Anda di halaman 1dari 54

PROSES PEMBUDAYAAN DALAM

KEHIDUPAN MASYARAKAT MALAYSIA

BMMB3163 KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
PENGENALAN

PROSES PEMBUDAYAAN DALAM MASYARAKAT


MALAYSIA

DEFINISI PEMBUDAYAAN PROSES -PROSES PEMBUDAYAAN FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI


PROSES PEMBUDAYAAN
PENGENALAN
• Istilah budaya diambil daripada perkataan Sanskrit,
buddayah yang membawa maksud budi pekerti atau akal.
• Bahasa Inggeris menyebut budaya sebagai culture yang
diambil daripada perkataan latin ‘colore’ yang bermaksud
menanam atau mengerjakan.
• Kamus Dewan Edisi Keempat - budaya bermaksud tamadun,
peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi yang merangkumi
cara berfikir, bertingkah laku dan sebagainya.
• Modern Dictionary of Sociology pula mentakrifkan budaya
sebagai cara hidup manusia yang hidup berkelompok sama
ada berbentuk material ataupun bukan material.
PENGENALAN
• Pembudayaan dilihat sebagai proses atau kaedah
membudayakan sesuatu seperti pemikiran, ilmu,
undang-undang, adat resam dan sebagainya.
• Proses ini tentulah melibatkan pelaksana yang
memiliki pengetahuan dan kemahiran yang
khusus.
• Proses pembudayaan bukan sahaja boleh
mengubah gaya hidup, ekonomi, malahan genetik
juga boleh melalui proses perubahan.
Proses-proses Pembudayaan Dalam
Kehidupan Masyarakat Malaysia
• i) Proses pembudayaan nilai
• ii) Proses pembudayaan akhlak
• iii) Pembudayaan bahasa
Proses pembudayaan nilai
• Nilai ialah sesuatu yang dihargai dan amat signifikan
dalam masyarakat.
• Nilai seringkali dikaitkan dengan budaya kerana
sebenarnya budaya adalah penjelmaan nilai-nilai.
• Contohnya, budaya membaca adalah cerminan kepada
nilai ilmu manakala budaya kerja produktif merujuk
kepada nilai ekonomi.
• Selain itu, nilai juga berfungsi sebagai motivasi
dalaman yang menggerakkan tindakan dan tingkah
laku seseorang.
Proses pembudayaan nilai
• .Nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat
Melayu adalah seperti nilai ilmu, nilai ekonomi,
nilai moral, dan sebagainya adalah nilai-nilai
yang bersumberkan dari ajaran Islam.
• Dalam Islam watak-watak yang menghayati
nilai-nilai Islam seperti para nabi-nabi dan
pahlawan-pahlawan serta ulama-ulama Islam
telah dimasyarakatkan sebagai watak-watak
yang unggul dan berperibadi paling utuh.
Proses pembudayaan nilai
• Perwatakan Nabi Muhammad s.a.w adalah perwatakan yang
paling disanjung dan sempurna dari segi penghayatan nilai-nilai
keislaman dan peribadi baginda.
• Masyarakat Melayu beragama Islam sering memperingati
rasulullah dengan mengadakan Majlis Maulidur Rasul yang
merupakan suatu wahana pembudayaan dan pemasyarakatan
nilai-nilai nabawi yang unggul.
• Penghormatan terhadap tokoh-tokoh teladan dari sejarah Islam
mengatasi penghormatan yang diberikan kepada wira-wira
nasionalis Melayu itu sendiri.
• Ini terbukti terdapat nama-nama orang Melayu yang banyak
diambil daripada sempena nama-nama tokoh Islam yang
sekaligus membayangkan nilai-nilai yang mereka unggulkan.
Proses pembudayaan akhlak
• Keruntuhan akhlak semakin meruncing di negara kita
sedangkan sepatutnya rakyat Malaysia amnya
sememangnya terkenal dengan sopan santun sejak zaman-
berzaman.
• Hal ini berlaku disebabkan budaya akhlak yang kian
merosot dalam masyarakat.
• Pembudayaan akhlak dapat laksanakan jika semua faktor
pembudayaan seperti ibu bapa, masyarakat, sekolah,
media massa dan juga kerajaan mencapai satu misi, iaitu
mencapai kesepakatan dalam menerapkan nilai-nilai
akhlak yang baik dalam kehidupan
Proses pembudayaan akhlak
• Ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai terpuji kepada
anak-anak dalam cara tidak formal dalam
memainkan peranan penting mendidik anak-anak.
• Walaupun hal ini kelihatan mudah namun jika dapat
diterapkan akan membawa kepada pematuhan
disiplin yang tinggi dan juga mengajar mereka
bagaimana menghormati golongan yang lebih tua
daripada mereka.
• Masyarakat juga perlu mengamalkan tolak ansur
dalam semua perkara.
Proses pembudayaan akhlak
• . Guru-guru perlu menjadi contoh terbaik bagi
menggalakkan pelajar mengamalkan nilai-nilai murni.
• Media massa boleh menerapkan nilai-nilai akhlak
yang baik dalam iklan atau paparan di media massa.
• Kerajaan pula perlulah memantau dan sentiasa
memberikan pengukuhan melalui badan-badan
berwajib terhadap semua faktor ini dan memandu
arah dalam membudayakan akhlak dalam setiap
kehidupan rakyat.
Pembudayaan bahasa

• Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat


kota di Malaysia semakin berkurangan.
• Kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Melayu rojak
yang bercampur dengan bahasa Inggeris menyebabkan
bahasa Melayu tidak dituturkan dengan cara yang betul.
• Usaha pemartabatan bahasa Melayu melalui penggayaan
korpus ini haruslah bersifat tuntas mencakupi ejaan,
sebutan, perbendaharaan kata, tatabahasa dan laras
bahasa melalui aktiviti penyelidikan dan pengembangan
dengan berlandaskan teori linguistik semasa.
Pembudayaan bahasa

• Keupayaan sesuatu bahasa menjadi bahasa komunikasi


apabila semua masyarakatnya menuturkan dan
menggunakan bahasa ibundanya dalam sebarang situasi
dan membuktikan mereka mencintai bahasanya.
• Jika sesuatu bangsa menggunakan bahasa ibunda masing-
masing, pastinya setiap bahasa mampu menjadi bahasa
komunikasi yang mantap dan berkesan.
• Ungkapan “bahasa jiwa bangsa” melambangkan rapatnya
hubungan antara bangsa Melayu dengan bahasanya.
• Bahasa melambangkan kekuatan sesuatu bangsa.
Pembudayaan bahasa

• Pembudayaan bahasa amat perlu dilaksanakan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di sekolah supaya pelajar dapat
menguasai kecekapan berbahasa, malah turut
melibatkan aspek luarannya.
• Pembelajaran sesuatu bahasa itu tidak akan
berkesan sekiranya aspek luarannya, seperti
budaya berbahasa tidak diberikan tumpuan.
Kesan-kesan pembudayaan di Malaysia
 

• Berikutan kemasukan pengaruh Hindu, Cina,


Islam dan Barat, unsur penyerapan budaya
masyarakat lain banyak berlaku dalam
kalangan masyarakat Melayu.
• Contohnya, budaya Hindu banyak meresap ke
dalam budaya Melayu. Sama juga halnya
budaya Cinda, Arab dan Barat turut dapat
dilihat dalam budaya masyarakat Melayu,
begitu juga sebaliknya.
Kesan-kesan pembudayaan di Malaysia
 

• Penyatuan dan penyerapan budaya ini sedikit


sebanyak telah memberi kesan kepada sistem
politik, ekonomi dan sosial masyarakat di
Malaysia.
• Namun begitu, masyarakat negara ini masih
terus memegang prinsip-prinsip yang telah
ditetapkan dalam Islam kerana Islam telah
diangkat sebagai agam rasmi semenjak Malayia
merdeka pada tahun 1957 lagi.
Kesan dari segi politik

