Anda di halaman 1dari 7

TRAGEDI PULAU

BIDONG
Tragedi Pulau Bidong 1990-an
TAHUKAH ANDA, MALAYSIA PERNAH DIANCAM KEDAULATANNYA DENGAN SATU TRAGEDI
YANG DIGELAR TRAGEDI PULAU BIDONG?

 Kisahnya bermula apabila Malaysia mengambil keputusan untuk menerima pelarian dari negara
Vietnam yang meninggalkan negara mereka melalui jalan laut dek kerana peperangan yang
tercetus di negara mereka.
 Pada yahun 1971, kerajaan menempatkan pelarian Vietnam di Pulau Bidong, Terengganu.
 Keputusan Malaysia ini dilihat sebagai satu keputusan kemanusiaan, dalam menangani isu
pergerakan pendatang khususnya berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk mengeluarkan mereka dari
situ untuk dihantar ke negara ketiga tetapi dengan bersyarat  hanya yang layak sahaja akan
dihantar ke negara ketiga manakala yang selebihnya akan dihantar pulang ke negara asal.
TUNJUK PERASAAN YANG
MENGERIKAN
 Pada ketika itu, terdapat Angota Penguasa Penjara,  pegawai dan anggota keselamatan, yang
berdepan detik getir bersama lima rakan setugas Jabatan Penjara, 15 anggota polis serta dua
anggota tentera. Pasukan khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana
Menteri itu turut dibantu 30 Ikatan Relawan Malaysia (RELA).
  Namun jumlah itu jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan 16,000 penghuni pulau bidong yang
menyerbu pejabat keselamatan disana.
 Demonstrasi itu berlanjutan selama seminggu disusuli dengan mogok lapar.
 Pada masa sama, banyak poster protes mula dinaikkan dan ada antaranya yang bertulis ‘hidup
atau mati’, ‘Kami mahu keadilan,’,‘Bebaskan kami’ dan ‘Kami tidak mahu pulang’.
 Kemuncak tunjuk perasaan itu memang mengerikan kerana ramai yang mencederakan diri sendiri
dengan mengunakan senjata tajam.
DIPINDAHKAN KE KEM SUNGAI BESI

 Demonstrasi itu berakhir dengan aman selepas beberapa perundingan dan akhirnya, semua penghuni
di Pulau Bidong dipindahkan ke kem Sungai Besi sementara menunggu proses menghantar mereka ke
negara ketiga.
 Unit keselamatan yang terdiri daripada pemimpin mereka sendiri telah ditubukan pada ketika itu. Ini
bertujuan mengawal mereka supaya tidak bertindak ganas atau mengganggu ketenteraman penghuni
lain.
 ‘Monkey house’ adalah bilik tahanan kecil yang cuma boleh memuatkan beberapa individu pada satu-
satu masa dan mereka tidak boleh berdiri.
LAKUKAN GEJALA TIDAK BERMORAL DI KEM

 Diingati dengan penutupan Pulau Bidong serta menempatkan semua pelarian di Kem sungai Besi
dapatlah menangani masalah pelarian ini namun tidak sama sekali kerana kehadiran mereka di Kem
Sungai Besi memberi masalah lebih besar kepada anggota keselamatan.
 Mereka telah menunjukkan perangai mereka yang sebenar, mereka telah mewujudkan puak-puak
samseng dan menindas rakan sepelarian mereka sendiri. Mereka juga mewujudkan pelbagai pusat
hiburan dan pelacuran haram di dalam kem berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.
 Pihak keselamatan telah mengambil keputusan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dalam kem
mereka untuk membanteras gejala yang tidak bermoral yang dilakukan mereka.
 Mereka membantah tindakan anggota keselamatan, hingga mencetuskan rusuhan besar pada Jun
1995 yang hampir menggugat kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia.
 Pada pagi 5 Jun 1995 menyebabkan tiga blok kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang
menempatkan lebih 4,500 pelarian Vietnam musnah sama sekali.
CUBA RAIH SIMPATI DUNIA

 Pelarian Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan mendapatkan simpati dunia terhadap rancangan
kerajaan menghantar mereka pulang ke Vietnam yang sudah dipersetujui oleh Suruhanjaya Tinggi
Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).
 Mereka juga masih menaruh harapan untuk dihantar menetap ke negara ketiga yang mereka anggap
dapat memberikan perlindungan walaupun permohonan mereka ditolak oleh negara berkenaan.
 Pilihan kumpulan pelarian ketika itu adalah untuk mendapatkan tempoh perlindungan lebih lama di
negara ini sementara menunggu giliran dihantar ke negara-negara ketiga seperti Amerika Syarikat,
Australia, Perancis, Kanada dan Eropah yang dikelola oleh UNHCR.
 Bagaimanapun, atas syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh badan antarabangsa itu, keutamaan
mengikuti program pemindahan ke negara ketiga itu hanya melibatkan pelarian yang mempunyai
kelayakan profesional.
BERATUS-RATUS KEPALA SAMSENG DITAHAN

 Ia merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghalang kumpulan hardcore daripada
menghasut kumpulan pelarian yang lain.
 Dalam rundingan itu, kumpulan pelarian mendesak kerajaan supaya tempoh perlindungan dilanjutkan
kerana mereka takut pulang ke negara asal.
 Mereka tidak berani pulang kerana takut dikenakan hukuman mati oleh pemerintah komunis negara itu.
Rundingan menemui jalan buntu sehingga tercetusnya rusuhan.
 Selepas tewas dalam ‘pertempuran’ dengan pihak berkuasa, beratus-ratus ‘kepala samseng’ ditahan
dan dihantar ke kem tahanan sementara pelarian di Kerayong, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai