Anda di halaman 1dari 55

BUKU

PENGURUSAN
KOKURIKULUM
2021

www.sktbijohor.edu.my
KATA PENGANTAR
KATA PENGANTAR
 
Salam sejahtera……
 
Kokurikulum merupakan salah satu bidang yang wajib disertai oleh semua murid Tahap
2.Sehubungan dengan itu, pengagihan keahlian unit beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan
& Permainan adalah berdasarkan minat dan kecenderungan murid.Kesinambungan daripada
itu, buku panduan pengurusan & pelaksanaan Kokurikulum ini saya wujudkan agar setiap guru
dapat melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih terancang, sistematik dan lebih berkesan
bagi melahirkan murid yang seimbang sesuai dengan motto “Mentransformasikan Kokurikulum
Ke Arah Pembentukan Modal Insan Bagi Persediaan PAK - 21” .
Pada pendapat saya, pengurusan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini
telahpun mencapai tahap yang boleh dibanggakan oleh semua warga sekolah.Walau
bagaimanapun, terdapat aspek-aspek tertentu yang perlu ditambah baik dari semasa ke semasa
khususnya dalam aspek penilaian dan kemejadian murid dalam bidang kokurikulum dan sukan
 
Sehubungan dengan itu, untuk memantapkan lagi pengurusan pentadbiran sekolah
khususnya dalam bidang kokurikulum, saya telah merancang dan mewujudkan buku ini agar
dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh semua guru dalam melaksanakan program dan
aktiviti dalam kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, peringkat zon, daerah ataupun di
peringkat negeri.Naskah ini mengandungi panduan dan maklumat yang boleh dijadikan rujukan
untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum.Harapan saya, apa yang yang terkandung di dalam
buku ini dapat diaplikasikan oleh semua guru yang terlibat dalam menjayakan aktiviti &
program kokurikulum di sekolah ini agar dapat melahirkan model insan yang cemerlang
berlandaskan visi dan misi sekolah yang sedia ada.
 
Disamping itu , kerjasama semua guru, pihak pentadbiran sekolah dan PIBG amat
penting bagi menjayakan sesuatu program agar objektif yang digariskan dapat dicapai
sepenuhnya.Diharapkan semua aktiviti & program yang dirancang sepanjang tahun 2021 dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
VISI DAN MISI
VISI KOKURIKULUM

Melahirkan generasi pelajar yang seimbang &


cemerlang melalui aktiviti Kokurikulum
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

MISI KOKURIKULUM

Warga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah,


Johor Bahru akan berusaha gigih ke arah
menjayakan aktiviti Ko-Kurikulum berteraskan
Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan
modal insan yang cemerlang.
KONSEP
KOKURIKULUM
1.KONSEP KOKURIKULUM

1.1 Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah,dan setiap


murid harus melibatkan diri.Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik
darjah,mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.Dengan andaian bahawa murid-murid tidak
mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah,maka aktivitikokurikulum dapat
menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untukperkembangan
mental,minat,bakat,jasmani,rohani dan pembentukan nilai-nilaiestetika serta sosial yang
positif.
1.2 Sebagai satu bidang pendidikan,penglibatan semua murid dan anggota
masyarakat adalah perlu,berasaskan kepada anggapan bahawa:
1.2.1 Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan
mental (akademik)dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu
(sosial,jasmani dan rohani);
1.2.2 Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;
1.2.3 Semua murid boleh dididik,dan boleh pula mendidik diri sendiri dan
rakan sebaya;
1.2.4 Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan
masyarakat dan negara;
1.2.5 Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik
murid-murid.
 
