lebih daripada 100 kaki! Ketingting diperkenalkan di
kalangan askar-askar Rom sebagai latihan ketenteraan yang mengasah kekuatan fizikal dan daya tahan
mereka.
Semasa latihan diadakan, askar-askar akan berlari sambil memikul guni-guni berat dan dipercayai
kaedah tersebut dapat meningkatkan ketangkasan dan daya tahan kaki mereka. Dengan berbekalkan latihan
ini askar-askar tersebut mampu bertahan lebih lama di medan peperangan.
Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru latihan pahlawan-
pahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai permainan ketingting. Struktur latihan pahlawan
tersebut berubah wajah menjadi sejenis permainan yang menarik di kalangan kanak.kanak. Mereka
mengubahsuai dengan mengurangkan jumlah keluasan petak dan memudahkan permainan dengan system
pemarkahan mereka sendiri
Permainan ketingting ini berbeza di kebanyakan negara dari segi jumlah dan saiz petak, cara
bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi, dua ciri asas permainan ini yang universal ialah ‘petak segi
empat’ dan skil ‘melompat’.
Walaupun pelbagai teori dan sumber mengatakan bahawa ketingting berasal dari tempat-tempat yang
berbeza namun masyarakat di setiap negara menganggap permainan tersebut sebagai warisan tradisi nenek
moyang mereka.
Berikut adalah istilah yang digunakan untuk permainan ketingting di seluruh dunia. 
Alaska - Alaskan Hopscotch

Argentina - Rayuela
MALAYSIA

Aruba - Pele

Bolivia - La Thunkuna
ARUBA
India - Ekaria Dukaria

Indonesia - One Leg Jump

Jerman - Templehupfen BOLIVIA

Malaysia - Ketingting / Buat Rumah Batu

Netherlands - Hinklebaan PERANCIS

New York - Potsy

Perancis - Marelles / Escargot


NEW YORK
Vietnam - Pico
TEMPAT / KAWASAN PERMAINAN
Lazimnya, ketingting dimain di kawasan-kawasan lapang yang rata. Di kawasan luar
bandar, halaman rumah yang luas dijadikan medan permainan ketingting . Para ibu bapa
mempercayai permainan ini dianggap selamat dijalankan di perkarangan rumah kerana gerak-
geri anak-anak mereka dapat diawasi sambil menguruskan tugasan masing-masing.
Manakala di kawasan bandar pula, kanak-kanak bermain ketingting di taman
permainan ataupun di gelanggang-gelanggang yang berlantaikan simen seperti gelanggang
badminton. Kapur digunakan untuk melukis petak di atas lantai ataupun tanah supaya garisannya
jelas kelihatan.
Kawasan berumput atau padang tidak sesuai untuk permainan ini kerana kesukaran
melukis petak dengan menggunakan kapur. Tambahan pula, kor yang dibaling akan terselindung
di celah-celah rumput dan akan menjejaskan proses permainan.
Permainan ketingting yang dimain di kawasan lapang menyihatkan badan kerana
udaranya bersih dan segar berbanding dengan permainan dalaman yang mengongkong
pergerakan seseorang.
 
SASARAN PEMAIN
Ketingting biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 15
tahun. Jumlah pemain pula tidak terhad dan sekurang-kurangnya dua orang pemain.
Kanak-kanak perempuan dan lelaki amat menggemari permainan ini kerana
permainannya menyeronokkan dan menguji stamina dan kecekapan seseorang pemain.
Walaupun tahap umur ataupun saiz badan tidak menjadi penentu kemenangan
dalam permainan ketingting, biasanya kanak-kanak gemar memilih pemain-pemain
yang seusia dengan mereka.
PERALATAN PERMAINAN
Salah satu keistimewaan ketingting ialah, permainan ini tidak membebankan kanak-kanak
atau ibu bapa untuk membeli peralatan seperti permainan-permainan moden. Ini adalah kerana
peralatannya yang terdiri daripada barang-barang yang boleh dikitar semula senang diperolehi
dan selamat digunakan.
 
