Anda di halaman 1dari 47

DASAR

PEMBANGUNAN
NEGARA
DISEDIAKAN OLEH : LAI KOK WAH 6AS2
HARSHINI 6AS2
GUEK XIN THONG 6AS2
DASAR- DASAR YANG AKAN DIBINCANGKAN HARI INI !!!!

DASAR EKONOMI BARU


DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
DASAR WAWASAN NEGARA
MODEL EKONOMI BARU (MBE)
DASAR AUTOMOTIF NASIONAL
DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)
DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
● Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung selama 20 tahun.
● Matlamat adalah untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang
wujud antara kaum dan kawasan di Malaysia.
● Dasar ini juga dinamakan sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama.

Rasional
Antara rasional pembentukan dasar ini adalah seperti :
● Kadar kemiskinan rakyat Malaysia adalah tinggi.
● Wujud jurang perbezaan pendapatan yang luas antara kaum, bandar, dan luar
bandar.
● Wujudnya pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi kesan peninggalan penjajah.
● Tercetusnya tragedi 13 Mei 1969 menjadi pemangkin utama pelaksanaan DEB.
Objektif Pelaksanaan
● Mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan
ekonomi,sosial,kebudayaan,penempatan dan sebagainya.
● Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
● Menyusun semula masyarakat yang terpisah-pisah.
● Melakukan desentralisasi (perihal member kuasa yg lebih kpd kerajaan negeri
yg bersekutu oleh kerajaan pusat,pengagihan kuasa pusat) pembangunan
seperti :
➔ Membaiki kesilapan asas dasar jangka masa terawal selepas merdeka
➔ Cenderung ke arah integrasi yang lebih rapat antara negeri di Malaysia
➔ Merangka dan merancang pembangunan pertanian dan perindustrian
➔ Mengeksploitasi sepenuhnya potensi sumber tenaga manusia dan kawasan
yang kurang membangun.
Strategi Menjayakan
●Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang
pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
●Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan
kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
1.Memajukan kawasan luar bandar melalui pembangunan wilayah baharu seperti DARA,KEJORA
(Johor),dan JENGKA (Pahang).
2.Memperbaiki mutu dan taraf hidup rakyat khususnya orang Melayu melalui pendidikan,latihan dan
kesihatan.
3.Mewujudkan kelas peniaga,pedagang dan pengusaha Melayu serta menambah pemilikan modal 30%
mereka dalam sektor syarikat.
4.Menubuhkan beberapa agensi seperti Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA),Permodalan Nasional
Berhad (PNB),Majlis Amanah Rakyat (MARA),Bank Rakyat, dan Bank Pertanian (kini dinamakan
sebagai Agrobank).
5.Meninggikan daya pengeluaran dan menambah peluang pekerjaan.
6.Penyusunan semula corak guna tenaga.
7.Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

1) Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)


2) Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
3) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
4) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)


● Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) meliputi perancangan pembangunan
negara dari aspek ekonomi dan sosial.
● Rancangan ini berasaskan matlamat yang ingin dicapai oleh Dasar Ekonomi
Baru.
● Sebanyak RM7250 juta diperuntukkan untuk menjayakan rancangan ini.
Objektif
1. Meningkatkan sektor pertanian kawasan luar bandar, industri sosial dan
infrastruktur untuk mengurangkan kadar kemiskinan.
2. Menggalakkan kemajuan ekonomi dan sosial dalam kalangan bumiputera bagi
tujuan menyusun semula penduduk di negara ini.
3. Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Strategi
4. Strategi penubuhan RMK2 ialah menubuhkan PERNAS, UDA dan MARA.
5. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.
6. Membangunkan kemudahan asas.
7. Membuka tanah baharu untuk penduduk miskin.
8. Melalui penubuhan RISDA, kerajaan memberi bantuan kepada pekebun kecil getah
menanam semula getah.
9. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) juga ditubuhkan untuk memberi nasihat dan
tunjuk ajar kepada petani serta peladang untuk memajukan sektor ekonomi
mereka.
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
● Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) merupakan lanjutan daripada RMK2.
● Rancangan ini berasaskan matlamat untuk mengatasi sebarang kelemahan
yang wujud dalam Rancangan Malaysia Kedua (RMK2).
● Rancangan ini juga mempunyai matlamat Dasar Ekonomi Baru dan sebanyak
RM32000 juta dibelanjakan untuk menjalankan rancangan tersebut.