• Politik Melayu sebelum era kolonial telah mengamalkan


sistem beraja yang mutlak atau absolute monarchy dengan
raja menduduki status tertinggi dalam struktur sosial
masyarakat Melayu.
• Keadaan politik Melayu sebelum eras tersebut juga
dianggap sebagai mengamalkan sistem feudal iaitu raja
dianggap sebagai jelmaan dewa yang patut disembah dan
dipatuhi sepenuhnya.
• Situasi ini wujud kerana masyarakat Melayu ketika itu
bergantung kepada sistem kepercayaan berasaskan Hindu-
Buddha yang bercirikan animisme.
Kesan dari segi politik

• Wujud perjanjian antara rakyat dan raja dengan


rakyat mengakui akan kedaulatan raja dan
berusaha seboleh mungkin untuk mengelakkan
diri daripada menderhaka kepada raja.
• Manakala raja pula akan bertindak sebagai
pelindung dan dipercayai sentiasa berlaku adil
kepada rakyat di bawah pemerintahnnya serta
mengelak daripada bersikap zalim ke atas rakyat
Kesan dari segi politik

• Sistem politik bercorak Barat pula telah diperkenalkan dengan


penubuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada setiap negeri
pada tahun 1877.
• Dewan ini dianggotai oleh sultan-sultan, pegawai-pegawai
istana dan wakil-wakil kerajaan Inggeris.
• Penubuhan DUN ini merupakan alat pihak Inggeris untuk
memperluaskan pengaruh jajahannya di negeri-negeri Melayu.
• Sistem ini tidak ada sebarang perbezaan berbanding sistem
yang sedia ada sebaliknya kaedah ini merupakan cara yang
lebih berkesan untuk Inggeris mentadbir negeri-negeri Tanah
Melayu selain menjaga kepentingan mereka
Kesan dari segi politik

• Kewujudan pegawai, hakim, peguam Inggeris


dalam sistem perundangan negeri-negeri
Melayu telah menyebabkan perubahan dalam
pelaksanaan undang-undang legislatif.
• Walaupun ahli-ahli dewan majoritinya terdiri
daripada golongan pemerintah Melayu, tetapi
perangkaan undang-undang memiliki
pengaruh daripada anggota Inggeris.
Kesan dari aspek sosial
Dari segi perayaan

• Di Malaysia, terdapat sambutan perayaan daripada


pelbagai kaum termasuklah Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru
Cina dan Deepavali.
• Setiap kali apabila musim perayaan tiba, setiap kaum akan
mengadakan hari terbuka bagi mengeratkan lagi hubungan
antara satu kaum dengan kaum yang lain.
• Pada masa ini, masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan
India termasuk etnik bumiputera Sabah dan Sarawak telah
mula menerima budaya etnik Melayu khususnya dari segi
pakaian dan makanan.
 
Kesan dari aspek sosial
Dari segi perayaan

• Sebagai contoh, orang bukan Melayu turut


memakai baju kurung begitu juga sebaliknya,
orang Melayu memakain cheongsam.
• Menikmati juadah bangsa lain juga bukan
perkara asing bagi masyarakat layu tetapi
diubah suai supaya sesuai dengan adat dan
budaya masyarakat Melayu.
Dari segi bahasa
• Mempelajari bahasa Mandarin seolah-olah menjadi
trend dalam masyarakat Melayu dewasa ini.
• bahawa ibu bapa Melayu sekarang cenderung untuk
menggalakkan anak-anak mereka menguasai tiga
bahasa iaitu bahasa ibunda mereka sendiri (Melayu)
dan juga bahasa Cina dan Inggeris.
• Penguasaan dalam bahasa Cina ini dianggap penting
kerana nilai ekonomi bahasa tersebut yang semakin
meningkat sejajar dengan bidang ekonomi yang
cenderung dimonopoli oleh bangsa tersebut.
Dari segi bahasa
• Berdasarkan sikap tersebut, berlakulah proses
akulturasi dalam kalangan pelajar Melayu
apabila mereka mula mempelajari bahasa Cina
dan dalam masa yang sama tidak
meninggalkan bahasa dan budaya Melayu.
• Kesedaran ini berlaku apabila masyarakat
Melayu menyedari kepentingan menguasai
pelbagai bahasa sebagai satu daripada aset
dalam kehidupan.
Dari segi makanan

