Anda di halaman 1dari 20

INSTITUSI

AHLI KUMPULAN KEHAKIMAN


:
DALAM ISLAM
MUHAMAD IKHMAL BIN MD ISA
NURUL ZARIFAH BINTI ABD RAHIM
AZIEMAH ADRIANA BINTI AZAHARI
NURIN AUNAH ATIKAH BINTI AZMI
PENGENALAN
 Institusi kehakiman merupakan satu institusi penting
dalam sesebuah pemerintahan Islam. Dalam sebuah
sistem perundangan, ia merupakan elemen kunci yang
menjamin kejayaan sesebuah sistem perundangan.
 Kehakiman atau al-qada’ dari segi bahasanya
bermaksud menghukum, menyelesaikan, menetapkan,
memutuskan dan mencegah. Dari sudut syarak pula
bermaksud menyelesaikan perbalahan dan
pertelingkahan yang berlaku antara manusia berasaskan
syariah Islam.
• itulah syariah Islam memberikan penekanan yang utama
terhadap institusi kehakiman. Rasulullah s.a.w. pernah
bertindak sebagai seorang hakim bagi membicarakan
pertelingkahan yang berlaku dalam kalangan anggota
masyarakat .
• Baginda juga pernah mengirim para sahabatnya seperti Ali ibn
Abi Talib dan Mu’az ibn Jabal ke Yaman sebagai hakim yang
mentadbir urusan perundangan yang timbul di negeri tersebut.
Demikian juga selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., urusan
kehakiman diambil alih oleh para Khulafa’ al-Rasyidin
KONSEP KEHAKIMAN
DALAM ISLAM
 Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul
KEHAKIMAN DI di samping mengembangkan dakwah Islamiyyah
ZAMAN
RASULULLAH S.A.W
 Baginda juga diberi tugas kehakiman.
 Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah
berserta dengan termeterinya perjanjian antara
Baginda dan Mulfajirin dengan penduduk-
penduduk Madinah iaitu golongan Ansar, Yahudi
dan Musyrikm, membuka ruang dan memberi
kuasa kepada Rasulullah s.a.w untuk
melaksanakan tugas tersebut
• Zaman Khulafa' al-Rashidin bermula dengan
perlantikan Saiyidina Abu Bakar sebagai khalifah KEHAKIMAN
DI ZAMAN
pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. SAHABAT
• Oleh kerana masa pemerintahannya yang pendek,
Abu Bakar r.a hanya meneruskan kuasa kehakiman
seperti di zaman Rasulullah s.a.w. HAKIM
DALAM
ISLAM

• Hakim merupakan satu kerjaya yang mencabar kerana ia melibatkan


kepentingan umum dalam usaha menegakkan keadilan dan mencegah
kezaliman dalam masyarakat.
• Tugas ini mempunyai pelbagai kepentingan, rintangan dan membahayakan.
Catatan sejarah Islam menjelaskan ramai cerdik pandai Islam telah dianiaya
semata-mata kerana enggan menerima tugas ini.
• Begitu juga di kalangan hakim, mereka menerima akibat yang sama
disebabkan keputusan mereka tidak disenangi oleh pihak pemerintah
• Konsep rayuan telah lama wujud dalam Islam. Dimana firman Allah ada
menerangkan tentang kemungkinan berlakunya kesilapan atau
• kesalahan dalam memutuskan sesuatu hukuman.
• Oleh yang demikian bolehlah dibuat rayuan andainya berlaku kesilapan
dan kesalahan.
• Allah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman a.s telah menghukum satu kes,
yang mana dalam keadaan tergesa-gesa beliau menjatuhkan hukuman
sebelum mendengar keterangan dari sebelah pihak lagi yang berbalah itu

RAYUAN DALAM KEHAKIMAN ISLAM


CIRI – CIRI KEHAKIMAN
DALAM ISLAM

1. Menegakkan keadilan
2. Menetang kezaliman
tanpa mengira darjat,
dan membela orang
pangkat, keturunan atau
yang dizalimi
agama.

