Anda di halaman 1dari 73

Perjuangan pemimpin tempatan menentang British

 Gerakan pemimpin tempatan wujud sejak kedatangan British


kerana dasar yang telah dilaksanakan oleh pihak British telah
menekan penduduk tempatan.
 Gerakan ini merupakan reaksi spontan masyarakat tempatan
untuk menjaga kepentingan mereka daripada dicerobohi dan
dikuasai oleh orang luar.
 Gerakan perjuangan yang dijalankan dipimpin oleh penduduk
tempatan seperti Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela,
Rentap dan Mat Salleh.
Dato' Maharaja Lela adalah salah seorang
pembesar lapan Perak  
Pejuang Tok Janggut di hukum
gantung 
Mat Kilau pahlawan Pahang 
Makam seorang pahlawan
Naning 
Sebab-sebab penentangan
Pelaksanaan
Dasar Eksploitasi
Pentadbiran Barat
Penaklukan Terhadap Ekonomi
Terhadap Masyarakat
British Tempatan Tempatan

Sebab-sebab
penentangan

Kesulitan Pembesar Tempatan Campurtangan


Penduduk Kehilangan Kuasa British dalam Adat
tempatan dan pengaruh Resam Tempatan
1) Dasar Penaklukan British
 Penentangan penduduk tempatan terhadap British adalah
kerana dasar penaklukan British di daerah mereka seperti di
Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak dan
Sabah.
 Dasar penaklukan British terhadap NNM bertujuan untuk
mengukuhkan kuasa politik.
 Apabila British menguasai satu wilayah, maka kawasan itu
adalah terikat dengan perintah dan peraturannya.
 Contohnya, selepas menguasai Melaka daripada Belanda,
British telah memasukkan Naning ke dalam jajahan
takluknya dan memaksa Nanaing menghantar ufti ke
Melaka tetapi tidak diterima oleh pemerintah Naning iaitu
Penghulu Dol Said yang menyebabkan berlakunya
pemberontakan.
2) EKSPLOITASI TERHADAP EKONOMI
TEMPATAN
 British juga berhasrat untuk menguasai ekonomi tempatan
bagi kepentingan meeka melalui perjanjian yang dimeterai
dengan pemimpin tempatan.
 Menerusi perjanjian ini, saudagar NNS telah dibenarkan
terlibat dalam perlombongan dan perdagangan bijih timah.
 Penguasaan British dalam ekonomi tempatan menimbulkan
kemarahan di kalangan penduduk tempatan.
3) Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap
Masyarakat Tempatan

 Penentangan juga berlaku kerana British telah memaksakan


sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
 British telah memperkenalkan pelbagai peraturan seperti
sistem cukai, undang-undang dan peraturan tanah untuk
mendapatkan hasil yang maksimum.
 Contohnya, di Terengganu, British bertindak
memperkenalkan peraturan tanah yang mensyaratkan
penduduk tempatan mendapatkan kebenaran mereka untuk
mengusahakan tanah dan dikenakan cukai tanah.
sambungan

 Peraturan ini bertentangan dengan amalan tradisi


masyarakat tempatan yang membolehkan mereka membuka
tanah mengikut keperluan mereka tanpa membayar cukai.
4) Campur Tangan British Dalam Adat Resam
Tempatan
 British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-
nilai Barat yang bertentangan dengan budaya tempatan yang
menyebabkan berlakunya penentangan.
 Misalnya, di Perak, J.W.W Birch telah campur tangan dalam
adat resam masyarakat Melayu yang diamalkan selama ini
iaitu amalan menggunakan orang suruhan.
 Tindakan ini ditentang oleh pemimpin dan masyarakat
tempatan.
5) Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan
Pengaruh
 Penjajahan British ke atas kawasan milik
pembesar menyebabkan pembesar hilang
pengaruh ke atas kawasan dan anak buah.
 Pembesar dilantik oleh Sultan atau masyarakat
untuk mentadbir sebuah kawasan yang
memberi mereka kuasa untuk menjaga hal-
ehwal daerahnya seperti :
- pentadbiran/perundangan/ekonomi/sosial
sambungan
 Ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin
tempatan dan mendorong mereka menentang British.
 Penentang daripada kalangan pemimpin tempatan ini
mendapat sokongan anak buah mereka kerana didorong oleh
perasaan taat setia dan kehidupan yang tertekan akibat
pelaksanaan pelbagai peraturan oleh British.
6) Kesulitan Penduduk Tempatan