Objektif
1. RMK3 dilaksanakan untuk meningkatkan rancangan pembangunan wilayah.
2. Kerajaan menggiatkan projek pembukaan tanah dan meningkatkan taraf hidup
rakyat melalui RMK3.
3. Pelaksanaan RMK3 juga bertujuan mengurangkan jarak perbezaan ekonomi,
iaitu dengan menyusun semula masyarakat.
4. Rancangan ini juga menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam sektor
perusahaan.
Strategi
1. Melalui pelaksanaan RMK3, lebih banyak rancangan pembangunan wilayah
seperti KEJORA dan DARA dilaksanakan.
2. Pembukaan FELDA, PERNAS, UDA, MUDA dan KADA serta kemajuan Negeri
Sembilan Timur merupakan langkah kerajaan untuk meneruskan program
pembangunan negara.

Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)


● Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) dilaksanakan ketika negara mengalami
kemelesetan ekonomi dan kemelosotan harga komiditi utama seperti bijih
timah,getah dan kelapa sawit.
● Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM59600 juta untuk menjayakan
Rancangan Malaysia Keempat.
Objektif
1. Meningkatkan pendapatan negara melalui peningkatan pengeluaran minyak
mentah.
2. Memberi perhatian terhadap perkembangan industri berat.
3. Kerajaan berusaha meningkatkan pelaburan modal, menambahkan tenaga
buruh dan memajukan teknologi moden dalam RMK4.
4. Mengurangkan import luar negeri bagi meningkatkan KDNK negara.

Strategi
5. Menggalakkan pertumbuhan industri berat.
6. Memberi peluang kepada perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
7. Kerajaan membuat kajian di bawah Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan
Induk Perindustrian bagi memajukan struktur pemasaran.
8. Kerajaan menggalakkan pihak swasta untuk mengurangkan beban kerajaan
dengan menyediakan peluang pekerjaan.
Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)
● Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) dilaksanakan untuk mempercepatkan
kemajuan perindustrian Malaysia.
● Walaupun banyak rancangan ekonomi telah dijalankan dalam Rancangan
Malaysia yang sebelumnya, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu
distasi.
● Kemelesetan ekonomi menyebabkan kerajaan memberi tumpuan kepada
penggunaan sumber tenaga kerja dan tanah untuk memulihkan ekonomi.

Objektif
1. Di bawah RMK5, peranan dan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan
ekonomi ditingkatkan.
2. RMK5 bertujuan meningkatkan kecekapan pengurusan agensi kerajaan dalam
sektor ekonomi dan sosial.
3. Menggalakkan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
4. Sektor pelancongan diberi tumpuan untuk meningkatkan pendapatan negara.
*Tahun 1990 telah diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia.
5. Memberi tumpuan terhadap sektor pembuatan dan hasilnya telah
menggalakkan perusahaan kereta nasional, iaitu PROTON.
6. Memberi penekanan kepada usaha menambahkan eksport barangan tempatan
untuk memulihkan ekonomi.

Strategi
7. Kerajaan merancang untuk membina lebih banyak hotel untuk meningkatkan
sektor pelancongan dengan mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990 dan 1994.
8. Kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Tanah akan memajukan tanah terbiar
untuk meningkatkan pertanian in situ.
9. Lebih banyak industri akan dibina untuk meningkatkan produktiviti dan
menambahkan peluang pekerjaan.
Pencapaian Dasar Ekonomi Baru
➢ Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Keempat menunjukkan bahawa
pendapatan purata sebenar isi rumah telah bertambah baik,iaitu Melayu
(RM290.00),Cina (RM565.00) dan India (RM455.00).
➢ Kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% pada tahun 1971 kepada 29% pada
tahun 1980 dan kadar ini telah turun kepada 17.1% tahun 1990.