Peralatan-peralatannya ialah seperti;
 
a) kapur putih / berwarna atau crayon
- digunakan untuk melukis petak-petak di atas tanah
 
b) batu atau ‘kor’
- setiap pemain perlu ada ‘kor’ yang boleh terdiri daripada sebarang bahan, bentuk, saiz dan
warna .
Contohnya : batu, penutup botol, duit syiling, beg berisi biji saga, kulit siput, butang dan
rantai.
CARA BERMAIN
 Pemain perlu membuang ‘kor’ ke dalam petak ‘RUMAH’ mengikut giliran.Kor pemain yang
jatuh paling dekat dengan garisan ‘RUMAH’ akan memulakan permainan.
 Pemain akan berdiri di tempat permulaan apabila mula bermain.
 Pemain mesti membuang ‘kor’ ke dalam petak 1 dahulu.
 Kemudian pemain akan meneruskan lompatan sehingga dia pulang ke tempat permulaan
(lompatan sebelah kaki untuk nombor tunggal dan dua belah kaki untuk petak bernombor
genap)
 Seseorang pemain perlu menghabiskan permainan iaitu sehingga ‘kor’ nya dibuang di petak
7.
 Selepas tamat semua pusingan, kini tibalah langkah memilih ‘rumah’.
 Pemain akan membaling ‘kor’ ke dalam mana-mana dari tempat permulaan.Di mana jatuhnya
‘kor’, akan menjadi ‘rumah’ pemain.
 ‘Rumah’ pemain boleh dihias dengan corak mengikut citarasa pemain.
PERATURAN PERMAINAN
 

Peraturan dan syarat di dalam permainan ketingting melancarkan proses permainan dan
juga mendisiplinkan para pemain. Pemain yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan denda
ataupun hilang satu pusingan. Bagi kesalahan-kesalahan yang lebih besar, pemain akan dibuang
dari permainan.

Berikut adalah peraturan-peraturan umum permainan ketingting ;


 
i.                     ‘Kor’ pemain-pemain tidak boleh sama kerana boleh mengelirukan para pemain
untuk membezakannya.
 
ii.                   Semasa bermain, ‘kor’ tidak boleh jatuh di luar petak , di atas garisan mana-
mana petak dan di petak ‘rumah’ pemain lain.
 
iii.                  Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat
ataupun ketika mengambil semula ‘kor’ mereka.
 
iv.                 Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan
‘rumah’. Semasa pemilihan ‘rumah’ sekiranya ‘kor’ jatuh di atas garisan ataupun ‘rumah’
pemain lain, pemain dianggap ‘mati’ dan akan memulakan semula permainan dari awal.
 
v.                   Pemain boleh melompat di ‘rumah’nya tetapi tidak di ‘rumah’ pemain-pemain
lain dan tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali ‘rumah’ pemain lain.
 
Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan.
Permainan akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain. Pemain yang memiliki
‘rumah’ yang paling banyak akan dianggap pemenang.
PENUTUP
  Permainan ketingting yang tergolong dalam permainan luar rumah amat sesuai untuk
perkembangan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak. Ciri-ciri permainan ketingting yang
menggunakan gerakan otot mampu melahirkan badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Gerakan ‘lompatan’yang menguji kemahiran mengawal keseimbangan badan boleh
menjadikan seorang kanak-kanak itu cergas dan aktif. Secara tidak langsung, sifat keyakinan diri
dapat disemai di jiwa kanak-kanak supaya mereka percaya akan kemampuan diri.
Mengawal gerakan badan dan mematuhi peraturan yang diamalkan di dalam
permainan ketingting ini boleh mendidik seseorang kanak-kanak mendisiplinkan diri apabila
berada di rumah dan juga tempat-tempat awam.
Persaingan memonopoli ‘rumah’ dalam permainan ketingting merupakan satu budaya
yang sihat. Sikap bersaing ini akan melatih kanak-kanak agar sentiasa gigih berusaha untuk
mencapai keinginan atau matlamat mereka dengan cara yang adil dan betul.
Di samping itu, permainan ketingting juga melahirkan interaksi sosial di kalangan
kanak-kanak yang berasal dari pelbagai budaya dan keturunan yang berbeza. Secara tidak
langsung, interaksi ni mengeratkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat majmuk di negara
kita.
Semoga permainan ketingting ini akan terus dipelihara di kalangan generasi
muda agar khazanah warisan kebudayaan Melayu ini akan kekal sebagai jati diri bangsa yang
disanjungi.
TUGASAN 1
KUIZ
Pilih jawapan yang paling tepat.
 