 Peraturan yang diperkenalkan oleh British seperti peraturan


tanah dan cukai telah menyulitkan kehidupan penduduk
tempatan.
 Penentangan yang dilakukan oleh pembesar disokong oleh
penduduk tempatan.
PENENTANGAN PEMIMPIN
TEMPATAN
Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan

1) NANING (1831-1833) – Penghulu Dol Said


 Penentangan oleh Penghulu Dol Said di Naning adalah yang

paling awal berlaku di Tanah Melayu iaitu antara 1831-1833.


 Beliau menentang British kerana tidak bersetuju dengan

tindakan British yang meletakkan Naning di bawah jajahan


takluknya.
 Penghulu Dol Said mengingkari arahan British supaya Naning

menghantar 1/10 hasilnya sebagai ufti kepada negeri Melaka.


sambungan
 Ini menyebabkan British menghantar tenteranya untuk
menakluk Naning pada tahun 1831.
 Pasukan British ini ditentang oleh Penghulu Dol Said
dengan bantuan ketenteraan daripada :

Yam Tuan Ali (Rembau)


- Syed Shaban (Penghulu Remai dan Rechat)
- Dato’ Kelana Sungai Ujong
- Penghulu Gemencheh

 Pasukan ini telah berjaya mengalahkan 150 orang tentera


British pimpinan Kapten Wyllie yang berusaha untuk
menawan Taboh yang terletak di dalam daerah Naning.
sambungan
 British dengan 1200 orang tentera sekali lagi menyerang
Naning pada akhir tahun 1832.
 Tetapi pada kali ini Penghulu Dol Said dan pengikut-
pengikutnya tidak dibantu oleh sesiapa yang menyebabkan
mereka kalah di tangan pasukan British.
 Akhirnya, Penghulu Dol Said terpaksa menyerah diri dan dia
telah dibawa ke Melaka.
2) Sarawak – Linggir, Rentap dan Syarif Masahor
 Penentangan di Sarawak sama dengan penentangan di
Naning.
 Pada tahun 1842, James Brooke yang digelar Raja Putih
Sarawak telah berusaha untuk menguasai beberapa buah
daerah pedalaman sehingga menimbulkan banyak bantahan
daripada pemimpin tempatan.
 Keengganan mereka menyerahkan daerah mereka kepada
James Brooke menyebabkan James Brooke menyerang
daerah-daerah tersebut.
 Penentangan di Sarawak diketuai oleh pemimpin-pemimpin
seperti Rentap, Rentap dan Syarif Masahor yang mana
corak penentangannya adalah sama.
sambungan
A) LINGGIR (1849)
 Beliau merupakan pemimpin kaum Iban di Saribas yang
menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849
dengan menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupar.
 Serangan ini merupakan tindak balas terhadap langkah
James Brooke dan Kapten Farquhar yang menghalang
pelayaran mereka di Sungai Saribas.
 Walau bagaimanapun, Linggir dan pengikutnya tidak
berjaya dalam pertempuran tersebut.
B) RENTAP (Nama sebenar Libau dan bergelar Raja
Darat dan Raja Ulu)

 Rentap bermaksud penggoncang dunia merupakan


pemimpin Iban yang menentang James Brooke pada tahun
1853 kerana tindakan James Brooke yang menghapuskan
orang Iban di Sungai Skrang yang dianggap lanun.
 Beliau telah membuat serangan ke atas pasukan James
Brooke di Kubu Nanga Skrang untuk menghalang
kezaliman James Brooke di daerah tersebut.
 Serangan ini telah berjaya mengusir James Brooke tetapi
tentera James Brooke telah bertindak balas dengan
membakar kampung mereka.
sambungan

 Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok tetapi sekali


lagi mereka diserang oleh James Brooke.
 Tentera James Brooke telah berjaya mengalahkan Rentap dan
pengikut-pengikutnya pada tahun 1861.
 Ini menyebabkan beliau terpaksa berundur ke Ulu Sungai
Entabai dan serangannya semakin lemah.
C) SYARIF MASAHOR (1857)

 Syarif Masahor merupakan Gabenor Sarikei yang dilantik


oleh Sultan Brunei dan sangat dihormati oleh orang Iban
dan Melanau.
 Penentangan orang Melayu di bawah pimpinan Syarif
Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berlaku kerana
mereka menolak penguasaan James Brooke di Sungai
Rajang iaitu wilayah mereka pada tahun 1857.
 Ini kerana penguasaan James Brooke ke atas wilayah
mereka akan menyebabkan mereka kehilangan kuasa
memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk
tempatan.
sambungan
 James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit pada
tahun 1858 yang kemudiannya telah diserang oleh Syarif
Masahor.
 Seterusnya, beliau dan Datu Patinggi Abdul Gapor telah
menyerang James Brooke di Kuching namun tentangan
mereka gagal.
 Syarif Masahor melarikan diri ke Brunei tetapi kemudian
diserahkan kepada British di Singapura oleh Sultan Brunei.
 Datu Patinggi Abdul Gapur melarikan diri ke Betawi tetapi
beliau berjaya ditahan oleh Belanda dan diserahkan kepada
James Brooke.
3) Sabah – Mat Salleh (Mohammad Salleh bin Datu
Balu, berketurunan Suku Sulu Paitan)
 Beberapa siri penentangan terhadap Syarikat Borneo Utara
British (SBUB) di Sabah telah dilakukan oleh pemimpin
tempatan.
 Penentangan yang paling besar telah dilakukan oleh Mat
Salleh yang merupakan pemerintah daerah Tambunan dan
Sungai Sugut.
 Penentangan ini disebabkan pihak SBUB tidak
menghiraukan kedudukan Mat Salleh.
 Ini kerana mereka bukan sahaja menduduki kawasan
pengaruh Mat Salleh tetapi turut melaksanakan sistem
cukai kepala dan surat perahu.
Penentangan Mat Salleh
di Sabah
1894 - 1900
sambungan
 Pegawai-pegawai syarikat juga bersikap kasar terhadap
penduduk tempatan.
 Mat Salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan
SBUB tetapi tidak dilayan malah kampungnya telah
diserang dan dibakar oleh Gabenor Beaufort yang
menyebabkan Mat Salleh terpaksa melarikan diri.
 Namun, pada tahun 1897, beliau dan pengikutnya telah
membuat serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau
Gaya.
 Ini membuatkan SBUB menawarkan pelan damai kepada
Mat Salleh iaitu menyerahkan Tambunan kepadanya.
KAWASAN MAT SALLEH
sambungan
 Walau bagaimanapun, SBUB telah mungkir janji dan ini
menyebabkan Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB.
 Serangan ini dibalas oleh SBUB dengan menyerang kubu Mat
Salleh.
 Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunia pada 31 Januari
1900.
4) Perak – Dato’ Maharaja Lela

 Penguasaan British di Perak yang didalangi oleh J.W.W


Birch telah mendapat tentangan daripada orang tempatan
di bawah pimpinan Dato’ Maharaja Lela (Pandak Limo
bin Machang Lela Tok Mahmud) yang merupakan
pembesar kelapan Perak dengan gelaran Orang Kaya-
Kaya Maharaja Lela Tun Jana Putra.
 Penentangan di Perak ini dilakukan secara bersatu oleh
semua pembesar dan sultan.
sambungan
 Sebab penentangan penduduk tempatan Perak terhadap
British ialah :
 Mengambil hak mengutip cukai
 J.W.W. Birch memaksa Sultan Abdullah
menandatangani pengisytiharaan yang
membolehkan British mengambil hak mengutip
cukai.

  Memperkenalkan cukai baru


 British bertindak sesuka hati dengan
memperkenalkan beberapa cukai baru seperti
cukai padi, cukai perahu, cukai atap, cukai
senjata dan bayaran permit untuk membalak.
.
 Mencabar ketuanan Melayu
Sultan Abdullah didesak menandatangani
perisytiharan penyerahan kuasa kepada
British.Pengisytiharran itu menyebabkan
kuasa mentadbir negeri diserah kepada
Residen.

 Mencabuli adat resam


J.W.W. Birch mencampur tangan dalam
adat resam penduduk tempatan dengan
mengharamkan amalan perhambaan.
PETA KAWASAN PENENTANGAN
DATO’ MAHARAJALELA
Urutan penentangan Dato’ Maharaja Lela dan orang
Melayu di Perak

Tarikh Peristiwa

20 Jan 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan


Abdullah dan Sir Andrew Clarke.

Feb 1875 Bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato’


Maharaja Lela dan pembesar Melayu Perak
yang lain terhadap campur tangan British. Dato’
Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak.

21 Julai 1875 Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan


pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang
menentang undang-undang British.
Dato’ Maharaja Lela bersetuju mengambil
tanggungjawab membunuh J.W.W Birch selepas
12 Sept 1875 bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para
pembesar lain di Belanja. Sultan Abdullah
memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan
tersebut.
Walaupun Dato’ Maharaja Lela melakukan
penentangan terhadap British, namun Sultan
31 Okt 1875 Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada
British. Mat Arshad, orang suruhan British
dibunuh oleh penduduk tempatan semasa
menampal poster cukai di Pasir Salak.
2 Nov 1875 Pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum, Pandak
Lam dll atas arahan Dato’ Maharaja Lela di
Sungai Perak, Pasir Salak.
Pihak British dengan 500 orang tenteranya
13 Nov 1876 melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dak
kawasan-kawasan yang terlibat. Dato’ Maharaja
Lela dan Dato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama.

Perbicaraan diadakan di Matang, Perak. Hakimnya


ialah Raja Idris. Manakala penasihat perbicaraan
ialah Frank Swettenham. Dato’ Maharaja Lela
bersama-sama Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum
dan Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung. Sultan
20 Nov 1877 Ismail dibuang negeri ke Johor. Sultan Abdullah,
Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana
pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Dengan
itu, Perak dikuasai sepenuhnya oleh British.
31 Oktober 1875
 Walaupun Dato’ Maharaja Lela melakukan penentangan

terhadap British, namun Sultan Abdullah terpaksa


menyerahkan Perak kepada British.
 Mat Arshad, orang suruhan British, dibunuh oleh

penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di


Pasir Salak.

 2 November 1875
 Pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum, Pandak Lam,

dan lain-lain lagi atas arahan Dato’ Maharaja Lela di


Sungai Perak, Pasir Salak.
Pengoyakkan Surat Pengisytiharan

Perangkap J.W.W. Birch

Pembunuhan J.W.W Birch 2 November 1875


di Pasir Salak
  13 November 1876
 Pihak British dengan 500 orang
tenteranya melancarkan serangan
terhadap Pasir Salak dan kawasan-
kawasan yang terlibat.
 Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
melarikan diri ke Kota Lama.
Sultan Abdullah, Dato' Maharaja Lela,
Dato' Sagor dan pahlawan-pahlawan
lain
 KESAN-KESAN
 Kesan-kesan

 Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor,


Pandak Indut dan Sepuntum dljatuhi
hukuman gantung sampai mati di tebing
Sungai Perak

 Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim


dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

  Raja Ismail dibuang negeri ke Johor.