3. Mengamalkan adab 4. Pelaksanaan


dan akhlak mulia islam hukuman bersifat
seperti jujur dan pencegahan, pemulihan
amanah. dan pengajaran
KEPENTINGAN
INSTITUSI KEHAKIMAN
 Dasar kehakiman dan perundangan adalah ciptaan Allah
SWT ini menyebabkan sistem kehakiman islam unggul.
 Setiap hukuman bertujuan mendidik jiwa manusia agar
sentiasa mematuhi dan mentaati Allah SWT.
 Undang – undang tidak berubah kerana datangnya
daripada Allah.
 Memberi kesejahteraan hidup bagi melahirkan manusia
supaya terpelihara daripada unsur yang merosakkan.
PERANAN KEHAKIMAN
DALAM ISLAM
 Menegakkan keadilan sejagat kepada semua tanpa
batasan agama dan keturunan,
 Memelihara agama, jiwa, akal, benda harta dan
keturunan demi kepentingan bersama
CABARAN MASA KINI
BERKENAAN TENTANG
INSTITUSI KEHAKIMAN
DALAM ISLAM
1. CABARAN SISTEM KEHAKIMAN SYARIAH

 Persepsi negative masyarakat terhadap mahkamah Syariah terutamanya dari


kalangan kaum Wanita. Hal ini kerana wanita sebahagian besar klien atau pelanggan
utama yang mendapatkan khidmat Mahkamah Syariah terutamanya dalam kes – kes
kekeluargaan
 Antaranya mereka berpandangan bahwa mereka kecewa dengan prosiding dan
proses keadilan mahkamah Syariah. Ada juga para wanita yang tidak berpuas hati
dengan keputusan kes yang tidak memihak kepada mereka walaupun mereka
merasakan mereka adalah mangsa keadaan.
 persepsi negative ini turut disemai atau disemarakkan lagi oleh liputan akhbar dan
juga media sosial yang banyak mengkritik dan memburukan sistem kehakiman
Syariah Malaysia.
 Segenap masyarakat telah secara terus menerus
membandingkan dua sistem kehakiman ini yang
telah wujud seiringan.
 Hal ini kerana identiti dan fungsi yang dibawa
2. PERBANDINGAN oleh kedua – dua sistem ini terlibat sama di
YANG BERTERUSAN mata masyarakat iaitu menegakkan keadilan.
ANTARA KEHAKIMAN Media massa terutamanya media akhbar banyak
SYARIAH DAN JUGA mengkritik mahmakah Syariah dan
SISTEM KEHAKIMAN menggambarkan seolah – olah Mahkamah
SIVIL Syariah berada di kelas kedua jika
dibandingkan dengan Mahkamah Sivil.

