Anda di halaman 1dari 23

TOKOH-TOKOH TAMADUN

JEPUN
TOKUGAWA
LEYASU
• Tokugawa Ieyasu (lahir di Okazaki, 31 Januari
1543 – dan meninggal di Shizuoka, 1 Juni 1616
pada umur 73 tahun; lahir dengan nama
Matsudaira Takechiyo) adalah seorang daimyo
dan shogun di Jepang.

• Pendiri Keshogunan Tokugawa yang


memerintah Jepun sejak menaklukkan Ishida
Mitsunari dalam Pertempuran Sekigahara
pada tahun 1600 hingga Restorasi Meiji pada
tahun 1868.
• Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan Oda
Nobunaga, Ieyasu adalah salah satu dari tiga
tokoh yang menyatukan Jepun pada zaman
Sengoku. Ia memerintah dari tahun 1600
(secara rasminya 1603) hingga turun takhta
pada tahun 1605.
Zaman Kesyogunan Tokugawa(1603-1867)
• Pembahagian kelas, 4 kumpulan:

1. Samurai (pahlawan)
2. Nomin (kaum tani)
3. Shonin (petukang)
4. Chonin (saudagar)

• Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena


politik Jepun dari tahun 1603 sehingga 1616
dan merupakan pemimpin teragung Jepun
dalam abad ke 17.
• Beliau telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa
(1603-1867) yang merupakan kerajaan tentera
yang memerintah paling lama dalam sejarah
Jepun.

• Beliau telah berjaya menyatukan Jepun yang


merupakan satu tanggungjawab yang tidak
pernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan
Toyotomi Hideyoshi.

• Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa


satu era yang aman dan stabil serta berlanjutan
selama hampir 200 tahun.
• Pada zaman ini banyak kemajuan yang telah dilakukan
terutama dalam bidang pertanian, perdagangan,
kesenian, sastera dan lain-lain. Masyarakat Tokugawa
adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan
terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah
kampung yang menampung keperluan pendidikan
anak - anak kaum tani.

• Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan


kepada anak - anak samurai juga telah didirikan oleh
Bakufu dan tuan - tuan tanah. Kajian tentang buku -
buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dimajukan , di
samping pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku
yang juga telah menerima sokongan golongan Daimyo
• Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang,
pemerintahan Bakufu telah mengalami
kemerosotan dan tumbang pada tahun 1867.

• Masyarakat Tokugawa mengalami masalah


dalaman yang menjadi punca kemusnahan
masyarakat itu sendiri.
• Perdagangan yang berkembang pesat dan
proses urbanisasi telah membawa banyak
kekayaan kepada kumpulan tertentu ,
misalnya golongan saudagar tetapi keadaan ini
telah mengakibatkan kemiskinan kelas tentera
terutamanya golongan Daimyo dan samurai
yang menjadi tulang belakang sistem politik
Tokugawa. banyak faktor dari segi politik,
ekonomi dan sosial telah membawa
kehancuran kepada pemerintahan keluarga
Tokugawa.
Kejatuhan Shogun Tokugawa
• Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjaya
mengalahkan musuh-musuhnya dalam
pertempuran Sekigahara dan atas kejayaannya
itu maka pada tahun 1603, Maharaja Jepun
memberi gelaran “Shogun” kepadanya.

• Dengan ini lahirlah pemerintah Shogun dari


keluarga Tokugawa.
• Setelah mendapat kuasa secara perlahan-
lahan Shogun Tokugawa mengambilalih
kekuasaan dari Maharaja sehingga Shogun
Tokugawa yang benar-benar berkuasa di
Jepun.

• Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo


sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto
dan tidak dibenarkan bergiat dalam urusan
pentadbiran.
Faktor kejatuhan Shogun Tokugawa
• Peranan saudagar dan perubahan corak sosial
• Menentang dasar isolasi
• Perasaan kebangsaan/fahaman shintoisme
• Tekanan ekonomi
• Tentangan suku kaum dari Barat
• Kedatangan Barat
MAHARAJA MEIJI
• Maharaja Meiji (3 November 1852 — 30 Julai
1912) ialah Maharaja Jepun yang ke-122
menurut susunan pewarisan takhta tradisional,
memerintah sejak 3 Februari 1867 sehingga hari
kemangkatan baginda.

• Nama diri baginda ialah Mutsuhito .