Sultan Abdullah dibuang ke
Menjalani hukuman gantung di Larut 1877
Pulau Seychelles 1877
5) Negeri Sembilan – Yam Tuan Antah Sri Menanti dan
Dato’ Syahbandar Sungai Ujong (Abdullah Tunggal)
 Penentangan pembesar tempatan terhadap penguasaan
British di Negeri Sembilan telah dilakukan oleh Yam Tuan
Antah dan Dato’ Syahbandar.
 Sebab-sebab penentangan Yam Tuan Antah ialah:
- British menduduki Sungai Ujong.
- British menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan
Paroi.
- British menawan Bukit Putus, Jempul dan Terachi.
- Pada tahun 1888, Yam Tuan Antah menandatangani
perjanjian damai.
sambungan
 Dato’ Syahbandar Sungai Ujong enggan menandatangani
perjanjian dengan British pada 21 April 1874.
 Beliau juga menentang tindakan Dato’ Kelana Sungai
Ujong iaitu Syed Abdul Rahman yang mempelawa British
supaya campur tangan dalam pertikaian mereka iaitu
menguasai kawasan sempadan untuk mengenakan cukai
kepada pedagang bijih timah dari Negeri-Negeri Selat
(NNS).
 Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman akhirnya berjaya
mengalahkan Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal untuk
menguasai Sungai Ujong dengan bantuan British.
sambungan
 Dato’ Syahbandar Abdullah Tunggal terpaksa
berundur ke Selangor.
 Walau bagaimanapun, beliau kembali semula ke
Sungai Ujong dan menandatangani perjanjian dengan
British pada 10 November 1874.
 Dato’ Syahbandar bersetuju meletakkan jawatan dan
berhijrah ke Singapura.
 Dengan itu, seluruh Sungai Ujong dapat dikuasai
sepenuhnya oleh Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman
tetapi tertakluk di bawah penguasaan British.
6) Pahang (1888) - Dato’ Bahaman
 Beberapa orang pembesar telah bersatu melawan
penguasaan British di Pahang pada tahun 1888.
 Apabila J.P Rodger dilantik sebagai Residen Pahang yang
pertama, pelaksanaan undang-undang British yang
bertentangan dengan adat resam dan sistem politik
tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil
tanah, sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar telah
ditolak oleh Dato’ Bahaman.
 Ini kerana undang-undang tersebut telah menghakis kuasa
Dato’ Bahaman sebagai Orang kaya Setia Perkasa
Pahlawan Semantan.
 Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan
Imam Rasul telah bersatu menentang British selama 5
tahun.
Siri penentangan Dato’ Bahaman
Tahun Peristiwa
1890 Menentang pembinaan Balai Polis Lubuk Terua,
kawasan pengaruhnya.
1891 Menyerang British kerana menagkap anak buahnya.

1892 Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua.

1894 Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram


Ampai.
1895 Akibat tekanan British, Dato’ Bahaman berundur ke
Kelantan.
sambungan
 Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya diberi perlindungan
daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.
 Dato’ Bahaman menetap di Hulu kelantan manakala Tok
Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
 Dato’ Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan
perlindungan politik oleh Raja Chulalongkorn pada tahun
1896.
 Beliau menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup
sebanyak 1000 bath dan meninggal di sana.
7) Kelantan (1910) – Tok Janggut
(Haji Mat Hassan bin Munas)

