Anda di halaman 1dari 10

Kaedah Pengajaran dan

Pembelajaran
Nurul Auni
Nur Shafiqa Alia
Qistina
01
Penerangan
Melalui kaedah ini, guru memberi
Merupakan kaedah pengajaran yang penerangan tentang sesuatu tajuk
lebih berpusatkan guru. pelajaran atau isi pengajaran secara
lisan.

Bagi menghasilkan pengajaran yang Pelaksanaan kaedah penerangan ialah


lebih berkesan, guru perlu penerangan hendaklah diberikan pada
menggunakan alat bantu mengajar. masa yang sesuai.
Contoh

Murid mendengar penerangan guru tentang


perbezaan antara Rasul dan Nabi dengan
menggunakan slaid.

Murid menjawab persoalan dengan


menggunakan kahoot secara beramai-ramai.
02

Inkuiri Penemuan
Konsep kaedah inkuiri
penemuan
• Inkuiri penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
fenomena yang berlaku disekeliling.
• Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Ia merupakan satu pendekatan
pembelajaran yang lebih menekankan aktiviti untuk memupuk kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir dalam diri setiap pelajar.
• Kaedah pengajaran inkuiri penemuan ini adalah memusat kepada kanak-kanak.
• Murid-murid diberi suatu situasi atau bahan atau perkara yang bermasalah untuk
diselesaikan dengan bimbingan guru. Kaedah ini adalah menarik serta merangsangkan
murid-murid kerana mereka perlu menggunakan kreativiti, pemikiran, penaakulan serta
penilaian bagi menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat sesuatu keputusan.
Langkah-langkah pengunaan kaedah inkuiri
penemuan

Langkah 1
Guru boleh memaklumkan kepada murid tentang topik yang akan
dipelajari dan aktiviti yang akan mereka lakukan serta memberitahu
mereka implikasi menarik yang akan mereka perolehi dalam
pelajaran ini.

Langkah 2
Membina hipotesis (dalam konteks ini, hipotesis tidak digunakan
tetapi persoalan kajian) yang perlu dibina oleh murid (dengan
bimbingan guru: pelbagai perspektif persoalan akan diperolehi
daripada murid
Langkah 3
Setelah murid mempunyai gambaran yang jelas tentang tujuan
proses inkuiri, mereka perlu mempunyai idea bagaimana mencari
jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan.

Langkah 4
Setelah mengetahui apa yang perlu dilakukan, murid akan menyenaraikan
perkara atau bahan yang diperlukan.

Langkah 5
Murid akan mengumpulkan data dan membuat analisis penemuan mereka.

Langkah 6
Murid membuat perbandingan penemuan atau interpretasi maklumat
dengan rakan lain dan membuat rumusan dengan panduan dan
bimbingan guru.
Contoh langkah 3
• Langkah 1 : guru menyatakan tajuk “25 nama Rasul”, terdapat aktiviti lyrical
lesson (video lagu 25 nama Rasul)
• Langkah 2 : guru menanyakan soalan, “berapakah Rasul”, “kenapa ada 25
sahaja Rasul” (25 nama rasul ini merupakan nama rasul yang wajib
diketahui) “siapakah nabi ulul azmi”
• Langkah 3 : murid melakukan perbincangan dengan ahli kumpulan tentang
persoalan yang dibangkitkan
• Langkah 4 : murid menyenaraikan jawapan untuk soalan
• Langkah 5 : murid mengumpulkan semua jawapan yang diberi oleh ahli
kumpulan
• Langkah 6 : melakukan perbincangan dengan kumpulan dan guru untuk
mengetahui jawapan yang sebenar
Sekian terima
kasih
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including icons
by Flaticon, infographics & images by Freepik

Anda mungkin juga menyukai