Anda di halaman 1dari 20

Nilai Insan

(Pantun Enam Kerat)


Antologi Nilai Insan
ISI KANDUNGAN
• Maksud pantun
• Tema
• Persoalan
• Bentuk/Ciri Pantun
• Gaya Bahasa
• Nilai dan Pengajaran
NILAI INSAN
Bawa denak bersangkar rotan,
Di dalam semak sangkut di dahan,
Dahan sedepa tempat gantungan;
Nilai anak kerana ketaatan,
Nilai emak kerana asuhan,
Nilai bapa kerana tanggungan.

Menjelang senja ke Kampung Panggas,


Mencari halia di dalam huma,
Untuk dicampurkan dalam adunan;
Nilai pekerja jalani tugas,
Nilai penyelia adil saksama,
Nilai majikan penuh keihsanan.
NILAI INSAN
Pohon kuini di tepi pinggiran,
Tempat terkinja si anak rusa,
Pemburu mengepung sorak melolong;
Nilai penghuni mesra berjiran,
Nilai ketua bertimbang rasa,
Nilai sekampung tolong-menolong.

Hujan sereyat di tengah hari,


Menjemur lampin pinggir kawasan,
Baju kemeja dijemur sama;
Nilai rakyat beretika diri,
Nilai pemimpin ada wawasan,
Nilai raja berbudaya agama.
01
MAKSUD PANTUN
Rangkap 1

Nilai sebuah keluarga terletak pada anak yang baik


dan bertanggungjawab melalui sikap ketaatan
terhadap ibu bapa manakala ibu yang
bertanggungjawab ialah ibu yang sentiasa
membimbing & mengasuh anak-anaknya dengan
sempurna. Ayah yang baik pula sentiasa
menyediakan semua keperluan atau kemudahan
buat keluarganya.
Rangkap 2

Nilai sebuah organisasi terletak pada pekerja yang


berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya dengan
sempurna. Seorang penyelia yang berhemah ialah
penyelia yang tidak mengamalkan sikap pilih kasih
manakala majikan yang bertanggungjawab akan
menjaga kebajikan pekerjanya.
Rangkap 3

Setiap penduduk setempat perlu mengamalkan


konsep kejiranan yang baik dan saling menghormati
agar dapat mewujudkan kesejahteraan. Sementara
itu, seorang pemimpin atau ketua masyarakat pula
haruslah mempunyai sikap bertimbang rasa.
Penduduk setempat perlu menunjukkan sikap
bantu-membantu.
Rangkap 4

Setiap warganegara perlu berbudi pekerti dan


membudayakan sikap tidak mementingkan diri
sendiri. Pemimpin pula mestilah berpandangan jauh,
berjiwa besar dan berkaliber. Raja pula berperanan
sebagai ketua agama.
02
TEMA
Nilai-nilai kemanusiaan
dalam kehidupan
Setiap nilai yang diamalkan menjadi
ukuran dan gambaran pemikiran, sikap dan
perbuatan seseorang itu yang akan
memberikan kesan kepada diri sendiri,
masyarakat, agama dan negara.
03
PERSOALAN
Persoalan tanggungjawab
setiap ahli keluarga

Nilai sebuah keluarga terletak pada anak


yang taat akan ibu bapa, emak yang
mendidik anak-anak dan bapa yang
menanggung keluarga.
Persoalan nilai kemanusiaan
dalam sesebuah organisasi
Penulis menyatakan nilai sebuah organisasi
terletak pada pekerja yang berdedikasi,
penyelia yang adil dan majikan yang
mempunyai sifat ihsan terhadap
pekerjanya.
Persoalan semangat bantu-
membantu sesama jiran
tetangga
Penulis menyatakan setiap penduduk
setempat perlu mengamalkan sikap bantu-
membantu dalam kawasan kejiranan agar
keharmonian terbina.
04
NILAI MURNI &
PENGAJARAN
Nilai kesungguhan
Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam
melakukan tugas
Penulis menyatakan nilai sebuah organisasi terletak
pada pekerja yang berdedikasi dalam melaksanakan
tugasnya dengan sempurna.
Nilai ketaatan
Kita perlulah taat akan kedua-dua ibu bapa

Penulis menyatakan anak yang baik dan


bertanggungjawab dapat dinilai melalui sikap
ketaatannya terhadap ibu bapa.
Nilai semangat bermasyarakat
Kita mestilah mempunyai semangat
kemasyarakatan dengan bergaul mesra dan
bantu-membantu sesama jiran tetangga

Penulis menyatakan setiap penduduk di kawasan


kejiranan perlu bersikap mesra dan mengamalkan sikap
bantu-membantu agar keharmonian terbina.
TERIMA KASIH
ADA SOALAN?

CREDITS: This presentation template was


created by Slidesgo, including icons by Flaticon,
and infographics & images by Freepik