• Pelbagai jenis makanan yang terdapat di negara ini


menggambarkan kepelbagaian budaya dan etnik
masyarakat yang terdapat di dalamnya. Jenis-jenis
makanan dan masakan itu dimonopoli oleh tiga kaum
utama yang terdapat di negara ini iaitu Melayu, Cina dan
India.
• Masing-masing mempunyai corak dan rasa masakan yang
berbeza dan kebanyakan bahan yang digunakan tidak
sama antara satu sama lain, apatah lagi negara ini pernah
menjadi sebahagian daripada laluan rempah kuno suatu
ketika dahulu
Dari segi makanan

• Kebanyakan makanan di Malaysia turut


mendapat unsur-unsur pengaruh masakan
dari negara rantau seperti Vietnam, Indonesia,
dan India.
• Dalam konteks ini, ada ketikanya makanan
yang tidak ditemui dalam budaya asal mereka
diasimilasikan ke dalam budaya lain.
Dari segi makanan

• Contohnya, restoran makanan Cina menyediakan


hidangan masakan ala Melayu dengan
memasukkan budaya mereka ke dalam makanan
Melayu dengan melakukan pengubahsuaian seperti
daging itik dimasukkan dalam juadah nasi lemak.
• Begitu juga terdapat masyarakat Melayu yang
makan roti canai (sejenis makanan India) dan turut
memakai kurta, yang bukan merupakan pakaian
tradisional masyarakat Melayu.
Dari segi makanan

• Bagaimanapun, era globalisasi mewujudkan situasi baharu dengan


budaya makan mengikut corak Barat mula melanda negara ini dan
semakin membudaya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
• Antaranya makanan segera seperti hot dog, burger, jejari kentang
dan, kentang putar dan sebagainya. Budaya makan masyarakat
Melayu semakin berubah dan hampir kehilangan identiti apabila
budaya negara lain seperti Korea dan Jepun turut mengambil
tempat dalam kalangan industri makanan di negara ini.
• Keinginan untuk makan sushi, mee segera Korea dan pelbagai jenis
makanan yang dibawa dari negara tersebut seolah-olah telah
menjadikan makanan dari negara luar sebagai makanan ruji
kepada masyarakat negara ini.
Dari segi kesenian

• Pembudayaan dari segi kesenian dapat dilihat secara jelas


khususnya dalam aspek seni bina bangunan di negara ini.
• Unsur yang paling ketara ialah kesenian yang diambil
daripada seni bina Cina seperti yang terdapat dalam
beberapa buah masjid di negara ini seperti Masjid
Kampung Keling, Masjid Kampung Hulu dan Masjid
Tengkera.
• Aspek kesenian tersebut dapat dilihat pada menara
masjid, hujung bumbung, hiasan pintu gerbang, dan
mimbar yang menampakkan ciri-ciri kesernian dari negara
Cina.
Dari segi kesenian

• Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah diwujudkan sebagai garis


panduan dalam memahami pelbagai bentuk kebudayaan yang
ada di negara ini.
• Menurut takrifnya, kebudayaan kebangsaan merujuk kepada
kebudayaan negara yang rasmi dan bersifat format tetapi
merentasi batasan etnik.
• Dalam konteks Malaysia, kebudayaan diamalkan bersifat sepunya
dan rasmi bagi semua kaum yang mencerminkan negara ini.
• Dasar tersebut juga diwujudkan untuk merapatkan jurang antara
pelbagai kaum di negara ini supaya rakyat dapat bersatu dan
membangun mengikut acuan Malaysia.
Orang Asli
Orang Asli
• Orang Asli adalah satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh
negara di semenanjung kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Masyarakat ini
boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan utama iaitu Melayu Proto, Senoi
dan Negrito serta terdapat enam suku Orang Asli bagi setiap kumpulan
utama berkenaan.
• Orang Asli adalah sebahagian daripada kaum Bumiputera di negara ini dan
jumlah mereka sehingga Disember 2010 ialah dianggarkan 171,193 orang.
Mereka juga terdiri daripada tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan
Melayu Asli.
• Orang Asli memiliki karya seni, kraftangan, adat resam, pantang larang yang
masih dipelihara dan diamalkan sehingga kini, biarpun Malaysia sudah 58
tahun merdeka dan pesat membangun dengan arus kemodenan.
• Bagi memastikan sejarah masyarakat Orang Asli tidak hilang ditelan zaman,
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menubuhkan muzium dengan
bangunan asalnya adalah rumah kediaman rasmi bekas Ketua Pengarah
JHEOA pada tahun 1987.
Orang Asli
• Kini di Malaysia, tangungjawab mengurus tanah adat, kemajuan,
kebajikan dan hal ehwal Orang Asli diletakkan dibawah 
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia.
• Selain itu terdapat usaha bersepadu oleh jabatan kerajaan yang
lain untuk mengintegrasi orang asli dan meningkatkan taraf
hidup mereka dengan menggalakkan dan membantu mereka
mendapat pekerjaan.
•  Usaha ini dilakukan oleh 
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bersama dengan
Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia. Pencapaian orang-orang
asli turut dipantau bagi memastikan kejayaan program-program
seumpamanya.
Contoh Kajian kes :Pendidikan orang asli
• Meningkatkan taraf hidup golongan rentan seperti komuniti
orang asli memang merupakan tujahan utama dalam
perjuangan panjang Malaysia merealisasikan pembangunan
yang inklusif dan setara.
• Untuk ini pendidikan formal bagi anak orang asli memang
dianggap sebagai mekanisma paling tepat.
• Kertas ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis faktor
yang mempengaruhi prestasi pendidikan anak-anak Orang Asli.
• Kajian dijalankan di SK Pos Brooke dan SK Pos Pulat yang
terletak di Jajahan Gua Musang Kelantan. Data kajian di
perolehi melalui kaedah soalselidik, temubual dan
permerhatian di lapangan.
Contoh Kajian kes :Pendidikan orang asli
• Respoden kajian melibatkan 26 orang guru dan 50 orang ibu bapa
Orang Asli.
• Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan prestasi pendidikan
pelajar Orang Asli di kawasan kajian berada di peringkat yang sangat
rendah, walaupun pelbagai pembangunan infrastruktur dan pelbagai
program pendidikan telah dilaksanakan untuk mereka.
• Faktor yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi pencapaian
pendidikan anak-anak Orang Asli ialah sikap ibu bapa yang tidak
mengambil berat tentang pelajaran anak-anak, pelajar kurang
motivasi, halangan oleh persekitaran fizikal dan budaya yang tidak
menerima kemajuan serta cabaran guru.
• Bagi meningkatkan prestasi pendidikan generasi muda Orang Asli
maka perlulah penyusunan semula program pendidikan untuk Orang
