Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Pita
Pisau
Pengukur
Gambarajah Kupasan Kabel
PROSEDUR YANG DI REKOMEN
UNTUK DI AMALKAN
Langkah 1 :
Ukur dari hujung keratan
kabel mengikut ukuran
yang telah ditetapkan
kemudian ikat dengan
bending wire.[A}
Seterusnya ukur lebih
B A kurang 50mm di hadapan
ikatan tadi. Ikatkan juga
dengan bending wire
seperti pada gambarajah.
[B]
Langkah 2 :
Potong sekeliling (ring-cut)
pada ikatan bending wire
secara half-cut pada bending B.
Dengan menggunakan pisau
secara serong, potong penebat
B A luar sehingga hujung kabel.
Tekan ke dalam sedikit pada
hujung kabel untuk
memudahkan proses mengepak
kulit penebat.
AWAS: berhati-hati ketika
menggunakan pisau supaya
A
tidak terluka pada lapisan
B dalam yang lain.
Langkah 3:
Ambil 3-4 wire pengebal
mengikut susunan supaya
senang untuk diputuskan.
Hujung wire pengebal
seelok-eloknya
dibengkokkan untuk
keselamatan tangan.
Tujuan membuat ikatan
bending wire B tadi, supaya
mudah untuk memutuskan
pengebal.
Langkah 4:
Ukur 100mm pada penebat
dalam dan ikatkan dengan
bending wire menggunakan
playar.
Buat ring-cut di sekeliling
penebat dalam menggunakan
pisau. Potong panebat secara
half-cut.
Berhati-hati ketika menekan
pisau kerana takut terkena
XLPE di bahagian dalam.
Langkah 5:
Potong penebat dalam
bermula dari hujung kabel
secara serong kerana
mudah melihat potongan
pada bahagian pengisi
(filler) sahaja.
Potong sehingga kawasan
ring-cut tadi.
Kemudian kopakkan kulit
penebat dalam.
Langkah 6:
Potong dan buangkan
semua pengisi (filler) tadi
termasuk di bahagian
tengah di antar teras.
Kemudian kepakkan
keempat-empat teras
supaya memudahkan
proses pemotongan
hujung XLPE.
Langkah 7:
Ukur hujung teras dengan
ukuran ½ ferrule + 10mm
untuk kelegaan.
Dengan menggunakan
pisau, kelar di sekeliling
XLPE.
Seterusnya buangkan
keempat-empat hujung
XLPE tadi bagi
menampakkan pengalir
sahaja.
Langkah 8:
Proses akhir, potong di
sekeliling bending wire A
tadi untuk membuang
penebat luar.
Buangkan bending wire B
dan potong habis
penebat luar
menggunakan pisau.
Buangkan penebat luar
sehingga menampakkan
pengebal 50mm.
KERJA MENGUPAS SUDAH
SELESAI…………..
Wire Penebat
pengebal Luar