Rumusan

1. DEB telah berjaya mengurangkan kemiskinan dan menghapuskan pengenalan


kaum mengikut fungsi ekonomi,menyusun semula masyarakat dan guna tenaga.
2. Setelah tamat pada 1990, semangat DEB diteruskan melalui Dasar
Pembangunan Nasional.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(DPN)
❏ DPN dilancarkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia pada 17 Jun 1991.
❏ Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) telah digubal berasaskan
DPN.
❏ Dasar Pembangunan Nasional atau Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
telah digubal sebagai usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju
menjelang tahun 2020
❏ DPN akan terus mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
Tumpuan DPN
❏ Membasmi kemiskinan golongan termiskin- menurunkan kadar kemiskinan
relatif
❏ Mewujudkan guna tenaga dan pembangunan pesat sebuah “Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera” (MPPB)
❏ Penglibatan sektor swasta- bantu proses penyusunan semula masyarakat
❏ Pembangunan sumber manusia sebagai asas penting
❏ Persaingan dalam pasaran antarabangsa
❏ Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan
❏ Wawasan 2020
Strategi DPN
❏ Mewujudkan keseimbangan optimum di mana pertumbuhan ekonomi
dengan pengagihan yang saksama.
❏ Mengurang dan menghapuskan ketidaksamaan sosioekonomi negara
menerusi perkongsian faedah
❏ Menggalak dan mengukuhkan integrasi nasional
❏ Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif serta mempunyai nilai-
nilai sosial dan kerohanian yang positif.
❏ Memajukan sumber manusia
❏ Menjadikan Sains dan Teknologi sebagai satu teras penting dalam
perancangan dan pembangunan sosioekonomi
❏ Memastikan pembangunan ekonomi dicapai dan perlindungan alam sekitar
serta ekologi bergerak seiring
DASAR WAWASAN NEGARA

Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

1. Dasar Wawasan Negara merupakan rangka rancangan jangka panjang ke-3.


2. Dasar ini memberikan tumpuan terhadap peningkatan keutuhan dan daya
saing Negara.
3. Dasar ini bertujuan meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana
pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran.
4. Tujuan mengukuhkan kekuatan sedia ada dan menangani kekurangan dan
kekangan serta cabaran persaingan dunia.
Rasional

1. Membangunkan Malaysia sebagai Negara yang mempunyai masyarakat


berasaskan pengetahuan.
2. Menjana pertumbuhan yang disokong oleh sumber dan kekuatan tempatan.
3. Menjadikan sektor pertanian,pembuatan, dan perkhidmatan lebih dinamik.
4. Membasmikan kemiskinan dalam kalangan kelompok kecil yang miskin.
5. Mencapai penyertaan Bumiputera yang berkesan dan pemilikan ekuiti
sekurang-kurangnya 30 peratus menjelang tahun 2010.
6. Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sector utama ekonomi.
7. Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia.
Objektif Pelaksanaan
➔ Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarak
semangat,membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya lebih bertolak ansur
dan penyayang serta meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi.
➔ Menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan
pengurangan ketidakseimbangan dalam kalangan kumpulan etnik serta wilayah.
➔ Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.
➔ Meningkatkan daya saing dalam penghasilan barangan dan perkhidmatan untuk menghadapi
cabaran globalisasi dan liberalisasi.
➔ Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik bagi
meningkat nilai tambah bagi semua sector ekonomi.
➔ Mengukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang
cekap,produktif dan berpengetahuan.
➔ Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk memperkukuhkan
pertumbuhan ekonomi.
Strategi Menjayakan
➔ Membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai masyarakat
berpengetahuan.
➔ Menjana pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan melalui
pengukuhan pelaburan dalam Negeri dan pembangunan keupayaan tempatan di samping
penarikan pelaburan langsung asing yang berterusan ke dalam bidang strategik.
➔ Menjadikan sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan lebih dinamik melalui penerapan
pengetahuan yang lebih tinggi.
➔ Membasmi kemiskinan di kalangan kelompok kecil yang miskin di kawasan terpencil, orang
asli dan kumpulan minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak serta meningkatkan
pendapatan dan kualiti hidup kumpulan pendapatan 30% terendah.
➔ Mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan serta pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya
30% menjelang 2010.
➔ Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor utama ekonomi.
➔ Mengorientasikan semula pembangunan sumber manusia bagi menyokong pembentukan
masyarakat yang berasaskan pengetahuan.
Dasar Wawasan Negara (2001-2010)

1) Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)


2) Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)

Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005)


● Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga dibentang oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad di bawah Dewan Rakyat pada 9 Mei 2001.
● Rangka rancangan ini adalah untuk memulihkan ekonomi negara akibat
kemelesetan ekonomi.
● Dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, tiga teras utama telah
diberi perhatian untuk menghadapi cabaran pembangunan negara.
● Rangka rancangan ini turut menekankan cabaran globalisasi dan liberalisasi.
Objektif
1. Tujuan Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) ialah menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
2. Menjadikan rancangan ini sebagai ‘Buku Rakyat’.
3. Menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif.
4. Menyediakan perkhidmatan berkualiti bagi membangunkan sektor swasta.
5. Berusaha membangunkan masyarakat mampan menggunakan teknologi terkini
dalam semua bidang.