Asli oleh semua pihak yang berwajib.
• Usaha meningkatkan taraf pendidikan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk
dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Golongan ini merupakan satu kelompok
masyarakat Malaysia yang masih ketinggalan dalam setiap aspek termasuklah
ekonomi, sosial dan pendidikan berbanding dengan kumpulan etnik yang lain
(KKLW, 2007).
• Masyarakat Orang Asli di Malaysia berada di luar lingkungan arus perdana
pembangunan, walaupun Malaysia sudah mengalami kemajuan dan
pembangunan dalam semua sektor (Musstafa, 2003).
• Menurut Meiji (2008), sebelum tertubuhnya Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli
(JHEOA), masyarakat Orang Asli tidak pernah menerima pendidikan formal
terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
• Bagi Orang Asli kecekapan dan kepandaian memburu, menangkap ikan, dan
mengumpul hasil hutan amat diutamakan. Keadaan ini amat sesuai dengan cara
hidup mereka yang berlatar belakangkan ekonomi hutan (Adliza, 2007; Abdul
Razak & Zalizan, 2009).
• Di Malaysia usaha untuk meningkatkan pembangunan pendidikan
Orang Asli telah dilakukan sejak zaman penjajah lagi.
• Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah bertanggungjawab untuk
memajukan masyarakat Orang Asli dalam pendidikan.
• Walaupun prestasi pendidikan masih rendah namun terdapat
segelintir Orang Asli telah berjaya sehingga ke universiti dalam
pelbagai peringkat pengajian dan menceburi pelbagai bidang kerjaya.
• Sehingga kini terdapat 25 penuntut Orang Asli sedang melanjutkan
pelajaran di luar negara termasuk sembilan orang di United Kingdom,
lapan di Australia dan dua di India (Unknown, 24 Jan 2014).
• Maklumat lanjut : https://core.ac.uk/display/42955379
Peribumi
Sabah
Peribumi Sabah
• Kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak menyebabkan
terdapat pelbagai budaya yang unik di negeri Sabah dan
Sarawak.
• Pelbagai budaya yang terdapat di negeri Sabah dan Sarawak
tidak terdapat di tempat lain termasuk di semenanjung Malaysia.
• Elemen budaya unik kelompok etnik Sabah dan Sarawak
antaranya adalah seperti seni muzik dan tarian, cara hidup,
agama, adat istiadat, pegangan hidup, pakaian, tradisi dan lain-
lain.
• Walau bagaimanapun, terdapat juga persamaan budaya antara
satu kelompok dengan kelompok etnik yang lain, sama ada di
Sabah atau Sarawak. 
Peribumi Sabah
• Budaya-budaya kelompok etnik di Sabah dan
Sarawak juga telah dijadikan sebagai salah
satu sektor pelancongan utama di Malaysia.
• Semestinya di Sabah dan Sarawak terdapat
begitu banyak budaya oleh kerana
kepelbagaian etnik dan subetnik di Sabah
dan Sarawak.
• Umum mengetahui etnik majoriti bagi Sabah
ialah etnik Kadazan Dusun
Peribumi Sabah : etnik minoriti di Sabah
• Kelompok etnik pertama yang akan dibincangkan di Sabah ialah
etnik Bajau.
• Salah satu keistimewaan masyarakat Bajau ialah mereka
merupakan kelompok minoriti yang menjadi penunggang kuda
yang mahir.
• Hal ini adalah hasil daripada sejarah awal masyarakat minoriti
Bajau.
• Walau bagaimanapun, dari segi yang lain, budaya masyarakat
Bajau mempunyai banyak persamaan dengan kelompok
masyarakat Melayu di semenanjung Malaysia.
• Adat di dalam masyarakat Bajau yang terdapat banyak
persamaan dengan masyarakat Melayu semenanjung adalah
seperti adat wanita bersalin seperti berpantang, menggunakan
kepakaran bidan dan juga melenggang perut
Peribumi Sabah : etnik minoriti di Sabah
• Agama utama yang diamalkan oleh masyarakat Bajau
juga sama dengan masyarakat Melayu semenanjung.
• Majoriti masyarakat Bajau di Sabah beragama Islam.
• Antara tarian budaya masyarakat Bajau ialah tarian
Runsai dan tarian Limbai (Anwar Sullivan dan Leong,
1981).
• Oleh yang demikian, adakalanya etnik ini juga
dipanggil sebagai Melayu Sabah oleh banyak
persamaan dari sudut fizikal dan budaya dengan
masyarakat Melayu.
Peribumi Sabah : etnik minoriti di Sabah
• Kelompok kedua yang akan dibincangkan ialah kelompok
masyarakat Murut.
• Kebudayaan popular oleh kaum Murut tentunya melalui tarianya,
iaitu tarian Magunatip atau digelar sebagai tarian kaki sepit.
• Tarian ini selalunya dijadikan sebagai salah satu produk
pelancongan, penari yang menari perlu mengelak kaki mereka
daripada tersepit  kayu yang digerakkan.
• Antara tarian lain yang menjadi budaya masyarakat Murut ialah
tarian Lansaran.
• Kelompok masyarakat Murut juga masih mengekalkan budaya
tradisi perkahwinan. Dari segi agama pula, sebahagian masyarakat
Murut kebanyakan asalnya menganut kepercayaan animisme dan
sebahagian masyarakat telah menukar kepada agama Kristian.
Peribumi Sabah : etnik minoriti di Sabah
• Kelompak seterusnya yang dibincangkan ialah
kelompok Dusun Laut atau Dayak Dusun.
• Perayaan yang popular diamalkan oleh
masyarakat Dusun ialah Pesta Keamatan (Mohd
Suhaimi, 2010).
• Tarian budaya mereka untuk perayaan keamatan
dipanggil sebagai tarian Sumundai Monggigol.
Kelompok ini juga masih mengekalkan budaya-
budaya tradisional seperti ‘puja semangat’,
perkahwinan dan keraian.
Peribumi Sabah : etnik minoriti di Sabah
• kelompok seterusnya masyarakat Illanun,
masyarakat Bisaya, masyarakat Suluk dan
masyarakat Tidung.
• Kesemua kelompok masyarakat ini majoriti
masyarakatnya beragama Islam.
• Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan budaya
terutamanya dari segi tarian, iaitu masyarakat
Bisaya dan masyarakat Tidung mengamalkan
budaya tarian Zapin, manakala tarian budaya
masyarakat Suluk pula ialah tarian Bolak-bolak. 
Peribumi Sarawak
Peribumi Sarawak
• Sarawak mempamerkan kepelbagaian yang
ketara dalam etnik, budaya, dan bahasa.
• Budaya Sarawak telah dipengaruhi oleh orang
Melayu Brunei daripada kawasan pantai.
• Pengaruh budaya besar juga datang dari
budaya Cina dan British.
• Perkahwinan antara kaum, yang sebelum ini
jarang berlaku atau di antara suku-suku
berkait rapat, adalah semakin biasa.
Peribumi Sarawak
• Iban dianggap proto-Melayu, namun budaya mereka
tidak dipengaruhi oleh budaya Islam. 
• Walaupun banyak komuniti telah memeluk agama
Kristian, ada yang terus mengikuti kepercayaan pribumi.
• Amalan adat, termasuk peraturan jural, ritual, dan adat
sosial, secara kolektif dikenali sebagai adat dan kekal
penting bagi orang Iban.
• Ia berbeza dari adat Melayu kerana ia diamanahkan
dengan kepercayaan agama tradisional, dan di
dalamnya beberapa perkara dapat dilakukan melalui
undang-undang.
Peribumi Sarawak
• Rumah panjang Iban berfungsi sebagai komuniti, masing-
masing memegang beberapa keluarga (lebih daripada 50 dalam
beberapa kes) yang berkaitan dengan darah dan perkahwinan.
• Sebuah ruai berjalan melalui bangunan, dan merupakan lokasi
aktiviti perkauman, seperti kerja, bersosial, merayakan, dan
membincangkan hal-hal komuniti.
• Setiap rumah panjang Iban mempunyai tuai rumah, yang
ditentukan oleh undi masyarakat apabila kematian
pendahulunya, yang bertindak sebagai pemimpin dan
penimbang tara.
• Rumah tuai melaporkan kepada penghulu, yang mengetuai
beberapa rumah panjang.
Peribumi Sarawak
• Di era moden, tuai rumah juga bertanggungjawab
melaksanakan dasar-dasar kerajaan dalam komuniti
ini.
• Memburu kepala pernah menjadi tradisi penting bagi
kaum Iban, dengan Sarawak sekali dijuluki "Tanah
Pemburu Kepala".
• Ia adalah sebahagian daripada kod pahlawan
pahlawan di mana prestij puak ditentukan oleh
kemampuannya untuk berperang.
• Kebiasaan ini tidak lagi diperhatikan, setelah dibuat
tidak sah sejurus selepas Perang Dunia Kedua
Peribumi Sarawak : Etnik Minoriti Sarawak

• Masyarakat Bidayuh di Sarawak ialah salah satu


masyarakat minoriti utama di Sarawak.
• Mereka mempunyai perbezaan dari segi sebutan,
pertuturan dan gerak gaya yang berbeza dengan
masyarakat majoriti Sarawak.
• Etnik Bidayuh juga mempunyai budaya, iaitu warna
hitam sebagai warna rasmi pakaian mereka.
• Budaya lain yang mereka amalkan ialah penggunaan
muzik di dalam upacara keagamaan untuk
menaikkan semangat dan menghalau roh jahat.
Peribumi Sarawak : Etnik Minoriti Sarawak
• Etnik Kenyah mempunyai ciri-ciri peperangan yang hampir sama
dengan kelompok etnik majoriti di Sarawak, iaitu masyarakat Iban.
• Ciri-ciri peperangan tradisional yang sama ini, iaitu mereka akan
memotong kepala ketua pihak lawan dan siapa yang membawa
pulang kepala pihak lawan tersebut dianggap sebagai wira.
• Walau bagaimanapun, budaya sebegini sudah tidak diamalkan lagi.
Mereka juga asalnya berpegang kepada kepercayaan animisme
tetapi kebanyakan mereka telah berubah menganut agama Kristian.
• Bagi masyarakat Kayan pula, mereka mempunyai persamaan
budaya dengan etnik Kenyah. Mereka turut mempunyai persamaan
dengan etnik Iban dalam upacara perkahwinan masyarakat Kayan
(Bibi Aminah et. al, 2009).
• Walau bagaimanapun, masyarakat Kayan berbeza bahasa dengan
masyarakat Kenyah.
Peribumi Sarawak : Etnik Minoriti Sarawak
• Etnik seterusnya kelompok masyarakat Kelabit dan
masyarakat Lun Bawang.
• Cara hidup dan bahasa yang digunakan oleh masyarakat
etnik Kelabit dan etnik Lun Bawang mempunyai banyak
persamaan.
• Kedua-dua kelompok minoriti ini kebanyakannya menganut
agama Kristian pada masa kini.
• Masyarakat etnik Kelabit adalah antara populasi yang
terkecil yang tinggal di rumah panjang.
• Antara budaya lain yang terdapat dalam masyarakat Lun
bawang adalah seperti Pesta Inau Aco Lun Bawang sempena
perayaan Gawai Dayak.
Peribumi Sarawak : Etnik Minoriti Sarawak
• Perbincangan terakhir pula akan tertumpu kepada
masyarakat etnik Bisaya dan Melayu di Sarawak.
• Kedua-dua masyarakat etnik Bisaya dan Melayu
majoritinya beragama Islam.
• Tetapi ada juga etnik Melayu yang beragama Kristian
dan percaya kepada makhluk ghaib (animisme).
• Masyarakat Bisaya juga dikenali sebagai Melayu dan
Islam dan tidak banyak perbezaan dengan masyarakat
Bisaya di Sabah.
• Bagi etnik Melayu di Sarawak pula, antara perayaan yang
masih diraikan ialah perayaan Kaul.

Anda mungkin juga menyukai