2. Definisi Kokurikulum Dalam Program Pendidikan:
Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan.
"Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran,norma,nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan,untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani,rohani,mental dan
emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
PERINCIAN TUGAS
DAN
TANGGUNGJAWAB
PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
 
MUKADIMAH
Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar sekolah untuk
mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
 
BIDANG TUGAS

1.Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan pentadbir lain.
2.Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
3.Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal berkaitan Kokurikulum,
Pentadbiran, hubungan mayarakat dan Keselamatan.
4.Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
 
SENARAI TUGAS
PENGURUSAN KOKURIKULUM

 Unit Pasukan Berunifom (Badan Bukan Kerajaan)


 Maklumat dan Data Pengurusan Kokurikulum
 Data Pencapaian Aktiviti Kokurikulum
 Pembangunan Latihan/Kursus
 Dokumentasi Aktiviti
 Perkhemahan
 Takwim Tahunan
 Pertandingan dalaman
 Kontigen Sukan dan Permainan MSSD/MSSS
 Pengerusi Sukan dan Permainan MSSD/MSSS
 Sukan Tahunan Sekolah
 Merentas Desa
 Tuntutan Kewangan MSSD
 Penilaian Kokurikulum
 Persatuan Akademik Ikhtisas/Kelab
 Kelab Sukan Dan Permainan
 Pendaftaran Keahlian dalam Unit-Unit
 Senarai Tugas Guru-Guru
 Sijil Penghargaan untuk guru/pelajar
 Kewangan
PEMBANGUNAN DIRI PELAJAR
 
SUKAN DAN PERMAINAN
 Menyelaras kegiatan sukan dan permainan pelajar mengikut minat kecenderungan
 Membantu merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan
disemua peringkat.
 Membantu merancang Takwim Sukan dan Permainan

 
PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan persatuan Akademik/ Kelab mata
pelajaran dan Kelab Sukan dan Permainan.
 Menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan dan kelab
 Menyelaras program-program anjuran persatuan dan kelab

 
UNIT BERUNIFOM DAN PAKAIAN SERAGAM
 Menyelaras pelaksanaan kegiatan Unit Berunifom
 Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan Unit Berunifom
 Menyelaras program-program anjuran Unit Berunifom supaya tidak bertentangan dengan
peraturan sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dan undang-undang negara Malaysia.

 
PROGRAM-PROGRAM KHAS
 Merancang program –program khas yang bersesuaian dengan perkembangan sahsiah
pelajar dan hala tuju pengurusan kokurikulum sekolah semasa.
 Membantu meningkatkan kecemerlangan kokurikulum dalam jangkamasa pendek atau
panjang

 
AKTIVITI KURIKULUM DALAM KOKURIKULUM
 Membantu kurikulum untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam persatuan dan kelab yang
disertai.
 Membantu kurikulum dalam aktiviti dan program yang disertai oleh pasukan sekolah

 
PEMBANGUNAN ORGANISASI
 Membantu Guru Besar merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan di sekolah
 Membantu Guru Besar merancang program-program tahunan
 Membantu Guru Besar dalam menyenaraikan tugas-tugas guru bidang kokurikulum
 Membantu Guru Besar dalam pengurusan, mesyuarat, program dan aktiviti anjuran
peringkat Sekolah , Daerah , Negeri dan Kebangsaan dalam bidang sukan dan
kokurikulum

 
PEMBANGUNAN KENDIRI
 Mempertingkatkan pencapaian dan kecemerlangan kokurikum di semua peringkat
 Menerapkan nilai-nilai murni dan Falsafah Pendidikan Negara dalam semua bidang
kokurikulum.
 Aktiviti kurikulum dalam kokurikulum dijalankan dengan aktif.
 Aktiviti kokurikulum dapat menyerapkan budaya sekolah yang cemerlang.
 Pencapaian cemerlang dan penglibatan aktif pelajar dan guru dalam bidang
kokurikulum diberi anugerah/sijil
PERINCIAN TUGAS
DAN
TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA
KOKURIKULUM
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JK KOKURIKULUM