1. Di antara berikut yang manakah tafsiran paling tepat mengenai asal-usul permainan
ketingting mengikut ahli-ahli Sejarah?
 
A Diperkenalkan oleh kanak-kanak semasa Dinasti Ming.
B Diperkenalkan di kalangan askar ketika Empayar Rom.
C Telah bermula sejak zaman Neolitik.
D Tidak ada satu bukti yang kukuh mengenai asal-usulnya.

2. Apakah istilah ketingting di negara Eropah?


 
A ‘Buat Rumah Batu’ B ‘Tingting’
C ‘Hopscotch’ D ‘Ekaria Dukaria’

3. Istilah ‘Escargot’ untuk permainan ketingting digunakan di negara


____________________ .
 
A Indonesia B Vietnam
C Bolivia D Perancis
4. Di antara berikut , pilih lokasi permainan ketingting yang paling sesuai.
 
I padang II gelanggang badminton
III perkarangan rumah IV stadium

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

5. Mengapakah permainan ketingting tidak menelan perbelanjaan yang besar seperti sesetengah
permainan moden?
 
A kerana kanak-kanak langsung tidak memerlukan sebarang peralatan permainan
B kerana peralatan permainannya terdiri daripada barang-barang kitaran yang mudah diperolehi.
C kerana permainan ini tidak diminati oleh kanak-kanak di kawasan bandar.
D kerana permainan ini bersifat tradisional dan diwarisi daripada nenek moyang.
 
6. Di antara bahan-bahan berikut yang manakah tidak sesuai dijadikan ‘kor’?
 
A kulit siput
B guli
C penutup botol
D duit syiling
Soalan 7 dan 8 berdasarkan Rajah 1.

 
7. Berpandukan Rajah 1, di petak
 
manakah pemain perlu membuang
‘kor’ untuk memulakan permainan?

 
8. Sekiranya ‘kor’ seorang pemain jatuh di tempat ‘D’, apakah tindakan seterusnya?
 A Pemain tersebut dianggap ‘mati’ dan memulakan semula permainan.
B Pemain tersebut akan memulakan permainan sebagai pemain pertama dan diikuti
oleh
pemain lain.
C ‘D akan menjadi ‘rumah’ pemain tersebut.
9. Berikut adalah cara-cara pemain mengutip semula ‘kor’ dari petak ‘RUMAH’.
Sila susun semula cara tersebut mengikut turutan.
 I pemain melompat ke petak 5 dan seterusnya ke petak-petak lain sehingga tiba di
titik permulaan.
II apabila mengutip ‘kor’, tangan pemain tidak boleh menyentuh garisan.
III pusing sambil melompat supaya kaki kanan di petak 6 dan kaki kiri di petak 7.
IV pemain duduk mencangkung untuk mengutip ‘kor’ tanpa menoleh ke belakang.
 A IV, II, III, I
B I, III, IV, II
C III, IV, II, I
D II, IV, III, I

10. Antara berikut pemain manakah dianggap sebagai pemenang dalam permainan ketingting?
 A pemain yang pertama memulakan permainan
B pemain yang tidak pernah ‘mati’
C pemain yang paling banyak memiliki ‘rumah’
JAWAPAN KUIZ Berapa skor anda?
JAWAPAN KUIZ
1 B
2 C
3 D
4 D
5 B
6 B
7 C
8 A
9 C
10 D
RUJUKAN:
btpnkl.edu.my/cerdiknet/download.php?
f=1242649078Ketingting

Anda mungkin juga menyukai