Strategi
6. Bagi mencapai objektif tersebut, pengurusan ekonomi makro telah dilanjutkan
supaya menjadi lebih mantap.
7. Memastikan dasar kewangan dan fizikal yang lebih baik untuk pembangunan
negara.
8. Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan.
9. Menyelaras dan memperkukuhkan program serta wilayah.
5. Meningkatkan keperluan produktiviti melalui kemahiran, kepakaran dan
pengetahuan di samping menggunakan kepakaran sains dan teknologi.
6. Merancang meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi melalui aktiviti
nilai ditambah yang tinggi.
7. Meningkatkan penggunaan ICT dalam sektor ekonomi.
8. Memastikan sumber manusia yang mencukupi dan mempunyai kemahiran
teknikal yang tinggi,kenolehan berfikir secara matang dan tahap pengetahuan
yang tinggi.
9. Menangani isu sumber asli dan alam sekitar.
Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010)
● Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah diisytiharkan oleh Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi.
● Matlamat untuk mencapai Wawasan 2020 melalui Misi Nasional.
● Matlamat utama RMK9 ialah memberi penekanan terhadap usaha
mengukuhkan perpaduan negara di samping memajukan ekonomi
negara.
● Tema yang digunakan dalam pelaksanaan RMK9 ialah Cemerlang,
Gemilang dan Terbilang,
● RMK9 turut menekankan Islam Hadhari sebagai asas inisiatig pembangunan.
● Di bawah RMK9, terdapat lima teras utama yang menjadi pencanang
kemajuan negara.
Teras 1
- Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara.

Teras 2
- Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘Minda Kelas
Pertama’

Teras 3
- Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina
dan produktif

Teras 4
- Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup

Teras 5
- Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
Pencapaian Dasar Wawasan Negara
★ Pelengkap kepada DEB dan DPN. Penting menentukan matlamat Wawasan
2020 untuk menjadi sebuah Negara maju dan perpaduan Negara tercapai.
MODEL EKONOMI BARU (MEB)
- Model ekonomi baru (MBE) diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak
pada 30 mac 2010. MBE terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa 1 pada 30 mac
2010 sementara fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-10
(RMK-10).
- MBE ini berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang
bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih
inovatif dan kreatif.lantaran itu, lonjakan berganda daya pengeluaran akan
berlaku.
- Matlamat MBE iaitu berpendapatan tinggi , kemapanan dan terangkuman
yang amat diperlukan oleh kita bagi mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) yang lebih tinggi untuk dekad seterusnya.
MODEL EKONOMI BARU (MEB)

TUMPUAN MBE :-

1) Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan
sederhana.
2) Meningkatkan daya saing Malaysia
3) Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta
4) Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi
5) Membina ekonomi yang inovatif
6) transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan model
ekonomi demi masa hadapan
MODEL EKONOMI BARU (MEB)
Strategi-strategi MBE :-
1) Memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada kompetensi
tenaga kerja Malaysia yang berada dalam dan di luar negara.
2) Mengkaji semula sistem pendidikan secara berterusan dan ditambah baik untuk
melahirkan tenaga kerja masa depan,dengan komitmen kepada program berasaskan
merit.
3) Memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik
serta kemahiran keusahawan dan kepimpinan.
4) Memperkukuh sektor swasta
5) Mengenal pasti beberapa polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya pada era
sebelum ini,namun kini mungkin menjadi penghalang kepada kejayaan merencat
pasaran dan meletakkan negara dalam kedudukan yang kurang berdaya saing.
6) Mengkaji semula sistem subsidi dan meluaskan punca kutipan hasil melalui
cadangan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
MODEL EKONOMI BARU (MEB)
Tonggok utama :-
1) 1 Malaysia , rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan
2) Program Transformasi kerajaan (PTK)
3) Program Transformasi ekonomi (PTE)
4) Rancangan Malaysia kesepuluh (2011-2015)
Prinsip MEB:-
5) Ekonomi berpendapatan tinggi
-mensasarkan pendapatan per kapita setiap rakyat Malaysia sebanyak AS$ 15,000-
AS$20,000 ( RM 22,931 - RM 49,137)
6) Kemampanan
- Memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang.
1) Keterangkuman
- Membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan negara sepenuhnya untuk jangka
masa panjang.
MODEL EKONOMI BARU (MBE)