 Penentangan terhadap penjajahan British di kelantan


berlaku di Pasir Puteh apabila Sistem Penasihat British
diperkenalkan pada tahun 1910.
 British telah memaksa penduduk tempatan menerima pakai
sistem cukai yang diperkenalkannya.
 Tok Janggut membantah pelaksanaan sistem ini dan enggan
membayar cukai tetapi tidak dilayan oleh Pegawai Daerah
Pasir Puteh.
 Sebaliknya, arahan menangkap Tok Janggut telah
dikeluarkan tetapi gagal.
sambungan
 Pada tahun 1915, Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad,
Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak serta penduduk
tempatan bersetuju menyerang Pasir Puteh dan berjaya
mendudukinya.
 Sebuah kerajaan telah dibentuk dengan Engku Besar
dilantik sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri
manakala Che Ishak sebagai Pegawai Daerah.
 British telah menggunakan nama Sultan Kelantan untuk
membawa masuk pasukan tentera dari Negeri Selat dengan
Kapal Perang H.M.S Cadmus yang mendarat di Tumpat.
 British memulakan serangan di Saring pada bulan Mei
1915.
sambungan
 Serangan British yang tersusun dengan penggunaan senjata
yang lebih moden telah berjaya melumpuhkan perjuangan Tok
Janggut dan pengikutnya.
 Malah Tok Janggut juga telah terkorban dalam serangan itu.
 Mayatnya diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum
digantung di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki
ke atas sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang
berani menentang British.
8) Terengganu – Haji Abdul Rahman Limbong
 Haji Abdul Rahman Limbong atau Haji Abdul Rahman bin
Haji Abdul Hamid yang merupakan seorang ulama telah
menentang British di Terengganu kerana tidak berpuas hati
dengan sistem cukai dan undang-undang tanah British yang
diperkenalkan kepada penduduk tempatan.
 Beliau telah mengetuai penduduk kampung membersihkan
tanah di Kuala Telemong pada bulan Julai dan Ogos 1922
tanpa menghiraukan peraturan tanah.
 Pada bulan Mei 1925 pula, kira-kira 300 orang penduduk
kampung telah berkumpul dan membuka tanah milik
Tengku Nik Maimunah ibn Sutan Zainal Abidin III yang
meliputi kawasan Lubuk Batu hingga Kampung Pelam.
sambungan
 Keadaan ini membimbangkan British tetapi mereka dapat
disuraikan dengan jasa baik Tengku Nik Maimunah.
 Kemarahan penduduk tempatan terhadap dasar British
menyebabkan mereka melancarkan penentangan bersenjata
pada bulan Mei 1928.
 Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala
Berang telah berjaya mendudukinya manakala kumpulan di
Kuala Telemong pula telah bersiap sedia menunggu arahan
untuk menentang British.
 British telah menggunakan kuasa dan nama Sultan
Terengganu untuk menghantar 3 orang pembesar bagi
membawa perintah sultan untuk menawan semula Kuala
Berang dan menangkap serta memburu sesiapa sahaja yang
menghalangnya.
sambungan
 Cara ini memudahkan British kerana rakyat Melayu tidak akan
menderhaka kepada sultan.
 Sepasukan polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala
Telemong dan berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk
tempatan dengan mengorbankan 11 orang.
 Haji Abdul Rahman Limbong telah diserang oleh 50 orang
polis yang dibawa dari Singapura.
 Beliau akhirnya berjaya ditahan dan dibuang negeri ke
Makkah.
Kesimpulan
 Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang British telah
menunjukkan semangat taat setia negara yang tinggi kerana
sanggup berkorban untuk bangsa.
 Sifat bekerjasama dan tolong-menolong antara pemimpin
dan pengikut dalam menentang British telah
menyumbangkan kejayaan.
 Sikap berdisiplin dan gigih berusaha dapat menghasilkan
perjuangan yang berjaya.
 Kekalahan mereka dalam perjuangan adalah kerana
kekurangan ilmu dan senjata moden.
 Oleh itu, kita patut mengambil iktibar dengan berusaha
melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang
baik supaya tidak dijajah lagi.
Faktor-faktor pemangkin nasionalisme

 Pengenalan Sistem Politik Barat


 Perkembangan Sistem Pendidikan
 Dasar British
 Pembukaan Bandar Baru
 Pendudukan Jepun
 Penguasaan Parti Komunis Malaya(PKM)
 Mesin Cetak
 Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
 Kesedaran Politik di Asia Tenggara(serantau)
Pengenalan sistem politik Barat
 Memusnahkan sistem politik tempatan
 Residen mengambil alih pentadbiran
negeri daripada pembesar tempatan
 Pembesar diberi pencen
 Jawatannya digantikan dengan pegawai
British
 Hal ini mencabar amalan tradisi dan
menjatuhkan maruah pembesar
tempatan
Perkembangan Sistem Pendidikan