Bidang Tugas
1) Menghadiri Mesyuarat ,Taklimat dan Perjumpaan untuk merancang aktiviti kokurikulum
2) Melibatkan diri secara aktif dalam mesyuarat serta program sekolah
3) Membantu PK KOKU menyelaras semua aktiviti kokurikulum, Sukan dan Permainan,
i) Kelab dan Persatuan, Unit Berunifom
4) Membantu PK KOKU menyelia, menilai dan memantau aktiviti kokurikulum sekolah
a) Sukan dan Permainan
i) Membantu PK KOKU merancang, melaksanakan dan menyelia kegiatan
sukan dan permainan disemua peringkat
ii) Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah
iii) Membantu mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan
supaya mencapai matlamatnya
b) Kelab dan Persatuan
i) Membantu menyelaras dan menyelia aktiviti persatuan
ii) Membantu dalam pelaksanaan program kelab dan persatuan mengikut
jadual induk
c) Unit Berunifom
i) Membantu merancang strategi penglibatan Unit Berunifom di sekolah
ii) Membantu menyelaras pelaksanaan kegiatan Unit Berunifom di sekolah
iii) Membantu memastikan kegiatan dirancang mengikut jadual
iv) Membantu menyelaraskan kegiatan dan takwim Unit Berunifom di semua
peringkat
d) Pengurusan
i) Membantu mengurus dan melaksanakan setiap bidang kokurikulum
ii) Membantu menyediakan anggaran belanjawan setiap unit dan peringkat
iii) Membantu menentukan langkah-langkah keselamatan dalam setiap program
dan aktiviti telah diambil
iv) Membantu menguruskan semua dokumentasi untuk majalah sekolah,
penerbitan, keperluan analisis di semua peringkat
v) Menyediakan kertas kerja perancangan untuk dibentangkan dan dihantar
seperti Anggaran Belanjawan Unit, Program Kecemerlangan, Program
Khas Sekolah, Projek Inovasi dsbnya
vi) Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan dan dihantar seperti
Laporan Aktiviti Tahunan, Laporan Program Khas, Laporan Sukan dan
sebagainya
vii. Membantu dalam proses pembahagian dan pendaftaran pelajar dalam
kumpulan, data-data pelajar dalam kokurikulum, pendaftaran rumah
sukan, pendaftaran unit- unit kokurikulum
viii.Membantu Setiausaha Sukan dalam pengurusan dan penyeliaan alatan
sukan dan alatan kokurikulum di semua peringkat
ix. Membantu memastikan rekod dan data kokurikulum disimpan dan
dipamerkan dengan sempurna apabila dikehendaki
x. Membantu memastikan aktiviti kokurikum dan sukan yang dijalankan
mematuhi undang-undang negara dan tidak menyalahi hukum agama
Islam
5) Membantu mengenalpasti guru dan pelajar yang berpotensi untuk kegiatan
kokurikulum
6) Membantu merancang pembangunan diri pelajar dan guru seperti perkhemahan,
motivasi, klinik sukan dsbnya supaya pencapaian aspek kokurikum sentiasa
meningkat
7) Membantu menjalankan Kajian Tindakan dan R & D untuk kecemerlangan
kokurikulum di semua peringkat
8) Membantu menyelaras pemberian sijil-sijil kepada pelajar dan guru mengikut mutu,
nilaian dan wajaran yang ditetapkan
PERINCIAN TUGAS
DAN
TANGGUNGJAWAB
JAWATANKUASA
PENGURUSAN SUKAN
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWATANKUASA PENGURUSAN SUKAN
UNTUK KECEMERLANGAN
 