CIRI-CIRI EKONOMI NEGARA TAHUN 2020:

1) Berpandukan pasaran
2) memiliki tadbir urus yang rapi
3) berintegrasi serantau
4) keusahawan dan berinovatif
5) ekonomi berpendapatan tinggi
6) mapan
7) penyertaan menyeluruh semua golongan rakyat
8) semua rakyat akan dapat menikmati kemakmuran bersama.
DASAR AUTOMOTIF NASIONAL(2020-2030)

Matlamat: untuk menjana nilai ekonomi yang berterusan.


Tujuan: membantu usaha transformasi dan integrasi industri automotif
tempatan ke dalam jaringan industri serantau dan global yang semakin
kompetitif.
Objektif Dasar Automotif Negara
❏ Menggalakkan industri automotif tempatan yang kompetitif dan berdaya
tahan
❏ Membangunkan Malaysia sebagai pusat atau hab automotif serantau dalam
bidang-bidang khusus
❏ Menggalakkan peningkatan nilai tambah secara mampan serta pembinaan
keupayaan tempatan
❏ Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang
kompetitif di pasaran dunia
❏ Menggalakkan penyertaan Bumiputera yang kompetitif dan menyeluruh
dalam industri automotif tempatan
❏ Menjaga kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang selamat
dan berkualiti pada harga yang berpatutan
Strategi Pelaksanaan
❏ Melaksanakan Program Pembekalan Global bagi membantu pengeluar
komponen dan alat tempatan ke dalam rangkaian bekalan automotif syarikat
automotif.
❏ Rakan kongsi Perjanjian Perdagangan Bebas akan digunakan untuk
membantu pengeluar komponen dan alat-alat tempatan dengan meningkatkan
daya saing industri automotif Malaysia.
❏ Menyediakan geran R&D untuk tujuan reka cipta dan penambahbaikan produk
automotif.
❏ Mengembangkan pasaran eksport menerusi pelbagai insentif seperti geran
pembangunan pasaran bagi IKS.
Tumpuan dalam Dasar Automotif Negara 2014

❏ Teknologi hijau
❏ Peluasan pasaran
❏ Pembangunan teknologi
❏ Pembangunan modal insan
❏ Penambahbaikan ekosistem industri automotif
DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)

-DPN telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 oleh Datuk Musa Hitam selaku
pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Pertanian Negara.

- DPN terbahagi kepada :-

1) DPN 1 (1984-1991)
2) DPN 2 ( 1992-1977)
3) DPN 3 ( 1998-2010)
DPN 1 (1984-1991)
- Membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan eksport
- memberi penekanan kepada dasar ekspansionari yang mengutamakan
tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko
- melalui DPN 1 , kerajaan telah melabur dalam pembangunan infrastruktur
,pembangunan in-situ dan pembukaan tanah-tanah baru bagi memajukan
tanaman kelapa sawit dan koko
DPN 2 (1992-1997)
- Meningkatkan produktiviti , kecekapan dan persaingan
- meningkatkan keluasan tanaman kelapa sawit ( tanaman ladang)
- DPN 1 tidak berjaya kerana KDNK & guna tenaga turun
- pelaksanaan DPN 2 dibuat setelah mengambil kira kedudukan kekangan tanah ,
tenaga buruh yang kian tua dan produktiviti yang rendah
- perubahan dilakukan dengan mengubah penumpuan kepada pembangunan
pertanian ke arah penghasilan produk yang mempunyai nilai tambah.
- hal ini selaras dengan strategi perindustrian dalam Pelan Induk Perindustrian
Pertama dan Kedua
- pembangunan industri asas tani bertujuan untuk mengeksploitasi faedah
berbanding pasaran niche untuk menambah peluang pekerjaan ,menjana
pendapatan yang tinggi melalui peningkatan produktiviti serta menambah hasil
pertukaran asing negara.
DPN 3 ( 1998-2010)