 Sistem pendidikan Inggeris dan


sekolah vernakular Melayu
diperkenalkan
 Melahirkan intelek Melayu
 Menggunakan idea baru bagi
memajukan bangsa Melayu &
menolak sebarang bentuk
penjajahan Barat
Dasar British
 Menggalakkan sesiapa sahaja datang
melabur, berniaga, berdagang, bekerja &
menetap di Tanah Melayu
 Kesannya kemasukan beramai-ramai imigran
dan menimbulkan persaingan kepada
penduduk tempatan
 Mereka menguasai ekonomi Tanah seperti
bijih timah, getah dan perniagaan
 Orang Melayu kekal dengan pertanian padi
yang tidak dimajukan oleh British
 Mereka terus kekal dalam ekonomi tradisional
Pembukaan bandar baru
 Sebagai pusat pentadbiran tetapi orang
Melayu tetap di kampung yang mundur
 Prasarana seperti elektrik, pos,telefon,
sekolah dan hospital telah meningkatkan taraf
hidup di bandar
 Orang Melayu tetap tinggal di kampung
dengan segala kekurangan
 Jurang taraf hidup orang tempatan dengan
imigran dan penduduk bandar telah
menyedarkan golongan intelek Melayu &
mereka menjadikannya sebagai isu gerakan
nasionalisme
Pendudukan Jepun
 Merupakan pemangkin gerakan nasionalisme
 Jepun dengan konsep “Kawasan
Kesemakmuran Asia” iaitu:
 Kebebasan negara-negara Asia untuk
menentukan kemajuan & meningkatkan
persaudaraan di kalangan negara-negara
 Mengalakkan bekerjasama dengan Jepun
 Jepun berjanji akan memerdekakan mereka
• Kesengsaraan hidup akibat kekurangan
makanan & ubatan serta kekejaman Jepun
menimbulkan kebencian penduduk
• Tanggapan rakyat semua penjajah zalim dan
menindas penduduk tempatan
PENINDASAN PENJAJAH
Penguasaan Parti Komunis Malaya
(PKM)
 Pada 1945, PKM berkuasa selama 14 hari dan
mula menyebarkan ideologi komunis
 PKM telah menguasai balai-balai polis,
memerintah dengan kejam, membunuh &
menangkap sesiapa sahaja yang dianggap
sebagai penyokong Jepun
 Ramai orang Melayu terbunuh & rumah mereka
dibakar
 Orang Melayu bertindak balas di Perak, Johor,
Negeri Sembilan dan Pahang
 Mewujudkan perbalahan kaum
Mesin Cetak
 Memberi kesan terhadap
penyebaran ilmu pengetahuan dan
mendorong kepada penentangan
terhadap British
 Contohnya; buku, akhbar, majalah,
kitab agama – idea menentang
penjajah dapat disebarkan
Gerakan Pan-Islamisme Sedunia
 Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh
dunia untuk membangkitkan kefahaman Islam
untuk menentang penjajahan Barat ke atas
negara-negara Islam
 Merangsang kesedaran semangat kebangsaan
 Bermula di Universiti Al-Azhar, Mesir oleh
Syeikh Muhammad Abduh
 Tulisannya menekankan bahawa Islam adalah
cara hidup yang menekankan kepentingan
dunia & akhirat serta mendorong ke arah
kemajuan dunia(ideanya disebarkan melalui al-
Manar
 Gerakan Wahabi di Arab Saudi juga mendesak
perkara yang sama
Kesedaran Politik di Asia Tenggara
(serantau)
 Khususnya berlaku di Indonesia telah
mendorong kebangkitan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu
 Kesedaran politik Indonesia lebih matang dan
telah melahirkan ramai intelektual & karya
mereka menjadi bahan bacaan penduduk
Tanah Melayu
 Idea politik dan penentangan terhadap
penjajahan tersebar luas di sini
 Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu
memudahkan lagi penerimaan unsur kegiatan
nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

Anda mungkin juga menyukai