Bidang Tugas

1) Merancang kegiatan dan pembangunan sukan sekolah, merentas desa sekolah,


aktiviti sukan dan rekreasi disekolah dan pasukan MSSD sekolah.
2) Membuat perancangan dan melaksanakan program latihan untuk pasukan masing
masing bagi menghadapi pertandingan antara sekolah
3) Membantu setiausaha sukan dalam pertandingan sukan, merentas desa, aktiviti di
padang atau gelanggang serta penyelenggaran padang dan gelanggang
4) Memastikan peralatan yang ingin digunakan dalam latihan pasukan mencukupi
dan bersesuaian dengan kemampuan dan kebolehan pelajar
5) Memastikan keselamatan pelajar sentiasa dalam keadaan baik sama ada ketika
latihan atau pun pertandingan
6) Memastikan kebajikan pelajar sentiasa terjaga sepanjang latihan dan
pertandingan
7) Membuat pemilihan ahli pasukan masing-masing mengikut kemampuan dan
prestasi pelajar
8) Memastikan tuntutan perjalanan dan perbelanjaan makan minum guru dan
pelajar mengikut prosedurMembuat laporan pertandingan untuk dokumentasi dan
untuk simpanan fail
9) Membantu setiausaha sukan menyelenggara stor sukan dan peralatan dengan baik
10) Membantu setiausaha sukan mengemaskinikan data dan maklumat pelajar seperti
pendaftaran keahlian rumah sukan dan no peserta, rekod sukan dsb
PERINCIAN TUGAS
DAN
TANGGUNGJAWAB
SETIAUSAHA SUKAN
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SUKAN

BIDANG TUGAS

 Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah


 Menyediakan Takwim dan Jadual Sukan yang sesuai dengan takwim aktiviti
MSSD, MSSS dan MSSM
 Membantu Guru Besar dan PK KOKU mengagihkan tugas guru di dalam kegiatan
sukan olahraga dan permainan
 Menetapkan rumah sukan pelajar dan menyediakan nombor siri pada setiap tahun
 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk pembelian aktiviti dan peralatan
 Menyelaras penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan untuk peringkat MSSD
 Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah dengan baik
 Menyimpan dan mengemaskinikan Buku Stok dan Inventori peralatan sukan
bersama-sama Ketua Panitia PJK sekolah
 Menyediakan Laporan Penggunaan Peralatan dan kemudahan sukan
 Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan dalaman sekolah dan
luar sekolah untuk tujuan edaran, rujukan, rekod dan simpanan
 Sentiasa berbincang dengan Guru Besar /PK KOKU. dan semua pentadbir untuk
memantapkan pengurusan sukan sekolah
 Merekod pencapaian cemerlang dan penyertaan pelajar dan pasukan sekolah dalam
Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah
PERINCIAN TUGAS
DAN
TANGGUNGJAWAB
GURU PROGRAM KHAS
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU PROGRAM KHAS

Bidang Tugas
1) Membuat perancangan aktiviti untuk menjayakan rancangan-rancangan yang
telah dirancang
2) Mengadakan dan menentukan senarai JK Khas untuk menjayakan aktiviti yang
telah dirancang
3) Mengadakan taklimat kepada guru-guru atau pelajar tersebut
4) Membuat laporan dan dokumentasi untuk majalah dan laporan sekolah
mengenai program yang telah dilaksanakan
5) Memantau proses dan langkah-langkah pengurusan untuk menjayakan aktivii
tersebut
6) Menyediakan borang senarai semak
7) Membuat garis panduan kasar mengenai aktiviti sebelum, semasa dan selepas
program
8) Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi untuk mengelakkan
kemalangan
9) Memastikan program yang dirancang mematuhi peraturan sekolah dan undang-
undang di Malaysia
10) Memastikan perbelanjaan berhemah semasa mengadakan program
PERINCIAN TUGAS
DAN
TANGGUNGJAWAB
PENGURUS DAN JURULATIH
SUKAN
TUGAS DAN TANGUNGJAWAB PENGURUS DAN JURULATIH SUKAN,
PERMAINAN OLAHRAGA KELAB DAN MSSD
 