OBJEKTIF KHUSUS DASAR PERTANIAN 3 :-

1) Meningkatkan sekuriti makanan


2) Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
3) Merapatkan rantaian dengan sektor lain
4) Mewujudkan sumber pertumbuhan baru
5) Mengguna dan memulihara sumber semulajadi secara lestari
DPN 3 (1998-2010)
- Meningkatkan daya saing sektor pertanian
- memaksimumkan pendapatan melalui :-
1) pengunaan sumber secara optimum
2) meningkatkan sumbangan pertanian kepada KDNK
3) menambah pendapatan pengeluar
- memperkenalkan dua pendekatan pengeluar :-
1) pendekatan perhutani
2) pendekatan Berasaskan produk
DPN 3 (1998-2010)

DPN 3 digubal untuk menghadapai cabaran / keperluan untuk :

1) Menjamin bekalan makanan yang mencukupi ,selamat,berkhasiat serta


bermutu tinggi pada harga yang berpatutan
2) Mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian
3) memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negara
4) meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan
5) merubah sektor perkebun kecil
6) menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara dan ;
7) memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.
SESI Q&A
Soalan STPM
1. Nyatakan empat strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.[4]
(STPM 2013)

❏ membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia


❏ mentransformasikan sistem penyampaian awam
❏ mentransformasikan ekonomi negara
❏ membangunkan sosioekonomi secara inklusif
❏ mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan
kualiti hidup
2. Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) telah menggariskan lapan Inisiatif
Pembaharuan Strategik bagi merealisasikan hasrat kerajaan menjayakan Model Baru
Ekonomi (MBE). Huraikan dua daripada lapan inisiatif tersebut.[4] (STPM 2013)
Inisiatif Huraian

Menyuburkan kembali sektor swasta Bertujuan untuk menerajui pertumbuhan ekonomi negara.

Membangun tenaga kerja yang berkualiti Bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan negara
terhadap pekerja asing.

Mewujudkan ekonomi domestik yang Dilakukan dengan mempertingkatkan penyelidikan dan


berdaya saing pembangunan (R&D)

Memperkukuh sektor awam Dilakukan dengan melaksanakan Program Transformasi


Kerajaan (PTK)

Melaksanakan tindakan afirmatif yang Dilaksanakan berdasarkan merit dan keperluan


telus dan mesra pasaran

Meningkatkan sumber pertumbuhan Dilakukan dengan meneroka bidang baharu ekonomi

Memastikan pertumbuhan yang mapan Pertumbuhan yang berterusan


3. Dasar Wawasan Negara (DWN) merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang
lepas dengan tujuan mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan
makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang saksama.
Oleh itu, beberapa teras dasar yang baru telah diperkenalkan.

(a) Namakan dua Rancangan Malaysia yang terdapat dalam tempoh pelaksaan Dasar
Wawasan Negara(DWN). (STPM 2015)
❏ Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005
❏ Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

(b) Berikan dua dimensi baru diperkenalkan dalam Dasar Wawasan Negara(DWN).

❏ Membangunkan Malaysia sebagai masyarakat berasaskan pengetahuan.


❏ Menjana pertumbuhan berdasarkan sumber dan kekuatan tempatan.
4. Jelaskan dua tujuan pendekatan strategik Dasar Pertanian Negara Ketiga.[4]
(STPM2018)
Tujuan Huraian

Meluaskan pasaran pertanian ke seluruh Menjalinkan hubungan perdagangan dan


dunia meningkatkan promosi

Memajukan kegiatan perhutanan sebagai Meningkatkan pengeluaran pertanian dan


usaha sama sumber pertanian secara bersama

Membangunkan industri berasaskan Menghasilkan produk yang dapat memenuhi


pertanian cita rasa dan berdasarkan permintaan
pengguna

Memenuhi keperluan pengguna Menghasilkan produk yang berkualiti untuk


memenuhi permintaan pelanggan

Memaksimumkan penggunaan sumber Menggunakan sumber-sumber asli secara


berhemat

Anda mungkin juga menyukai