• Sepertilah maharaja-maharaja sebelumnya,


baginda dikenali dengan nama posthumus
selepas mangkat.
• Selepas kemangkatan baginda bermulanya
satu tradisi baru iaitu memberikan zaman
pemerintahan mendiang maharaja kepada
baginda setelah mangkat.

• Oleh sebab memerintah ketika zaman Meiji


(Pemerintahan kesedaran), baginda kini
dikenali sebagai Maharaja Meiji.
• Meskipun kadang-kadang dipanggil Mutsuhito
atau Maharaja Mutsuhito di luar Jepun, maharaja-
maharaja Jepun hanya digelar dengan nama
posthumus mereka di Jepun. Penggunaan nama
diri maharaja itu boleh dianggap kurang sopan.

• Ketika keputeraan baginda pada tahun 1852, Jepun


merupakan sebuah negara yang terpencil, belum
berindustri dan feudal yang didominasi Syogun
Tokugawa dan daimyo yang memerintah lebih 250
kawasan terpencar di negara.
• Apabila baginda mangkat pada tahun 1912,
Jepun sudah melalui revolusi politik, sosial,
dan perindustrian dalam negara dan timbul
sebagai salah sebuah kuasa besar di pentas
dunia.

• Era Meiji yang berlangsung selama 44 tahun


iaitu dari 1868 hingga 1912 itu merupakan
satu era yang penting dalam sejarah Jepun
• ia juga dikenali sebagai pemulihan Meiji di
mana bermulanya pemodenan –pemodenan
baru yang dilakukan setelah Jepun
mengamalkan dasar tutup pintunya selama
hampir 200 tahun semasa pemerintahan
Shogun Tokugawa .

• Pemerintah Shogun Tokugawa yang lapuk dan


lama itu telah menimbulkan rasa tidak puas
hati pelbagai golongan masyarakat feudal
terutamanya samurai dan petani .
• Di samping itu , yang diamalkan oleh
Tokugawa yang memencilkan Jepun dari dunia
luar itu juga menimbulkan keghairahan dan
keinginan yang amat dalam sanubari kuasa
barat.

• Oleh itu, tekanan-tekanan telah dilaksanakan


oleh kuasa barat terhadap Jepun .
• Kedatangan Komander Matthew Perry dengan
‘black ships’ di Uraga pada 1853 yang ingin
memasuki ke Jepun dan keputusan yang
terpaksa dibuat oleh Shogun untuk
membenarkan kemasukan dunia luar ke Jepun
setelah 2 dekad Jepun mengamalkan dasar
isolasinya telah menimbulkan rasa tidak puas
hati rakyat .

• Perjanjian yang ditandatangani dengan pihak


Amerika itu membenarkan Amerika membuka
pelabuhan di Shimoda dan Hakodate.
• Akhirnya pemerintahan Shogun Tokugawa ini
telah dijatuhkan oleh pemimpin-pemimpin
samurai dari kawasan-kawasan penguasaan
feudal suku kaum Satsuma, Choshu , Tosa ,
hizen . Antara mereka termasuklah Okubo,
Saigo, Matsukata, masayoshi dan Kuroda dari
Satsuma . Kido , Ito, Yamagata, Irone , Aritomo
dan Katsura dari Choshu . Okuma dari Hizen ,
Itagaki Taisuke dari Toza.

• Maka bermula pada 23 Oktober 1868,


dikatakan pemulihan atau pemodenan Jepun
telah bermula dengan pemerintahan Meiji.
• Pemerintahan Meiji atau Pemulihan Meiji
bertujuan untuk mengembalikan maharaja
kepada kedudukannya yang sebenar sebagai
ketua masyarakat Jepun yang tertinggi Namun
bermulanya zaman pemulihan Meiji ini,
kepimpinan kerajaan baru telah didominasi
oleh samurai muda dari suku kaum Satsuna
dan Choshu atau Oligarki Satsuma-Cho yang
bertugas sebagai penasihat Meiji.
• Mereka menyedari bahawa Jepun tidak dapat
menandingi kuasa imperialis barat yang
merupakan ancaman utama kepada
kedaulatan Jepun kecuali menjadikan Jepun
sebuah negara moden yang mempunyai kuasa
tentera yang kuat. Maka lahirlah tujuan utama
kerajaan mereka iaitu ‘ Eukoku Kyohei ’
( sebuah negara yang kaya dan dengan kuasa
ketenteraan yang kuat )

Anda mungkin juga menyukai