BIDANG TUGAS
 Melatih ahli pasukan masing-masing untuk menghadapi pertandingan dan
permainan antara sekolah
 Merancang latihan dan perlawanan persahabatan yang perlu dimasukan ke dalam
takwim pasukannya dan serahkan kepada S/U Sukan untuk tindakan selanjutnya
 Memastikan keselamatan pelajar/ahlinya semasa dalam latihan dan pertandingan
 Memastikan unsur-unsur nilai pendidikan dan nilai murni diserapkan sama ada
dalam latihan atau perlawanan. Elakan emosi dalam sukan dan fahami objektif
sukan sebenar. Pengisian program yang dirancang menepati citarasa pelajar dan
bersesuaian dengan matalamatnya.
 Membantu S/U Sukan dalam membuat gelanggang untuk latihan dan
pertandingan
 (PENGURUS)Menghadiri mesyuarat peringkat daerah dan mematuhi keputusan
minit mesyuarat tersebut.
 (PENGURUS)Menandatangani Kad Kokurikulum ahlinya dalam setiap latihan
dan pertandingan
 (PENGURUS)Menyediakan dan melengkapkan borang tuntutan tambang, makan
dan minum serta pengangkutan serta keperluan ahlinya dalam acara-acara yang
dianjurkan oleh sekolah /PPD/JPNSDE/KPM atas persetujuan Pengetua
 (PENGURUS)Mendapatkan dan menyimpan surat kebenaran ibubapa/penjaga
sebelum membawa ahli yang terlibat dalam sesuatu acara diluar kawasan sekolah.
Salinan hendaklah diserahkan kepada PK HEM atau PK KOKU. untuk
makluman. Maklumat seperti senarai Nama Peserta, No Tel/ Masa pergi dan
balik/Guru pengiring /tempat dituju dan aktivitinya di tulis kepada Pengawal
Keselamatan Sekolah untuk tindakan selanjutnya
 (PENGURUS)Mengiringi ahlinya yang terlibat dalam acara-acara di luar kawasan
sekolah serta pastikan Perkara (3) dan (8) telah dipatuhi
 (PENGURUS)Memaklumkan setiap keputusan pertandingan kepada Pengetua,
PK KOKU dan S/U Sukan untuk makluman dan rekod
 (PENGURUS)Membuat laporan/Post Mortem tentang prestasi pasukannya
selepas pertandingan dan serahkan laporan kepada S/U Sukan untuk tindakan
selanjutnya. Semua laporan akan dibentangkan oleh S/U Sukan semasa
mesyuarat-mesyuarat penting.
PERINCIAN TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
PENYELARAS PERSATUAN,
SUKAN DAN BADAN
BERUNIFORM
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS PERSATUAN
AKADEMIK/KELAB, KELAB SUKAN/PERMAINAN DAN UNIT BERUNIFOM
 
