Anda di halaman 1dari 6

Tutorial M4

Qistina
Nurul Auni
Nur Shafiqa Alia
Wan Nur Ain Nazihah
Maksud Talaqqi Musyafahah

Maksud Musyafahah
Bahasa - Sebutan daripada mulut ke mulut
yang diambil dari pergerakan dua bibir
Maksud Talaqqi
Istilah – Murid menerima pengajaran melalui
Bahasa - Pertemuan secara berhadapan atau sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan
bersemuka. menyebutnya mengikut guru.

Menurut istilah - Pertemuan antara guru dan murid Contoh - Seorang guru membaca sepotong
secara bersemuka. ayat kepada seorang murid, dan kemudiannya
murid itu mengikut contoh bacaan guru secara
Contoh - guru membacakan sepotong ayat kepada individu.
sekumpulan murid dan kemudian murid mengikut bacaan
guru secara berhadapan dengan guru beramai-ramai.
Latih Tubi

 Merupakan satu aktiviti pengulangan fakta atau ayat atau kecekapan yang dipelajari.
 Tujuannya :
 Supaya pelajar mencapai taraf penguasaan bacaan dan hafazan di samping menjamin kekekalannya
dalam ingatan pelajar.
 Pelajar dapat menyebut dengan fasih.
 Pelajar dapat melancarkan bacaan mereka dalam al-Quran.
 Contohnya: Guru membetulkan kesalahan pelajar dan meminta mereka membaca secara latih tubi hingga dapat
menghafaz ayat dengan betul.
Prinsip Kaedah Talaqqi Musyafahah
Mengutamakan sebutan dan bacaan yang tepat

Memerhati pergerakan mulut guru secara berdepan.


(bersemuka)

Murid menyebut (mengikut) cara sebutan guru

Kelemahan contoh bacaan daripada guru memberi kesan besar


kepada murid.
Cara melaksanakan kaedah Talaqqi dan musyafahah

● Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar
atau bersemuka.
● Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan meminta
pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti.
● Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan
guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi
makhraj dan hukum tajwid.
● Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikut rancangan mengajar
guru pada hari itu.
● Cara bersemuka sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana
pelaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yang meliputi makhraj-makhraj
huruf,sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid
Pelajaran : Pendidikan Islam
Bidang : Tilawah al-Quran
Tajuk :Tilawah surah al-Fil
Kemahiran : Membaca surah al-fil dengan betul dan bertajwid / Membaca surah al-fil mengikut urutan yang betul.
Kaedah : Talaqqi Musyafahah
Gabungjalin : Ibadah - sentiasa mengamalkan bacaan al-quran.
Penyerapan : Sirah- peristiwa tentera bergajah
Sumber : Al-quran / Buku Teks Pendidikan Islam
Masa :40 minit.
Langkah-langkah penyampaian

Langkah 1: Guru membaca surah al-Fil terlebih dahulu dengan betul dan bertajwid
Langkah 2: Guru akan membaca surah al-Fil satu persatu diikuti dengan murid menggunakan kaedah Talaqqi Musyafahah
Langkah 3: Setelah bacaan diulang 3 kali, guru akan meminta pelajar membaca surah tersebut dan guru mendengar dengan
teliti dan akan memperbetulkannya jika terdapat kesalahan pada bacaan
Langkah 4: Guru akan meminta pelajar membaca surah al-Fil secara individu dihadapan guru

Anda mungkin juga menyukai