SAMBUNGAN PADA SLIDE SETERUSNYA


 Sebagai contoh, kenyataan oleh surat khabar News Straits Times seperti “the
Syariah’s secondary status in the nation’s main corpus of law” yang juga
seolah – olah meletakkan kedudukan Syariah di Malaysia lebih rendah
berbanding dengan undang-undang sivil yang berasaskan prinsip common
law.
 Namun demikian, pelbagai usaha dan insiatif yang telah diambil oleh
institusi kehakiman Malaysia bagi membasmi perbandingan negative ini
antaranya melantik hakim-hakim syarie dalam kalangan wanita untuk
menambahkan bilangan hakim yang sedia ada dan menerapkan dan
menggunakan etika kerja negara jepun iaitu 55 yang terdiri daripada seiri,
seiton, seiso, seiketsu yang bermaksud sisih, susun, sapu, seragam dan
sentiasa amal untuk menaiktaraf keberkesanan kerja, disiplin kerja dan
memberi motivasi agar kerja lebih teratur dan meningkatkan produktiviti
kerja.
 Kes-kes yang berkaitan dengan
agama islam telah dihentikan
kerana masalah pandemik covid-
19 yang berleluasa di negara kita
sekarang. Maka dari itu, institusi
kehakiman membuka ruang
kepada semua orang warga untuk
melakukan perjumpaan secara
INFO
online dan menyelesaikan kes-kes
tertentu dengan baik kerana
suasana yang tidak mengizinkan
untuk bertemu secara bersemuka
sekarang kerana covid-19 ini
LANGKAH – LANGKAH
MENGATASI CABARAN
1. HARUSLAH BERSIKAP POSITIF
masyarakat hendaklah memainkan peranan penting
dalam apa-apa urusan dalam kes-kes yang mereka
alami. Mereka harus berfikiran positif terhadap
mahkamah Syariah terutamanya dari kalangan kaum
wanita yang terlibat dalam kes-kes kekeluargaan
kerana mereka harusnya bersikap adil dan terima
dengan lapang dada dengan apa-apa keputusan
mahkamah.
2. BERSIKAP BEKERJASAMA
kaum wanita yang memberikan pandangan negative terhadap
sistem kehakiman itu harus bekerjasama agar sistem kehakiman
dapat memberi impak yang baik terhadap kes-kes yang mereka
atasi. Mereka seharusnya sedar akan kesalahan mereka sendiri
walaupun mereka merasa mereka adalah pemangsa.
3. BERSIKAP BERTOLAK ANSUR
masyarakat yang berurusan dengan pihak mahkamah kerana
jika mereka bertindak tidak bertolak ansur mereka tidak akan
mendapat apa-apa kebaikan kerana mereka memburukkan imej
sistem kehakiman.
JANGKAAN MASA DEPAN
TERHADAP INSTITUSI
 Penambahbaikkan secara berterusan akan dapat
melonjakkan imej institusi kehakiman dan perundingan
syariah dalam menangani kes yang semakin kompleks
serta mencabar, sekali gus memenuhi keperluan
masyarakat islam secara keseluruhan.
 Mahkamah syariah yang merupakan institusi kehakiman
dan perundangan syariah yang mendukung syiar islam
akan terus dipertahankan serta diperkasakan dari semasa
ke semasa.
 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysa mestilah
mengambil inisiatif untuk mewujudkan suatu forum
yang berperanan sebagai medium pertukaran maklumat
dan amalan terbaik institusi kehakiman syariah boleh
dikongsi dengan negara serantau seperti Brunei,
Singapura dan Indonesia.
 Dengan adanya pelbagai langkah untuk mengatasi
segala cabaran mengenai institusi kehakiman islam,
perbincangan ilmiah mengenai fungsi Maqasid Syariah
di negara serantau dapat diadakan secara berterusan
dalam membantu kerajaan dan pihak berkuasa agama
negeri bagi mendapatkan penjelasan berhubung syarak
yang kadang kala rumit untuk ditangani secara
bersendirian.
KESIMPULAN DAN
PENUTUP
Berdasarkan segala yang telah dibentangkan, disini kita
dapati bahawa institusi kehakiman bukanlah hanya
menyelesaikan masalah berkaitan agama malah juga
membantu mereka dalam pelbagai cara. Selain itu,
institusi kehakiman dalam islam juga amat penting bagi
menjamin kesejahteraan hidup rakyat tidak kira agama
mahupun bangsa. Pelbagai langkah telah dilakukan oleh
kerajaan mahupun perdana menteri atau pihak majlis
agama islam negara untuk memperkukuhkan lagi
martabat institusi kehakiman ini.
SUMBER RUJUKAN
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasi
onal/2020/09/736384/kerajaan-martabatkan-institusi-kehakiman-perun
dangan-syariah-pm
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/institusi-kehakiman/
https://
www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/islamic-ju
diciary-system/cabaran-sistem-kehakiman-dan-kepeguaman-syarie/35
71032
https://m.facebook.com/110283157409728/posts/keratan-akhbar-piliha
n/136868371417873
/
http://
tasawwurdsh.blogspot.com/2014/04/kepentingan-institusi-kehakiman.

Anda mungkin juga menyukai