BIDANG TUGAS
 Menjalankan mesyuarat unit 2 kali setahun.
 Penyelaras unit sebagai Pengerusi Majlis
 Merangka agenda utk mesyuarat tersebut
 Menyediakan fail
 JBA1115/ 700/ Unit Berunifom
 JBA1115/ 700/ Persatuan Akademik/Kelab
 JBA1115/ 700/ Kelab Sukan/Permainan
 Membantu S/U KOKU. menguruskan Buku Laporan, Buku Log dan Fail Persatuan
pada awal tahun
 Membantu S/U KOKU. menyediakan Borang Memasuki Persatuan
 Borang Senarai AJK dan Ahli
 Borang Laporan Kegiatan
 Buku dan Peralatan untuk aktiviti pada awal tahun
 Memastikan Mesyuarat Agung dan pemilihan AJK diadakan pada setiap tahun
pada masa, tarikh dan tempat yang ditetapkan dengan lancar
 Memastikan guru yang tidak hadir ada penggantinya
 Menyediakan Jadual Waktu Perjumpaan dan Mesyuarat Agung
 Surat menyurat dan Minit Mesyuarat Agung direkod dan difailkan
 Mengatur dan menyelia perjalanan Persatuan Akademik/Kelab, Kelab Sukan
/Permainan dan Unit Berunifom
 Menentukan Masa Aktiviti dan Lokasinya.
 Pemantauan perjalanan aktiviti unit mengikuti Jadual Induk/utama Unit
Kokurikulum Sekolah
 Pemantauan Buku Laporan Aktiviti Persatuan dan Fail-Fail berkaitan
– disemak mengikut minggu dan bulan
- tanda-tangani mengikut minggu dan bulan
 Memastikan peraturan dalam perlembagaan dipatuhi
 Mengumpulkan Takwim, Laporan Tahunan, Buku Laporan Aktiviti, Maklumat
Persatuan Akademik/ Kelab dan Unit Berunifom untuk penyemakan dan rekod
sekolah
 Membuat Laporan Tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
Persatuan Akademik/ Kelab, Kelab Sukan/Permainan dan Unit Berunifom (semua
maklumat mengikut format yang ditentukan)
 Membantu S/U KOKU menyelaras pembahagian untuk keahlian pelajar untuk
Persatuan Akademik/Kelab, Kelab Sukan & Permainan dan Unit Berunifom
sekolah . Disamping itu jumlah setiap unit hendaklah seimbang dari segi keahlian
 Membantu S/ Usaha KOKU mendaftarkan keahlian unit untuk semua pelajar
 Mendapatkan Rekod/Data senarai nama pelajar mengikut aktiviti yang dipilih*
daripada semua Guru Tingkatan
 Memastikan pertukaran keahlian*persatuan melalui PENYELARAS dan
direkodkan. Salinan rekod pertukaran keahlian dihantar kepada Guru
Tingkatan dan S/Usaha Kokurikulum dalam tempoh SATU MINGGU selepas
pendaftaran pertukaran dibuat.
 Menyenarai dan memberikan Sijil Penghargaan peringkat sekolah kepada
pelajar setiap unit mengikut keaktifan dan kelayakkannya.
 Menyediakan Borang Pencalonan
 Borang Pencalonan penerima sijil hendaklah direkodkan
 Membantu S/Usaha KOKU memberi taklimat/kursus pengurusan kepada
Pengerusi dan S/Usaha Persatuan, Kelab dan Unit Berunifom.
 Membantu dalam menjalankan atau pun menganjurkan beberapa aktiviti unit
atau antara unit lain secara bersama/bersepadu
 Menyusun program untuk Hari Kokurikum Tahunan
PERINCIAN TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
KETUA
PERSATUAN, SUKAN DAN
BADAN BERUNIFORM
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PERSATUAN AKADEMIK/KELAB DAN
UNIT BERUNIFOM
 
BIDANG TUGAS

Kehadiran Guru
 Ketua diminta menyediakan Jadual tugasan kepada semua GP unit masing-masing
 Guru yang hadir untuk menjalankan tugas untuk aktiviti kokurikulum hendaklah
merekodkan kehadiran masing-masing
 Membentuk Jawatan Kuasa Persatuan/Kelab
 Memastikan adanya Peraturan dan Perlembagaan
 Menjadi fasilitator kepada AJK dan ahli unit di bawah jagaannya
 Melatih dan memberi pendedahan kepada AJK dalam mentadbir, merancang dan
menjayakan sesuatu aktiviti berdasarkan pengalaman sedia ada mereka dan diberi
pengkayaan dalam mentadbir unitnya dengan lebih berkesan
 Memastikan keselamatan ahli-ahli unitnya dalam sebarang gerakkerja yang
diprogramkan seperti Perkemahan, Lawatan, Taklimat, Perjumpaan dsbnya.
 GP perlu mendapatkan surat kebenaran daripada penjaga /ibubapa sebelum sesuatu
program itu dijalankan.
 Surat kebenaran tersebut ada disediakan oleh pihak sekolah. Surat kebenaran
hendaklah difailkan dan dihantar salinannya kepada GPK HEM dan PK KOKU.
 Maklumat penting hendaklah ditulis dan diberikan kepada Pengawal Keselamatan
Sekolah seperti senarai nama peserta, No. Telefon, Tempat Dituju, Masa pergi dan
balik dan senarai nama guru pengiring
 Membantu AJK dan ahli unit dibawah jagaannya membuat kertas projek atau
sesuatu aktiviti yang dirancangkan serta
 Menyediakan laporan hasil daripada pelaksanaan aktiviti tersebut.
 Kertas kerja perlu dibuat salinan untuk simpanan PK Koku. dan satu salinan
dalam fail unit masing-masing untuk rujukan.
 Berusaha memajukan dan mengaktifkan unit masing-masing dengan pelbagai
kegiatan yang sesuai dengan waktu dan cuaca agar unit tersebut dapat merasai
kesan dan faedah menjadi ahli unit tersebut
 Memperkembangkan minat, kecenderungan dan keupayaan pelajar ahli unitnya
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 Memastikan perjalanan dan aktiviti unit masing-masing tidak menyalahi
peraturan sekolah dan undang-undang negara Malaysia ; malah dikehendaki
memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual yang
ditetapkan
 Mengawasi kewangan dan harta milik unit di bawah jagaannya dan
 menyerahkan wang lebihan kepada Bendahari Kokurikulum/Pengetua pada
akhir tugasnya. Sila rujuk Nota Serah Tugas JPA melalui surat Bil. JPA.193/6/3-
4(20) bertarikh 19. Julai 1985. –Sila Rujuk di pejabat sekolah untuk maklumat
lanjut.
 Berperanan sebagai PRO bagi pihak sekolah dengan badan luar yang ada
hubungkait dengan aktiviti yang dirancangkan.
 Semua aktiviti yang melibatkan bantuan tenaga/pihak luar perlulah mendapat
kebenaran Pengetua terlebih dahulu dan
 GP wajib sentiasa ada bersama semasa pelaksanaan aktiviti dijalankan.
 Dikehendaki menyediakan unit keselamatan/ PBSM/ Kecemasan dalam lawatan
dan perkemahan dan
 Langkah-langkah keselamatan hendaklah disebarkan atau dipaparkan
 Dikehendaki menyediakan dan mengiringi ahli atau calon daripada unitnya yang
menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah/PPD/JPN/KPM.
 GP hendaklah sentiasa bersama unit nya sepanjang aktiviti dijalankan.
 Perkara (3) hendaklah dipatuhi
Kehadiran Ahli

 Kad Kokurikulum adalah disimpan oleh Ketua GP


 Menandatangani Kad Kokurikulum pelajar yang hadir dalam setiap perjumpaan
atau latihan dan aktiviti hendaklah direkodkan di dalam Buku Log (Unit
Berunifom sahaja) atau Buku Laporan Aktiviti unit masing-masing
 Kad Kokurikulum hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan setelah tamat
aktiviti tahunan untuk pengiraan markah
 Buku Log Pelajar
 Setiap pelajar yang mengadakan aktiviti Unit Berunifom hendaklah dicatat ke
dalam Buku Log
 Buku Log hendaklah ditandatangani oleh Ketua Penasihat
 Membuat dan menghantar Laporan Aktiviti Tahunan Unit Kokurikulum kepada
GP Kokurikulum mengikut format yang disediakan
 Membuat Rumusan Laporan Penilaian mengenai unit dibawah jagaannya dan
diserahkan kepada PK KOKU. Untuk dimasukkan ke dalam perancangan tahun
hadapan. Semua salinan laporan hendaklah disimpan didalam fail unit.
 Merumus tuntutan tambang perjalanan dan keperluan ahlinya yang terlibat
mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan atau aktiviti yang diarahkan oleh
pihak sekolah
 Mencadangkan nama-nama AJK dan ahli yang layak dipertimbangkan
menerima Sijil Penghargaan
 Memastikan semua maklumat seperti Fail Persatuan, Buku Laporan, Buku Log
dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Penyelaras, S/U KOKU atau PK
KOKU untuk tujuan semakan apabila diminta.
PERINCIAN TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
GURU RUMAH SUKAN
SENARAI TUGAS DAN TANGGUNG JAWAB GURU RUMAH SUKAN
 
BIDANG TUGAS

 Mengendalikan mesyuarat Agong dan perjumpaan rumah sukan


-melantik AJK
-membincangkan tentang yuran ahli
-membincangkan aktiviti sukan
 Memberikan bimbingan tentang pemilihan atlit untuk mewakili rumah sukan
 Mengadakan program latihan ahli-ahli rumah sukan
 Menentukan jadual tugas latihan untuk guru ahli dan AJK pelajar
 Mencatat kehadiran guru dalam latihan rumah sukan dan merentas desa
 Memastikan langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi untuk mengelakkan
kemalangan dan kecelakaan
 Memastikan semua peralatan sukan diambil dan dipulangkan semula dalam
keadaan yang baik dan buat laporan kpd QM jika berlaku sebarang kerosakan
 Memastikan (pendaftaran acara) senarai nama atlit yang mengambil bahagian
dihantar kepada urusetia sukan mengikut tarikh yang ditentukan
 Membantu setiausaha sukan menjayakan sukan sekolah dan merentas desa
 Membantu setiausaha membuat laporan dan post mortem sukan dan merentas
desa
 Membantu setiausaha sukan membuat dokumentasi dan laporan untuk majalah
sekolah
 Mencatat kehadiran pelajar pada Kad kokurikulum semasa latihan dan acara
sukan dan merentas desa sekolah
 Menyerahkan semua dokumentasi dan fail yang telah dikemaskinikan kepada s/u
sukan selepas tamat acara sukan dan merentas desa peringkat sekolah.
PERINCIAN TUGAS
DAN TANGGUNGJAWAB
GURU KELAS DALAM
KOKURIKULUM
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS DALAM KOKURIKULUM
 
Bidang Tugas
 Membantu Bendahari Dana Kokurikulum untuk mengutip sumbangan/yuran
sebagaimana yang ditetapkan oleh JPN pada setiap awal tahun. Melengkapkan
resit dan membuat penyerahan wang kepada bendahari pada awal tahun.
 Menyimpan/merekod dan menulis data berkaitan dengan Nama Rumah Sukan,
Nama Persatuan Akademik/Kelab Hobi, Nama Kelab Sukan Dan Permainan dan
Unit Berunifom yang dipilih oleh pelajar.
- Fail Peribadi Pelajar
- Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum,
- Kad Kokurikulum Tahun Semasa,
 Mencatat laporan dan markah di dalam Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum
sebagaimana diarahkan dan mengikut format yang ditentukan
 Menyediakan rumusan penilaian markah dan gred kepada pihak sekolah
 Menyerahkan Buku Penilaian Aktiviti Kokurikulum utk ditandatangani oleh
pihak pentadbir sekolah setelah siap laporan dan markah penilaian.
 Memastikan kehadiran ke Taklimat/Mesyuarat sebagaimana yang diarahkan
oleh pihak sekolah
TAKWIM UNIT
KOKURIKULUM
DAN SUKAN
RUMUSAN TAKWIM
UNIT KOKURIKULUM
DAN SUKAN
AHLI JAWATANKUASA
PENGURUSAN UNIT
KOKURIKULUM DAN SUKAN
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA INDUK
KOKURIKULUM
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN UNIT
BERUNIFORM
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN KELAB DAN
PERSATUAN AKADEMIK
CARTA ORGANISASI
PENGURUSAN KELAB SUKAN
DAN PERMAINAN
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA JURULATIH
SUKAN SEKOLAH
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA
RUMAH SUKAN
SEKOLAH
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA
PEMBANGUNAN SUKAN
SEKOLAH
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA
PASUKAN KAWAD KAKI
SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai